polisi penyelidikan -...

49
Polisi Penyelidikan KUIS 2012 1 PUSAT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN POLISI PENYELIDIKAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR Diluluskan Pada: 1. Majlis Dekan - 18hb. November 2011 2. Majlis Senat 20hb. Januari 2012 (Harta Intelek di Luluskan pada 25hb.Jun 2013)

Upload: vuongphuc

Post on 08-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

1

PUSAT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN

POLISI PENYELIDIKAN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SELANGOR

Diluluskan Pada:

1. Majlis Dekan - 18hb. November 2011

2. Majlis Senat – 20hb. Januari 2012

(Harta Intelek di Luluskan pada 25hb.Jun 2013)

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

2

ISI KANDUNGAN MS

- Isi Kandungan 1

- Singkatan dam Tafsiran 4

BAB PERTAMA

1. Tujuan 5

2. Misi dan Visi KUIS 5

3. Misi dan Visi Penyelidikan 5

4. Akhlak dan Adab dalam Penyelidikan 5

i. Amanah dalam Penyelidikan 6

ii. Keterbukaan dalam Penyelidikan 7

5. Objektif Penyelidikan KUIS 7

6. Fokus / Niche Penyelidikan KUIS 8

BAB KEDUA

1. Penyelidikan di KUIS 9

2. Organisasi Penyelidikan 11

3. Perkongsian Sumber Penyelidikan 12

BAB KETIGA

1. Geran-geran Penyelidikan 12

2. Pengurusan Penyelidikan Di KUIS 13

a. Penyelidikan Geran Kuis 13

b. Penyelidikan Geran Kerajaan / Kerjasama Luar 15

BAB KEEMPAT

1. Peranan dan Tanggungjawab 16

i. Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP) 16

ii. Fakulti/ Institut: Unit Penyelidikan dan Pembangunan(FARDU) 18

iii. Jawatankuasa Penyelidikan KUIS (JPK) 19

2. Tanggungjawab Penyelidik 20

3. Pelantikan Pembantu Penyelidik 22

BAB KELIMA

1. Laporan Kemajuan Penyelidikan 22

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

3

2. Pengurusan Geran Penyelidikan 23

3. Had Bilangan Geran Penyelidikan 24

4. Hasil Penyelidikan Dan Petunjuk Prestasi 24

BAB KEENAM

1. Kontrak Memenuhi Kewajipan oleh Penyelidik dan KUIS 25

2. Bimbingan Profesional dan Keperluan Undang-undang 26

3. Kepimpinan dan Kerjasama 26

4. Penyeliaan 27

5. Latihan 27

BAB KETUJUH

1. Salahlaku dalam Penyelidikan 27

2. Salah Laku Penyelidikan: Pelanggaran Prosedur 29

BAB KELAPAN

1. Kebebasan Akademik 30

BAB KESEMBILAN

1. Dasar Harta Intelek Dan Pengkomersialan 31

2. Perlindungan Harta Intelek 33

3. Pemilikan Harta Intelek Kuis 39

4. Perghasilan Harta Intelek Dengan Pihak Ketiga 40

5. Pengurusan Harta Intelek 41

6. Pengkomersilan 42

7. Sumbangan 43

8. Pengecualian 44

9. Penyelesaian Pertikaian 44

BAB KESEPULUH

10. Penerbitan dan Penyebaran Penyelidikan 45

11. Laporan Penyelidikan Tahunan KUIS 46

12. Pengiktirafan Penyelidikan 46

BAB KESEPULUH

1. Panduan Permohonan Pembantu Penyelidik 46

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

4

Singkatan dam Tafsiran

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

KSTI Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

JPK Jawatankuasa Penyelidikan KUIS

PPP Pusat Pembangunan Penyelidikan

JIPK Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersialan KUIS yang ditubuhkan

dibawah klausa 5polisi ini.

FARDU Faculty Research Developmen Unit

Pemohon : Yang membuat permohonan melalui dana penyelidikan

Penyelidik : Yang membuat penyelidikan

Pereka: Yang menghasilkan satu inovasi baru

Pelajar: Mahasiswa KUIS dan IPT

Perlembagaan: bermaksud Perlembagaan KUIS, dan hendaklah termasuk apa-

apa pindaan di dalamnya

Inovasi: bermaksud proses penghasilan idea, kaedah atau pengolahan baru

Pembiaya: Pihak yang membiayai sesuatu penyelidikan

Penyedia dana: Pihak yang menyalurkan kewangan untuk penyelidikan

Murabbi: Pensyarah

IHSAN: dari makna hadis Rasulullah SAW “Kamu beribadat(apa-apa pekerjaan)

kepada Allah sepertimana kamu melihatnya, Jika kamu tidak melihatnya, maka

hendaklah kamu yakin bahawa Allah melihat kamu”

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

5

POLISI PENYELIDIKAN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

BAB PERTAMA

1. Tujuan

i) Dokumen ini bertujuan untuk memberi keterangan tentang polisi penyelidikan di

KUIS dan juga sebagai garis panduan kepada murabbi dan pelajar dalam

perkara yang berkaitan dengan penyelidikan.

2. Visi dan Misi KUIS

i) Misi KUIS adalah untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang

berteraskan Islam dan dikenali di peringkat dunia serta mendapat keredhaan

Allah SWT.

ii) Berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pengurusan, akademik dan

membentuk sahsiah pelajar dengan menggunakan teknologi-teknologi yang

terkini melalui perkhidmatan yang berkualiti berasaskan al-Quran dan al-

Sunnah.

3. Visi dan Misi Penyelidikan

i) Visi Penyelidikan KUIS adalah untuk menjadi Institusi Pendidikan Tinggi Islam

yang ulung dan diakui untuk kajian yang berkualiti bersandarkan pendekatan

tauhid.

ii) Misi penyelidikan KUIS adalah untuk mempromosikan dan menyokong

penglibatan murabbi dalam penyelidikan yang selari dengan keperluan dan

kepentingan ummah.

4. Adab dalam Penyelidikan

Bagi memastikan peradaban dalam penyelidikan diamalkan oleh setiap warga

KUIS, KUIS mengguna-pakai prinsip-prinsip pengurusan adab untuk mendapat

keberkatan Allah melalui prinsip-prinsip berikut:

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

6

i) Amanah Dalam Penyelidikan

Dalam apa jua bidang akademik, penyelidik perlu amanah dan beradab melalui

penyelidikan yang meliputi tindakan yang diambil di dalam penyelidikannya sendiri

mahupun penyelidikan oleh penyelidik yang lain. Ini merangkumi seluruh proses

penyelidikan, termasuk reka bentuk penyelidikan atau eksperimen, menghasilkan

dan menganalisa data, permohonan pembiayaan dan dana, serta pernerbitan hasil

kajian.

a. Penyelidik perlu mempertahankan amanah penyelidikan pada setiap masa.

Penyelidik perlu mengiktiraf sumbangan secara langsung mahupun tidak

langsung daripada rakan-rakan, penyelidik bersama, dan lain-lain

sumbangan di dalam hasil kerja dan penerbitan mereka pada setiap masa.

b. Ketelusan dan keikhlasan penyelidikan termasuk memelihara kerapian,

kecermatan dan kebertanggungjawaban yang diakui sebagai ketinggian

kesarjanaan dan amanah akademik dari sebarang salah laku yang

menyalahi syariat Islam. Semua penyelidik perlu mematuhi amalan-amalan

berikut:

i. IHSAN dalam setiap gerak kerja penyelidikan yang dilakukan.

ii. Menekankan penyelidikan yang berkualiti tinggi untuk kebaikkan

ummah;

iii. Mencari penyeliaan penyelidikan yang sesuai;

iv. Mengekalkan ketepatan dan perincian rekod aktiviti penyelidikan dan

hasil penyelidikan;

v. Sentiasa berfikiran terbuka dan bekerjasama sesama penyelidik dan

orang lain; dan

vi. Menerbitkan dan/atau terus mengembangkan dan mengkomersialkan

hasil penyelidikan untuk kepentingan ummah.

c. Penyelidik bertanggungjawab kepada Allah SWT, ummah, kerjaya dan

institusi di mana penyelidikan itu dilaksanakan, murabbi dan pelajar- pelajar

yang terlibat dan penaja-penaja yang membiayai penyelidikan tersebut.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

7

d. Penyelidik perlu mengisytihar dan mengurus mana-mana konflik

kepentingan dari segi kewangan dan professional. Punca-punca konflik

kepentingan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

i. Penyelidik mendapat atau akan mendapat keuntungan kewangan

daripada hasil penyelidikan;

ii. Penyelidik boleh mendapat faedah persendirian atau praktik

persendirian yang bergantung kepada hasil penyelidikan tersebut.

iii. Profesionalisme penyelidik atau keuntungan persendirian meningkat

lebih daripada keadaan sebelum melaksanakan penyelidikan.

ii) Keterbukaan dalam Penyelidikan

Walaupun mengenal pasti keperluan para penyelidik untuk memelihara hak-hak

mereka dalam penyelidikan termasuk hakcipta intelektual, KUIS menggalakkan

kebebasan dalam perbincangan dengan para penyelidik lain dan orang ramai

berlandaskan akhlaq dan adab dalam penyelidikan.

a. Apabila penyelidikan telah diterbitkan, KUIS menggalakkan para penyelidik

supaya berkongsi data dan bahan penyelidikan dengan para penyelidik lain

sekiranya diminta, bergantung kepada data dan bahan serta hak cipta

intelektual.

5. Objektif Penyelidikan KUIS

i) Mencerakin/merungkai prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-

Sunnah melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan samada yang berbentuk kuantitatif

mahupun kualitatif.

ii) Penyelidikan yang memperkasakan kaedah-kaedah pengajaran dan

pembelajaran sebagaimana ia menyokong secara kolektif proses pemeliharaan,

pemuliharaan, penyebaran dan peningkatan dalam ilmu pengetahuan untuk

kemajuan ummah bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

iii) KUIS komited untuk membudayakan dan memperkasakan kegiatan penyelidikan

melalui:

a) Penyediaan persekitaran penyelidikan yang kondusif dalam hal:

i. Infrastruktur

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

8

ii. Tenaga Kerja

iii. Pembiayaan

iv. Sokongan Pengurusan

v. Peraturan Penyelidikan

b) Memudahkan penyebaran dan aplikasi daripada hasil penyelidikan.

iv) KUIS komited untuk membangun kapasiti / keperluan dan membuktikan

keupayaan penyelidik serta meningkatkan daya saing ke arah melahirkan insan

ta‟dibi di samping menjana pendapatan KUIS.

v) KUIS komited menghasilkan penyelidikan yang berteraskan Tasawwur Islam

secara menyeluruh untuk kepentingan ummah.

