polisi dan aturan tetap terma & syarat … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit...

16
POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT KAD PERKHIDMATAN MUAFAKATDMZ Potongan harga * Wakaf Quran Khairat Kematian * Korban Bantuan Kewangan * Bantuan Kasih Sayang Pinjaman Perniagaan * Kursus dan Seminar Peluang Menjana Pendapatan * Pendidikan Khidmat Nasihat Perniagaan * Biasiswa / Sumbangan Bantuan Ehsan * Talian PraBayar Badal Haji PENGENALAN POLISI Polisi ini dibangunkan bagi mewujudkan aturan tetap yang lebih jelas antara Pihak Syarikat dengan pemegang kad bagi mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Aturan ini merupakan akad/ikatan antara pelanggan dan pemberi perkhidmatan. 1. POTONGAN HARGA (KAD AL-ANSAR / AL-UKHRAWI & AT-TA’AWUN) a. Setiap pemilik kad akan dibekalkan dengan kad potongan harga untuk digunakan bagi mendapatkan potongan harga sebanyak sehingga 50% melalui premis perniagaan terpilih. b. Kehilangan kad potongan harga tidak dapat digantikan semula kerana kad tersebut tercatat nombor siri yang tidak dapat diulang cetak c. Pihak syarikat berhak menarik kad potongan harga ini sekiranya pemilik menyalahgunakan fungsi kad tersebut (contoh : Membenarkan pihak lain yang bukan pemilik menggunakan kad tersebut bagi mendapatkan potongan harga) d. Kad Potongan harga juga boleh digunakan sebagai kad pengenalan diri bagi semua urusan berkaitan pihak syarikat. e. Berkuatkuasa serta merta setelah disahkan dengan mengisi borang permohonan f. Kad AL-ANSAR diberi secara percuma kepada pengguna yang berusia 12 tahun dan ke atas. 2. KHAIRAT KEMATIAN(KAD AL-UKHRAWI & AT-TA’AWUN) Keistimewaan pertama(1) a. Khairat Kematian merupakan hadiahkan untuk si mati dari pihak syarikat untuk perbelanjaan tahlil arwah dan bukannya harta pusaka untuk ditinggalkan pada waris. b. Khairat Kematian akan diberi sebanyak RM300 dalam tempoh 24 jam (Sekiranya diberitahu sebelum dikebumikan dan dihadiri oleh wakil syarikat) kepada waris yang amanah membelanjakan jumlah tersebut untuk tujuan memberikan manfaat kepada si mati seperti belanja untuk tahlil, tambahan belanja untuk pengurusan jenazah, Wakaf Quran atau amal jariah yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala) kepada si mati.

Upload: phamdiep

Post on 17-Sep-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

POLISI DAN ATURAN TETAP

TERMA & SYARAT KAD PERKHIDMATAN

MUAFAKATDMZ

Potongan harga * Wakaf Quran

Khairat Kematian * Korban

Bantuan Kewangan * Bantuan Kasih Sayang

Pinjaman Perniagaan * Kursus dan Seminar

Peluang Menjana Pendapatan * Pendidikan

Khidmat Nasihat Perniagaan * Biasiswa / Sumbangan

Bantuan Ehsan * Talian PraBayar

Badal Haji

PENGENALAN POLISI

Polisi ini dibangunkan bagi mewujudkan aturan tetap yang lebih jelas

antara Pihak Syarikat dengan pemegang kad bagi mendapatkan semua

perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Aturan ini merupakan

akad/ikatan antara pelanggan dan pemberi perkhidmatan.

1. POTONGAN HARGA (KAD AL-ANSAR / AL-UKHRAWI & AT-TA’AWUN)

a. Setiap pemilik kad akan dibekalkan dengan kad potongan harga untuk

digunakan bagi mendapatkan potongan harga sebanyak sehingga 50%

melalui premis perniagaan terpilih.

b. Kehilangan kad potongan harga tidak dapat digantikan semula kerana

kad tersebut tercatat nombor siri yang tidak dapat diulang cetak

c. Pihak syarikat berhak menarik kad potongan harga ini sekiranya pemilik

menyalahgunakan fungsi kad tersebut (contoh : Membenarkan pihak lain

yang bukan pemilik menggunakan kad tersebut bagi mendapatkan

potongan harga)

d. Kad Potongan harga juga boleh digunakan sebagai kad pengenalan diri

bagi semua urusan berkaitan pihak syarikat.

e. Berkuatkuasa serta merta setelah disahkan dengan mengisi borang

permohonan

f. Kad AL-ANSAR diberi secara percuma kepada pengguna yang berusia 12

tahun dan ke atas.

2. KHAIRAT KEMATIAN(KAD AL-UKHRAWI & AT-TA’AWUN)

Keistimewaan pertama(1) a. Khairat Kematian merupakan hadiahkan untuk si mati dari pihak syarikat

untuk perbelanjaan tahlil arwah dan bukannya harta pusaka untuk

ditinggalkan pada waris.

b. Khairat Kematian akan diberi sebanyak RM300 dalam tempoh 24 jam

(Sekiranya diberitahu sebelum dikebumikan dan dihadiri oleh wakil

syarikat) kepada waris yang amanah membelanjakan jumlah tersebut

untuk tujuan memberikan manfaat kepada si mati seperti belanja untuk

tahlil, tambahan belanja untuk pengurusan jenazah, Wakaf Quran atau

amal jariah yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala) kepada si mati.

