polisi bencana luaran jabatan kecemasan …...polis, jabatan bomba & penyelamat dan kementerian...

24
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

Upload: others

Post on 18-Apr-2020

49 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

UNITKAWALANINFEKSI,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOHVERSI:1/2019

HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH

POLISIBENCANALUARAN

JABATANKECEMASANDANTRAUMA

Page 2: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page1

Page 3: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page2

REVIEW RECORD

REVIEWED COMMENT DONE BY SIGNATURE

NO. DATE

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 4: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page3

AKUAN MEMBACA

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TANDATANGAN TARIKH

Page 5: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page4

PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BENCANA HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

PENGENALAN Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendefinisikan bencana sebagai satu kejadian yang berlaku dengan tiba-tiba menyebabkan kemusnahan harta benda yang besar, kehilangan nyawa yang ramai dan gangguan kehidupan harian sesebuah masyarakat. Tiga agensi utama yang dikenalpasti sebagai agensi utama adalah Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana pada awalnya telah dikeluarkan pada tahun 1987 melalui surat bil (54) dlm KKM-87(45/1) bhg 6 oleh Pengarah Perkhidmatan Perubatan. Walaubagaimana pun satu kajian yang dijalankan ke atas 20 buah hospital di Semenanjung Malaysia pada bulan Ogos 2001 dan satu bengkel ke atas kesiapsiagaan bencana di Port Dickson pada 2 – 4 Mei 2000 telah mengenalpasti beberapa isu implementasi seperti berikut :

a. Pelan yang dikemukakan bersifat ’stand alone’. Ia menitikberatkan tindakan Jabatan Kecemasan dan bukan tindakan hospital. Ia juga bersendirian tanpa mengira ’networking ’ hospital yang berhampiran.

b. Pelan tindakan tersebut lebih menitik beratkan respon klinikal dimana

tindakan pentadbiran tidak jelas.

c. Ianya tidak seragam antara satu sama lain mengikut kategori hospital yang dirancang dalam perkembangan perkhidmatan kecemasan dalam RMK 8.

d. Prosedur kerja dan peralatan tidak dikenalpasti dengan jelas.

e. Latihan warga kerja dalam mengahdapi bencana tidak sempurna.

f. Pelan yang dikemukakan menitikberatkan bencana fizikal yang mana

dengan pembangunan negara, punca bencana meliputi juga bahan toksik, radiasi dan biologi seperti keadaan wabak Virus Nipah di Negeri Sembilan.

g. Pelan tindakan yang dikemukan tidak mengambil kira perubahan konsep

Arahan 20 MKN yang mana kegiatan pasukan perubatan diperluaskan dari menerima mangsa untuk dirawat kepada mengambil bahagian dalam kegiatan mencari dan menyelamat.

h. Ianya tidak mengambil kira keadaan dimana berlaku ’mass casualties’

yang lebih kerap dialami oleh perkhidmatan perubatan seperti kemalangan yang melibatkan ramai mangsa.

i. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk membantu pasukan

perubatan dalam kegiatan mencari dan menyelamat.

Page 6: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page5

1. TAHAP BENCANA

1.1. Tahap 1 Bencana yang berlaku di kawasan yang terhad dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak rumit dan kemungkinan kehilangan nyawa dan harta benda adalah minima.

Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat. Di dalam kejadian ini pihak berkuasa daerah mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengatasi bencana dengan bantuan agensi-agensi di peringkat daerah.

1.2. Tahap 2

Bencana yang berlaku di kawasan yang mempunyai potensi untuk merebak dan boleh memyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Bencana tahap 2 adalah di luar kemampuan pihak berkuasa daerah.

1.3. Tahap 3

Bencana yang serius dan lebih kompleks daripada bencana tahap 2 dan memerlukan bantuan dan sumber-sumber daripada semua agensi yang berkaitan.