6. Fokus/Niche Penyelidikan KUIS

i) Setiap permohonan geran penyelidikan harus memberi fokus kepada kriteria

seperti berikut:-

a) Projek penyelidikan yang merupakan fokus dan tujahan (niche) KUIS

serta kajian-kajian yang mampu membangun dan meningkatkan

peradaban insan bagi kepentingan ummah, negara dan Institusi.

b) Menyumbang pembangunan ilmu bagi meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berkonsepkan sistem Talaqqi berlandaskan al-Quran

dan al-Sunnah.

c) Penyelidikan yang dapat menyumbang kepada kebaikan dan kepentingan

ummah terhadap apa yang sepatutnya dilakukan/diamalkan mengikut

perspektif Islam bukannya sekadar mengikut amalan biasa yang

dipengaruhi pemikiran barat (euro-centric).

d) Penyelidikan yang dipohon merupakan projek yang boleh menghasilkan

sesuatu idea/dapatan baru dalam membangunkan suatu penyelidikan

atau penyelesaian masalah ummah yang sedia ada ataupun yang lain.

e) Penyelidikan yang merangkumi isu-isu semasa permasalahan ummah

bagi tujuan meningkatkan ketinggian nilai seorang insan dalam erti kata

sebenar berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

9

f) Meningkatkan kesedaran, keikhlasan dan keyakinan pada setiap individu

serta melahirkan penyelidik yang dapat memikirkan kajian bagi

kemaslahatan ummah untuk taat kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.

g) Memberi kesan positif yang dapat diambil melalui penyelidikan di samping

mendokong hasrat KUIS bagi memenuhi tanggungjawab dalam

masyarakat untuk membentuk Insan beradab selain menjadi suatu

pendekatan dakwah kepada masyarakat bukan Islam.

h) Menghasilkan penyelidikan yang dapat memberi manfaat untuk kebaikan

ummah melalui kajian yang dihasilkan dengan menerapkan nilai-nilai

khidmat kemasyarakatan.

g) Penyelidikan yang akan dapat menambahbaik sesuatu kemajuan dalam

pembangunan insan dan penyelesaian yang sedia ada.

h) Penyelidikan yang bukan sahaja mengambil kira kepentingan peribadi dan

masyarakat setempat sahaja tetapi perlu juga menitikberatkan keperluan

seluruh ummah secara amnya.

i) Penyelidikan yang mampu meningkatkan keupayaan KUIS menjadi

sebuah IPT Islam contoh dan menjadi pilihan utama pelajar dan

masyarakat.

j) Penyelidikan yang berteraskan/mencerminkan Tassawur Islam (Islamic

worldview) dalam erti kata sebenar yang merangkumi Islam as a way of

knowing dan menolak pemikiran selainnya.

BAB KEDUA

1. Penyelidikan di KUIS

Penyelidikan di KUIS merangkumi tiga bahagian utama:

i) Penyelidikan fundamental merujuk kepada penyelidikan asas tulen atau

penyelidikan asas strategik. Penyelidikan asas tulen merupakan kerja

eksperimen dan teori yang dilakukan untuk memperolehi pengetahuan baharu

tanpa mengambil kira faedah jangka panjang melainkan peningkatan

pengetahuan. Penyelidikan asas strategik pula merupakan kerja eksperimen dan

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

10

teori yang diambil untuk mendapatkan pengetahuan baharu yang mengarah

kepada bidang-bidang umum yang dispesifikasikan demi penemuan yang

berguna. Ia juga menyediakan pengetahuan yang luas dan berguna dalam

menyelesaikan masalah praktikal yang dikenalpasti.

ii) Penyelidikan gunaan atau „Applied Research‟ adalah satu jenis penyelidikan

yang menjurus kearah mengguna-pakai dapatan-dapatan yang ditemui bagi

menyelesaikan permasalahan tertentu yang wujud dalam organisasi atau institusi

dan sebagainya. Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti

kebolehgunaan penemuan penyelidikan asas atau untuk mengenal pasti kaedah

terbaru untuk mencapai objektif tertentu atau objektif yang telah ditentukan.

iii) Pembangunan Eksperimen adalah kerja yang bersifat sistematik,

menggunakan pengetahuan yang telah sedia ada, yang didapati dari

penyelidikan atau pengetahuan peribadi. Penyelidikan dan pengetahuan peribadi

ini diperolehi daripada kerja-kerja pengeluaran bahan terbaru, produk atau

peralatan, pemasangan proses terbaru, sistem atau perkhidmatan ataupun untuk

menambahbaik produk yang telah dikeluarkan atau dipasang.

iv) Data Penelitian, ada dua jenis data yang digunakan dalam penelitian sesuatu

pengkajian:

a. Data Primer (primary data) iaitu data yang dikumpulkan sendiri oleh

penyelidik/ suatu organisasi secara langsung dari sampel yang diteliti

untuk kepentingan kajian yang berkaitan samada melalui temuduga atau

observasi.

b. Data Sekunder (secondary data) iaitu data yang diperolehi/dikumpulkan

dan disatukan melalui kajian-kajian sebelumnya atau yang telah

diterbitkan samada melalui kajian kepustakaan, internet dan wawancara.

Secara keseluruhan, KUIS akan melabur dan memberi penekanan yang sama rata

terhadap pengagihan sumber dan masa untuk kesemua jenis penyelidikan seperti yang

tertera di atas.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

11

2. Organisasi Penyelidikan

i) Semua murabbi digalakkan untuk menjalankan penyelidikan. Ini bermakna KUIS

komited untuk menyokong segala jenis kajian dengan sumber-sumber yang

sesuai seperti pembantu penyelidik, pembantu makmal, pegawai sains,

peralatan, bekalan, masa, kemudahan, kewangan dan sebagainya.

ii) Secara keseluruhannya fokus penyelidikan KUIS sedikit sebanyak ditentukan

oleh fokus(niche) tertentu setiap fakulti/institut yang ada. Setiap fakulti/institut

hendaklah menggalakkan penyelidikan dengan penggunaan sumber

penyelidikan yang bersifat optimum.

iii) Dalam setiap fokus tersebut, fakulti akan mengenal pasti tajuk-tajuk penyelidikan

mengikut keutamaan. Murabbi yang menjalankan penyelidikan tersebut dipanggil

penyelidik.

iv) Penyelidikan yang keluar daripada fokus fakulti/institut dipanggil “penyelidikan

pelengkap” dan ia tidak sepatutnya menjadi penyelidikan yang diutamakan

dalam pembahagian sumber dana KUIS.

v) Bergantung kepada keperluan semasa dan kesesuaian, pengurusan KUIS akan

memberikan keutamaan dari segi pembahagian sumber (kemudahan dan

pembiayaan), kepada sesuatu pengkhususan melalui topik-topik yang

mempunyai keutamaan.

vi) Pada peringkat fakulti / institut, pendekatan yang berasaskan penyelidikan

berkelompok adalah digalakkan. Oleh itu, penyatuan projek-projek penyelidikan

atau komponen-komponen dalam satu projek besar boleh dijalankan secara

kerjasama sama ada di dalam atau di luar topik utama kajian.

vii) Adalah digalakkan setiap projek penyelidikan yang berasaskan penyelidikan

berkelompok disertai oleh beberapa orang pelajar.

viii) Bergantung kepada beban kerja masing-masing dan tugas yang diberikan pada

waktu tertentu, murabbi diharap dapat memberikan penekanan yang seimbang

dari segi masa dan penekanan kepada pengajaran dan penyelidikan. Bagi

murabbi sepenuh masa yang terlibat dengan penyelidikan yang diiktiraf,

peruntukan masa penyelidikan adalah sehingga 25% daripada jumlah beban

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

12

kerja murabbi. Bagi penyelidik sepenuh masa, penyelidikan hendaklah tidak

kurang daripada 75% daripada beban kerja mereka.

ix) Setiap fakulti/institut mempunyai tanggungjawab utama dalam membangunkan,

membuat saringan dan pelaksanaan dan juga pemantauan projek-projek

penyelidikan masing-masing. Walau bagaimanapun, kelulusan akhir dan

pengawasan kepada projek-projek penyelidikan fakulti /institut adalah terletak di

bawah Pusat Pembangunan Penyelidikan(PPP) KUIS.

x) Para penyelidik adalah tertakluk kepada polisi semasa penyelidikan di KUIS.

3. Perkongsian Sumber Penyelidikan

Semua infrastruktur dan sumber logistik yang digunakan di KUIS melalui fakulti /

institut / pusat, pada dasarnya boleh dikongsi bersama oleh semua penyelidik tetapi

tertakluk kepada prosedur kebenaran untuk menggunakannya samada daripada

wakil pengurusan fakulti / institut atau ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

BAB KETIGA

1. Geran-geran Penyelidikan

Maklumat Geran Penyelidikan

i. Dana bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan di KUIS diperolehi daripada sumber-

sumber geran tempatan, antarabangsa, badan-badan korporat dan persendirian.

Oleh yang demikian, penyelidik individu dan kumpulan adalah diharapkan

supaya memohon atau membida dana penyelidikan daripada sumber-sumber

tersebut.

ii. KUIS berhak, dari masa ke semasa memperuntukkan dana-dana penyelidikan

bagi tujuan-tujuan penyelidikan yang khusus dan tertentu.(Sila lihat bab ketiga

no.2 )

iii. KUIS menggalakkan para penyelidik memohon geran-geran penyelidikan dari

luar, sama ada daripada dana-dana rasmi kerajaan, dana-dana komersial atau

korporat, dana-dana amanah penyelidikan atau daripada institusi-institusi

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

13

akademik bagi projek-projek penyelidikan secara individu atau gabungan antara

institusi-institusi. Geran penyelidikan luaran seumpama ini mencerminkan

pengiktirafan luar terhadap kecekapan penyelidikan serta dapat meningkatkan

reputasi bersama penyelidik dan tahap penyelidikan KUIS.

iv. Para penyelidik KUIS digalakkan supaya memantapkan bidang-bidang

penyelidikan atau menyertai jaringan-jaringan penyelidikan di peringkat nasional

dan antarabangsa, dan bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan dan luar

negara bagi meningkatkan peluang mendapatkan dana-dana luaran.

