potensi kulit kayu 'tekalong' (artocarpus elasticus) … kulit kayu 'tekalong' (artocarpu… ·...

24
POTENSI KULIT KAYU 'TEKALONG' (ARTOCARPUS ELASTICUS) DALAM PEMBUATAN PERABOT Alvina Kunchi Anak Randi II> Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 9750.5 (Teknologi Senireka) A475 2006 2006

Upload: others

Post on 29-Jan-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • POTENSI KULIT KAYU 'TEKALONG' (ARTOCARPUS

    ELASTICUS) DALAM PEMBUATAN PERABOT

    Alvina Kunchi Anak Randi

    II> Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

    9750.5 (Teknologi Senireka)

    A475 2006

    2006

  • • ~ -. • ...Hdl !\,la,uulU4ilA au ...... UNlVERSm MALAYSIA SARAWA1'

    PKHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK Q4300 Knta Samamhall

    III" IlIlIlirm111.1111

    1000191108

    POTENSI KULIT KA YU 'TEKALONG' (ARTOCARPUS ELASTICUS)

    DALAM PEMBUATAN PERABOT

    ALVINA KUNCHI ANAK RANDI

    Projek ini merupakan saJah satu keperJuan

    Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

    (TekooJogi Seni Reka)

    FakuJti Seni Gunaan dan Kreatif

    UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

    2006

  • UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

    JUDUL: Potensi Kulit Kayu 'Tekalong' (Artocarpus elasticus) Dalam Pembuatan Perabot

    SESI PENGAJIAN : Sesi 2005 / 2006

    Saya ALVINA KUNCHI ANAK RANDI

    mengaku membenarkan tesis / laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    salinan untuk pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    salinan salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ~,

    5. * sila tandakan~

    DSULIT (mengandungi meklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMII972)1./ 1TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

    D TIDAK TERHAD

    Disahkan

    a· :>: ~L.. &~ Tandafangan Penulis ' . . Tandatangan Penyelia

    Tarikh: Tarikh: /C-}:-!6( Alamat Tetap : No.5, Lot 1279, Tmn. Kim Hin, lIn. Ming Nai, 95400, Saratok, Sarawak.

    Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /

    organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

  • Projek yang bertajuk 'Kulit Kayu 'Tekalong' (Artocarpus elasticus) Dalam

    Pembuatan Perabot' telah disediakan oleh Alvina Kunchi ak. Randi kepada

    Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana

    Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) .

    Diterima untuk diperiksa oleh:

    ~~'Z~.~\..... (En. Muhammad. P' oaus Abongl\bdullah)

    Tarikh:

    11

  • ,.....

    PENGHARGAAN

    Dengan penuh rasa kesyukuran dan berkat rahmat dari-N ya dapatJah saya

    menyedia dan menyempurnakan laporan projek tahun akhir Potensi Kulit Kayu

    'Tekalong' (Artocarpus elasticus) Dalam Pembuatan Perabot sebagai memenuhi

    syarat Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).

    Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada pihak

    Universiti Malaysia Sarawak kerana telah banyak membantu dan menyalurkan segala

    ilmu pengetahuan untuk membantu para pelajar menjalankan segala kajian tertentu

    lantas melahirkan graduan-graduan yang berkaliber dan berwawasan dalam

    menghadapi cabaran arus globalisasi kini

    Sekalung penghargaan juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa saya serta

    keluarga yang telah memberi banyak dorongan, sokongan dan galakan yang tidak

    ternilai kepada diri saya dalam menjayakan dan menyempurnakan projek ini.

    Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat

    dalam menjayak~m projek ini . terurtamanya kepada Dr. Khairul Aidil Azlin Abd.

    Rahman selaku Ketua Program, Encik Muhammad Firdaus Abong Abdullah selaku

    penyelia, Encik Musdi Hj. Shanat dan tidak ketinggalan kepada semua pensyarah

    Teknologi Seni Reka Grafik dan Teknologi Seni Reka Tekstil & Fesyen yang tidak

    jemu serta bosan memberikan tunjuk ajar yang berkesan kepada saya.

    111

  • Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut sarna bekerja keras,

    memberikan bantuan dalam segala hal sarna ada berbentuk nasihat, tunjuk ajar,

    dorongan, sokongan moral serta semangat dalam menjayakan projek ini: Lee Li Chyn,

    Lenna Demay, Jordan Martin Gu, Houward Jingan dan Habsah Abdullah. Ribuan

    terima kasih atas kerjasama anda semua.

    Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih

    kepada semua pihak yang terlibat ketika saya membuat penyelidikan dan

    perlaksanaan projek akhir ini terutamanya kepada staf-staf Perbadanan Kemajuan

    Perindustrian Perkayuan Sarawak (Seksyen Pembangunan Usahawan dan Graphic

    Depo), stafPerbadanan Kraftangan Sarawak: Cik Catherine Senia dan En. Tony, staf

    - staf Architect Design Practice dan Mr.Christie Liew.

    Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan serta individu-individu yang

    terlibat secara langsung dan tidak lang sung dalam menjayakan projek akhir ini.

    Nasihat dan pandangan yang bernas yang telah disumbangkan saya hargai

    sepenuhnya.

    Alvina Kunchi ak. Randi (9768)

    Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka)

    Fakulti Seni Gunaan & Kreatif

    Universiti Malaysia Sarawak.

    IV

  • KANDUNGAN Mukasurat

    Pengesahan i

    Pengakuan ii

    Penghargaan iii

    SenataiKandungan v

    Abstrak viii

    BAB I LATAR BELAKANG KAJIAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Pennasalahan Kajian 3

    1.3 Objektif Kajian 4

    1.4 Skop 5

    1.5 Hipotesis 5

    BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

    2.1 Sumber Pengumpulan Data 6

    2.1. 1 Kajian Lepas 6

    2. 1.2 Pengumpulan Data Primer 6

    2.1.3 Pengumpulan Data Sekunder 7

    2.1.4 Soal Selidik 7

    2.1.5 Instrumentasi Kajian (Borang Soal Selidik) 8

    2.2 Limitasi Kajian 9

    v

  • II

    BAB 3 DAPATAN KAJIAN

    3.1 Pengenalan kepada Pokok Tekalong (Artocarpus elasticus.)

    3.2 Ciri-ciri Kayu Tekalong

    3.2.1 Kulit

    3.2.2 Getah

    3.3 Eksperimen

    3.3.1 Pendahuluan

    3.3.2 Eksperimen 1 - Penyahwarnaan

    Ekspreimen 2 - Pewarnaan Semula (Teknik Batik)

    Eksperimen 3 - ' Material Reshaping' (Polyester Resin)

    Urea Formaldehyde (UF)

    Melamine Formaldehyde (MUF)

    Tanpa bahan kimia

    3.4 Hasil Soal Selidik

    3.4.1 Latar Belakang Responden

    3.4.2 Pengalaman Responden

    3.4.3 Kriteria Reka Bentuk

    3.4.4 Komen dan Cadangan Responden

    3.5

    BAB 4

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    Kesimpulan

    CADANGAN REKABENTUK

    Lakaran Idea

    Kajian Ergonomik

    Cadangan Akhir

    Kos Prototaip

    Vl

    10

    12

    12

    13

    14

    14

    14

    16

    19

    20

    21

    22

    25

    26

    27

    28

    32

    33

    34

    34

    38

    39

    42

  • 434.5 Harga Prototaip

    44RUJUKAN

    46LAMPlRAN

    VB

  • ,....

    Abstrak

    Kulit kayu 'tekalong' (Artocarpus elasticus) nerupakan material yang telah

    digunakan secara meluas dalam industri kraJ Sarawak. Kajian yang mendalam

    terhadap material ini dijalankan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan

    pengguna di samping perlu mengambil kira kesan penggunaan material terhadap

    alam sekitar. /dentiti dan motifetnik Sarawak yang tersendiri turut diterapkan dalam

    reka bentuk perabot.

    Vlll

  • ,....

    BAB 1 LA TAR BELAKANG KAJIAN

    1.1 Pengenalan

    Seperti yang sedia maklum, sumber pendapatan negeri Sarawak bergantung

    kepada sektor pembalakan, perdagangan, perindustrian, pertanian, gas asli dan petroleum

    masih belum mencukupi untuk menampung negeri Sarawak yang mempunyai bilangan

    penduduk yang ramai dan keluasan kira-kira 124,449 kilometer persegi dalam menyahut

    cabaran 2020. Oleh kerana itu, altematif lain telah diambil oleh kerajaan negeri Sarawak

    bagi meningkatkan sumber pendapatan yang ada ialah bidang pembuatan perabot.

