potensi berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan dan buat 6...

17
Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 Angka! Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan Haryzat Zulzahary i-Zat Network © 2012 http://bit.ly/duitkerajaan 1

Upload: others

Post on 03-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Potensi Berbisnes

Kecil-Kecilan Dengan

Kerajaan Dan Buat

6 Angka!

Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam

Masa 18 bulan Dari Projek

Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary

i-Zat Network © 2012

http://bit.ly/duitkerajaan

1

Page 2: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Diterbitkan oleh i-Zat Network

© i-Zat Network 2012

Penulis: Haryzat Zulzahary

Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary

Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar

2

Page 3: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta

semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa

kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

Haryzat Zulzahary, 2010

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka:

Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek

Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary.

ISBN

Edisi Pertama Jun 2012

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5

Angka: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari

Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai

bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi

menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan

adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin

diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang

terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara

khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan

risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat

secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi

daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini

adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman

penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu

semasa.

3

Page 4: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Prakata

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Al-hamdulillah dan terima kasih kerana anda mendapatkan laporan Potensi Berbisnes

Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini. Laporan ini bakal dedahkan

bagaimana peluang dari modal yang kecil boleh menjana jualan ratusan ribu ringgit

dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.

Ramai yang salah anggap apabila berkata sahaja tentang berbisnes dengan kerajaan

maka yang akan disebut selalu adalah tender dan nilai jutaan ringgit. Ramai yang tidak

tahu bahawa pasaran kerajaan juga menawarkan peluang bisnes kecil-kecilan yang

bernilaiRM50,000 ke bawah.

Saya pada kali ini di dalam laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan

Dan Buat 5 Angka ini akan cuba membuka pandangan dan menukar tanggapan yang

salah termasuk isu-isu negatif yang sering digambarkan apabila ingin berniaga dengan

kerajaan. Saya berharap anda seronok membaca dan paling penting membuat tindakan

sekaligus berjaya!

Yang benar ,

Haryzat Zulzahary

4

http://bit.ly/duitkerajaan

Page 5: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Apa Itu Bisnes Kerajaan?

Baiklah. Secara mudahnya apabila kita berkata tentang Bisnes Kerajaan di

dalam laporan saya ini adalah bermaksud kita berniaga dengan pihak

kerajaan. Ini termasuklah kita membekalkan produk atau perkhidmatan

kepada pihak kerajaan di mana kita adalah penjual dan pihak kerajaan

adalah pihak yang membeli dari kita.

Berita baiknya adalah kita boleh menjual hampir apa sahaja kepada pihak

kerajaan. Baik dari segi barangan ataupun perkhidmatan. Saya secara

peribadi dah menjual kepada pihak kerajaan dari barangan seperti kunci

pintu, alas meja, komputer sehinggalah kepada perkhidmatan pakar dan

bantuan latihan.

Ramai di luar sana yang salah anggap apabila menjangkakan bisnes

kerajaan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar

walhal ianya boleh dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan enterprise

perseorangan sahaja. Dan boleh bermula dan beroperasi dari rumah.

Namun apa yang penting di sini adalah saya nak tekankan bahawa anda

juga boleh berniaga dengan kerajaan. Anda boleh jual alat tulis dan

kelengkapan pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata,

alatan muzik, makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital

5

Page 6: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

hingga ke kenderaan dan jentera berat, perniagaan servis dan

perkhidmatan, penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik

pulih barangan, percetakan, dobi, pembinaan, penulisan dan macam-macam

lagi.Walapun anda tidak mempunyai produk sendiri pun anda masih boleh

berniaga dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari supplier kemudian

jual kepada kerajaan dan jana untung atas angin. Mudah sahaja!

Keperluan Untuk

Memulakan Bisnes

Kerajaan?

OK. Untuk membolehkan kita berniaga dengan kerajaan beberapa langkah

dan syarat perlu kita penuhi. Pertama adalah mempunyai perniagaan yang

didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun

semasa syarikat dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia bagi mendapatkan sijil Kementerian Kewangan dan kepala-kepala

bidang yang dipilih. Beberapa kos pendaftaran yang rendah diperlukan bagi

tujuan ini.