2. Pengurusan Penyelidikan Di Kuis

Pengurusan Penyelidikan bagi mendapatkan pembiayaan penyelidikan adalah seperti

berikut:-

i. Geran Penyelidikan KUIS

Penyelidikan yang dibiayai daripada peruntukan geran penyelidikan KUIS:

a. Dana KUIS – Dibuka kepada setiap pensyarah KUIS yang berstatus TETAP

untuk melakukan penyelidikan secara berkumpulan menggunakan dana yang

bersesuaian dengan keperluan penyelidikan.

b. Insentif Penyelidikan Individu – Dibuka kepada setiap pensyarah KUIS yang

berstatus TETAP untuk melakukan penyelidikan secara individu menggunakan

dana tidak melebihi RM8000/-.

c. Kriteria Pembiayaan

i) Tempoh pelaksanaan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi

dua (2) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh KUIS dari semasa ke

semasa. (Penyelidik boleh memohon untuk lanjutkan tempoh penyelidikan

sebelum tamat dua tahun yang diberikan (tertakluk kepada kelulusan)

ii) Had pembiayaan untuk sesuatu projek penyelidikan adalah tertakluk

kepada keperluan dan pembiayaan yang ditetapkan dari semasa ke

semasa.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

14

d. Syarat-Syarat dan Kelayakan Pemohon

i) Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik berstatus TETAP

sahaja. Kakitangan akademik yang sedang cuti belajar tidak layak untuk

memohon geran ini.

ii) Kakitangan akademik bertaraf kontrak samada warganegara/bukan

warganegara boleh dilantik sebagai ketua penyelidik berdasarkan kepakaran

dan keperluan semasa (tertakluk kepada kelulusan PPP).

iii) Seorang penyelidik hanya boleh mengemukakan satu permohonan pada

satu-satu masa sahaja.

e. Permohonan

i) Semua permohonan untuk menjalankan atau mendaftarkan penyelidikan

(dengan atau tanpa geran KUIS) hendaklah dibuat dengan mengisi Borang

Permohonan Penyelidikan (PPP/001).

ii) Semua permohonan tersebut perlu mendapat pengesahan Dekan, Ketua

Jabatan dan FARDU setiap fakulti sebelum dihantar ke PPP.

iii) Permohonan dana KUIS dibuka pada setiap awal tahun dari 1hb. Januari

sehingga 29 Febuari.

iv) Permohonan yang telah disahkan oleh FARDU perlu dikemukakan kepada

Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP) KUIS untuk dinilai oleh

Jawatankuasa Penyelidikan KUIS (JPK).

f. Kelulusan Peruntukan

Kelulusan peruntukan bagi setiap permohonan adalah tertakluk kepada syarat-

syarat berikut:-

i) Perbelanjaan perjalanan dan sara hidup (mengikut pekeliling Pentadbiran

Bil. 5/200 ”Penetapan Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan

Bayaran Kepada Kakitangan KUIS Kerana Menjalankan Tugas Rasmi

atau Kursus di dalam dan Luar Negara)

ii) Gaji / elaun / upah

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

15

iii) Bekalan bahan penyelidikan serta bahan mentah dan bahan-bahan untuk

penyelenggaraan dan pembaikan.

iv) Sewaan

v) Perkhidmatan profesional, hospitaliti dan lain-lain. (Rujuk pekeliling

Pentadbiran Bil. 5/200)

vi) Lain-lain bahan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:-

a) Alatan pejabat/ alat tulis.

b) Kos belian buku, peralatan komputer, Mesin Pencetak, LCD

Projector dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

c) Urusan pos dan penghantaran.

d) Pembelian gambar-gambar / filem.

e) Fotokopi bahan rujukan.

f) Lain-lain bahan yang diluluskan oleh PPP.

vii) Peralatan penyelidikan yang dibeli di bawah sesuatu penyelidikan akan

menjadi hak milik KUIS dan direkodkan dalam senarai aset dan inventori

PPP KUIS.

Alat-alat pakai habis yang dibeli perlu dinyatakan dalam laporan pertengahan tahun

atau tahunan atau apabila diminta oleh PPP.

ii. Penyelidikan Geran Kerajaan / Kerjasama Luar

a. Penyelidikan Geran Kerajaan bermaksud peruntukan penyelidikan yang

berpunca daripada geran kerajaan pusat/kerajaan negeri.

b. Penyelidikan yang berpunca daripada Badan-Badan Kerajaan, Badan-Badan

Berkanun, Yayasan/Pertubuhan atau Pihak Swasta sama ada dalam

Negara/Antarabangsa yang bertujuan sama ada untuk mendapat keuntungan

ataupun tidak.

c. Permohonan Penyelidikan

Semua permohonan, sama ada tawaran yang dikeluarkan melalui KUIS atau

tawaran yang diterima oleh pemohon melalui usaha sendiri, hendaklah

disalurkan melalui PPP.

d. Kelulusan dan Penggunaan Peruntukan

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

16

i) Semua permohonan yang diluluskan, sama ada dengan cara Pemohon

dihubungi secara langsung oleh pihak berkenaan atau melalui KUIS,

dikehendaki menyalurkan persetujuan melalui PPP.

ii) Perjanjian yang terlibat perlu diteliti oleh KUIS, ditandatangani oleh

Pegawai KUIS yang diberi kuasa sebagai pihak kedua kepada perjanjian

dan diurus penghantarannya oleh PPP. Pemohon dan Bendahari akan

diberi satu salinan.

iii) Penggunaan peruntukan yang diluluskan akan disalurkan sesuai dengan

syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian.

BAB KEEMPAT

1. Peranan Dan Tanggungjawab

i. Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP)

PPP bertanggungjawab mengawalselia pengurusan penyelidikan, penerbitan

akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta intelek di KUIS.

PPP bertanggungjawab kepada Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan).

PPP bertanggungjawab untuk:

a) menjadi sekretariat pentadbiran kepada Jawatankuasa Penyelidikan

KUIS(JPK) (dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan mencadangkan

bantuan/sokongan kepada cadangan penyelidikan berdasarkan merit,

masa, relevan dan kecemerlangan/kualiti).

b) Bidang tugas khusus PPP adalah:

i. merumus dan menilai polisi dan hala tuju penyelidikan KUIS dari semasa

ke semasa.

ii. menyokong geran bagi projek penyelidikan yang dihantar untuk dinilai dan

diluluskan oleh JPK.

iii. meluluskan laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan yang ditulis

oleh penyelidik di institut/fakulti yang ditaja oleh KUIS.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

17

iv. melaporkan status permohonan penyelidikan dan geran penyelidikan dan

laporan penyelidikan yang telah diluluskan, serta perkara-perkara lain

berkaitan penyelidikan di KUIS kepada JPK untuk makluman dan

kelulusan.

v. Menguruskan permohonan penyelidikan dana KUIS dan dana luar.

vi. menghantar laporan perkembangan penyelidikan dan kewangan setengah

tahun dan tahunan kepada pihak KUIS atau pihak penyedia dana atau

apabila diminta berbuat demikian.

vii. Menguruskan laporan kemajuan, tambahan masa dan tambahan

peruntukan penyelidikan dan laporan akhir penyelidikan.

viii. Membangunkan dan menyelenggarakan laman web khusus untuk aktiviti-

aktiviti penyelidikan di KUIS.

ix. Mengekalkan satu sistem pemantauan yang direka untuk membantu ketua

penyelidik dalam memenuhi jadual pelaksanaan penyelidikan, laporan

kemajuan dan tarikh akhir laporan kewangan seperti tercatat dalam

tempoh masa asal;

x. Membantu penyelidik untuk mendapatkan geran penyelidikan, terutama

dalam memenuhi keperluan prosedur pemberian tertentu (contohnya

FRGS);

xi. Mengajukan semua cadangan penyelidikan dan laporan penyelidikan

(teknikal dan kewangan) kepada panel JPK, PPP dan agensi-agensi

pembiayaan;

xii. Menerbitkan hasil penyelidikan di KUIS yang telah dikemaskini dan

membuat publisiti mengenai pencapaian penyelidikan di KUIS melalui

media cetak dan elektronik secara tetap;

xiii. Menggalakkan, memohon, memproses, serta memastikan kualiti dan

menerbitkan buku-buku, monograf dan lain-lain manuskrip akademik;

xiv. Mempromosi dan membantu aktiviti-aktiviti penerbitan yang bersifat

akademik di KUIS;

xv. Mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga KUIS;

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

18

xvi. Menganjurkan program latihan bersesuaian (peringkat dalaman dan

luaran) secara tetap untuk meningkatkan kemampuan, terutamanya bagi

kakitangan akademik yang baru, dalam hal-hal PPP;

xvii. Membantu menyemak semula Polisi Harta Intelek dan Pengkomersialan

KUIS, serta memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KUIS dalam hal-

hal berkaitan pengurusan polisi ini;

xviii. Menggalakkan pembangunan, pempatenan, dan komersialisasi

penyelidikan dan hasilan-hasilan yang berinovatif oleh penyelidik-

penyelidik KUIS.

xix. Menjalankan tanggungjawab/tugas-tugas lain sepertimana yang

ditugaskan kepada PPP oleh pengurusan KUIS dari semasa ke semasa.

ii. Fakulti/ Institut: Unit Penyelidikan dan Pembangunan(FARDU)

a) Setiap FARDU bertanggungjawab untuk melihat semula perkembangan

dan laporan akhir (termasuk laporan kewangan) semua geran/ projek

penyelidikan sebelum diserahkan kepada PPP.

b) FARDU diberikan tugas untuk menyediakan penilaian sejawat (peer

scrutiny) untuk semua kertas cadangan penyelidikan. Sebelum kertas-

kertas cadangan itu diserahkan kepada PPP bagi sokongan untuk

kelulusan di pihak JKP, FARDU bertanggungjawab untuk memastikan

semua penyelidikan yang direkodkan tersebut memenuhi kriteria-kriteria di

bawah:

i. termasuk dalam bidang/niche (bidang) khusus fakulti/ institut;

ii. dapat memberi sumbangan yang berguna dan diiktiraf dalam

pengkhususan bidang ilmu tersebut;

iii. realistik dari sudut skopnya, jangka masa serta jadual, dan mempunyai

sumber-sumber insan dan kewangan yang mencukupi untuk

melengkapkan projek;

iv. jelas dari sudut teori dan metodologinya;

v. memperkukuhkan lagi usaha-usaha penyelidikan dan kepakaran di dalam

sesebuah fakulti dan institusi;

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

19

vi. relevan dengan keperluan ummah; dan

vii. memastikan penyelidik mematuhi polisi penyelidikan KUIS.

c) Ketua FARDU merupakan ahli tetap JPK.

d) FARDU perlu memastikan cadangan penyelidikan mematuhi kehendak

geran penyelidikan KUIS dan bidang yang diutamakan oleh pihak

pembiaya disamping memenuhi semua panduan permohonan dan kualiti

pra-syarat seperti yang dinyatakan di dalam penyelidikan.

e) Jawatankuasa FARDU ditentukan oleh fakulti dan berperanan sebagai

wakil PPP di peringkat fakulti serta memastikan kelangsungan

penyelidikan secara berterusan di fakulti.

f) Memberi maklumat dan pendedahan mengenai tujuan serta kepentingan

penyelidikan di fakulti serta membantu melancarkan proses penyediaan

dokumen untuk tujuan penyelidikan kepada setiap penyelidik.

g) Memastikan setiap borang penyelidikan yang dihantar ke PPP mendapat

pengesahan terlebih dahulu daripada ketua FARDU.

h) Merancang aktiviti/kegiatan di peringkat fakulti dan menjalin kerjasama

antara FARDU di peringkat KUIS di samping memaklumkan kegiatan

FARDU (Seminar/Wacana, Penyelidikan, Penerbitan) kepada PPP.

iii. Jawatankuasa Penyelidikan KUIS (JPK)

a) Keanggotaan JPK dilantik oleh KUIS dan tertakluk kepada terma-terma

yang ditetapkan oleh Pengurusan KUIS atas nasihat PPP.

b) JPK (Jawatankuasa Penyelidikan KUIS) diamanahkan untuk membuat

semakan, penilaian dan meluluskan/menggagalkan kertas cadangan

penyelidikan dari geran penyelidikan KUIS atau dari dana luar bagi

memastikan ianya menepati fokus/niche bidang kajian di KUIS.

