p&p berpusatkan murid
TRANSCRIPT
TUMPUAN KEPADA PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru? Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Adakah ini benar bagi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah?
Ramai guru telah didedahkan kepada pelabagi kaedah mengajar yang berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk:
menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
menambahkan keyakinan diri
memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap
menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat
menggalakkan murid membina ilmu
mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid
PENGAJARAN BERPUSATKAN GURUPENGAJARAN BERPUSATKAN MURIDKuliahPerbincanganKumpulan KecilSimulasiSumbangsaranMain PerananPengajaran oleh Rakan SebayaPenerangan dan Membuat LatihanInkuiri PenemuanPenerangan dan Praktikal