    Pulangan yang banyak diperolehi daripada sektor ini kerana ia berkaitan dengan industri

    perkayuan dan bahan-bahan semulajadi. Sumber pendapatan negeri (khasnya) dan negara

    (amnya) seterusnya dapat ditingkatkan.

    Sarawak telah dikenalpasti mempunyai potensi yang cukup baik untuk membantu

    kerajaan dan negeri bagi memajukan bidang ini. Sesungguhnya bidang ini belum begitu

    diekploitasikan sepenuhnya memandangkan banyak bahan-bahan semulajadi masih

    belum dikaji kesesuaiannya untuk dijadikan material-material barn dalam industri

    pembuatan perabot.

    DaJam pada itu, penggunaan material-material barn terntamanya bahan-bahan

    semulajadi akan dapat menambahkan hasil pendapatan penduduk-penduduk luar bandar

    melalui industri kecil dan sederhana. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan

    kadar pengangguran di kawasan luar bandar dan lantas menjadi penggerak kepada

    pembangunan kawasan-kawasan yang dulunya kurang maju.

  • Kajian ini merupakan kajian terhadap material baru yang bersumberkan hasil

    hutan yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan di Sarawak pada suatu ketika

    dahulu dalam kehidupan seharian mereka.

    Bahan yang dimaksudkan adalah kulit kayu dari spesies 'artocwpus' yang hidup

    seeara liar. Namun, tumbuhan ini boleh juga ditanam melalui kaedah penanaman /

    percambahan benih.

    Bahagian tumbuhan yang akan dikaji adalah kulit luar kayu tersebut. Kulit kayu

    pada amnya berfungsi sebagai tali dan boleh menanggung beban yang kuat. Ia juga

    digunakan sebagai bahan untuk membuat baju tradisional kaum Dayak. Penggunaan kulit

    kayu ini telah bennula sejak zaman dahulu lagi kerana ia terkandung dalam mitos-mitos

    dan cerita legenda masyarakat tempatan. Iajuga digunakan dalam upacara adat-istiadat.

    Kajian yang akan dijalankan adalah merangkumi kajian ternadap kesesuaian,

    ketahanan, potensi dan cara pengadaptasian untuk diaplikasikan sebagai material baru.

    Kajian terhadap bekalan bahan mentah juga akan dijalankan memandangkan tumbuhan

    ini tidak pemah diusahakan seeara besar-besaran.

    Di akhir kajian ini nanti, adalah diharapkan bahan ini mampu untuk bersaing

    dalam pasaran semasa sarna ada dari segi mutu dan pengeluaran berterusan. Kajian yang

    mendalam perlu dijalankan untuk menjamin pengeluaran contohnya bekalan bahan

    mentah yang sentiasa ada sekiranya banyak pennintaan, keberkesanan bahan dalam

    penggunaan, ketahanan dan sebagainya.

    2

    ~________. L________________________________________________________________~~

  • 1.2 Pennasalahan Kajian

    Penggunaan kulit kayu ini sejak dahulu sebagai altematif lain (fiber semulajadi)

    bagi penggunaan tali dan fabrik. Namun begitu, industri kraf tradisional telah

    memperluaskan penggunaannya sebagai bahan mentah. Hasil-hasil kraf yang

    dimaksudkan adalah seperti pembalut diari, kanvas lukisan, lampu, terendak, kipas

    tangan dan alas meja.

    Oleh kerana kayu ini tumbuh secara liar di kawasan hutan dan rimba, ia sering

    ditebang begitu sahaja kerana kawasan tersebut mungkin dijadikan sebagai tapak huma

    dan tapak pertanian. Di kawasan luar bandar khasnya, para penduduk tidak lagi

    memerlukan bahan ini kerana adanya tali yang sedia ada untuk digunakan. Bagi mereka,

    memproses kulit kayu ini adalah agak rumit dan membuang masa jika hanya untuk

    dijadikan tali seperti tali tambuk. Bahagian urat pokok ini juga mengganggu tanaman

    tanaman lain kerana uratnya menjalar pada bahagian permukaan tanah dan bukannya

    bergantung pada akar tunjang.

    Lanjutan dari perkara di atas, pembaziran telah wujud temadap pokok ini.

    Bahagian pokok yang se~ng digunakan adalah kulitnya sahaja. Bahagian batang pokok

    sering dibuang begitu sahaja. Pada zaman dahulu, ia hanya digunakan untuk membuat

    bahagian mata sumpit.