c) Jika kertas cadangan kajian yang dinilai adalah di luar kepakaran ahli

panel, pakar lain (yang arif dalam bidang kajian) boleh dilantik untuk

membantu membuat penilaian.

d) Bagi kes-kes kertas cadangan kajian yang memerlukan penjelasan

terperinci, Ketua Jawatankuasa Penyelidikan boleh:

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

20

i. menjemput penyelidik untuk membuat perbincangan dan rundingan

dengan ahli panel yang dilantik oleh JPK.

ii. berkomunikasi secara bertulis perihal kekurangan dalam kertas

cadangan kajian yang memerlukan semakan atau penambahbaikan.

iii. menyediakan rumusan secara bertulis untuk setiap kertas cadangan

kajian yang telah disemak dan membentangkan keputusan ahli panel

kepada Pusat Pembangunan Penyelidikan untuk kelulusan.

e) Ahli panel yang dilantik dikehendaki untuk menentukan merit teknikal

kertas cadangan yang diusulkan berdasarkan garis panduan penilaian

teknikal yang diluluskan oleh pemberi dana.

iv. Tanggungjawab Penyelidik

a) Bagi setiap permohonan penyelidikan yang diluluskan, penyelidik

dikehendaki menandatangani Perjanjian Penyelidikan dan mematikan

setem hasil dalam tempoh seminggu bermula daripada tarikh

menandatangani perjanjian.

b) Penyelidik dikehendaki menyerahkan Borang Perjanjian Penyelidikan

yang telah lengkap kepada PPP.

c) Penyelidik hendaklah memulakan penyelidikannya dalam tempoh tiga(3)

bulan selepas tarikh Perjanjian ditandatangani; atau dalam tempoh masa

yang sesuai bagi perjanjian dengan pihak luar sekiranya penyelidikan ini

melibatkan kerjasama pihak luar/swasta. Maksud 'mula' ialah dengan

merujuk salah satu daripada item-item yang disenaraikan di bawah :-

i. Terdapat permohonan untuk mendapatkan pendahuluan peruntukan.

ii. Terdapat permohonan untuk mendapatkan alat perkakas.

iii. Terdapat permohonan untuk melantik pembantu penyelidik.

iv. Terdapat laporan kemajuan disampaikan kepada pihak yang membiayai

projek.

d) Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan kemajuan mengikut

ketetapan seperti berikut:

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

21

i. Setiap tiga (3) bulan – jika tempoh penyelidikan kurang daripada satu (1)

tahun; dan setiap enam (6) bulan – jika tempoh penyelidikan lebih

daripada satu (1) tahun kepada Pusat Pembangunan Penyelidikan, KUIS.

ii. Tempoh yang bersesuaian dengan perjanjian dengan pihak luar, kepada

pihak luar, dan dikemukakan melalui PPP, jika dengan kerjasama pihak

luar.

iii. Kegagalan untuk menyediakan Laporan Kemajuan Penyelidikan yang

memuaskan, akan menyebabkan projek penyelidikan tersebut boleh

digantung atau diberhentikan dan direkodkan dalam fail peribadi.

e) Laporan akhir penyelidikan;

i. Penyelidik hendaklah mengemukakan Laporan Akhir Penyelidikan kepada

PPP serta Penyata Kewangan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada

tarikh tamat projek penyelidikan dengan menggunakan Borang Laporan

Akhir Penyelidikan (PPP/003).

ii. Penyelidik hendaklah mengemukakan Borang Laporan Akhir Penyelidikan

dan Penyata Kewangan serta empat (4) salinan laporan penuh

penyelidikan berjilid kepada PPP.

iii. Penyelidik yang gagal menghantar laporan akhir dan gagal menjalankan

penyelidikan dengan memuaskan, atau gagal menyempurnakan

penyelidikan yang dibuat setelah tamat tempoh penyelidikan yang

diluluskan hendaklah membayar balik kepada KUIS segala kos

perbelanjaan yang telah digunakan atau disalahgunakan semasa

penyelidikan tersebut dijalankan. Melainkan diputuskan selainnya oleh

KUIS.

f) Penyelidik hendaklah menjalankan penyelidikan dengan penuh

ketaqwaan kepada Allah SWT dan bertanggungjawab serta tidak

mencemarkan nama baik KUIS. Adalah dipersetujui bahawa Penyelidik

yang mengetuai Kumpulan Penyelidik bagi satu-satu penyelidikan adalah

bertanggungjawab ke atas kumpulan penyelidik bagi memastikan projek

berjalan dengan lancar.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

22

g) Semua peralatan penyelidikan yang dibeli dengan kelulusan mana-mana

pihak untuk tujuan projek-projek penyelidikan hendaklah dijaga dengan

baik dan semua peralatan penyelidikan adalah menjadi hak milik KUIS.

Sebarang kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan kepada PPP. KUIS

berhak menuntut gantirugi atas kehilangan/kerosakan yang di sebabkan

oleh kecuaian penyelidik.

v) Pelantikan Pembantu Penyelidik

a) Ketua Penyelidik hendaklah mengisi dan mengemukakan borang

permohonan untuk melantik Pembantu Penyelidik yang ditetapkan dalam

perjanjian dengan pihak luar (jika ada). Jika tiada, penyelidik boleh

menggunakan borang yang digunapakai oleh KUIS iaitu Borang

Permohonan Pembantu Penyelidik (PPP/004) dengan mengikut syarat-

syarat KUIS.

b) Pelantikan akan dibuat oleh PPP setelah menimbangkan permohonan

daripada Ketua Penyelidik.

c) Pembantu Penyelidik juga boleh dilantik mengikut format yang ditetapkan

dalam perjanjian dengan pihak luar (jika ada).

BAB KELIMA

1. Laporan Kemajuan Penyelidikan

i. Penyelidik hendaklah menyediakan Laporan Kemajuan Penyelidikan kepada

pihak pembiaya dana seperti berikut:

a. Laporan Awal – penyelidik melaporkan pencapaian metodologi

penyelidikan/ bagaimana projek penyelidikan akan

dilaksanakan (selepas menerima Geran)

b. Laporan Pertengahan (Interim Report) – penyelidik melaporkan

pencapaian berkaitan pengumpulan data yang telah dilakukan.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

23

c. Draf Laporan Akhir – penyelidik membentangkan analisis data

dan dapatan/ hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.

ii. Penyelidik hendaklah menyediakan satu salinan Laporan Kemajuan

Penyelidikan kepada PPP.

iii. Jika berlaku kes penggantungan atau pemberhentian sesuatu projek,

penyelidik hendaklah memaklumkan perkara berkenaan kepada PPP.

2. Pengurusan Geran Penyelidikan

i. Kesemua geran penyelidikan dana luar yang telah berjaya diperolehi akan

didepositkan ke Pejabat Bendahari KUIS. Penggunaan kaedah selain ini hanya

dibenarkan jika terdapat perjanjian sebelumnya di antara penyelidik, agensi

pemberi dana dan KUIS.

ii. Melainkan jika dinyatakan secara khusus, geran-geran penyelidikan daripada

sumber-sumber yang telah disebutkan adalah bertujuan untuk menampung kos

pengumpulan data (seperti soal-selidik dan perbelanjaan perjalanan untuk tujuan

penyelidikan), bahan-bahan isian semula untuk penyelidikan, bahan-bahan

eksperimen, gaji untuk pembantu-pembantu penyelidikan, perisian khusus,

penyelenggaraan perkakasan, bayaran sewa, menghadiri persidangan-

persidangan peringkat tempatan/ antarabangsa, penerbitan jurnal, konsultasi dan

lain-lain aktiviti penyelidikan.

iii. Prosedur untuk, pemerolehan aset, bekalan dan servis yang menggunakan

geran-geran penyelidikan Kerajaan perlulah mematuhi Undang-undang dan

Peraturan Standard yang ditetapkan oleh Bendahari dan Tatacara kewangan

KUIS. Pengecualian prosedur kewangan KUIS perlu, hanya dibenarkan untuk

geran-geran penyelidikan lain jika dan apabila satu set prosedur kewangan yang

lain telah dibenarkan secara rasmi oleh PPP, KUIS dan agensi pemberi dana

luar.

iv. Kesemua aset yang diperolehi melalui geran-geran penyelidikan (dari semua

jenis dan sumber) adalah menjadi milik KUIS, oleh yang demikian semua item ini

perlulah diinventorikan oleh PPP.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

24

v. Pelantikan fellow dan pembantu penyelidik, setelah dinyatakan dalam

belanjawan geran penyelidikan, secara rasminya melalui PPP dengan

menggunakan borang permohonan yang sesuai dan berdasarkan skim

penggajian yang tetap.

vi. Penerima-penerima geran penyelidikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya

untuk menuruti kehendak-kehendak laporan kewangan oleh pihak penyedia

dana.

3. Had Bilangan Geran Penyelidikan

i. Untuk memastikan penyelidikan yang disiapkan mengikut jadual, semua

penyelidik yang juga pensyarah sepenuh masa diberi hanya satu (1) geran

penyelidikan/projek pada satu-satu masa. Justeru, penyelidik juga boleh

menyertai maksimum dua projek lagi sebagai ahli biasa kumpulan penyelidikan.

ii. Pengecualian kepada peruntukan-peruntukan dalam bab 5 bil. 3.1 boleh

dipertimbangkan dan dipersetujui oleh PPP bergantung kepada sesuatu kes.

4. Hasil Penyelidikan Dan Petunjuk Prestasi

KUIS mengakui perkara-perkara berikut sebagai bukti kukuh hasil penyelidikan yang

berkualiti:

i. bahan rujukan penerbitan luaran sebagai artikel kertas saintifik dalam jurnal

kebangsaan dan antarabangsa reputasi ilmiah, atau dalam bahan rujukan

terbuka akses jurnal akademik yang berasaskan web;

ii. monograf, buku, bab dalam buku dan prosiding persidangan yang diterbitkan;

iii. dokumentasi dan pendaftaran perlindungan hak harta intelek yang diluluskan

serta berjaya dalam bentuk paten, sijil bagi pembaharuan utiliti, reka bentuk

industri, hak cipta dan cap dagangan;

iv. pembentangan kerja-kerja penyelidikan di luar persidangan, seminar dan

bengkel (kebangsaan dan antarabangsa);

v. penyelidikan yang berupaya menyelesaikan masalah ummah melalui

penghasilan kertas kerja, laporan teknikal dan penerbitan profesional;

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

25

vi. penyelidikan yang berasaskan kerja-kerja kreatif/pameran, dokumentari dan

persembahan seni;

vii. kertas penyelidikan atau laporan berasas yang diiktiraf sebagai sumbangan

penting ke arah meningkatkan rangka kerja dasar kerajaan atau institusi atau

strategi pengurusan;

viii. akreditasi dan anugerah yang diterima untuk pameran/ produk berasaskan

penyelidikan;

ix. kejayaan dalam menarik dana penyelidikan besar selanjutnya;

x. pelantikan sebagai editor atau ahli-ahli lembaga editorial mana-mana jurnal

atau prosiding, dan

xi. penyeliaan pelajar penyelidikan siswazah, sehingga ijazah masing-masing

selesai.