2. TUJUAN PELAN TINDAKAN BENCANA Faktor penting kejayaan sesebuah pelan tindakan bencana bergantung kepada koordinasi kerja berpasukan anggota-anggota yang cekap dan mahir dalam pelaksanaan pelan tersebut. Ianya memerlukan tindakan hospital secara keseluruhan dan bukan setakat di peringkat Jabatan Kecemasan. Untuk koordinasi yang lebih berkesan, satu sistem komunikasi yang baik adalah penting. Ianya amat berguna bagi hospital untuk menjalankan penilaian risiko (risk assessment) terhadap jenis-jenis bencana yang mungkin akan berlaku di kawasan operasinya. 3. OBJEKTIF

3.1. Objektif Umum Memaksimakan bilangan mangsa yang dapat diselamatkan.

3.2. Objektif Khusus

3.2.1. Menyediakan pasukan perubatan yang lengkap dengan peralatan dan berkemampuan untuk menyelamat, melakukan resusitasi serta memindahkan mangsa dari tempat kejadian.

Page 7: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page6

3.2.2. Menyediakan satu pelan tindakan bencana untuk menerima dan mengurus bilangan mangsa bencana yang ramai di Jabatan Kecemasan.

3.2.3. Mewujudkan satu sistem pergerakan dan penempatan anggota

di hospital bagi membantu dan merawat mangsa.

3.2.4. Menyediakan kemudahan tambahan seperti zon resusitasi, wad dan dewan bedah bagi menampung merawat mangsa.

3.2.5. Menyediakan satu sistem perkhidmatan sokongan yang

berkesan seperti tabung darah, farmasi, perkhidmatan pengimejan, patologi, kejuruteraan dan unit lain yang berkaitan.

3.2.6. Mengkoordinasikan satu sistem kawalan, pemantauan dan

jaringan komunikasi di antara agensi kerajaan lain, media massa, waris dan orang ramai.

4. ANALISIS SEMASA 4.1. Analisis Risiko

Daerah Temerloh secara amnya tidak mempunyai bencana alam secara semula jadi yang besar seperti gempa bumi, ribut taufan dan gunung berapi. Walaubagaimana pun masih terdapat banyak potensi bencana yang mungkin berlaku seperti banjir , kemalangan jalanraya, gelinciran keretapi, kebocoran gas atau bahan kimia & penularan wabak penyakit berjangkit yang serius. Antara lokasi yang dikenal pasti adalah : a. Insiden Kemalangan Jalanraya terutama di kawasan Lanchang

dan KM 163.5 Lebuhraya Pantai Timur. b. Kemalangan melibatkan tumpahan dan letupan bahan kimia:

• Klilang MNI – Bahan kimia seperti Acid Suphate, Acid Hydrochloride, Sodium Hyrochloride & Biocide.

• Kilang Robin - Bahan kimia seperti Acid Hydrochloride & Sodium Hyrochloride.

• Kilang Steadler – Bahan kimia Acetone. Oleh itu pelan tindakan ini disediakan bagi menangani pelbagai jenis bencana tanpa mengira lokasi dan keterukan bencana tersebut.

Page 8: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page7

5. JAWATANKUASA BENCANA LUARAN

Bagi melicinkan pengurusan tindakan bencana oleh pihak hospital, 2 jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempastikan hospital mampu bertindak dengan cepat dan berkesan dalam mengatasi kejadian bencana tersebut iaitu : a. Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Hospital Sultan Haji Ahmad

Shah,Temerloh. b. Pasukan Teras Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh. 5.1. Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Hospital Sultan Haji Ahmad

Shah,Temerloh.

5.1.1. Fungsi : a. Merangka, mengemaskini dan melaksanakan pelan

tindakan bencana. b. Menyediakan dan menyelaras aktiviti latihan dan

mengadakan raptai secara berkala. c. Memaklumkan dan memberi panduan kepada anggota

hospital akan tanggungjawab dan cara kerja yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi bencana.

d. Mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bahawa pihak hospital adalah sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan bencana.