    Dengan adanya kajian ini, seboleh-bolehnya penggunaan pokok 'tekalong'

    dimaksimakan untuk mengelakkan pembaziran. Dan jika perlu, adalah dicadangkan

    pokok ini ditanam semula untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk

    menyeimbangkan ekosistem alam sekitar.

    3

  • 1.3 ObjektifKajian

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepelbagaian dan kesesuaian kulit kayu ini

    untuk diketengahkan sebagai material barn dalarn industri pembuatan perabot. Material

    barn boleh didefinis ikan sebagai bahan yang masih belum digunakan atau bahan yang

    telah digunakan dalam pembuatan produk yang lain.

    Industri pembuatan perabot memerlukan pengkajian yang mendalarn tentang

    bahan mentah yang digunakan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna

    di samping perlu mengambil kira kesan penggunaan bahan terhadap alarn sekitar (sarna

    ada ia boleh mengakibatkan pencemaran atau tidak).

    Proses pembuatan perabot berasaskan bahan semulajadi terbahagi kepada 3

    peringkat iaitu mendapatkan bahan, pemprosesan bahan dan aplikasi bahan dalam reka

    bentuk. Pengetahuan mengenai proses-proses yang terlibat, perancangan yang lebih

    sistematik dapat dilakukan dalarn proses penghasilan sesuatu perabot.

    Secara ringkasnya, dengan adanya kajian ini ianya akan:

    • Mengetahui potensi sumber-sumber hutan yang boleh dijadikan sebagai material barn

    • Membuka pasaran bam dalarn industri pembuatan perabot.

    • Meningkatkan hasiJ pendapatan negeri di sarnping menonjolkan kelebihan hasil-hasil

    semulajadi Sarawak.

    • Membuka peluang kepada masyarakat luar bandar untuk berkecimpung dalarn

    industri kecil sederhana.

    • Mencipta satu identiti tersendiri perabot Sarawak.

    4

  • i

    1.4 Skop

    • Mengkaji habitat tumbuhan dan populasinya untuk tujuan pemantauan sumber

    bekalan bahan mentah.

    • Menganalisa ciri-ciri fizikal dan sifat tumbuhan.

    • Mengetahui pOlensi bahan untuk tujuan komersil.

    15 Hipotesis

    Sebelum kajian terperinci dijalankan, ciri-ciri serta maklumat yang berkaitan

    dengan spesies kayu yang dikaji dikumpul dan dianalisa terlebih dahulu.

    Dari segi fizikal, kayu spesies adalah seperti pokok biasa yang tumbuh meliar di

    kawasan hutan primer dan sekunder. Namun, kegunaan kayu tekalong secara meluas

    adalah sejak dari zaman dahulu lagi. Perkara ini telah menarik perhatian untuk

    menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam terhadap bahan ini.

    Kelebihan dan potensi besar yang ada pada kayu tekalong ini untuk dimajukan

    dalam industri pembuatan perabot merupakan kajian yang serius. lni bertepatan dengan

    pennintaan masa kini untul< mencari pembaharuan dalam pencarian sumber-sumber baru

    yang berasaskan alam semulajadi yang mana dapat membantu dalam membangunkan dan

    merealisasikan impian uotuk menjadikan sumber ini sebagai bahan utama dalam sektor

    industri perabot di Malaysia.

    5

    I

  • BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

    2.1 Sumber Pengumpulan Data

    Data boleh diperolehi melalui beberapa kaedah. Berikut adalah kaedah-kaedah

    yang dijalankan sepanjang menjalankan kajian ini:

    2.1.1 Kajian Lepas

    Maklumat dikumpul melalui bahan-bahan bertulis yang berkaitan.

    Maklumat yang terdapat dalam bahan bertulis tersebut biasanya adalah mengenai

    klasifikasi dan ciri-ciri sesuatu tumbuhan atau bahan. Ini adalah penting sebagai

    infonnasi bagi tujuan pemahaman dan dapat membantu penyelidik bagaimana

    untuk menjalankan eksperimen / kajian yang akan dijalankan seterusnya.

    2.1.2 Pengumpulan Data Primer

    Data primer adalah data yang diperolehi secara langsung dari responden.

    Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data primer untuk kajian ini

    adalah dengan meng,gunakan borang soal selidik, temuramah dan eksperimen.