BAB KEENAM

1. Kontrak Memenuhi Kewajipan oleh Penyelidik dan KUIS

i. Penyelidik-penyelidik hendaklah berkewajipan untuk melengkapkan kesemua

penyelidikan yang telah diamanahkan dan dipersetujui, dan menerbitkan

dapatan-dapatan kajian seperti yang telah termaktub dalam perjanjian.

Khususnya, bagi penyelidikan yang disokong dengan dana KUIS, KUIS

menjangkakan pulangan daripada pihak penyelidik. Justeru, penyelidik-

penyelidik adalah berkewajipan untuk menghasilkan output dari penyelidikan

yang dijalankan. Bagi pihak KUIS pula, ia berkewajipan untuk menyokong/

membantu penyelidik-penyelidik dalam memenuhi kesemua keperluan

penyelidikan mereka.

ii. Penerbitan penyelidikan mestilah yang terkini dan berkualiti tinggi. Jika terdapat

kelewatan dalam penerbitan, ia tidak boleh melebihi jangka masa 12 bulan.

iii. KUIS mempunyai kuasa untuk menentukan penerbitan bagi penyelidikan yang

telah diberikan dana.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

26

2. Bimbingan Profesional dan Keperluan Undang-undang

KUIS berharap para penyelidik akan mematuhi piawaian dalam peraturan yang

ditetapkan oleh badan penyumbang dana, persatuan saintifik dan lain-lain badan

profesional.

i. Para penyelidik terikat dengan keperluan undang-undang yang memantau hasil

kerja mereka, terutamanya keperluan kesihatan dan keselamatan, piawaian alam

sekitar, dan privacy serta perlindungan data kajian.

ii. Para penyelidik secara khususnya perlu amanah melalui prinsip-prinsip am yang

utama untuk memelihara, menggunakan dan mengendalikan haiwan dalam kajian

saintifik serta memperolehi kebenaran terlebih dahulu sebelum melibatkan

manusia sebagai peserta kajian.

iii. Para penyelidik yang terlibat di dalam bidang Kejururawatan dan Sains Kesihatan

perlu mematuhi Garis Panduan Amalan Klinikal Piawai Malaysia dan

Jawatankuasa Antarabangsa Garis Panduan Pengharmonian Amalan Klinikal

Piawaian Dalam Percubaan Klinikal. Penyelidikan seperti ini akan dipantau oleh

FARDU daripada Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sekutu. Selain

daripada penyaringan oleh FARDU, semua projek penyelidikan yang melibatkan

pesakit dan/atau kemudahan daripada Kementerian Kesihatan perlu memperoleh

kelululusan daripada Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan, Institut Penyelidikan

Perubatan, Kuala Lumpur.

iv. Penyelidik yang terlibat di dalam makmal saintifik yang menyediakan atau

menerima bahan biologikal perlu menandatangani Perjanjian Penyerahan Bahan

dengan pembekal, pembeli ataupun pihak yang bekerjasama dalam kajian luaran

pada setiap masa.

3. Kepimpinan dan Kerjasama

Ketua Penyelidik dan penyelidik kanan bertanggungjawab untuk memupuk budaya

penyelidikan secara dinamik di dalam keadaan saling percaya dan kerjasama di mana

semua anggota penyelidik di dalam sesebuah kumpulan penyelidikan digalakkan untuk

membentuk pengetahuan dan kemahiran, dan bebas bertukar idea serta pendapat

melalui semangat seorang ahli akademik Islam yang sebenar.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

27

4. Penyeliaan

Ketua penyelidik hendaklah bertanggungjawab untuk menyelia keseluruhan kerja-kerja

penyelidikan termasuklah bentuk projek penyelidikan, penyediaan permohonan dana,

bentuk penyelidikan atau protokol penyelidikan, rakaman data serta pengesahan

keputusan. Ketua penyelidik juga hendaklah bertanggungjawab ke atas pelantikan

Penolong Penyelidik yang bersesuaian serta Penyelia Penolong Penyelidik dalam

tempoh penyelidikan.

i. Ketua penyelidik perlu mengekalkan kekerapan perhubungan dengan pegawai

penyelidikan, meneliti semua data penyelidikan dan mencapai keperluan pegawai

dan pelajar yang lebih meluas.

5. Latihan

Semua pegawai penyelidik mempunyai hak untuk mendapat latihan yang diperlukan

bagi memastikan bahawa mereka mampu untuk bekerjasama dalam menghasilkan

penyelidikan yang berkualiti tinggi. Ketua-ketua penyelidik adalah bertanggungjawab

bagi memastikan bahawa pegawai mereka mengikuti latihan khusus yang berkaitan

sebagai sebahagian daripada perkembangan kerjaya mereka.

BAB KETUJUH

1. Salah laku dalam Penyelidikan

KUIS menganggap perkara-perkara berikut sebagai salah laku apabila pegawai

penyelidik melanggar falsafah dan polisi penyelidikan KUIS. Salah laku berikut adalah

serius dan tertakluk kepada tindakan tatatertib yang tegas.

i. Pemalsuan data

Ketidakjujuran dalam melaporkan keputusan, merangkumi pemalsuan data,

pembetulan keputusan yang tidak wajar dan kecuaian melampau dalam

menganalisis data hingga kepada memilih laporan atau data yang tidak disertakan

bagi tujuan mengelirukan pihak-pihak yang berkaitan.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

28

ii. Pemalsuan Penyelidikan

Memalsukan kandungan kajian dengan sengaja. Ini termasuk memalsukan

perkembangan penyelidikan, data dan keputusan kajian serta membuat dakwaan

yang tidak benar mengenai kajian „research literature‟.

iii. Plagiat

Penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan yakni mengambil hasil karya

ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin

sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis itu sebagai karyanya yang

asli. Ini termasuklah menyalin (copying) artikel asal, menukar atau mengubah

beberapa perkataan dan mempersembahkan tulisan berkenaan sebagai miliknya.

iv. Kegagalan mengenal pasti maklumat

Penggunaan idea dan perkataan serta pelanggaran hak cipta orang lain tanpa

memaklumkan sumber sesuatu maklumat yang jelas di dalam ruangan rujukan.

v. Pecah Amanah

Kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan

dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Ini termasuk mendedahkan

keputusan penyelidikan tanpa izin pemiliknya, mencedok idea penyelidikan milik

orang lain serta meniru manuskrip yang akan atau telah diterbitkan.

vi. Penipuan penerbitan

Menerbitkan material yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan

pembaca. Ini merangkumi kesilapan data, perkembangan dan ketulenan

penyelidikan, dengan tanpa izin menokok tambah dan mengugurkan nama

penyelidik serta penulis bersama (co-author) sesuatu kajian.

vii. Perlanggaran dan penyalahgunaan hak milik

Mencuri atau memusnahkan hasil penyelidikan, barangan yang di gunakan untuk

penyelidikan serta produk kajian sesuatu penyelidikan milik orang lain.

viii. Menyalahgunakan Peruntukan

Kegagalan untuk menggunakan peruntukan penyelidikan seperti mana termaktub di

dalam dokumen kontrak dan/atau kegagalan dalam menyenaraikan rekod

perbelanjaan.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

29

ix. Menyalahgunakan Subjek Dalam Penyelidikan Manusia

Kegagalan dalam mendapat kebenaran daripada penyimpan maklumat

penyelidikan/ pesakit percubaan klinikal, kegagalan dalam melindungi hak pemberi

maklumat dari segi privasi mereka dan melindungi maklumat dan identiti sumber

maklumat.

x. Kegagalan Melaporkan Insiden Berkaitan Salah Laku Penyelidikan.

Merahsiakan atau gagal melaporkan kesalahan yang berkaitan dengan salah laku

penyelidikan.

xi. Tindakan Yang Boleh Diambil

a) Menjatuhkan hukuman terhadap individu yang dilapor melakukan kesalahan

besar di dalam penyelidikan.

b) Salah laku penyelidikan tidak termasuk kesilapan yang tidak dirancang atau

perbezaan dalam tafsiran atau penilaian data. Salah laku yang serius mesti

dibezakan daripada kesilapan yang tidak dirancang atau perbezaan dalam

tafsiran dari segi saintifik dan proses kreatif di mana selalunya dibetulkan

melalui kajian yang lebih lanjut.

c) Salah laku yang tidak disebut di atas tetapi melanggari prinsip syariah adalah

dianggap sebagai salah laku di bawah seksyen ini.

2. Salah Laku Penyelidikan: Pelanggaran Prosedur

i. Di dalam kes salah laku penyelidikan, terdapat alasan untuk tindakan disiplin

terhadap pegawai dan pelajar.

ii. Semua kes-kes yang dilakukan atau aduan salah laku penyelidikan hendaklah

dilaporkan kepada Ketua Jabatan masing-masing. Ia merupakan tanggungjawab

setiap Dekan atau Pengarah untuk memaklumkan kepada Timbalan Rektor

(Akademik & Penyelidikan) dan Pendaftar atas dakwaan atau aduan (apabila

aduan yang didakwa melibatkan Murabbi) dan atau Dekan Pascasiswazah Pusat

(jika ia melibatkan pelajar pasca siswazah) dan atau Dekan (Jabatan

Pembangunan Mahasiswa) (jika terdapat mahasiswa yang terlibat). Laporan atau

aduan tersebut hendaklah difailkan secara bertulis.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

30

iii. Jika kes-kes salah laku penyelidikan yang diadu melibatkan Dekan atau

Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan, aduan hendaklah secara terus difailkan

secara bertulis kepada Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan).

iv. Jika terdapat apa-apa tindakan selanjutnya yang melibatkan penyiasatan,

timbang tara dan keputusan ke atas aduan tersebut hendaklah dilaksanakan

mengikut prosedur tatatertib pegawai KUIS atau prosedur tertib pelajar KUIS

(jika berkenaan).

BAB KELAPAN

1. Kebebasan Akademik

i. Penyelidik KUIS bebas sepenuhnya untuk menentukan kaedah penyelidikan

sendiri dan agenda mereka. KUIS berhak untuk mengutamakan sokongan untuk

penyelidikan termasuk dalam bidang tumpuan KUIS. Penyelidikan yang bukan

menjadi keutamaan atau pelengkap boleh dibiayai secara budi bicara pihak KUIS

tetapi tidak boleh diberi keutamaan dalam peruntukan sumber dana KUIS.

ii. Penyelidik digalakkan untuk meneruskan gaya dan kaedah penyelidikan yang

berbeza serta diberikan disiplin yang berbeza sepertimana penyelidikan berlaku di

KUIS. Tidak terdapat satu pun model penyelidikan yang penting daripada model

lain yang melibatkan kepentingan ummah, perbezaan budaya, tradisi dan

keperluan infrastruktur disiplin yang berbeza. Sebaliknya, nilai pendekatan

penyelidikan hanya ditentukan oleh hasil intelektual, sosial, budaya dan ekonomi.

iii. KUIS sebaliknya menyedari tentang bidang-bidang penyelidikan utama seperti

yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan. Mungkin akan terdapat keadaan di

mana KUIS diminta untuk menjalankan projek-projek penyelidikan utama yang

tertentu yang telah ditugaskan oleh kerajaan (dikenali sebagai penyelidikan “top

down”). Oleh itu adalah perlu dan secara konsisten KUIS memenuhi permintaan

penyelidikan rasmi tersebut untuk memastikan KUIS menyumbang terhadap

keutamaan-keutamaan dalam bidang pembangunan negara yang utama yang

mana ianya selari dengan mandat KUIS sebagai sebuah institut pengajian tinggi.

