ppda

Upload: nurazura-ahmad-zahiri

Post on 05-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mengenai program anti dadah.

TRANSCRIPT

PPDaSECARA AMLATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHPada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkanDadah Musuh Utama Negara.Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancangdan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MATLAMATPENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja.Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pebagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat.Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

PPDa KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ( KPM )

VISISEKOLAH BEBAS DADAH 2015

MISIMELAHIRKAN MURID BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PPDa YANGBERSEPADU DANMENYELURUHDARIPADA ASPEK

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

KURIKULUMKO-KURIKULUMPEMBANGUNAN SAHSIAH

APAKAH ITU D.A.R.I.H ?

D = DADAHA = ALKOHOLR = ROKOKI = INHALANH =HIV/AIDS

APAKAH ITU DADAH?Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan kimia yang memberi kesan atau kemudaratan ke atas pemikiran, emosi, fizikal dan tingkahlaku. Iaadalah bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat, merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .

APAKAH ITU ALKOHOL?Arakatauminuman kerasialah minuman beralkohol (biasanyaetanol) yang menyebabkan seseorang menjadimabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Alkohol selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan 'mood'. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.APAKAH ITU ROKOK?Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120mmdengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-dauntembakauyang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat disedut.Apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang, atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok.

APAKAH ITU INHALAN?Inhalan / Agen inhalasi tergolong dalam kelas dadah dalam bentuk gas / wap yang disalahguna secara inhalasi. Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan kesan psikoaktif ataumind-altering(merangsang perubahan minda).Ini kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara inhalasi untuk mendapatkan kesannya. Inhalasi bermaksud menghidu gas sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.APAKAH ITU HIV/AIDS?HIV - Human Immunodeficiency ViruSyang menyebabkan jangkitan HIV. AIDS - Acquired Immune Deficiency SyndromeHIV/AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat termasuk Malaysia