Apa itu Sijil Kewangan,

Kepala Bidang & e-

Perolehan?

6

Page 7: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Sijil Kewangan atau bahasa yang sering digunakan iaitu sijil MOF adalah

satu sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada

syarikat anda sebagai tanda syarat anda boleh mula menjalankan

perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Di dalam sijil ini akan dinyatakan

kepala-kepala bidang yang diberikan mengikut permohonan anda semasa

mendaftarkan Sijil Kewangan ini tadi. Kepala bidang bermaksud kod yang

mewakili jenis perniagaan yang dibenarkan untuk anda jalankan

perniagaan dengan kerajaan.

Seperti contoh anda ingin menjalankan perniagaan membekalkan alat tulis

dengan kerajaan maka di dalam permohonan Sijil Kewangan anda perlu

memohon kepala bidang alat tulis supaya anda layak menjual produk alat

tulis kepada kerajaan Malaysia. Dan apabila permohonan anda untuk kepala

bidang alat tulis diluluskan maka ianya akan dinyatakan di dalam Sijil

Kewangan yang bakal dikeluarkan kepada syarikat anda. Untuk makluman

anda dibenarkan mendaftarkan 10 jenis kepala bidang secara percuma

semasa pendaftaran Sijil Kewangan dan RM50 bagi satu kepala bidang

seterusnya.

e-Perolehan pula adalah Sistem perolehan elektronik yang akan

memudahkan aktiviti perolehan (pembelian) kerajaan dan meningkatkan

kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan

menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera

kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan anda mempamerkan produk anda di dalam

jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan

pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan

menerusi Internet.

Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog

elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop

menggunakan perisian pelayar web.

7

Page 8: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Anda juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen

tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan

membolehkan anda mendaftar atau memperbaharui pendaftaran dengan

Kementerian Kewangan menerusi Internet. Anda dapat menghantar

permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran

pendaftaran melalui ePerolehan.

Empat Jenis Perolehan

Kerajaan Yang Popular

Untuk pihak kerajaan membeli sesuatu mereka perlu melakukan mengikut

beberapa prosedur dan jenis perolehan. Berikut adalah empat jenis cara

perolehan yang sering dilakukan:

Tender

Sebut Harga

Pembelian Terus

Wang Panjar

Yang Ramai Orang

Tahu?

8

Page 9: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Ramai yang diluar sana hanya tahu perolehan mengenai Tender dan Sebut

Harga sahaja. Tender dan sebut harga adalah satu perolehan atau kaedah

pembelian oleh kerajaan bagi pembelian bernilai RM100, 000 dan RM500,

000 keatas setiap satunya bergantung kepada beberapa perkara lagi.

Perkara inilah yang sering orang fikirkan apabila menyebut tentang

berbisnes dengan kerajaan. Figur yang besar dan urusniaga yang besar.

Kebiasaanya tender dan sebutharga bakal diiklankan di laman web rasmi

jabatan kerajaan, surat khabar dan media lain. Justeru banyak syarikat

kebiasaanya syarikat besar yang menyertai pembidaan projek jenis ini.

Yang Ramai Orang Tidak

Tahu?

Ini adalah lubuk sebenar buat duit dengan kerajaan bagi kita yang

menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ramai yang tidak tahu mengenai

pembelian terus dan wang panjar. Pembelian terus adalah kaedah

pembelian oleh kerajaan yang dilakukan secara terus tanpa perlu

mengiklankan kepada umum. Nilai pembelian pula adalah bernilai bawah

RM50, 000 bagi satu-satu projek atau pembekalan manakala bagi wang

panjar adalah RM500. Pembelian boleh dilakukan terus daripada anda

tanpa perlu melalui proses yang sukar dan panjang.

Misal kata pihak kerajaan hendak membeli 10 unit komputer. Maka mereka

akan menjemput anda untuk memberikan sebut harga kepada mereka.