Dalam keadaan-keadaan ini, para penyelidik adalah digalakkan untuk memberi

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

31

fokus terhadap usaha-usaha penyelidikan mereka di mana dari satu segi ia tidak

hanya memenuhi minat mereka dalam bidang-bidang penyelidikan tertentu tetapi

juga keperluan-keperluan penyelidikan yang diperlukan oleh negara, KUIS dan

fakulti/ institut serta ummah sejagat.

iv. Tidak ada penyelidik yang berkewajipan untuk menjalankan projek-projek

penyelidikan yang mereka tidak punyai minat dan kepentingan.

BAB KESEMBILAN

1. DASAR HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN

DASAR HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM

ANTARABANGSA SELANGOR (selepas ini dirujuk sebagai Dasar “HIP KUIS")

hendaklah terpakai kepada semua Penyelidik dan Pelajar Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (selepas ini dirujuk sebagai "KUIS")

i) KENYATAAN DASAR

Haq Ilmu hanyalah milik Allah SWT menerusi Al-Quran yang diwahyukan kepada

Rasulullah SAW selama 23 tahun untuk dijadikan panduan kehidupan setiap Insan.

Kembali semula kepada rujukan sejarah nuzul Al-Quran, ketika mana penurunan

wahyu oleh Jibril AS sebagai Ilmu sepanjang zaman kepada Nabi Muhammad SAW

menggambarkan kepada kita selaku hamba-hamba Allah SWT, bahawa segala ilmu

yang dimiliki dan berjaya dimanfaat dari ilmu tersebut adalah datangnya dari dan

merupakan haq Allah SWT secara mutlak. Penelitian secara hakikatnya melalui

pemahaman “What Does it Means To Be Human” seharusnya menyedarkan kita

bahawa, jika diambil kira segala nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita secara

percuma, adalah tidak wajar untuk kita meletakkan haq milik ke atas seseorang

individu.

Dasar HIP KUIS adalah dasar di mana KUIS meletakkan Allah SWT sebagai Al-

Khaliq dan al-Haq, yakni pencipta dan pemilik mutlak segala ilmu yang tercetus hasil

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

32

dari idea, pemikiran, kreativiti, perekaan dan segala bentuk penghasilan yang ada.

Insan sebagai makhluq hanyalah seorang hamba yang tidak lain dan tidak bukan

sebagai pemegang amanah kerana dipertanggungjawabkan ke atas setiap

penghasilan yang dihasilkan untuk kemaslahatan ummah dan bukannya untuk diri

sendiri. Justeru, haq pemilikan yang timbul daripada penyelidikan, inovasi, ciptaan

dan hasil karya kreatif serta pengurusan, penciptaan, perlindungan,

pengkomersialan, eksploitasi dan pengembangan hak tersebut semestinya dipelihara

dan diberi keutamaan terutamanya oleh KUIS dan penyelidik.

Insan hanya diberi amanah untuk dipertanggungjawabkan bagi menjaga amanah

Allah SWT dan menjaga setiap harta termasuklah harta intelek. Pada tahun 1988,

Majma Fiqh Islami Sedunia telah mengiktiraf Harta Intelek sebagai sah di sisi Islam

dan telah disokong oleh Majlis Fatwa Eropah. Jumhur ulama berpendapat, harta

intelek boleh dianggap harta, oleh itu ia boleh dijual beli, boleh dipindah milik dan

sebagainya, kerana harta dicipta Allah SWT bagi manfaat insan, demikian juga

dengan harta intelek. Justeru, bahan-bahan yang dianggap harta hanya bernilai

kerana faedah dan kegunaannya. Tanpa faedah, bahan-bahan tersebut tidak

mempunyai apa-apa makna lagi.

Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak dihalalkan harta seseorang muslim melainkan dengan kebenaran dari dirinya”.

(H.R al-Baihaqi)

Juga sabda Rasulullah SAW:

“Setiap muslim ke atas muslim yang lain diharamkan (daripada mencabuli)

nyawanya, hartanya dan maruahnya”. (H.R Muslim, Ahmad & Baihaqi)

a) KUIS mensasarkan kewujudan bi‟ah di mana aktiviti-aktiviti Harta Intelek seperti

pembelajaran, pengajaran, inovasi, biasiswa, pengkomersialan, penyelidikan dan

pembangunan sentiasa berkembang selari dengan syariat Islam. KUIS

berpegang teguh kepada prinsip bahawa idea dan pengetahuan yang

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

33

dianugerahkan oleh Allah SWT seharusnya dimanfaatkan untuk kemaslahatan

ummah dan bukannya menjadi hak milik individu tertentu.

b) Dasar HIP KUIS adalah bertujuan untuk memudahkan (di mana yang

bersesuaian) pengurusan, penciptaan, perlindungan, pengkomersialan,

eksploitasi1 dan pengembangan Harta Intelek. Berdasarkan syariat Islam, KUIS

mengiktiraf dan mengakui untuk berkongsi pulangan kewangan melalui nisbah

yang dipersetujui daripada pengkomersilan bersama penyelidik sebagai

sumbangan;

c) Perlindungan Harta Intelek boleh dimohon untuk sebab-sebab bukan komersial

dan dalam keadaan sedemikian, adalah menjadi dasar bahawa KUIS

mempunyai pemilikan terhadap perlindungan Harta Intelek tersebut; dan

d) Dasar Harta Intelek KUIS mentakrifkan pemilikan Harta Intelek yang dihasilkan

adalah milik ummah yang menjadi amanah dan tanggungjawab KUIS untuk

memeliharanya.

e) Dasar Harta Intelek KUIS mentakrifkan bahawa Harta Intelek sebagai langkah

bertanggungjawab (Muas‟uliyyah) bahawa hasilan dari penyelidik adalah asli dan

datang dari penyelidik sendiri dan jika berlaku sebaliknya, penyelidik adalah

bertanggungjawab sepenuhnya atas hasilan tersebut.

ii) OBJEKTIF

Objektif Dasar Harta Intelek dan Pengkomersialan adalah untuk mewujudkan rangka

kerja penyelidikan berdasarkan kehendak Islam menerusi inovasi, ciptaan, karya

kreatif dan pemindahan teknologi, pelesenan dan antara lain adalah untuk:

1 pemanfaatan untuk keuntungan sendiri

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

34

a) memajukan maksud dan objektif asas sesebuah Universiti iaitu pengajaran,

penyelidikan, inovasi dan meneruskannya demi ilmu pengetahuan yang

bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah;

b) melindungi kesucian Islam, adab, amanah dan kepentingan KUIS pada masa

yang sama memupuk ekspresi kebebasan dan kreativiti, inovasi serta pertukaran

idea dan juga pengetahuan yang dapat memberi kesan positif kepada

kemaslahatan ummah;

c) mewujudkan rangka kerja bagi mengawal selia pengurusan Harta Intelek yang

berkaitan dengan reka cipta, perlindungan, inovasi, eksploitasi dan juga meliputi

perkara yang berkaitan dengan pemindahan teknologi yang dilakukan oleh

badan-badan yang berkaitan;

d) memelihara ketulenan idea intelek dengan memelihara adab kajian dan dapatan

yang diperoleh tanpa melanggar batas-batas syariat Islam;

e) menggalakkan bi‟ah yang menjurus ke arah kecemerlangan dalam

pembangunan dan penyelidikan serta mengiktiraf hak yang sebenarnya milik

mutlak Allah SWT dan Insan hanya diamanahkan untuk memelihara pemilikan

tersebut dalam pembentukan idea yang tulen mengikut niche penyelidikan KUIS;

f) mengiktiraf usaha-usaha yang dilakukan terhadap ketulenan idea;

g) memberi sumbangan kepada penyelidik yang mana Dasar HIP KUIS hendaklah

terpakai ke atasnya dalam pembangunan dan penggunaan aktiviti intelektual

dalam bidang industri, sains, perdagangan, teknologi dan seni;

h) menyediakan sumbangan kepada penyelidik yang mana Dasar HIP KUIS

hendaklah terpakai ke atasnya dengan pengiktirafan yang adil dan munasabah,

anugerah, dan saraan mengikut dasar yang ditetapkan oleh KUIS secara syura;

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

35

i) membolehkan pelaksanaan kepelbagaian cara mengkomersialkan Harta Intelek

mengikut syariat Islam.

August 18, 2011 TOTAL PAGE: 14

2. PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Syariat Islam mempunyai lima matlamat (maqasid) atau keperluan (dharuriyyat)

utama yang mendasari segala hukumnya iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta. Ini menunjukkan bahawa harta mempunyai kedudukan yang penting di sisi

Islam. Islam menggariskan banyak panduan dan hukum berkenaan harta sama ada

dari sudut perwarisan, pemilikan, jual beli, dagangan dan sebagainya. Harta intelek

atau intellectual property di dalam bahasa Inggeris dan haq al-ibtikar di dalam

bahasa Arab juga terangkum dalam maksud „harta‟ kerana ia mencakupi seluruh

konsep harta iaitu sesuatu yang boleh dimiliki dan mempunyai nilai ekonomi.

a) Definisi harta intelek menurut fiqh Islam yang telah diutarakan oleh para ulama

fiqh dapatlah disimpulkan sebagai sekumpulan pemilikan yang dithabitkan oleh

syara‟ untuk individu dalam bidang kuasa yang mengawal gambaran idea dan

dipastikan memenuhi kepentingan perundangan dengan mengguna dan

mentadbir dalam ruang lingkup ketentuan-ketentuan syara‟ yang telah

ditetapkan.

b) „Harta Intelek‟ bermaksud semua Harta Intelek yang dilindungi di bawah

undang-undang Malaysia atau mana-mana perundangan berkaitan Harta Intelek

seperti hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cap dagangan, petunjuk

geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, varieti tumbuhan, ilmu

kemahiran dan maklumat sulit.

c) Harta Intelek adalah semua hasil bentuk nyata (tangible) yang terhasil daripada

pemikiran manusia termasuklah, tetapi tidak terhad kepada idea, reka cipta, reka

bentuk, lakaran, lukisan, kerja penulisan dan muzik. Ia juga termasuk program

komputer, reka bentuk susun atur litar bersepadu dan pangkalan data.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

36

d) Jenis-jenis Harta Intelek2:

1) Paten (Patent)

Paten adalah hak eksklusif yang dianugerahkan di bawah Akta Paten 1983 untuk

suatu reka cipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Paten

akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut:

a. Baru (Novelti)

b. Melibatkan langkah mereka cipta

c. Boleh digunakan dalam mana-mana industri

Perlindungan paten adalah selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan.