Page 2: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

c. Sekiranya kematian diberitahu selepas pengebumian atau wakil syarikat

tidak dapat hadir sebelum pengebumian, waris perlu menyerahkan ‘Sijil

Kematian’ kepada syarikat dan menjelaskan tujuan tuntutan khairat

kematian yang akan digunakan.

d. Sekiranya waris gagal memberikan tujuan tuntutan khairat digunakan,

maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-

quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat

(Pahala) secara berterusan.

e. Waris tidak dibenarkan membuat tuntutan khairat untuk ‘claim’

perbelanjaan pengurusan jenazah yang telah dilaksanakan

f. Berkuatkuasa selepas 120 hari memiliki kad (kematian biasa)

g. Berkuatkuasa serta merta sekiranya kematian di sebabkan kemalangan

h. Sekiranya si mati diisytiharkan meninggal secara ghaib melalui surat

perakuan pihak berkuasa,kemudian si mati didapati masih hidup (pulang

ke pangkuan), maka pihak syarikat tidak akan membuat apa-apa

tuntutan kepada waris. Sungguhpun begitu, kad si mati akan ditamatkan

serta merta.

Keistimewaan ke Dua(2) Penyelesaian Hutang (KAD AT-TA’AWUN)

a. Penyelesaian hutang merupakan tanggungjawab pihak syarikat untuk

memberi nasihat bagaimana untuk menyelesaikan segala hutang semasa

hidup.

b. Pihak syarikat hanya menyelesaikan hutang piutang si mati mengikut

jumlah baki duit bantuan kewangan yang ada dengan syarikat dan akaun

perniagaan forex atas nama si mati sekiranya ada. Baki akan diserahkan

pada waris yang layak dan tertakluk kepada perkara 2 keistimewaan ke

tiga (3) d.

c. Sekiranya terdapat hutang piutang yang masih belum dijelaskan kerana

ketidak cukupan baki yang ada dalam akaun si mati dengan syarikat dan

akaun forex yang dituntut oleh pihak yang dituntut atau waris, pihak

kami tidak akan bertanggungjawab untuk menjelaskannya.

d. Tempoh pembayaran hutang adalah ditentukan oleh pihak syarikat.

e. Hutang akan diselesaikan terus pada pihak yang memberi hutang dan

tidak akan melalui waris.

f. Berkuatkuasa bersama dengan khairat kematian.

g. Borang pengisytiharan hutang hendaklah diisi apabila pemilik kad layak

menerima bantuan kewangan atau mempunyai akaun forex dengan

modal 1000 usd ke atas.

h. Sekiranya si mati diisytiharkan meninggal secara ghaib melalui surat

perakuan pihak berkuasa,kemudian si mati didapati masih hidup (pulang

ke pangkuan),maka pihak syarikat tidak akan membuat apa-apa

tuntutan kepada waris. Sungguhpun begitu,keahlian si mati akan

ditamatkan serta merta.

Keisitmewaan Ke Tiga(3) Dana Sara Hidup Waris(KAD AT-TA’AWUN)

a. Berkuatkuasa bersama dengan khairat kematian.

b. Pihak syarikat akan memberikan dana RM1,000 hingga RM50,000 kepada

waris (Pasangan) atau anak di bawah tanggungan si mati yang

berkelayakan.

Page 3: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

c. Pertaksiran jumlah dana akan ditentukan oleh pihak syarikat pada kadar

jumlah setahun perbelanjaan selepas kematian si mati sekiranya si mati

tidak meninggalkan harta yang cukup untuk perbelanjaan dalam tempoh

tersebut.

d. Maksud waris berkelayakan :

i- Waris(pasangan) tidak bekerja dan tiada mata pencarian

ii- Waris(pasangan) mempunyai pekerjaan tetapi masih belum

mencukupi untuk menampung perbelanjaan disebabkan masih ramai

anak dalam tanggungan.

iii- Sekiranya si mati tiada pasangan disebabkan bercerai hidup atau

mati, maka dana diberikan pada anak di bawah tanggungannya atau

diberikan kepada penjaga tanggungan si mati yang amanah

iv- Apa jua maksud yang difikirkan layak oleh pihak syarikat

e. Maksud waris tidak berkelayakkan :

i- Waris(pasangan) ditinggalkan harta pusaka yang mencukupi yang

boleh digunakan untuk menampung kehidupan selepas kematian.

ii- Waris(pasangan) yang telah mendapat perhatian dari mana-mana

pihak samada pihak kerajaan atau saudara mara.

iii- Waris yang telah dibuktikan tidak menunaikan tanggungjawab dan

tidak amanah ketika si mati masih hidup di dunia.

iv- Anak-anak di bawah tanggungan yang telah berumah tangga.

v- Apa jua maksud yang difikirkan tidak layak oleh pihak syarikat.

3. BANTUAN KEWANGAN PERIBADI(KAD AT-TA’AWUN)

a) Berpeluang memohon bantuan kewangan

b) Permohonan bantuan boleh dibuat setelah memiliki kad

c) Bantuan ini diberi keutamaan kepada pemilik kad yang aktif menjual

KAD AT-TA’AWUN dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memiliki kad

sekurang-kurangnya kepada 10 orang pelanggan baru.

d) Jumlah bantuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

4. PINJAMAN KEWANGAN TANPA RIBA (KAD AT-TA’AWUN)

a. Pinjaman dalam kepelbagaian bentuk bagi menampung kekurangan

dalam barang niaga.

b. Perniagaan yang menghasilkan produk sendiri akan diberikan keutamaan

untuk pinjaman.

c. Panel berpeluang memohon pinjaman dalam bentuk barang niaga dan

tidak akan diberikan dalam bentuk ‘wang tunai’

d. Syarat mendapatkan pinjaman Perniagaan:

i- Peniaga perlu didaftar sebagai panel perniagaan syarikat.

ii- Berkuatkuasa selepas setahun menjadi panel perniagaan dan ke atas.

iii- Perlu ada dokumen pihak berkuasa dan proposal cadangan untuk

pertimbangan pihak syarikat.

iv- Berkuatkuasa serta merta setelah memiliki kad untuk memohon

sebagai panel.

e. Bayaran balik selepas tiga(3) bulan permohonan diluluskan secara

bulanan mengikut kemampuan dan sekiranya perniagaan tidak dapat

diteruskan disebabkan mengalami kerugian maka pihak syarikat tidak

akan menuntuk sebarang ganti rugi.