5.1.2. Keahlian :

1. Pengarah Hospital - Pengerusi 2. Timbalan Pengarah

Pengurusan - Timbalan

Pengerusi 3. Ketua Jabatan Kecemasan - Setiausaha 4. Ketua Jabatan Ortopedik - AJK 5. Ketua Jabatan Pembedahan - AJK 6. Ketua Jabatan Bius - AJK 7. Ketua Jabatan Perubatan - AJK 8. Ketua Jabatan Pengimejan &

Diagnostik - AJK

9. Ketua Jabatan Patologi - AJK 10. Ketua Jabatan Farmasi - AJK 11. Ketua Jabatan Diatetik - AJK 12. Penyelia Pembantu

Perubatan - AJK

13. Penyelia Kejururawatan - AJK 14. Pembantu Perubatan U32

Jabatan Kecemasan - AJK

15 Pengurus Radicare Cawangan Temerloh

- AJK

16 Ketua Telefonis - AJK

Page 9: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page8

5.2 Pasukan Teras Bencana Hospital Temerloh. 5.2.1 Fungsi :

-Bertugas di bilik Gerakan Hospital bagi mengurus , menyelaras dan membuat keputusan ke atas segala perkara dan kegiatan berkaitan dengan bencana.

5.2.2. Keahlian :

1. Pengarah Hospital - Ketua Koordinator Hospital 2.

Timbalan Pengarah Perubatan

-

Koordinator Pentadbiran 1

3.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan

-

Koordinator Pentadbiran 2

4.

Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma

-

Koordinator Klinikal 1 (Semasa ketiadaan beliau diganti oleh Penyelaras Klinikal 2)

5.

Ketua Jabatan Ortopedik

-

Koordinator Klinikal 2 (Semasa ketiadaan beliau diganti oleh Penyelaras Klinikal 1)

6.

Ketua Jabatan Surgeri

-

Koordinator Klinikal 3 (Semasa ketiadaan beliau diganti oleh Penyelaras Klinikal 1 atau 2)

7.

Ketua Jabatan Bius

-

Ahli Memastikan kes-kes pembedahan elektif dihentikan dan bersedia menerima kes-kes untuk pembedahan segera. Mengoptimumkan bilangan katil di ICU/ICU 2/HDW

8.

Ketua Jabatan Radiologi

-

Ahli Memastikan aktiviti untik pemeriksaaan radiologi untuk mangsa bencana diutamakan

9.

Penyelia Pen Pegawai Perubatan

-

Ahli

10.

Penyelia Jururawat

-

Ahli

11.

Ketua-ketua Jabatan Lain

-

Ahli

Page 10: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page9

PELAN TINDAKAN BENCANA (LUARAN) HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

1.PENGURUSAN BENCANA 1.1 Definisi :

1.1.1 Bencana di definisikan sebagai :

Apabila mangsa yang terlibat melebihi 35 orang.

• Merah – lebih daripada 5 orang • Kuning – lebih daripada 10 orang • Hijau – lebih daripada 20 orang

1.1.2 Mass Casualty Incident

• Keadaan di mana mangsa yang terlibat seramai 20 hingga 35 orang 1.2 Fasa Tindakan :

1.2.1 Fasa 1 - ’Yellow Alert’ Fasa ini dimana maklumat mengenai bencana diterima oleh Ketua Jabatan Kecemasan sebelum disahkan kesahihannya. Pengarah Hospital, Penolong Pengarah Pengurusan dan semua Ketua Jabatan diberitahu untuk bersiap sedia. 1.2.2 Fasa 2 - ’Red Alert’ (Fasa Pengaktifan Hospital) Fasa ini di mana bencana telah disahkan dan Pengarah Hospital mengistiharkan ’Red Alert’. Pada masa ini keseluruhan pelan tindakan bencana diaktifkan. 1.2.3 Fasa 3 - ’Stand Down’ Fasa ini dimana keadaan bencana telah kembali pulih dan aktiviti hospital kembali seperti sediakala. 1.2.4 Fasa 4 - Fasa Pemulihan dan Pengurusan selepas Bencana Pengurusan “Debriefing and post mortem event” selepas bencana di hospital.