2) Hak Cipta (Copyright)

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang untuk tempoh

masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal karya mereka dan

perlindungan ini adalah berasaskan kepada Akta Hak Cipta 1987. Sesuatu karya

adalah dilindungi secara automatik tanpa sebarang keperluan pendaftaran

sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat

asli;

b. Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;

c. Penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan

d. Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah

di Malaysia. Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek

adalah karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran

dan karya terbitan.

2 * Meskipun KUIS berpendirian bahawa “Harta Intelek” adalah haq mutlak Allah SWT dan Insan tidak layak untuk

memegang haq tersebut tetapi Insan hanya sebagai pemilik dan pemegang amanah dalam harta intelek tersebut, pada masa yang sama, polisi harta intelek KUIS adalah bertentangan dengan polisi yang diguna pakai oleh pembuat dasar di Malaysia. Justeru, sekiranya peraturan dan undang-undang yang digariskan BUKAN melalui bidang kuasa KUIS maka akan terpakai jika sekiranya berurusan di luar KUIS. KUIS bukannya menentang peraturan dan undang-undang yang telah diperuntukan berkaitan harta intelek, tetapi ingin mengembalikan semula adab dan makna sebenar hak menurut Islam dalam erti kata yang sebenar

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

37

3) Cap Dagangan (Trade Mark)

Cap Dagangan ditakrifkan dalam Seksyen 3 Akta Cap Dagangan 1976 sebagai

cap yang digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara

barangan/perkhidmatan dengan pemilik/pengguna berdaftar cap dagangan

tersebut di dalam urusan perniagaan. Cap Dagangan boleh terdiri daripada

perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-

unsur tersebut.

Cap Dagangan perlu didaftarkan:

a. Untuk mendapatkan hak eksklusif ke atas penggunaan cap dagangan tersebut

dalam setiap urusan/perjalanan perdagangan; dan

b. Sijil pendaftaran tersebut akan menjadi bukti kesahan hak milik cap dagangan

tersebut.

Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh

pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran boleh dibuat setiap sepuluh (10)

tahun selagi berminat.

4) Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design)

Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan bagi

sesuatu produk atau barang. Seksyen 3 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

mendefinisikannya sebagai ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang

digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian,

iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilai

dengan pandangan mata.

Reka bentuk perindustrian perlu didaftarkan untuk mendapatkan hak eksklusif ke

atasnya dengan syarat ia mestilah baru dan tidak pernah didedahkan kepada

pihak awam di mana-mana di Malaysia. Perlindungan akan diberikan selama

lima (5) tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh

maksimum lima belas (15) tahun.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

38

5) Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu (Integrated Circuit Layout Design)

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsur-

unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua hubungan litar

bersepadu itu. Reka bentuk susun atur layak dilindungi secara automatik

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a. Asli iaitu hasil usaha intelek penyelidiknya sendiri;

b. Telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam sesuatu,

c. Pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak.

Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh sepuluh (10) tahun

daripada tarikh ia mula dieksploitasi3 dan berterusan sehingga lima belas (15)

tahun ia dicipta.

6) Petunjuk Geografi (Geographical Indications)

Petunjuk geografi adalah satu petunjuk yang mengenal pasti di mana barangan

itu berasal, dari sebuah negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat

dalam atau negara atau wilayah, di mana mutu yang ditentukan, atau reputasi

ciri lain barang-barang itu pada asasnya adalah berpunca daripada asal geografi

mereka.

Pendaftaran petunjuk geografi boleh dibuat untuk mendapatkan hak petunjuk

geografi tersebut. Perlindungan akan diberi selama sepuluh (10) tahun dan boleh

diperbaharui bagi setiap sepuluh (10) tahun berikutnya.

7) Varieti4 Baru Tumbuhan

Varieti Baru Tumbuhan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Varieti Baru

Tumbuhan 2004. Akta ini memperuntukkan perlindungan hak pembiak baka

untuk varieti baru tumbuhan dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas

sumbangan yang dibuat oleh penyelidik (termasuk petani, masyarakat tempatan

atau pribumi) terhadap pengwujudan varieti baru tumbuhan.

3 pemanfaatan untuk keuntungan sendiri

4 adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

39

8) Maklumat Sulit

Maklumat Sulit merujuk kepada maklumat sulit, iaitu maklumat yang belum

pernah diumumkan kepada orang awam. Ia meliputi maklumat sulit seperti rahsia

perdagangan, rahsia peribadi, rahsia organisasi, rahsia kerajaan dan rahsia

saintifik. Tanggungjawab merahsiakan maklumat ini berbangkit apabila rahsia ini

didedahkan secara rahsia, tanpa mengambil kira sama ada pendedahan yang

dibuat dengan melanggar Perjanjian Kerahsiaan atau tidak.

(Rujuk Website www.myipo.gov.my/ untuk keterangan lanjut)

3. PEMILIKAN HARTA INTELEK KUIS

a) Kecuali dipersetujui secara nyata dan/atau disebutkan sebaliknya dalam polisi

ini, segala pemilikan dan kepentingan kepada dan/atau dalam semua Harta

Intelek adalah menjadi hak Allah SWT yang diamanahkan pemilikannya kepada

KUIS sebagai pemegang amanah jika:

1) Dihasilkan oleh penyelidik KUIS dan/atau pihak luar,

a. Dalam tempoh perkhidmatannya di KUIS dan/atau akibat pelantikannya oleh

KUIS dan/atau yang membuat kajian di KUIS;

b. Menggunakan sebarang bentuk kemudahan, waktu kerja, bahan, peruntukan

atau apa-apa sumber KUIS yang lain;

c. Atas permintaan dan/atau arahan KUIS; dan/atau

d. Dengan sebahagian besar kosnya ditaja oleh KUIS (atau oleh pihak ketiga

sama ada bagi pihak KUIS atau melalui perjanjian dengan pihak KUIS)

melalui pemberian sumber, kemudahan, perkakas, penyeliaan, gaji atau lain-

lain tajaan.

2) Dihasilkan oleh pelajar

a. Di dalam tempoh pengajian di KUIS;

b. Dengan menerima biasiswa KUIS; dan/atau

c. Yang menjalankan penyelidikan dengan/atau di KUIS.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

40

3) Dalam menentukan pemilikan bagi Harta Intelek, sumber KUIS ditafsirkan

sebagai termasuk, tetapi tidak terhad kepada segala penggunaan ruang

pejabat, latihan di kampus, kemudahan perpustakaan, kemudahan

menggunakan komputer pejabat, stesen kerja dan perisian atau jaringan

serta lain-lain kemudahan.

4) KUIS tidak akan menuntut sebarang pemilikan dan/atau kepentingan bagi

apa jua Harta Intelek dalam sebarang karya, reka cipta, reka bentuk atau

perkara lain yang dihasilkan oleh penyelidik KUIS di luar skop pekerjaan

mereka, atau yang mana telah dicipta, dimajukan, dihasilkan atau diwujudkan

tanpa penggunaan sebarang bentuk kemudahan, waktu kerja, bahan,

peruntukan atau apa-apa sumber KUIS yang lain, melainkan sumbangan

hasil dari perngkomersialan atas dasar persetujuan yang ditetapkan, namun,

penyelidik KUIS boleh, jika berhasrat untuk menyerahkan atau memindahkan

semua pemilikan atau kepentingan terhadap atau di dalam Harta Intelek

tersebut kepada KUIS, tertakluk kepada syarat yang dipersetujui bersama.

4. PERGHASILAN HARTA INTELEK DENGAN PIHAK KETIGA

a) Mana-mana penyelidik KUIS tidak boleh menyediakan bagi mana-mana pihak

ketiga, sebarang kemudahan, bahan atau sumber-sumber KUIS lain bagi tujuan

penghasilan Harta Intelek tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis

daripada Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) melalui Pusat

Pembangunan Penyelidikan.

b) Di dalam sebarang perjanjian yang dimeterai dengan mana-mana pihak ketiga,

pemilikan dan eksploitasi mana-mana Harta Intelek yang dihasilkan hendaklah

berdasarkan terma-terma perjanjian yang dibuat oleh KUIS.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

41

5. PENGURUSAN HARTA INTELEK

a) Maka hendaklah ditubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersialan KUIS (JIPK) yang terdiri daripada:

1) Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) sebagai Pengerusi;

2) Pengarah Pusat Pembangunan Penyelidikan sebagai Timbalan Pengerusi;

3) Tidak kurang daripada tiga (3) orang pegawai KUIS lain yang dilantik oleh

Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan); dan

4) Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Penyelidikan sebagai Setiausaha.

b) JIPK boleh menjemput mana-mana pakar atau yang berkemahiran dalam

pengkhususan sesuatu bidang atau perunding luar untuk membantu dalam

membuat keputusan berkaitan pengkomersialan harta intelek.

c) JIPK berperanan untuk:

1) mengawasi pelaksanaan dasar Harta Intelek dan Pengkomersialan KUIS;

2) mengurus dan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi hak

Harta Intelek yang dimiliki oleh KUIS;

3) menasihati Jawatankuasa Pengurusan KUIS dalam semua perkara berkaitan

Harta Intelek, termasuk penilaian risiko, aktiviti pengkomersialan dan

eksploitasi Harta Intelek;

4) mendapat kelulusan dan kebenaran Jawatankuasa Pengurusan KUIS untuk

melantik mana-mana perunding, jika perlu untuk membuat penilaian teknikal,

penilaian risiko, kajian pasaran, pelan perniagaan atau eksploitasi5 harta

intelek;

5) membantu Jawatankuasa Pengurusan KUIS dalam menyelesaikan pertikaian

berkaitan dengan Harta Intelek atau yang berbangkit dari pelaksanaan polisi

ini;

6) mengkaji, menyemak dan membuat pindaan, jika perlu terhadap dasar ini;

dan/atau

7) melaksanakan semua perkara lain yang perlu dalam pelaksanaan dasar ini.