Page 4: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

5. PELUANG MENJANA PENDAPATAN (KAD AT-TA’AWUN)

a) Sebagai sub-dealer(sub pengedar)

b) Sebagai dealer (pengedar)

c) Maklumat lanjut boleh rujuk dalam syarat sebagai pengedar.

6. KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN (KAD AT-TA’AWUN)

a) Pihak syarikat menyediakan khidmat nasihat kepada yang rasa kurang

yakin dengan perniagaan yang ingin dijalankan.

b) Pihak syarikat akan sentiasa memberi pendedahan mengenai peluang

perniagaan yang sesuai buat masa kini.

7. BANTUAN EHSAN (AT-TA’AWUN)

a. Bantuan Ehsan merupakan bantuan yang diberikan dalam pelbagai

bentuk bagi menampung keperluan pelanggan yang mendapat musibah

yang tidak dirancang.

b. Bantuan Ehsan merupakan alternatif untuk meringankan beban bukan

berperanan seperti perlindungan insurans (Contoh : Sekiranya

kemalangan/musibah tersebut boleh buat tuntutan insurans atau

menerima bantuan dari pihak berwajib atau mana-mana pihak maka

syarikat tidak akan memberikan bantuan ehsan kepada pelanggan yang

menerima musibah)

c. Jenis musibah yang ditetapkan oleh pihak syarikat :

i- Kemalangan yang menyebabkan hilang sumber pendapatan

ii- Rumah/tempat kediaman terbakar

d. Pelanggan yang menerima musibah perlu memberikan dokumen laporan

polis sebagai pembuktian.

e. Pihak syarikat akan menjalankan penyiasatan melalui wakil syarikat dan

menyalurkan bantuan melalui kaedah-kaedah yang ditentukan oleh

pihak syarikat.

f. Pertaksiran jumlah dana akan ditentukan oleh pihak syarikat dan akan

dimaklumkan pada pelanggan yang terlibat.

g. Kemalangan/musibah yang berlaku mestilah berlaku dalam tempoh 120

hari dari tarikh memiliki kad.

h. Bantuan Ehsan tidak melibatkan suasana peperangan dan bencana alam.

i. Syarat Musibah dalam bentuk kemalangan

i- Bantuan hanya diberikan pada pemilik kad sahaja walaupun seluruh

keluarga terlibat dengan kemalangan.

ii- Gantirugi diatas harta benda disebabkan kemalangan tidak boleh

dituntut daripada pihak syarikat.

I. Syarat Musibah dalam bentuk Kebakaran tempat Kediaman

i- Rumah yang terbakar adalah milik pemilik kad (Surat milikan rumah

atas nama pemilik kad) dan bukannya rumah sewa

ii- Sekiranya rumah atas nama isteri atau anak sedangkan si isteri atau

anak belum memiliki kad maka bantuan ehsan tidak akan disalurkan

sungguhpun si suami sudah memiliki kad, begitulah sebaliknya

8. BADAL HAJI(KAD AT-TA’AWUN)

a. Pihak syarikat akan laksanakan badal haji untuk si mati kiranya:-

Didapati si mati tidak menunaikan haji ketika hidupnya dan si mati tidak

meninggalkan harta yang cukup untuk upah haji(untuk beragama Islam

sahaja)

Page 5: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

b. Badal Haji akan dilakukan bersama agensi Tabung Haji & Services atau

melalui pihak yang difikirkan layak oleh syarikat dengan semua kos

diusaha/ditanggung oleh pihak syarikat.

c. Setelah selesai melakukan Badal Haji, pihak tabung haji travel &

Services atau melalui pihak yang menguruskan akan menyerahkan sijil

Badal Haji untuk si mati dan air zam-zam kepada waris.

d. Badal Haji berkuatkuasa bersama dengan khairat kematian.

e. Tempoh bagi melaksanakan badal haji akan ditentukan oleh pihak

syarikat mengikut kesesuaian.

f. Pihak Syarikat berhak mengantikan mana-mana agensi untuk

melaksanakan badal haji mengikut kesesuaian dan keperluan.

g. Sekiranya si mati diisytiharkan meninggal secara ghaib melalui surat

perakuan pihak berkuasa, kemudian si mati didapati masih hidup

(pulang ke pangkuan),maka pihak syarikat tidak akan membuat apa-apa

tuntutan kepada waris. Sungguhpun begitu,kad si mati akan ditamatkan

serta merta.

9. WAKAF QURAN(KAD AT-TA’AWUN)

a. Wakaf Quran merupakan pembelian sejumlah Al-Quran dan dicetak atas

nama si mati berjumlah RM300 (Tiga Ratus Ringgit Sahaja) kiranya pihak

syarikat tidak membuat bayaran khairat kematian melalui agensi Darul

Fikir atau mana-mana agensi pencetak Al-Quran yang lain mengikut

kesesuaian dan keperluan.

b. Berkuatkuasa bersama dengan khairat kematian.

c. Kaedah penghantaran wakaf Quran akan ditentukan oleh pihak syarikat.

d. Sekiranya si mati diisytiharkan meninggal secara ghaib melalui surat

perakuan pihak berkuasa,kemudian si mati didapati masih hidup (pulang

ke pangkuan),maka pihak syarikat tidak akan membuat apa-apa

tuntutan kepada waris. Sungguhpun begitu,kad si mati akan ditamatkan

serta merta.

10. KORBAN (KAD AT-TA’AWUN)

a. Korban hanya melibatkan haiwan lembu sahaja kepada pemilik kad yang

memberi komitmen pada syarikat dan masyarakat.

b. Pihak syarikat akan membuat tawaran dengan nilai harga korban haiwan

lembu yang lebih rendah di pasaran atau sebaliknya (Contoh : Harga

Sebahagian Lembu yang ditawarkan pada pemilik kad pada tahun 2013

adalah RM260 sedangkan harga pasaran RM450ke atas)

c. Nilai Harga Korban haiwan lembu akan diumumkan kepada semua

pemilik kad yang layak 6 bulan lebih awal dari tarikh hari raya korban

(aidiladha)

d. Pemilik kad perlu membuat tempahan lebih awal dan tempoh tawaran

akan diumumkan oleh pihak syarikat setiap tahun.

e. Pihak syarikat akan menentukan lokasi penyembelihan yang akan

diadakan setiap tahun

f. Berkuatkuasa selepas 120 hari menjadi ahli.