1.3 Pengisytiharan Bencana

1.3.1 Tindakan Awal Kepada Panggilan Berkaitan Dengan Bencana

a) Maklumat kejadian bencana akan diterima oleh pihak hospital melalui:

i. Panggilan awam melalui telefonis Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang kemudiannya menyambungkan panggilan ke Pusat Kawalan Panggilan Kecemasan.

ii. Panggilan ke Pusat Koordinasi Panggilan Kecemasan ( Call Centre ) melalui Panggilan Kecemasan 999 (disalurkan oleh pihak Telekom Malaysia).

Page 11: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page10

iii. Panggilan telefon menggunakan talian terus Jabatan Kecemasan Dan

Trauma oleh orang awam, polis, bomba dan agensi lain.

b) Penerima panggilan (Pegawai yang bertugas di Pusat Koordinasi Panggilan Kecemasan) hendaklah merekodkan perkara-perkara berikut apabila mendapat panggilan mengenai bencana:-

i. Pengenalan kepada pemanggil termasuklah nama, jawatan, nombor yang boleh dihubungi semula, dan tempat panggilan dibuat.

ii. Masa menerima panggilan. iii. Keadaan kejadian bencana tersebut (jenis bencana). iv. Tempat kejadian seberapa terperinci yang boleh. v. Anggaran mangsa yang terlibat. vi. Jenis bantuan yang diperlukan – bersiap sedia di hospital atau menghantar

pasukan perubatan ke lokasi.

c) Penolong Pegawa Perubatan yang menerima panggilan di Pusat Koordinasi Panggilan Kecemasan (Call Centre) akan memaklumkan kepada Penolong Pegawai Perubatan U32 yg bertugas pada syif tersebut yang seterusnya akan mengesahkan kejadian bencana daripada agensi-agensi yang terlibat seperti Polis dan Bomba.

d) Setelah kejadian disahkan Penolong Pegawai Perubatan U32 akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma, Pakar Kecemasan Atas Panggilan dan Pegawai Perubatan Zon Merah . Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma akan menganalisa kejadian sebelum mengisytiharkan “Yellow Alert” (keadaan bersiap sedia) kepada kakitangan Jabatan Kecemasan Dan Trauma, seterusnya beliau akan memaklumkan kejadian kepada Pengarah Hospital.

e) Pada peringkat “Yellow Alert” ini, kakitangan Jabatan Kecemasan Dan

Trauma akan membuat persediaan untuk menghadapi bencana. Antaranya termasuklah: i. Membuat Persiapan membentuk Pasukan Mencari dan Menyelamat

(Search & Rescue Team) yang akan dihantar segera ke tempat kejadian sebaik sahaja pengesahan kejadian dibuat.

ii. Membuat persiapan untuk kemasukan mangsa yang ramai dan serentak.

iii. Menyusun semula Zon Rawatan Pesakit.

f) Sekiranya mangsa bencana adalah ramai maka atas nasihat Ketua Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Pengarah Hospital akan mengisytiharkan “Red Alert” dan Pelan Tindakan Bencana Hospital akan dijanakan serta merta di mana semua kakitangan yang bertugas atas panggilan diminta melaporkan diri ke Bilik Gerakan Bencana Hospital untuk menerima ‘Kad Tugasan’(Action Card) dan menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

Page 12: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page11

1.3.2 Cara Pengisytiharan Bencana

a) Sebaik sahaja arahan diterima daripada Pengarah Hospital, telefonis akan

menghubungi Koodinator Pentadbiran & Koodinator Klinikal.