Terbalik. Jika tender anda yang perlu propose untuk bida tetapi pembelian

terus anda dijemput untuk bida. Jika sebut harga anda bersesuaian dan

terendah antara tiga syarikat yang dijemput maka pihak kerajaan akan

membeli dari anda. Tidak perlu melalui jawatankuasa yang seperti tender

dan sebut harga. Dalam masa 14 hari waktu bekerja pihak kerajaan akan

membuat bayaran kepada anda untuk pembekalan yang dilakukan. Dan

peluang perolehan secara pembelian terus ini adalah mudah dan lebih

kerap berbanding tender dan sebut harga.

9

Page 10: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Antara kesempatan yang boleh diperolehi daripada pembelian terus dan

wang panjar ini adalah ianya tidak diketahui umum. Maka saiangan pun

adalah kurang. Jika kita selalu dan rajin buat marketing maka peluang untuk

sapu projek kerajaan kategori ini adalah tinggi. Walaupun ianya bernilai

RM50,000 ke bawah namun jika kita dapat projek pembelian terus bernilai

RM50,000 dalam 4 kali setahun kita sebenarnya dah sedut RM200,000 duit

kerajaan ke dalam akuan syarikat kita dalam masa 12 bulan. Tak banyak

ke? 30% keuntungan dari RM200,000 adalah bersamaan RM60,000.

RM60,000 bersih dalam akaun. Amazing!

Dan Ramai Yang Lebih

Kaya Dengan Lubuk Ini!

Cuba bayangkan anda grab projek pembelian terus setiap bulan satu projek

dengan purata projek bernilai RM10, 000 sebulan. Cukup 12 bulan anda

sebenarnya dah sedut RM120, 000 duit kerajaan ke dalam akaun anda

dengan mungkin untung bersih sekitar 30% bersamaan RM36, 000 setahun.

RM36, 000 bersamaan dengan RM3, 000 sebulan atau bersamaan dengan

gaji seorang Jurutera kerajaan atau hampir gaji Doktor baru masuk kerja.

Itu jika sebulan satu projek berjaya digrab. Macam mana kalau anda jadi

saya yang pernah merekodkan dalam sebulan mendapat 8-10 projek

pembekalan? Anda tahu sendiri berapa nilainya.

Dan bagi orang yang hanya mengetahui projek tender dan sebut harga pula

mereka mungkin tidak mudah untuk menjana wang dari bisnes kerajaan ini

10

Ya benar! Walaupun nilai perolehan dan wang panjar adalah di bawah

RM50, 000 namun ianya kerap dilakukan berbanding tender dan sebut

harga yang mungkin hanya 2 ke 3 kali setahun. Perolehan secara pembelian

terus dan wang panjar hampir dilakukan setiap hari! Maknanya peluang

untuk anda grab projek pun setiap hari terhidang.

Page 11: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

kerana beberapa sebab. Antaranya saingan yang tinggi, kekerapan tawaran

yang kurang dan juga pengaruh luar yang kuat.

Berbanding bagi anda yang main projek di dalam pembelian terus saya

boleh katakan mereka tak mampu menjadi semudah anda meraih rezeki

dari bisnes kerajaan. Serius!

Case Study Buat 5 Angka

BerBisnes Kecil-Kecilan

Dengan Kerajaan

Talk is cheap! Bercakap semua orang pun boleh bercakap. Kali ini saya

bawakan beberapa bukti atau case study sebenar rakan-rakan saya yang

pernah saya bimbing dalam berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan ini. Ini

saya tunjukan kejayaan-kejayaan kecil milik rakan-rakan saya dahulu. Yang

saya punya nanti saya tunjukan.

Case Study #1: Bisnes Katering Kecil-Kecilan

Bisnes katering ini dijalankan oleh seorang rakan saya yang bernama A.

Sebenarnya beliau bukanlah pemilik kepada perniagaan ini tetapi dimiliki

oleh bapanya. Pada awalnya mereka membuka sebuah restoran di

Putrajaya yang menawarkan makanan western. Tetapi selepas 6 bulan

beroperasi perniagaan restoran mereka hampir lingkup dan GAGAL sama

sekali. Dengan sewa kedai sahaja menjangkau RM4,700.

11

Page 12: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Saya yang kasihankan melihat kepada mereka mencadangkan mereka

untuk membuat pembekalan makanan bermasak islam atau katering kecil-

kecilan kepada pihak kerajaan. Saya menunjukan kepada mereka

bagaimana mendaftarkan sijil Kewangan dan proses seterusnya.