    Soalan-soalan yang akan diajukan dalam borang soal selidik adalah

    mengenai demografi responden, pandangan mereka tentang material yang sedia

    ada dan cadangan kajian, pandangan mereka tentang cadangan kajian dan

    cadangan atau idea responden itu sendiri. Objektif soal selidik ini adalah untuk

    mengetahui trend semasa yang berkaitan dengan cadangan material barn.

    6

  • 2.1.3 Pengumpulan Data Sekunder

    Data sekunder memainkan peranan yang penting untuk melengkapi data

    primer bagi menghasilkan satu kajian yang bersifat menyeluruh yang mana ia

    akan digunakan untuk tujuan perbandingan. Dengan ini, kita akan dapat

    mengetahui sarna ada kajian ini menyokong keputusan kajian yang telah dibuat

    ataupun tidak. Data sekunder ini dapat diperolehi melalui internet, buku-buku dan

    jurnal-jumal yang telah diterbitkan sarna ada dari luar negara atau tempatan yang

    pernah menghasiJkan kajian bahan tersebut sebelum ini.

    2.1.4 Soal Selidik

    Kajian ini juga akan menggunakan pendapat orang rarnai (pengguna) dan

    pengusaha mengenai kesesuaian material barn (kulit kayu 'tekalong ') dalarn

    industri pembuatan perabot. Kajian yang dijalankan adalah secara rawak. Dengan

    ini, data yang tepat dan sahih dapat diperolehi bagi kajian terhadap penggunaan

    material baru kulit kayu tekalong dalam industri pembuatan perabot.

    Contoh kuLit kayu 'tekalong' turnt disertakan semasa pengedaran borang

    soal selidik. Ini adalah kerana tidak semua responden tahu apa itu kulit kayu

    'tekalong'. Dengan cara ini, para responden dapat melihat dan merasai sendiri

    tekstur material tersebut seterusnya ia akan membantu mereka untuk menjawab

    soalan yang terdapat dalam borang soal selidik tersebut dengan tepat dan rasional.

    7

  • 2.1.S Instrumentasi Kajian (Borang Soal Selidik)

    Borang soal selidik mempunyai soalan mengenai latar belakang respond en

    (Bahagian A), soalan mengenai pengalaman responden (Bahagian B), soalan

    mengenai kriteria reka bentuk (Bahagian C) dan soalan terbuka (Bahagian D)

    UDtuk membolehkan respond en memberikan komen dan cadangan terhadap kajian

    yang dijalankan

    Ini merupakan instrumen yang paling efektif dalam proses pengumpulan

    data kerana pengkaji dapat memfokuskan soalan berdasarkan maklumat yang

    diperlukan. Topik penyelidikan boleh diperkenalkan kepada respond en supaya

    mereka dapat memahami tujuan kajian ini dijalankan dan tidak mengelirukan

    mereka.

    Di samping itu, kaedah ini memberi peluang kepada pengkaji dalam

    memperolehi maklumat daripada responden yang ramai dalam jangka masa yang

    singkat. Penjimatan kos, masa dan tenaga juga merupakan kelebihan penggunaan

    kaedah ini.

    8

  • 1.1 Limitasi Kajian

    Beberapa kaedah kajian telah dijalankan untuk mengumpul seberapa banyak

    maklumat dan data-data yang berkenaan dengan skop kajian. Walau bagaimanapun,

    terdapat beberapa masalah yang membataskan proses kajian.

    Ini berkaitan dengan masalah untuk mendapatkan fakta dan informasi saintifik

    mengenai subjek penyelidikan. Sumber yang menerangkan secara terperinci ten tang kayu

    telcalong' agak sukar didapati dan material yang bakal digunakan dalam proses

    pc:ncampuran bahan juga agak sukar diperolehi. Tidak banyak maklumat yang

    mengandungi kajian lepas mengenai spesies ini.

    9

  • .1

    BAB 3 DAPA T AN KAJIAN

    Pengenalan kepada Pokok Tekalong (Artocarpus elasticus.)

    Pokok ini (Gambar 1) berada dalam kurnpulan Moraceae iaitu Artocarpus

    e/asticus. la tergolong dalam jenis kayu bergetah. Tinggi pokok ini rneneecah sehingga 7

    meter tinggi dan mampu membesar sehingga berdiarneter 50ern.

    Pokok ini merupakan pokok berbuah. Seperti jenis pokok artocarpus yang lain,

    buahnya boleh dimakan. Buahnya berbulu seperti buah 'entawa' I (Gambar 2) tetapi ia

    lebih bulat dan berdiameter IOem. lsi buahnya seperti buah 'terap,2 (Gambar 3) dan

    belWama kemerahan dan mempunyai bau yang kuat.