11. BANTUAN KASIH SAYANG (KAD AT-TA’AWUN)

a. Bantuan kasih sayang merupakan amaljariah pihak syarikat dan

bukannya pelaburan.

b. Pihak syarikat akan memberikan bantuan kasih sayang sebagai

amaljariah kepada pemilik kad yang berkelayakkan hasil keuntungan

yang diusahakan syarikat sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.

Page 6: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

c. Pihak syarikat tidak akan menyalurkan bantuan ini sekiranya pihak

syarikat mengalami kerugian dalam operasi perniagaannya yang

diusahakan.

d. Pihak syarikat tidak akan memaklumkan jumlah amaljariah, masa

pemberian dan kaedah pemberian. Semuanya akan ditentukan oleh

pihak syarikat dan akan dimaklumkan kepada pemilik kad yang layak

dari masa ke semasa.

e. Syarat pemilik kad yang berkelayakan

i- Menyertai kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak syarikat atau

ii- Menjual kad AT-TA’AWUN kepada pengguna lain.

iii- Pemilik kad yang sentiasa membantu pengguna dan pemilik kad yang

sedia ada.

iv- Selepas tahun pertama dan memperbaharui kad sebelum tarikh luput

kad

f. Pemilik kad yang tidak layak menerima bantuan kasih sayang:

i- Tidak memenuhi syarat kelayakkan yang ditetapkan.

ii- Sekiranya pemilik kad melakukan salah laku yang boleh

mencemarkan nama baik syarikat.

iii- Memperbaharui kad selepas setahun.

g. Bagi pemilik kad yang tidak layak boleh mengemukakan rayuan untuk

dipertimbangkan oleh pihak syarikat.

h. Berkuatkuasa selepas setahun memiliki kad.

12. KURSUS DAN SEMINAR(KAD AT-TA’AWUN)

a. Pihak syarikat menyediakan beberapa kelas bimbingan & Latihan

Keusahawanan bertaraf professional secara praktikal

b. Peserta yang konsisten dengan mengikuti kelas akan diberikan ‘Personal

Coaching’ oleh pihak syarikat tanpa dikenakan sebarang bayaran

g. Berkuatkuasa serta merta setelah disahkan memiliki kad

h. Jenis kursus akan dimaklumkan dari masa ke semasa

13. PENDIDIKAN (KAD AT-TA’AWUN)

a) Anak yang berusia 30 hari layak membeli kad

b) Berkuatkuasa selepas 2 tahun memiliki kad atau dari usia 9 tahun – 11

tahun layak mendapat RM100.00 setiap hujung tahun.

c) Penyerahan akan dibuat dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak

syarikat/sekolah setiap hujung tahun.

d) Melanjutkan pelajaran ke IPT. Pihak syarikat akan membuat bayaran

pendaftaran mengikut jumlah yang dikenakan oleh mana-mana IPT

sekiranya tidak mendapat sebarang sumbangan dari mana-mana pihak.

14. BIASISWA/SUMBANGAN (KAD AT-TA’AWUN)

a. Pihak syarikat akan memberikan sumbangan kepada pemilik kad yang

mendapat keputusan yang baik pada akhir tahun sekolah agama JAIM

(Sekolah agama KAFA)

Page 7: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

b. Ibu dan bapa hendaklah memiliki kad melebihi setahun dengan pihak

syarikat

c. Ibu atau bapa perlu menyerahkan slip keputusan peperiksaan pada

pihak syarikat dan pihak syarikat akan menjemput penerima sumbangan

pada majlis yang akan diadakan oleh pihak syarikat atau sekolah.

d. Jumlah sumbangan dan kaedah penyaluran sumbangan akan ditentukan

oleh pihak syarikat.

e. Keputusan pendidikan agama pada tahun sebelum memiliki kad akan

ditolak permohonannya.

f. Berkuatkuasa semasa darjah 3 atau selepas 3 tahun memiliki kad

g. Pihak syarikat menubuhkan tabung pendidikan bagi pemilik kad yang

berumur 12-17 tahun yang masih bersekolah.

h. Biasiswa merupakan dana yang dijanakan bukannya kumpulan simpanan

i. Biasiswa boleh ditubuhkan setelah ibu dan bapa memiliki kad melebihi

setahun.

j. Biasiswa juga ditubuhkan bagi pemilik kad yang masih menyambung

pengajian di peringkat tinggi dalam bidang agama

k. Pemilik kad di peringkat pelajar boleh mengeluarkan biasiswa selepas

minimum masa 3 tahun memiliki kad setelah memenuhi syarat berikut :

i- Sertakan salinan surat tawaran sambung belajar (Pengeluaran

Peringkat Pertama)

ii- Setelah tamat belajar di peringkat tinggi (Pengeluaran peringkat

akhir)

15. TALIAN PRA BAYAR (KAD AT-TA’AWUN)

Syarikat ada menyediakan simkad onexox kepada pemilik kad muafakatdmz

yang ingin bertukar secara percuma kepada yang kekalkan nombor telefon

dan RM5 kepada yang inginkan nombor baru.

Nota:

1. Aturan tetap ini berkuatkuasa kepada semua pemegang kad yang telah membuat pembayaran penuh bernilai RM5 atau RM165 sahaja untuk tahun pertama dan untuk tahun berikutnya. Kesemua faedah yang dinyatakan akan terbatal kiranya pemilik kad tidak memperbaharui kad apabila cukup setahun dari tarikh pendaftaran memiliki kad atau memperbaharui kad setelah tamat tempoh. Perubahan polisi tertakluk pada keperluan dan kehendak yang pelbagai. Pelanggan boleh membuat tuntutan mengikut kepada Aturan Tetap ini.