Dengan plan marketing yang saya siapkan mereka saya cadangkan untuk

membekalkan sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang untuk

kuantiti untuk 20 orang dalam satu-satu tempahan dahulu.

Akhirnya dengan marketing plan yang tepat mereka mula mendapat projek

membekalkan sarapan pagi seperti nasi lemak dahulu. Kemudian kepada

makanan tengahari dan seterusnya kepada pembekalan minum petang

yang sebenarnya mereka beli kuih di gerai tepi jalan dan kemudian

bekalkan kepada pihak kerajaan.

Dari satu agensi di Putrajaya ke satu agensi lain. Hampir menakluk banyak

jabatan kerajaan di Putrajaya. Dengan hanya bermula membekalkan

sarapan pagi untuk 20 orang pada satu-satu masa mereka akhirnya

menjana jumlah jualan RM90, 000 dalam masa 6 bulan beroperasi dalam

bisnes kerajaan. Bagaimana ini terjadi? OK. Satu mesyuarat pagi yang

mereka bekalkan makanan sarapan pagi dah memberikan mereka jualan

sebanyak RM120. Itu baru satu dan bagaimana mereka yang dah takluk

market Putrajaya ini punya bekalan? Pasti satu hari untuk sarapan pagi

sahaja dah melebihi 5 tempahan. Belum masuk lagi makan tengahari dan

minum petang. Cuba fikirkan berapa banyak mesyuarat dan majlis yang di

adakan oleh pihak kerajaan dalam sehari?

Dan kemuncak kejayaan bisnes kerajaan rakan saya ini apabila terpilih

membekalkan sarapan pagi kepada 2000 orang pada satu-satu masa yang

ditempah kerajaan. RM4 x 2000 = RM8, 000 hanya pada satu pagi.

Marvelous!

12

Page 13: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Dan kejayaan rakan saya dan bapanya berterusan. Restoran yang asalnya

hampir tutup kini masih beroperasi tetapi sebagai ‘dapur’ sahaja dan kini

menyewa rumah kedai 3 tingkat untuk kegunaan dapur tambahan dan juga

asrama pekerjanya. Bisnes supply sarapan pagi, makan tengahari dan

minum petang sahaja. Untuk makluman untung kasar bisnes katering ini

adalah bersamaan hampir 60%. Banyak tu. Hanya denganberniaga bisnes

simple ini dengan kerajaan rakan saya dan bapanya berjaya menyedut

RM90, 000 dari kerajaan dalam masa 6 bulan. OK ke tidak?

Case Study #2: Bisnes Printing Kecil-Kecilan

Makin lama makin berkembang. Dan kali terakhir saya melihat jumlah duit

yang masuk ke akaun syarikat saya dari bisnes printing beliau adalah

RM8,000 sebulan. Selepas itu beliau dah tubuhkan syarikat sendiri dan

saya tak dapat lihat income beliau lagi kerana payment sudah masuk terus

ke akaun syarikat beliau sendiri. Namun saya sering dapat tahu beliau

masih konsisten dengan 4 angka income sebulan dari perkhidmatan reka

grafik dan printingnya dengan kerajaan. Bolehlahkan daripada tiada

langsung? RM8, 000 sebulan dengan untung bersih RM5,000 sebulan siapa

nak beri? Tambahan lagi rakan saya itu buat secara part time sahaja. Best

tak?

Al-hamdulillah job pertamanya yang diperolehi beliau bernilai RM3,800

dari K*S. Kerja beliau hanya perlu mempromosikan rekaan kad bisnes dan

grafik korporat kepada agensi kerajaan dan kemudian ambil tempahan

cetakan di lubuk printing.

Seorang sahabat saya iaitu M. Beliau merupakan seorang pereka grafik. Nak

dijadikan cerita sedang mengumpul duit untuk kahwin. Saya syorkan

kepada beliau agar buat perkhidmatan printing kepada kerajaan. Beliau

menggunakan syarikat saya dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sendiri.