    Pokok ini mempunyai akar tunjang dan rnenjalar. Akamya yang menjalar dan

    berserabut di dalam tanah rnernbolehkannya turnbuh seeara liar. Ini juga rnenyebabkan

    pokok ini sering ditebang sekiranya kawasan tersebut dijadikan hurna atau tapak

    pertanian kerana ia mengganggu akar tanaman yang lain.

    Gambar 1 : Anak Pokok 'Tekalong'

    corpus anisophyllus .bfocorpus sericicarpus

    10

  • Gambar 2 : Bllah 'Tekalong'

    Gambar 3 : Buah 'Tekalong'

    II

  • Clri-ciri Kayu Tekalong (Artocarptis elasticus.)

    3.1.1 Kulit

    Bahagian kulit kayu ini bergetah (Gambar 4) dan ketebalannya adalah

    bergantung kepada usia pokok tersebut. Untuk mengupas kulitnya, pokok perlu

    ditebang dan dibelah dua. Namun begitu, kulitnya hanya boleh dikupas semasa

    anale bulan. Selain daripada masa tersebut, kulitnya tidak dapat ditanggalkan dari

    batang pokok.

    Bahagian kulit luar pokok dikikis menggunakan pisau. Hanya bahagian

    kulit yang lembut (bahagian dalam) yang akan digunakan. Bahagian ini

    dibersihkan dengan menggunakan air dan dipukul menggunakan gandin atau kayu

    di atas permukaan yang lembut seperti batang pisang atau di atas tanah. Ini adalah

    untuk mengelakkan serat-serat pada kulit kayu tersebut putus.

    Setelah kulit tersebut lembut, ia dijemur selama beberapa hari di bawah

    matahari untuk pengeringan. Setelah kering, ia digulung melintang (Gambar 5)

    untuk tujuan penyimpanan. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkannya

    bergulWlg. secara menegak.

    12

  • .l.l Getah Pokok

    Masyarakat Than dahulu menggunakan getah pokok ini sebagai ubat luka

    (antiseptik). Selain itu, masyarakat Hawaii dahulu turnt menggunakan getah

    polrok ini sebagai altematif untuk damar. Damar digunakan untuk menutup

    lubang-lub8Og pada perahu at au kanu mereka. Selain daripada itu, ia juga boleh

    mcnjadi cat apabila dicampurkan dengan t80ah yang berwarna. Untuk tuju80

    perubatan pula, mereka menggunakan getah ini sebagai sakit sendi dan juga untuk

    merawat luka-luka kecil. Ada juga di antara mereka menjadikan getah ini sebagai

    gula-gula getah atau 'chewing gum' .

    Gambar 4 : Getah Tekalong'

    Gambar 5 : Penyimpanan Kulit Kayu Tekalong '

    l3

  • Eksperimen

    3.3.1 Pendabuluan

    Beberapa eksperimen dijalankan bagi mendapatkan kaedah-kaedah yang

    sesuai untuk menggubah kulit kayu berdasarkan ciri-ciri dan kehendak reka

    bentuk. Kaedah ini dijalankan sepanjang penyelidikan bagi memaksimakan

    jumlah penemuan dan mengetahui potensi bahan ini.

    3.3.2 Eksperimeo 1- Peluoturao

    Bahan yang digunakan dalam eksperimen ini adalah air (H20), peluntur (larutan

    Ch) dan kulit kayu tersebut (sampel). Campuran bahan yang digunakan dalam

    eksperimen ini dibezakan dari segi sukatan bahan. Sampel dipotong kecil dalam

    saiz yang sarna. Sebanyak 5 sampel disediakan. ladual 1 di bawah menerangkan

    sukatan yang telah digunakan dalam eksperimen ini:

    No.

    Sampel

    Peluntur

    (ml)

    Air

    (H2O)

    Nisbah

    (Peluntur:Air)

    Peratusan

    Peluntur

    I 200 0 1 :0 100%

    2 " 150 50 3:1 I

    75% I

    3 100 100 1: 1 50%

    4 50 150 1:3 25%

    5 0 200 0:1 0% , .* sampel dlrendarn selarna 15 mmIt sahaJa

    Jadual 1 : Eksperimen Pelunturan

    14