5 pemanfaatan untuk keuntungan sendiri

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

42

6. PENGKOMERSILAN

a) JIPK dalam menentukan sama ada boleh atau tidak Harta Intelek itu

dikomersialkan atau dieksploitasi, hendaklah mengambil kira perkara-perkara

berikut:

1) Kewajaran melindungi sesuatu idea atau rekaan demi menjaga kesucian

Islam;

2) Perlindungan yang wajar ke atas Harta Intelek;

3) Laporan pemasaran;

4) Laporan pengeluaran;

5) Rancangan perniagaan; dan

6) Kadar Pulangan Pelaburan atau Return on Investment (ROI).

b) JIPK akan membuat syor kepada Jawatankuasa Pengurusan KUIS dan

keputusan Jawatankuasa Pengurusan KUIS dalam perkara ini adalah muktamad.

c) Jika diputuskan bahawa sesuatu Harta Intelek itu akan dikomersialkan atau

dieksploitasi, JIPK akan memastikan semua tindakan yang perlu dan wajar

diambil, termasuklah tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

1) langkah-langkah yang sesuai untuk perlindungan dan pengurusan Harta

Intelek secara rasmi;

2) mengenal pasti bakal pemegang pemilikan; dan

3) menyerah kuasa pemilikan kepada pihak ketiga.

d) Dalam keadaan di mana terdapat maklumat-maklumat rahsia tentang Harta

Intelek yang perlu dilindungi, JIPK hendaklah dimaklumkan tentang tempoh

waktu kerahsiaan itu berkuat kuasa.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

43

7. SUMBANGAN

a) Pembahagian sumbangan akan terlaksana sekiranya hasil rekaan/ciptaan

dikomersialkan dan tertakluk kepada budi bicara JIPK atas prinsip syura yang mana

akan berubah mengikut keadaan dan ketentuan semasa.

b) Sebarang keputusan yang dibuat oleh JIPK adalah muktamad.

c) Pembahagian sumbangan yang di persetujui oleh JIPK:

1)

Pembahagian Sumbangan jika di bawah pemilikan Penyelidik

Hasil Pengkomersialan

Bersih (RM)

Penyelidik KUIS

250,000.00 pertama 90% 10%

250,001.00 hingga

1,000,000.00

80% 20%

1,000,001.00 hingga

2,500,00.00

60% 40%

2,500,001.00 hingga

5,000,00.00

50% 50%

5,000,001.00 ke atas 40% 60%

2)

Pembahagian Sumbangan jika di bawah pemilikan KUIS

Hasil Pengkomersialan

Bersih (RM)

Penyelidik KUIS

250,000.00 pertama 50% 50%

250,001.00 hingga

1,000,000.00

40% 60%

1,000,001.00 hingga

2,500,00.00

30% 70%

2,500,001.00 hingga

5,000,00.00

20% 80%

5,000,001.00 ke atas 10% 90%

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

44

8. PENGECUALIAN

a) Apa-apa pengecualian terhadap pematuhan keseluruhan atau sebahagian

daripada dasar ini hanya boleh diputuskan oleh Timbalan Rektor (Akademik dan

Penyelidikan) berdasarkan kes (case by case basis).

b) Jika sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengambil/mengguna tanpa

kebenaran penyelidik dan menggunakan nama yang lain dari penyelidik, maka

penyelidik berhak untuk menuntut semula agar mengelakkan dari di salah guna, dan

sekiranya jika didapati hasilan dan nama penyelidik tidak diubah maka penyelidik

tidak perlu untuk menuntutnya kembali atas dasar hasilan itu adalah hak milik Allah

SWT dan jika ianya memberi manfaat kepada ummah, pereka akan mendapat

saham di akhirat kelak.

10. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

a) Jika sesuatu pertikaian timbul daripada penguatkuasaan atau pelaksanaan dasar

ini, semua pihak yang terlibat bersetuju supaya pertikaian tersebut diselesaikan

secara rundingan bersama. Selagimana pertikaian tidak dapat diselesaikan,

Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) hendaklah melantik seorang

perantara yang dipersetujui oleh semua pihak, untuk membantu menyelesaikan

pertikaian tersebut secara rundingan.

b) Perantara boleh menjalankan apa-apa prosedur yang dianggap wajar dalam

rundingan tersebut dengan syarat semua pihak yang bertikai diberi peluang

pembelaan yang adil.

c) Jika usaha untuk menyelesaikan pertikaian melalui pengantara tersebut gagal,

maka Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) hendaklah merujuk pertikaian

tersebut kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS untuk penyelesaian.

d) Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS terhadap sebarang

pertikaian yang dikemukakan adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

45

BAB KESEPULUH

1. Penerbitan dan Penyebaran Penyelidikan

i. Para penyelidik adalah dijangkakan untuk menerbit/mempamer dapatan-dapatan

penyelidikan mereka dengan penuh tanggungjawab berserta kesedaran tentang

kesan-kesan daripada penyebaran maklumat tersebut kepada ummah dan KUIS

secara amnya.

ii. KUIS berusaha untuk memastikan semua pemberi dana penyelidikan

memahami bahawa para penyelidik mesti mempunyai kebebasan akademik dan

dengan demikian pemberi dana seharusnya tidak menghalang penerbitan atau

penyebaran penyelidikan dan dapatan-dapatan penyelidikan. Usaha mesti

dilakukan untuk memberitahu pihak pemberi dana sebelum terdapat apa-apa

penerbitan atau penyebaran penyelidikan dan dapatan. Ini akan membolehkan

pihak pemberi dana mempunyai masa yang mencukupi dan maklumat yang

tepat untuk melindungi apa-apa hak intelek yang akan muncul atau untuk

merancang perhubungan awam mereka bersama dengan KUIS, terutamanya

ketika publisiti di media menjadi semakin penting kepada industri, ummah,

organisasi dan KUIS sendiri.

iii. Para penyelidik mestilah diberi panduan dengan mematuhi perkara-perkara di

dalam BAB KELAPAN (i dan ii) semasa menerbit/ menyebar penyelidikan atau

dapatan-dapatan penyelidikan mereka di dalam penerbitan, persidangan atau

laman-sesawang dan penyelidik mestilah:

a) memusatkan usaha untuk memastikan penyelidikan atau dapatan

penyelidikan mereka mendapat ulasan sejawat (peer review) sebelum

ianya diterbitkan, diberi publisiti dan disebarkan.

b) memberi perakuan tentang kerjasama rakan penyelidik dan semua

sumber dana diterima secara terbuka di dalam mana-mana penerbitan

atau publisiti.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

46

2. Laporan Penyelidikan Tahunan KUIS

i. Ketua-ketua penyelidik untuk semua projek penyelidikan adalah

bertanggungjawab untuk menghasilkan laporan penyelidikan yang diserah

kepada jawatankuasa FARDU untuk pengesahan sebelum ia dihantar ke PPP

untuk sokongan.

ii. PPP bertanggungjawab untuk mengumpul dan menyemak kesemua laporan

yang telah diluluskan untuk edaran dalaman KUIS serta edaran awam. Laporan-

laporan seperti ini akan memberitahu ummah mengenai penyelidikan di KUIS

dan seterusnya mencapai kecemerlangan penyelidikan yang berteraskan Islam

dalam erti kata yang sebenar. Penerbitan tentang pendapatan dan perbelanjaan

penyelidikan tahunan perlulah telus dan bertanggungjawab.

3. Pengiktirafan Penyelidikan

KUIS mengiktiraf kecemerlangan penyelidikan melalui peningkatan dari sudut akademik

yang meletakkan kepentingan ummah sebagai agenda utama. KUIS komited untuk

menaja dan mendominasi projek-projek penyelidikan melalui para penyelidik untuk

menerima pengiktirafan dari luar seperti Anugerah Sains Kebangsaan dan sebagainya.

BAB KESEPULUH

Panduan Permohonan Pembantu Penyelidik

1. Tujuan

Tujuan bahagian ini adalah untuk menetapkan elaun dan syarat-syarat pelantikan bagi

Pembantu Penyelidik di bawah penyelidikan KUIS/Luar.

2. Kelayakan Calon

Calon-calon untuk lantikan Pembantu Penyelidik mesti memiliki sekurang-kurangnya

SPM atau yang setaraf dengannya.

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

47

3. Taraf Dan Tempoh Pelantikan

i. Pembantu Penyelidik boleh dilantik sama ada:-

a. Pembantu Penyelidik Sementara (diberi elaun bulanan), pelantikan

hendaklah melebihi atau bersamaan dengan tempoh enam (6) bulan.

b. Pembantu Penyelidik Sambilan (diberi elaun harian), pelantikan mestilah

kurang daripada enam (6) bulan.

ii. Pelantikan ini dibuat bergantung kepada peruntukan, keperluan dan persetujuan

PPP.

iii. Selain kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam skim ini, Pembantu

Penyelidik TIDAK LAYAK menerima apa-apa kemudahan atau keistimewaan

sebagai pegawai KUIS.

4. Tugas Dan Kewajipan

i. Pembantu Penyelidik hendaklah membantu dalam kerja-kerja penyelidikan yang

berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Penyelidik.

ii. Semasa menjalankan tugas, Pembantu Penyelidik hendaklah sentiasa tertakluk

kepada peraturan-peraturan di KUIS dan bertanggungjawab kepada ketua

penyelidik yang berkenaan.

5. Elaun Dan Kemudahan-Kemudahan Lain

i. Pembantu Penyelidik yang dilantik secara sementara dan secara sambilan akan

dibayar elaun mengikut kelayakan seperti yang dinyatakan dalam jadual elaun

Pembantu Penyelidik KUIS/Bantuan Luar mengikut mana-mana yang berkenaan.

ii. Elaun yang ditawarkan adalah tertakluk kepada potongan untuk caruman pekerja

kepada KWSP dan PERKESO pada kadar yang ditetapkan oleh KUIS.

iii. Pembantu Penyelidik yang perlu membuat perjalanan rasmi kerana urusan rasmi

yang berkaitan dengan penyelidikan boleh dibayar elaun-elaun perjalanan

(termasuk elaun makan, elaun harian dan elaun loging, tertakluk kepada

peruntukan yang diluluskan).

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

48

iv. Pembantu Penyelidik Sementara dan Pembantu Penyelidik dari Skim Bantuan

Siswazah Penyelidik boleh menghadiri seminar/persidangan /simposium/kursus

yang diadakan di dalam negara dengan kebenaran Ketua Penyelidik.

v. Pembantu Penyelidik Sementara adalah layak diberi cuti rehat berelaun penuh

selama enam(6) hari bagi tempoh perkhidmatan selama enam(6) bulan.

vi. Permohonan elaun akan diproses mengikut tatacara kewangan bendahari, iaitu

dua (2) minggu dari penerimaan borang permohonan tuntutan.

6. Penamatan Pelantikan

i. Pelantikan Pembantu Penyelidik Sementara boleh ditamatkan dengan diberi

sebulan notis bertulis atau dibayar sebulan elaun sebagai ganti notis.

ii. Pembantu Penyelidik Sementara boleh melepaskan pelantikannya dengan

memberi sebulan notis atau membayar sebulan elaun sebagai ganti notis.

iii. Pelantikan Pembantu Penyelidik Sambilan boleh ditamatkan selepas diberi notis

satu(1) minggu atau dibayar seminggu elaun sebagai ganti notis. Pembantu

Penyelidik sambilan boleh melepaskan pelantikannya dengan cara yang sama

seperti dalam klausa 36.6.2.

7. Jadual Elaun Pembantu Penyelidik

i. Pembantu Penyelidik Bertaraf Sementara (Elaun Bulanan)

KELAYAKAN TERTINGGI ELAUN SEBULAN

(RM)

PhD - 1,905.00

MA - 1,707.00

IJAZAH - 1,509.00

DIPLOMA - 962.00

STPM - 786.00

SPM - 533.00

Polisi Penyelidikan KUIS 2012

49

ii. Pembantu Penyelidik Bertaraf Sambilan (Elaun Harian)

KELAYAKAN TERTINGGI ELAUN HARIAN

(RM)

IJAZAH - 45.20

DIPLOMA - 33.40

STPM - 27.00

SPM - 18.00