dasar utama polis diraja malaysia

18
Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah: Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia Mencegah dan Mengesan Penjenayah Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan Mengumpul Risikan Keselamatan.

Upload: basok-mada-putra

Post on 26-Jul-2015

512 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan

Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah:

Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia Mencegah dan Mengesan Penjenayah Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan Mengumpul Risikan Keselamatan.

Page 2: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Hala Tuju

Pemodenan & Pemantapan Organisasi Penekanan kepada struktur, prosedur & sistem bekerja; perolehan peralatan dengan penggunaan komputer; teknologi maklumat dan kaedah pengurusan terkini.

Penambahbaikan Imej Pasukan Penekanan kepada perkhidmatan yang profesional, cekap, berkesan dan mesra.

Peningkatan Mutu Perkhidmatan Berlandaskan Sumber Manusia Yang Komited, Beretika Dan Terlatih Penekanan kepada:

Skim latihan asas, pembangunan dan lanjutan Skim perkhidmatan yang boleh menarik dan mengekal sumber manusia yang

berkaliber dan berkelulusan tinggi Skim kebajikan ke arah hidup yang mengutamakan kesihatan, nilai diri dan

kesejahteraan kekeluargaan

Peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan & bukan kerajaan, masyarakat tempatan (Community Policing) dan Pasukan Polis serantau dan antarabangsa dalam membendung dan mengatasi ancaman & masalah jenayah melalui kerjasama dua hala dan penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan dalam bidang ilmu kepolisan.

Page 3: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, pucuk pimpinan PDRM telah memperkenalkan pendekatan KHIDMAT MESRA (Friendly Policing). Ini selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT.

Secara ringkasnya, MESRA didefinisikan sebagai interaksi yang harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Mesra itu sendiri membawa maksud bahawa segala pemikiran dan tindakan itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Dalam konteks PDRM, ia merujuk kepada interaksi ahli pasukan dengan pelanggan iaitu orang ramai.

Mesra juga merupakan satu cara berfikir dan tindakan yang boleh diaplikasikan dalam semua situasi kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas.

Pembudayaan Khidmat Mesra akan mudah dapat dilihat dalam tiga situasi iaitu dalam hubungan polis dengan rakyat, polis sesama sendiri dan anggota polis dengan ahli keluarga masing-masing. Konsep KHIDMAT MESRA ini adalah berteraskan kepada visi pasukan iaitu meningkatkan profesionalisme pegawai dan anggota. Hubungan mesra akan menjalinkan suasana yang harmonis dan saling menghormati antara polis dan orang ramai.

Matlamat membudayakan konsep KHIDMAT MESRA adalah untuk :-

memupuk kesedaran di segenap lapisan pegawai dan anggota dalam PDRM bahawa kemesraan boleh membawa keharmonian dan kestabilan serta keyakinan rakyat kepada pasukan polis. Seterusnya dapat meningkatkan penyertaan dan kerjasama dua hala (polis dan orang ramai) dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan negara. rakyat melihat dan menilai pasukan polis sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang adil, amanah dan bertimbang rasa. Setiap pegawai polis sebagai pelindung nyawa dan harta benda mereka. mempereratkan hubungan setiakawan di kalangan rakan sejawat serta memupuk semangat kerja berpasukan. Untuk merealisasikan pendekatan ini Ketua Polis Negara telah mengisytiharkan Moto Pasukan Polis yang baru iaitu MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.

Selaras dengan usaha membudayakan konsep MESRA ini, semua pegawai dan anggota PDRM akan memakai lencana di saku baju sebelah kiri sebagai tanda komited untuk mendukung iltizam pasukan ini.

 

Page 4: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

 

Pasukan turut mencetak poster dan 'sticker' kenderaan  bagi kegunaan di pejabat-pejabat dan dalam kenderaan pasukan untuk mengingatkan setiap anggota pada setiap masa supaya memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat.

Poster dan 'sticker' ini bertujuan untuk memperingatkan warga polis bahawa teras tatalaku sepanjang masa ialah MESRA. Di sini cukup jelas bahawa sasarannya ialah anggota pasukan sendiri, disamping ia juga akan mempengaruhi ahli masyarakat yang membacanya.

Poster ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh anggota, di pejabat-pejabat pertanyaan di Ibu Pejabat, Balai, Pondok, Pengkalan, Unit atau tempat mana anggota ramai berkumpul. Peringatan yang berterusan ini akan memberi kesan positif kepada anggota polis dalam menjalinkan perhubungan rasmi, sosial dan kekeluargaan.

Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.

Page 5: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Kod Etika

SETIATaat setia yang tidak berbelah-bagi kepada Raja, Negara, Kerajaan dan pucuk pimpinan Pasukan.

BERDISIPLINMengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan beramanah.

BERWIBAWAMelaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama.

PRIHATIN DAN MESRASentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat.

CEMERLANGSentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran, mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta sikap positif dan proaktif bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.

 

Page 6: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Pangkat

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Cif Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP - IGP), Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan PolisInspektor General Polis (IG)Deputi Inspektor General Polis (DIG)Komissioner Polis (CP)Deputi Komisioner Polis (DCP)Senior  Asisten Komisioner Polis (SAC)Asisten Komisioner Polis (ACP)Superintendan Polis (SUPT.)Deputi Superintendan Polis (DSP)Asistan Superintendan Polis (ASP)Cif Inspektor (C/INSP)Inspektor (INSP)Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah PolisSub-Inspektor (SI)Sarjan Mejar (SM)Sarjan (SJN)Koperal (KPL)Lans Koperal (L/KPL)Konstabel (KONST)

Page 7: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia
Page 8: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut. Undang-undang yang wujud pada zaman tersebut lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalang. 

Polis di bawah Kesultanan Melaka Melaka di bawah Portugis dan Belanda Polis Pulau Pinang Melaka di bawah British Sejarah Polis Singapura Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat Pasukan Polis Perak Pasukan Polis Selangor Pasukan Polis Pahang Pasukan Polis Negeri Sembilan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pasukan Polis Johor Pasukan Polis Kedah Pasukan Polis Perlis Pasukan Polis Kelantan Pasukan Polis Terengganu Pasukan Polis Sarawak Pasukan Polis Sabah Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis (1942-1945) Civil Affairs Police (CAPF) 1945-1948 Pasukan Polis Malayan Union 1946-1948 Zaman Gray Darurat (1948 - 1960) Rundingan Damai Baling Jungle Squad Jeneral Sir Gerald Temler & Col. Arthur E. Young Polis Wanita Penganugerahan Diraja Malayanisasi Pengurniaan Panji-Panji Polis Diraja Persekutuan Peristiwa 13 Mei Pemberontakan Bersenjata Komunis Ke-2 Perbarisan Tamat Darurat Bukit Kepong Sistem Salleh  

Page 9: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

 

Mengamalkan prinsip Mesra, Cepat dan Betul sebagai wadah Pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang

Meningkatkan profesionalisme di kalangan anggota secara berterusan Memastikan Pasukan sentiasa dipercayai, disegani dan dihormati oleh masyarakat Menimbulkan perasaan gerun di kalangan penjenayah

Page 10: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Struktur

PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur organisasi, iaitu:-

Peringkat PersekutuanDikenali sebagai Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (Bukit Aman). Ianya merupakan pusat pentadbiran PDRM seluruh negara. Di sinilah terletaknya pejabat Ketua Polis Negara dan lain-lain pucuk pimpinan PDRM.   

Peringkat Kontinjen (Negeri)Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) terdapat 14 Kontinjen yang masing-masing diketuai oleh Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak dan Ketua Polis Negeri bagi lain-lain kontinjen.

Page 11: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Peringkat DaerahDikenali sebagai Ibupejabat Polis Daerah (IPD). Terdapat 148 daerah pentadbiran polis di seluruh negara. Setiap daerah diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD). Pangkat jawatan KPD bergantung kepada saiz sesuatu daerah polis.

 

Peringkat BalaiDikenali sebagai balai polis. Setiap balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan setinggi-tingginya berpangkat Inspektor. Terdapat 837 buah balai polis di seluruh negara.

Page 12: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;

memproses risikan keselamatan; menjalankan pendakwaan; memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan

dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan

terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;

melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;

mempamerkan maklumat; melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya; menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang

awam; memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil,

dan menjaga ketenteraman didalamnya dan

mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Page 13: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia

Objektif

Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ; Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber

manusia ; Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ; Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ; Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang

optima bagi menentukan kejayaan PDRM ; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan

keselamatan negara dan Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan

keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.

 

Page 14: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia
Page 15: Dasar Utama Polis DiRaja Malaysia