b) Satu pengumuman dibuat melalui sistem pager berkumpulan dan sistem pembesar suara (PA System) seperti dibawah :

c) Pengumuman Sistem Pager Berkumpulan

KOD KUNING BENCANA – Bagi fasa ’Yellow Alert’. KOD MERAH BENCANA – Bagi fasa ’Red Alert’. KOD HIJAU ’Stand Down’ – Bagi fasa ’Stand Down’

d) Cara pengumuman melalui Sistem Pembesar Suara:

Bagi fasa ’Yellow Alert’ ”Minta Perhatian ! Ini adalah pengumuman Kod Kuning sila bersedia” (2 x) Bagi fasa ’Red Alert’ ”Minta Perhatian ! Ini adalah pengumuman Kod Merah Bencana. Semua Ketua Jabatan dan anggota berkenaan diminta melaporkan diri ke Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kecemasan” (2 x)

Page 13: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page12

PENGISYTIHARAN BENCANA

INSIDEN Orang Awam Polis/Bomba/JPA

Operator Hospital

‘CALL CENTRE’ Jabatan Kecemasan &

Trauma

YELLOW ALERT

Pakar Kecemasan On Call atau On the floor

PANGGILAN PALSU

Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma

INSIDEN SAH

PENGARAH HOSHAS (PENGERUSI BENCANA)

RED ALERT

STAND DOWN

-menghantar RECCE team -Hospital in stand by mode

Page 14: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page13

PENGISYTIHARAN ‘RED ALERT’

RED ALERT

Pengarah Hospital

Persiap Operasi Pusat Gerakan

Bencana Hospital

Koordinator Klinikal & Pasukan Koordinator Pengurusan & Pasukan

Persiap Triage, Penyelamat & Pencari

dan Pasukan Perubatan Bergerak

Persiapan Jabatan Kecemasan untuk tempat penerimaan mangsa

& menyelaras tenaga kerja

Menyelaras Pasukan di Jabatan Kecemasan dan Trauma -Zon Resusitasi / Merah bencana -Zon Kuning bencana -Zon Hijau bencana

Menyelaras semua Pakar Klinikal/Pakar Perunding atas

Panggilan

Mortuary

Penyediaan Wad untuk mangsa bencana

Aktifkan Perkhidmatan Sokongan

Persiap Pusat Maklumat & Sidang Akhbar

Persiap Ruang Menunggu Untuk Waris

Mangsa

Persiap Pusat Kawalan Bencana

Laporan ke JKN & KKM

Sidang akhbar & perhubungan awam

Page 15: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page14

2. PENGURUSAN DI TEMPAT KEJADIAN (PRE HOSPITAL CARE) 2.1 PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT (PRA HOSPITAL 1)

2.1.1 Pasukan in dilengkapi dengan peralatan perubatan asas. Pasukan ini

dianggotai oleh : i. Seorang Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma (Zon Hijau) –

Ketua Pasukan. ii. Seorang Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan (Pra Hospital). iii. Seorang Jururawat Jabatan Kecemasan iv. Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Jabatan Kecemasan v. Seorang Pemandu Ambulan

2.1.2 Tugas dan Tanggungjawab

i. Ketua Pasukan akan melapor diri kepada Komandan Tempat

Kejadian (On Scene Commander) iaitu Pegawai Polis/Pegawai Bomba yang mengetuai pasukan dan memaklumkan tentang:

- Bilangan petugas perubatan - Kelengkapan perubatan termasuk ambulan

ii. Ketua Pasukan merupakan On Scene Medical Commander (OMC) pada ketika itu

iii. Bertindak sebagai pasukan peninjau dan menilai situasi kejadian

(situational analysis). - Anggaran mangsa yang terlibat -Jenis / sifat bencana -Perkhidmatan sokongan yang diperlukan

iv. Melaporkan kepada bilik gerakan mengenai penilaian situasi yang

dibuat.

v. Menyediakan Medical Base Station di tempat kejadian (Zon Kuning Bencana ), yang terdiri daripada: - Base station - Zon perawatan dan pemulihan - Zon putih

vi. Mewujudkan sistem komunikasi yang baik di antara pasukannya dan On Scene Commander ( OSC ), Bilik Gerakan di hospital, Pasukan Pra Hospital 2 (jika diperlukan). Ini dicapai melalui pegawai perantara (LO) yang dibentuk diantara ahli pasukannya.