2. Pihak syarikat berkemungkinan menggunakan konsep ‘Budibicara’ atau

‘pertimbangan yang sewajarnya’ sekiranya pemilik kad tidak cukup syarat. Konsep ini digunapakai kepada pemilik kad yang komited membantu pihak syarikat bagi meramaikan yang memiliki kad AL-TA’AWUN atau membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

3. Semua faedah boleh dilucutkan serta merta tanpa memberikan sebarang notis sekiranya pemilik kad menyalahi tatacara yang boleh mendatangkan imej yang buruk pada syarikat. Pemberhentian semua faedah akan terbatal semua polisi yang telah dinyatakan dalam polisi ini.

Page 8: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

TERMA DAN SYARAT PERLANTIKAN SEBAGAI PENGEDAR SAH MUAFAKATDMZ.

1. Definisi

Perjanjian

Perjanjian ini dibuat di antara Pengedar dan Muafakatdmz, termasuk

lampiran(jika ada) dan mana-mana pengubahsuaian, pindaan atau

tambahan kepadanya seperti yang dimaklumkan oleh Muafakatdmz

kepada Pengedar dari semasa ke semasa

Muafakat DMZ CARD SERVICES (Company No. TR0168490-T)

Pengedar Sub Pengedar yang telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan

Premis

Jualan Premis Jualan yang ditubuhkan oleh Pengedar Muafakatdmz

Permohonan Borang Permohonan bahagian KOD hendaklah diisi nombor siri

pengedar

Perlantikan

Pemohon perlu mengisi borang yang disediakan oleh muafakatdmz

dan Pengesahan perlantikan adalah berdasarkan permohonan yang

diterima

Produk Kad AL-ANSAR / AL-UKHRAWI DAN AT-TA’AWUN

Pelanggan Mana-mana individu yang membeli kad AT-TA’AWUN

POSM ‘Point-of-sale materials’ termasuk papan tanda, penunjuk, bunting,

poster, risalah dan sebagainya.

2. Pelantikan

2.1 MUAFAKATDMZ dengan ini melantik pemohon sebagai Pengedar sah yang

diberi kuasa untuk menawar, mempromosi, mengedar dan menjual Produk

kepada Pelanggan dan pemohon dengan ini menerima pelantikan tersebut

tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.

2.1.1 Akad di antara Pengedar dan MUAFAKATDMZ adalah berdasarkan

Akad Wakalah (wakil) iaitu Pengedar mewakili MUAFAKATDMZ dalam

menjual Produk kepada Pelanggan.

2.2 Pelantikan ini tidak boleh dipindah milik dan tidak eksklusif. MUAFAKATDMZ

berhak untuk melantik lebih daripada seorang Pengedar pada bila-bila masa

dan dari semasa ke semasa, tanpa merujuk kepada Pengedar.

2.3 Perjanjian ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang dinyatakan di

dalam Surat Pelantikan dan akan ditandatangani oleh pegawai berkuasa

MUAFAKATDMZ dalam tempoh dua belas (12) bulan sehingga atau melainkan

ia ditamatkan lebih awal secara bertulis oleh MUAFAKATDMZ. Sekiranya

tempoh perjanjian telah tamat, MUAFAKATDMZ boleh melantik Pengedar

secara bertulis sama ada melalui faks, whatsapp atau email, dari bulan ke

bulan oleh MUAFAKATDMZ sehingga Surat Pelantikan Pengedar yang baru

ditandatangani.

2.4 Tiada apa-apa perkara di dalam Perjanjian hendaklah menjadi atau

disifatkan sebagai perkongsian antara pihak-pihak dan Pengedar tidak

mempunyai kuasa bagi mengikat MUAFAKATDMZ atau kontrak yang sedia ada

dan mewujudkan liabiliti menentang MUAFAKATDMZ di dalam apa-apa cara

untuk apa apa tujuan.

Page 9: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

2.5 Pengedar tidak memiliki sebarang hak didalam Perjanjian ini.

Walaubagaimanapun MUAFAKATDMZ berhak untuk menetapkan keseluruhan

Perjanjian ini kepada mana-mana syarikat berkaitan atau menjual,

memindah atau menyerah hak kepada sebuah institusi kewangan atau

syarikat-syarikat.

2.6 Sub Pengedar(sub-dealer) akan dinaikkan taraf sebagai Pengedar(DEALER)

apabila telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh MUAFAKATDMZ dari

semasa ke semasa; dan kelayakan untuk keuntungan sama ada dalam bentuk

insentif atau ganjaran lain atau dinaik taraf ke status Pengedar, bergantung

kepada pencapaian sasaran yang ditetapkan oleh MUAFAKATDMZ dari

semasa ke semasa.

3. Tanggungjawab Pengedar

3.1 Pengedar hendaklah:

(i) Mempromosi dan menjual Produk kepada Pelanggan selaras dengan

struktur harga, garis panduan dan arahan yang disediakan oleh

MUAFAKATDMZ.

(ii) Tidak membuat sebarang perwakilan, waranti atau jaminan terhadap

Produk, kecuali dibenarkan oleh MUAFAKATDMZ atau seperti yang

terkandung di dalam terma dan syarat jualan.

(iii) Segala surat-menyurat, dokumen, kad nama dan papan tanda di

Premis Jualan, hendaklah menyifatkan diri mereka sebagai

‘MUAFAKATDMZ Authorized Dealer’ sahaja.

(iv) Menerangkan dan membantu Pelanggan berhubung perkara-perkara

yang berkaitan dengan Produk, membantu Pelanggan untuk

menggunakan Produk mengikut tatacara atau garis panduan yang

telah ditetapkan.

(v) Menggunakan ‘POSM’ dan aktiviti promosi di Premis Jualan seperti

yang diarahkan oleh MUAFAKATDMZ dari semasa ke semasa.