13

Page 14: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Case Study #3: Bisnes Latihan Kecil-Kecilan

Sahabat saya seorang pensyarah. Ingin menambahkan pendapatan beliau.

Pada asalnya saya mengupah beliau untuk memberikan latihan kepada

agensi kerajaan berkenaan satu subjek IT yang mana syarikat saya terpilih

untuk memberi perkhidmatan latihan.

Setelah melihat model bisnes kerajaan di bidang latihan ini mudah, lantas

beliau ingin mencuba sendiri pula. Dengan marketing yang tepat dan betul

beliau mula masuk ke agensi-agensi kerajaan dan menawarkan latihan-

latihan IT kepada agensi kerajaan.

Berapakah bayaran yang beliau dapat? Memandangkan rakan saya En. F ini

mempunyai Master di dalam bidangnya maka dengan mudah RM6,000 ke

RM 8,000 boleh diperolehi untuk satu-satu kursus atau bengkel selama 4-5

hari. Modalnya hanya print out tutorial, kepakaran, duit minyak dan air liur

sahaja.

Kini memandangkan beliau masih sayang dengan tugas sebagai pensyarah

di sebuah IPTA terkemuka negara maka beliau terhadkan hanya memberi

dua sesi latihan untuk kerajaan dalam sebulan. Dua sesi pun beliau dah

boleh dapat sehingga paling sedikitpun RM12, 000 sebulan. Hanya daripada

14

Page 15: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

bisnes kerajaan membekalkan latihan IT kepada agensi kerajaan.

Alhamdulillah.

Dan Saya Pula Menyedut

Lebih RM0.5 Juta Dari

Kerajaan Dalam Masa 18

Bulan!

Ya. Anda dengar dengan betul. Saya sedut RM0.5 juta dengan bisnes

kerajaan. Seperti yang saya katakan dan tunjukan di dalam case study

sebelum ini yang bisnes kerajaan dalam peluang pembelian terus ini boleh

memberi keuntungan dan paling best apabila ramai lagi yang masih tidak

tahu tentang ini. Mereka hanya tahu 3 perkara tentang bisnes kerajaan iaitu

Tender, Kabel dan Rasuah!

Sedangkan berbisnes dengan kerajaan adalah lebih dari itu. Seperti tiga

case study yang saya bentangkan kepada anda sebentar tadi sebenarnya

saya nak beritahu banyak lagi peluang dan bidang (niche) bisnes kecil-

kecilan yang boleh buat income 5 angka sebulan dengan menjualnya

kepada pihak kerajaan.

15

Page 16: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Dan pastinya teknik marketing yang betul juga bakal memainkan peranan

penting untuk memastikan kejayaan berbisnes kecil-kecilan dengan

kerajaan.

Saya dah ceritakan cerita-cerita anak didik saya di dalam bisnes kerajaan

ini. Jika tiada masalah saya akan kongsikan cerita RM0.5 juta saya pula

kepada anda. Ini termasuklah:

Berita baiknya saya dah bundlekan kesemua cerita, teknik dan trik saya

dalam menyedut RM0.5 juta dari akaun kerajaan kepada akaun saya dengan

berbisnes kecil-kecilan ini di dalam satu tempat. Sekiranya berminat sila

layari alamat web di bawah untuk maklumat lanjut:

• Bidang perniagaan yang menguntungkan untuk diniagakan bersama

kerajaan.

• Cara-cara marketing terbaik dan bersih untuk rangkul job dari

kerajaan.

• Perihal andai tiada modal nak bermula dan menguruskan

pembekalan.

• Kaedah proposal yang terbaik dan berkesan.

• Cara mendaftar sijil Kementerian Kewangan jadi anda tak perlu kena

tipu sehingga RM3, 000 hanya untuk selesaikan urusan pendaftaran.

• 101 perihal berbisnes dengan kerajaan…

• Dan seterusnya copy paste sistem RM500K kejayaan bisnes kerajaan

saya sendiri.

16

Page 17: Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 6 ...duitkerajaan.weebly.com/uploads/1/5/5/7/15578190/fail_sulit_pandua… · Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Klik link di atas untuk maklumat lanjut!

http://bit.ly/duitkerajaan

17