Page 16: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page15

vii. Menyelenggara petugas-petugas bantuan dari agensi lain dan pemindahan

mangsa dari zon merah bencana ke Medical Base Station.

viii. Merawat mangsa termasuk resusitasi dan stabilisasi.

ix. Memberi maklumat terkini kepada On Scene Commander dan Pusat Kawalan

Panggilan Kecemasan Jabatan Kecemasan.

x. Melakukan rapid primary triaging menggunakan sistem ”START” (rujuk Lampiran A)

xi. Pasukan Pra Hospital 1 tidak dibenarkan memasuki Zon Merah Bencana,

kecuali : - Tahap keselamatan kawasan zon terjamin - Dibekalkan dengan peralatan perlindungan yang mencukupi - Keperluan untuk menyelamat nyawa / resusitasi ketara bagi kes-kes tertentu,

Triaging pesakit mengikut warna: MERAH - Kritikal (tidak sedarkan diri) KUNING - Semi kritikal (sedar tapi tidak boleh bergerak) HIJAU - Tidak kritikal (Sedar dan boleh berjalan) PUTIH – Mati

Page 17: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page16

Lampiran A SISTEM TRIAGE DI TEMPAT KEJADIAN

START SYSTEM – Simple Triage And Rapid Treatment

START where you stand. Assess the scene. Call for Assistance.

Determine safety

CALL OUT Non Walking Walking wounded

& Uninjured

Hold in a specific Location

Triage

RESPIRATIONS

YES

<30/min >30/min

PERFUSION

Radial Pulse Absent OR Capillary refill

Radial Pulse Present

<2 seconds

>2 seconds

Control bleeding

NO

Position Airway

Respirations NO Respirations

IMMEDIATE DECEASED

MENTAL STATUS

IMMEDIATE

CAN’T follow simple command

IMMEDIATE

DELAYED

CAN follow simple command

Page 18: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page17

2.2 PASUKAN PRA HOSPITAL 2

2.2.1 Pasukan ini dihantar ke tempat kejadian dengan kelengkapan dan

peralatan bencana. Pasukan ini dianggotai oleh : - Seorang Pakar Perubatan Kecemasan / Pegawai Perubatan Senior

Jabatan Kecemasan (Ketua Pasukan) - Seorang Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan - Seorang Jururawat Terlatih Jabatan Kecemasan - Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Jabatan Kecemasan - Pemandu Ambulan

2.2.2 Tugas dan Tanggungjawab

i. Ketua pasukan Pra Hospital 2 akan mengambil alih tugas On Scene Medical Commander daripada ketua pasukan Pra Hospital 1 dan akan bekerjasama dalam menjalankan tugas.

ii. Bertanggungjawab untuk menerima dan merawat mangsa dari Zon Merah

Bencana dan Primary Triaging. iii. Memberi maklumat terkini kepada On Scene Commander dan Bilik Gerakan

Bencana Hospital. iv. Menyelenggara sistem pengangkutan dan pendaftaran mangsa untuk dihantar

ke hospital.

v. Pasukan Perubatan 2 tidak dibenarkan memasuki Zon Merah Bencana, kecuali: - Tahap keselamatan kawasan zon terjamin. - Dibekalkan dengan peralatan perlindungan yang secukupnya. - Keperluan untuk menyelamat nyawa / resusitasi ketara bagi kes-kes

tertentu.

Page 19: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page18

2.3 PASUKAN PERUBATAN LAIN

Akan ditentukan oleh Penyelaras Klinikal 2.4 PENGURUSAN PENGANGKUTAN MANGSA 2.4.1 Pergerakan dan perkhidmatan ambulan mestilah diselenggara oleh On Scene

Medical Commander (OMC).