(vi) Bertanggungjawab untuk membantu Pelanggan meningkatkan

kefahaman kepada pelanggan mengenai keistimewaan kad AL-ANSAR

/ AL-UKHRAWI dan AT-TA’AWUN dengan tepat dan hendaklah

membayar ganti rugi sepenuhnya kepada MUAFAKATDMZ terhadap

semua liabiliti atau kerugian yang timbul. Mematuhi semua garis

panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh MUAFAKATDMZ dari

semasa ke semasa terhadap semua jenis kad yang diambil.

(vii) Dilarang sama sekali menjual dan / atau mengedarkan kepada wakil

atau saluran yang tidak dibenarkan. Dilarang sama sekali

menggunakan saluran yang tidak dibenarkan atau tidak diluluskan

untuk membuat tambah kad kepada Pelanggan.

(viii) Semua pesanan Produk adalah tertakluk kepada ketersediaan Produk

dan Sub Pengedar berhak untuk menolak di atas budi bicaranya.

(ix) Tidak menukar bentuk produk, harga Produk atau membuat harga

kombo sendiri dan menjual kepada pengguna.

(x) Memastikan bahawa tidak ada pemegang saham, pengarah, rakan

kongsi dan / atau pekerja Sub Pengedar yang berkaitan (seperti yang

ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965) dengan pengarah dan / atau

kakitangan MUAFAKATDMZ, sebelum kebenaran bertulis diberikan.

(xi) Borang Pendaftaran Pelanggan dihantar atau dikembalikan kepada

MUAFAKATDMZ dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh

pendaftaran tersebut dilakukan.

Page 10: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

(xii) Bertanggungjawab dan merujuk kepada sistem muafakatdmz untuk

mendapatkan maklumat Produk, promosi dan berita terkini melalui

muafakatdmz dan bahan rujukan untuk Sub Pengedar / Pengedar.

(xiii) Pengedar hendaklah bersetuju dengan terma dan syarat bahawa

muafakatdmz mempunyai dan memiliki hak sepenuhnya ke atas

semua bahan bahan POSM. Pengedar hendaklah mengikut garis

panduan penjenamaan & POSM yang disediakan oleh muafakatdmz.

Sekiranya Pengedar mengeluarkan semula atau menghasilkan POSM

baru mereka mesti mendapatkan kelulusan dan kebenaran bertulis

daripada muafakatdmz. MUAFAKATDMZ mempunyai hak untuk

mengambil sebarang tindakan undang-undang sekiranya Pengedar

melanggar garis panduan penjenamaan atau POSM yang ditetapkan.

3.2 Tempahan dan Pembayaran

(i) Untuk pesanan Produk al-ta’awun, Pengedar boleh mengambil terus

di ibu pejabat MUAFAKATDMZ atau boleh menghantar pesanan

berkenaan melalui sistem kurier tanpa sebarang caj kepada

Pengedar di Semenanjung Malaysia; dengan syarat minimum

pembelian 50 keping kad AT-TA’AWUN. Bagi Sabah dan Sarawak,

surcaj akan dikenakan.

(ii) MUAFAKATDMZ menerima pembelian secara tunai atau perbankan

online.

(iii) Tempahan Produk AT-TA’AWUN yang dibuat melalui MUAFAKATDMZ

hendaklah dibayar terus kepada MUAFAKATDMZ.

(iv) Semua pembayaran hendaklah dilampirkan bersama resit atau bukti

pembayaran untuk pengesahan MUAFAKATDMZ.

(v) Pengedar layak mendapat rebat ke atas pembelian AT-TA’AWUN

seperti berikut:

SUB-PENGEDAR : RM 145.00 satu(1)

(SUB-DEALER) : RM 1,250.00 sepuluh(10)

PENGEDAR : RM 145.00 satu(1)

(DEALER) : RM 1,250.00 sepuluh(10)

(syarat: perlu ada

5 orang sub-pengedar) : LEVEL 1 = 5 %

LEVEL 2 = 5 %

LEVEL 3 = 5 %

LEVEL 4 = 5 %

3.3 Premis Jualan hendaklah:

(i) Mempamerkan dan menjual Produk mengikut harga runcit yang

disarankan oleh muafaktdmz.

(ii) Hendaklah mempamerkan tidak kurang 50 keping kad dalam satusatu

masa.

(iii) Mempamerkan dan memasang semua POSM yang diberikan.

4. Pembayaran Insentif

4.1 Pengedar dan sub-pengedar layak mendapat insentif seperti berikut:

a) Pembelian tunai 1 hingga 9 dapat untung runcit terus RM20.00

b) Pembelian tunai genap 10 dapat potongan RM40.00

Page 11: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

c) Memiliki kad secara percuma dari syarikat untuk jualan keuntungan

runcit RM20.00 sahaja.

d) Insentif level akan dibayar antara 1hb hingga 7hb setiap bulan sekiranya

di tuntut oleh pengedar yang layak.

4.2 MUAFAKATDMZ akan mengira insentif bagi setiap Pengedar. Pembayaran

insentif adalah tertakluk kepada terma dan syarat pembayaran. Sekiranya

Pengedar tidak mematuhi terma dan syarat pembayaran, MUAFAKATDMZ

berhak menggantung, menahan dan / atau membatalkan pemberian

insentif. Terma dan syarat pembayaran insentif adalah berkonsepkan hibah

bersyarat.

4.3 MUAFAKATDMZ berhak meminda semua jenis insentif dan cara pengiraan

pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. MUAFAKATDMZ akan

memaklumkan kepada Pengedar (sama ada melalui email, fax, sms,

whasapp atau surat- menyurat, secara bertulis) mengenai tarikh penguat

kuasaan pindaan insentif.

4.4 Sekiranya Pengedar menghadapi sebarang keraguan terhadap pengiraan

insentif dan pembayaran, Sub Pengedar hendaklah memaklumkan kepada

MUAFAKATDMZ secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bermula

dari tarikh penerimaan insentif berkenaan, jika gagal, pembayaran tersebut

dikira adalah benar dan diterima oleh Pengedar dalam keadaan baik.