2.4.2 Mangsa Kod Merah dan Kod Kuning yang stabil dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulan (termasuk ambulan dari pasukan sokongan). Pengangkutan melalui udara akan digunakan untuk mangsa kod merah jika perlu.

2.4.3 Mangsa Kod Hijau dihantar ke hospital atau premis kesihatan yang berhampiran dengan menggunakan lain-lain kenderaan termasuk kenderaan awam.

2.4.4 Mangsa Kod Putih (termasuk bahagian badan yang tercerai) dihantar ke

Jabatan Forensik hospital dengan kenderaan polis. 2.4.5 On Scene Medical Commander (OMC) bertanggungjawab :

i. Menyediakan mortuary sementara di Zon Hijau Bencana dengan kawasan tertutup.

ii. Mengurus dan mengendalikan mayat atau bahagian badan dengan sempurna. iii. Memastikan beg mayat mencukupi. iv. Berhubung dengan Jabatan Forensik hospital.

Page 20: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page19

3. FASA PENGAKTIFAN BENCANA DI HOSPITAL / ZON RAWATAN BENCANA HoSHAS

3.1 Apabila ’Red Alert’ diisytiharkan, anggota yang terlibat diminta melaporkan diri di Bilik Gerakan Hospital.

3.2 Pengarah Hospital akan menjadi Ketua Koodinator Bencana Hospital, Timbalan Pengarah (Perubatan) menjadi Koodinator Pentadbiran 1, Timbalan Pengarah (Pengurusan) menjadi Koodinator Pentadbiran 2 dan Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma menjadi Koordinator Klinikal 1. Rujuk Carta Aliran Pengisytiharan Bencana (Fasa Pengaktifan Hospital dan Action Card). 3.2.1 Pengarah Hospital mengisytiharkan “RED ALERT”. 3.2.2 Semua pegawai Perubatan atas panggilan bagi setiap disiplin dimaklumkan mengenai bencana oleh telefonis hospital. 3.2.3 Pegawai Perubatan atas panggilan memaklumkan kepada Pakar dan Ketua Jabatan masing-masing. 3.2.4 Pegawai Perubatan hadir ke Bilik Gerakan Bencana Hospital di bilik Seminar Jabatan Kecemasan & Trauma untuk melaporkan diri dan mendapatkan “ACTION CARD” masing-masing. 3.2.5 Pegawai hadir ke zon yang ditetapkan untuk bertugas. 3.2.6 “Action Card” Hijau – bertugas di Zon Hijau Bencana (Klinik Pakar). 3.2.7 “Action Card” Kuning – bertugas di Zon Kuning Bencana (Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan). 3.2.8. “Action Card” Merah – bertugas di Zon Merah Bencana (Zon Merah jabatan Kecemasan). 3.2.9. Pegawai bertugas mengikut arahan yang tertera pada “action card” masing-masing 3.3 Pembukaan Zon-zon klinikal

Pembukaan zon-zon klinikal untuk tujuan rawatan kes adalah bergantung kepada jenis bencana yang berlaku, antaranya adalah seperti :

i. Kejadian bencana semulajadi atau kemalangan jalanraya. ii. Kes bencana penyakit berjangkit (outbreak communicable diseases)

3.3.1 Kejadian bencana semulajadi atau kemalangan jalanraya.

i. Triage & penerimaan pesakit

Ianya dilakukan dipintu masuk ’Ambulance Bay’ di Jabatan Kecemasan. Bagi mangsa akibat dari kemalangan HAZMAT, mangsa akan dibawa masuk menerusi Bilik Dekontaminasi. Kemudian dekontaminasi akan di lakukan kepada mangsa tersebut sebelum dibawa ke zon klinikal mengikut tag triage.

Page 21: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page20

ii. Zon tidak kritikal

Bagi mangsa tidak kritikal, sekiranya kejadian berlaku di zon-zon seperti dijadual, rawatan akan disediakan di klinik atau kemudahan kesihatan seperti dibawah.

Bil Zon-Zon Nama kemudahan Kesihatan

Pegawai yang bertanggungjawab

1 Zon Mentakab

Klinik Kesihatan Bandar Mentakab

Pegawai Perubatan & Kesihatan Y/M Klinik Kesihatan Bandar Mentakab

2 Zon Lancang Klinik Kesihatan Lancang

Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lancang

3 Zon Kuala Krau

Klinik Kesihatan Kuala Krau

Pegawai Perubatan & Kesihatan Y/M Klinik Kesihatan Kuala Krau

3 Zon Temerloh

Klinik Kesihatan Temerloh

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Temerloh

Hospital Sultan Haji Ahmad ShahTemerloh

Pengarah Hospital HoSHAS Temerloh

Untuk rawatan mangsa tidak kritikal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, sekiranya bilangan mangsa tidak kritikal tidak melebihi dari 35 orang, mangsa tersebut akan dirawat di Zon Hijau di Jabatan Kecemasan. Apabila bilangan mangsa adalah melebihi dari 35 orang semua mangsa akan di bawa ke Klinik Pakar. iii. Zon Separa Kritikal

Bagi mangsa separa kritikal (tag kuning) pesakit akan dibawa ke Zon Separa Kritikal. Sekiranya bilangan mangsa kritikal melebihi dari bilangan zon kritikal, maka kes separa kritikal akan dirawat di Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan. iv. Zon Kritikal

Bagi mangsa kritikal (tag merah) pesakit akan dibawa masuk terus ke Zon Kritikal. Sekiranya bilangan mangsa kritikal adalah melebihi dari 5 Zon Kritikal akan di kembangkan ke Zon Separa Kritikal dimana terletak bersebelahan dengan Zon Kritikal

Page 22: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page21

3.3.2 Kejadian bencana penyakit berjangkit (outbreak communicable disease)

i. Triage & penerimaan pesakit

Ianya dilakukan dipintu masuk ’Ambulance Bay’ di Jabatan Kecemasan.

ii. Zon Rawatan Tidak Kritikal

Satu khemah khas akan didirikan di ruang letak kenderaan berhadapan Jabatan Kecemasan. Disini semua mangsa akan ditempatkan dan akan dirawat. iii. Zon Separa Kritikal & Kritikal

Mangsa akan dibawa masuk ke zon separa kritikal dan Zon Kritikal. Ruangan tersebut akan ditutup kepada semua pelawat, petugas dan lain-lain pesakit untuk mengelakkan penularan jangkitan tersebut.

Semua petugas yang bertugas di ruang tersebut perlu memakai pakaian PPE dan hanya ditetapkan pergerakan dikawasan tersebut sahaja sehingga semua tugas-tugas selesai.

Page 23: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page22

FASA PENGAKTIFAN ZON RAWATAN BENCANA DI HoSHAS “RED ALERT”

BILIK GERAKAN

ACTION CARDS

Bilik Dekontaminasi

Zon Hijau Bencana (di Klinik Pakar)

Zon Penurunan & Triage

Zon Kuning Bencana (di Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan)

Zon Merah Bencana (Di Zon Kritikal Jabatan

Kecemasan)

Page 24: POLISI BENCANA LUARAN JABATAN KECEMASAN …...Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana

JABATANKECEMASANDANTRAUMA,HOSPITALSULTANHAJIAHMADSHAH,TEMERLOH VERSI:1/2019

Page23

ARAHAN STAND DOWN

Apabila semua aktiviti di hospital telah kembali seperti biasa, arahan untuk ’Stand Down’ akan dikeluarkan oleh Ketua Koodinator Hospital (Pengarah Hospital).

Telefonis akan membuat pengumuman melalui sistem pembesar suara seperti berikut :

”Minta Perhatian ! Ini adalah pengumuman Kod Hijau. Semua aktiviti kembali seperti biasa.” (2 kali)

Lampiran 3 Lampiran 4(b)