4.5 Terma dan syarat pembayaran insentif.

4.6 Pengedar hendaklah maklum bahawa MUAFAKATDMZ tidak akan membayar

insentif kepada Pengedar dibawah beberapa keadaan, dimana terdapat

unsur penipuan, menyalahgunakan perwakilan, aktiviti haram dan tidak

mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh

MUAFAKATDMZ;

(i) Pendaftaran lebih daripada 1 (tertakluk kepada perubahan dari

semasa ke semasa) bagi setiap Pelanggan.

(ii) Pendaftaran dimana individu terbabit tidak wujud, sebagai contoh,

orang yang sudah meninggal dunia, hilang, migrasi nama tidak padan

dengan kad pengenalan / passport.

(iii) Pendaftaran Pelanggan melebihi 10 orang berkongsi alamat yang

sama.

(iv) Pendaftaran Pelanggan di alamat yang tidak wujud seperti yang

diberi oleh Pejabat Pos Nasional atau melalui alamat pos berdaftar

sahaja.

4.7 Pengedar dengan tanpa syarat bersetuju sepenuhnya bahawa MUAFAKATDMZ

akan membayar semua insentif, dan / atau ganjaran kepada Pengedar sama

ada dengan;

4.8 Insentif yang melebihi RM200.00 (Dua Ratus Ringgit) boleh dibayar dalam

bentuk Bank in atau tunai. Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya untuk

memilih bentuk pembayaran bagi insentif yang berjumlah lebih RM 200.

Surcaj akan dikenakan sebanyak RM3.00 bagi setiap transaksi untuk insentif

yang dibayar secara tunai.

Page 12: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

4.9 Terma dan syarat pembayaran insentif adalah berlandaskan Hibah.

5. Had Tanggungan

5.1 MUAFAKATDMZ tidak dipertanggungjawapkan terhadap sebarang kerosakan

secara tidak langsung, khas, berturutan atau kerosakan kemalangan,

termasuk, tanpa limitasi, apa-apa ganti rugi yang berbangkit daripada

pengendalian Produk, kelewatan dalam penghantaran dan pembaikan,

kehilangan peranan Produk, kerosakan, kehilangan atau kecurian yang

disediakan oleh Pengedar.

6. Hak Mengaudit / Penilaian Prestasi

6.1 MUAFAKATDMZ mempunyai hak sepenuhnya untuk melakukan pemeriksaan

di Premis Jualan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa

sebarang notis bertulis. Pemeriksaan akan meliputi Produk yang dijual oleh

Pengedar berkenaan, patuh dengan polisi MUAFAKATDMZ, prosedur dan

sistem, mengesahkan ketepatan maklumat mengenai Produk yang

dipasarkan oleh Pengedar berkenaan.

7. Maklumat Peribadi

7.1 Pengedar bersetuju bahawa dengan menggunakan perkhidmatan ini,

Pengedar memberi kebenaran kepada MUAFAKATDMZ untuk menggunakan

maklumat peribadi yang diberikan kepada MUAFAKATDMZ untuk digunakan

dan / atau didedahkan selaras dengan notis privasi kami.

7.2 Pengedar / Sub Pengedar bersetuju untuk menerima sebarang promosi,

Produk atau maklumat berkaitan MUAFAKATDMZ melalui SMS, notifikasi

media social atau sumber-sumber lain.

8. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Menurut kepada Akta Perlindungan Data

Peribadi 2010, pihak-pihak terikat untuk mematuhi peruntukan berkenaan dengan

data peribadi baru yang dikumpulkan. Sebarang kegagalan untuk mematuhi

peruntukan berkenaan, pihak-pihak berkenaan haruslah menanggung risiko atas

kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan.

9. Penamatan Status Pengedar MUAFAKATDMZ.

9.1 Pengedar bersetuju bahawa sekiranya Pengedar menjalankan aktiviti-

aktiviti berikut dan / atau melanggar mana-mana syarat peraturan

MUAFAKATDMZ , MUAFAKATDMZ berhak pada hak bicara mutlaknya untuk

menggantung dan / atau menamatkan Perjanjian ini dengan anda tanpa

apaapa bantuan, ganti rugi atau pampasan sekiranya;

(i) Syarikat milik Pengedar, atau entiti perniagaan telah ditutup, tidak

lagi dibenarkan berniaga, tidak lagi berdaftar dengan pihak berkuasa

kerajaan yang berkaitan, pengarah atau rakan niaga diisytihar muflis

atau bertukar premis.

(ii) Menjalankan aktiviti yang mempunyai elemen penipuan, salah guna

perwakilan, aktiviti haram dan tidak mematuhi syarat dan

peraturan.

Page 13: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

(iii) Menyalahgunakan DREG yang diberikan kepada anda, dimana anda

mengunakan DREG anda untuk membantu mendaftar pelanggan

Pengedar lain dan / atau membenarkan Pengedar lain untuk

menggunakan DREG Pengedar untuk mendaftar Pelanggan mereka.

(v) Pengedar dengan sengaja dan melakukan penipuan dengan membuat

gantian nombor siri muafakatdmz yang Pengedar tahu bukan

kepunyaan Pelanggan yang sah dan mengakibatkan Pelanggan yang

sah kehilangan nombor berkenaan.

(vi) Pengedar tidak memberi kerjasama kepada muafakatdmz dalam

meletakkan POSM yang diberikan dan Produk untuk dipamerkan pada

Premis Jualan setiap masa.

(vii) Pengedar telah memanipulasikan dan / atau memalsukan maklumat

yang disimpan di dalam muafakatdmz.

(vii) Nombor yang didaftarkan sebagai Pengedar telah ditamatkan

perkhidmatan.

(viii) Anda telah melanggar 9 klausa Perjanjian ini.

9.2 Walau apa pun berkaitan di atas, muafakatdmz boleh menamatkan

Perjanjian ini tanpa sebarang liabiliti dan memberikan apa-apa sebab jua,

dengan memberi notis bertulis selama 30 hari terlebih dahulu dan jika ia

telah melanggar apa-apa pelanggaran asas dalam Perjanjian ini. Pembatalan

atau tamat tempoh Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, tidak

berfungsi sebagai penepian mana-mana pelanggaran yang dilakukan oleh

peruntukan mana-mana pihak dan tidak menjejaskan mana-mana pihak,

liabiliti atau tanggungjawab oleh mana-mana pihak seperti mana yang telah

terakru sehingga tarikh penamatan dan tamat tempoh termasuk hak

tanggung rugi.

9.3 Pengeluaran notis penggantungan tidak dalam apa cara sekalipun

menjejaskan atau menghalang muafakatdmz daripada melaksanakan hak

mengeluarkan notis penamatan, walau apa pun klausa di atas.

10. Pindaan atau Perubahan.

10.1 muafakatdmz berhak untuk menilai, meminda, menambah atau mengubah

mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini dari semasa ke semasa

sekiranya muafakatdmz rasakan sesuai tanpa sebab selaras dengan

perubahan industri, ekonomi, komersial dan kehendak undang-undang.

Sebarang perubahan, jika ada akan diberitahu kepada Pengedar sama ada

melalui email dan / atau dipamerkan didalam laman web muafakatdmz,

www.muafakatdmz.com.

11. Perlaksanaan Undang-Undang.

11.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut

undangundang Malaysia. Semua pihak dengan ini bersetuju bahawa

mahkamah Malaysia mempunyai kuasa eksklusif ke atas semua perkara yang

berkaitan dengan Perjanjian ini sama ada di Kuala Lumpur, Petaling Jaya

atau Lembah Klang. muafakatdmz dan Pengedar bersetuju bahawa tanpa

mengira tempat perniagaan antara dua pihak, semua litigasi hendaklah

diselesaikan di Mahkamah Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan / atau Shah

Alam.

Page 14: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

12. Umum

12.1 Notis di bawah Perjanjian ini hendaklah dihantar sama ada melalui email,

faks atau pos kepada pihak yang dinyatakan dibawah. Untuk tujuan ini,

notis penerimaan haruslah dihantar oleh penerima besertakan bukti

penerimaan kepada; DMZ CARD SERVICES. PT 37825, RIMBA SQUARE, GONG

BADAK, PAK DAMAK 21200 KUALA NERUS TERENGGANU. Tel: 09 – 6666 941

12.2 Perjanjian ini mewakili keseluruhan Perjanjian di antara pihak-pihak

berkaitan perkara yang dinyatakan dan menggantikan apa-apa terma dan

syarat yang terkandung di dalam borang bercetak yang dihantar bersama

tempahan pembelian, pengetahuan penjualan atau invois; ia juga

menggantikan kesemua perkara yang lepas termasuk lisan atau bertulis

komunikasi di antara pihak-pihak berkaitan dengan perkara tersebut.

Perjanjian ini tidak boleh diubah suai atau diketepikan kecuali bertulis dan

ditandatangani oleh orang yang di beri kuasa daripada MUAFAKATDMZ.

12.3 Selepas memberi notis atau makluman melalui laman web

www.muafakatdmz.com, muafakatdmz berhak untuk menilai, meminda,

menambah atau mengubah mana-mana terma dan syarat Perjanjian dari

semasa ke semasa dimana muafakatdmz fikirkan sesuai tanpa mengemukan

sebarang sebab jua dan Pengedar hendaklah mengikut semua pindaan,

penambahan dan perubahan terma dan syarat.

Page 15: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

PELUANG KERJAYA SEBAGAI PENGEDAR

SUB DEALER

Warganegara Terengganu # Pemegang maykad (17 tahun & ke atas) Warganegara Asing # Passport & 17 tahun ke atas Agama Islam Untung runcit :- RM20 untuk kad AT-TA’AWUN Fee sub dealer : RM30.00

DEALER

Warganegara Terengganu # Pemegang maykad (17 tahun & ke atas) Warganegara Asing # Passport & 17 tahun ke atas Agama Islam Untung runcit :- RM20 untuk kad AT-TA’AWUN Fee dealer : RM50.00 Perlantikan sub-dealer : Minima 5 orang Insentif : L 1 - 5 % L 2 – 5 % L 3 – 5 % L 4 – 5 %

Page 16: POLISI DAN ATURAN TETAP TERMA & SYARAT … · maka pihak syarikat akan menggunakan duit tersebut untuk waqaf al-quran atau apa-apa kegiatan yang boleh mendatangkan manfaat (Pahala)

Nama: _____________________________________

Alamat: _____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________ Tarikh: _____________

_______________________________________________________________________

DMZ CARD SERVICES(MUAFAKATDMZ)

PT 37825, RIMBA SQUARE,

GONG BADAK,

PAK DAMAK

21200 KUALA NERUS

TERENGGANU. Tuan / Puan, MEMBENARKAN PIHAK MUAFAKATDMZ UNTUK MENDEDAHKAN DATA PERIBADI BAGI TUJUAN PROMOSI DAN PEMASARAN DAN PERSETUJUAN KE ATAS ‘TERMS AND CONDITIONS OF APPOINTMENT AS MUAFAKATDMZ AUTHORISED DEALER’ Saya ___________________________________, No K/P ____________________ ID pengedar - _____________ dengan ini bersetuju membenarkan pihak muafakatdmz untuk mendedahkan data peribadi saya kepada pihak luar yang lain bagi tujuan promosi dan pemasaran. Dengan menandatangani surat ini, saya mengesahkan bahawa telah membaca, memahami, bersetuju dan akur dengan ‘TERMS AND CONDITIONS OF APPOINTMENT AS MUAFAKATDMZ AUTHORISED DEALER’. Sekian, terima kasih. Yang benar, _______________