pn.docx

5
2.0 Akauntabiliti guru dalam bilik darjah Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara serta profesion keguruan secara amnya. Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, memastikan murid-murid supaya

Upload: 123ming

Post on 23-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PN

TRANSCRIPT

Page 1: PN.docx

2.0 Akauntabiliti guru dalam bilik darjah

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan ‘akauntabiliti’ dihuraikan

sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab

terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah

satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu

tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan

dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan

keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban

terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami

dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga

membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap

profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru

yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri

sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara serta profesion keguruan secara

amnya.

Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan

peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus

rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka

mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun

meja-kerusi, memastikan murid-murid supaya mematuhi segala peraturan

bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih

kondusif atau selesa untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus

bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan

dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut

rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan

mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan

keadaan bilik darjah yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: PN.docx

Membuat Persediaan Dalam Pengajaran

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan membuat

persediaan yang rapi. Dengan itu, penerangan yang diberikan oleh guru

kepada pelajar adalah lebih jelas dan tersusun. Pengajaran yang diberikan

kepada pelajar adalah lebih mudah difahami. Apabila disoal oleh pelajar,

jawapan yang diberikan oleh guru perlulah jelas dan tepat. Di akhir

pengajaran, guru perlu merumuskan isi-isi penting secara terperinci. Objektif

pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum

memulakan sesuatu pengajaran. Guru perlu memberi penekanan kepada

perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan

di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan. Pelajar-pelajar

digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-

rakan sedarjah.

Guru Sebagai Pembimbing Dan Mentor Dalam Bilik Darjah

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah

tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya

guru perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan

mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan

yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun

semasa bertugas harus juga diamalkan supaya murid dapat mencontohi

model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang

dihormati oleh pelajarnya. Oleh hal yang demikian, guru perlu sentiasa

menjaga profesionalisme guru supaya mereka akan dihormati dan disayangi

oleh anak muridnya.

Page 3: PN.docx

Guru Memperbagaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Sekiranya guru hanya menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran

sahaja sepanjang masa, pelajar akan berasa jemu terhadap cara ataupun

kaedah pengajaran guru. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah

pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi menarik dan berkesan.

Seseorang guru yang kreatif akan menggunakan media dengan

berkesan dalam bilik darjah. Dengan menggunakan media, komunikasi antara

pengajar (pihak yang menghantar maklumat) dengan pelajar (pihak yang

menerima maklumat) akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan.

Sebagai guru, kita perlu bijak memilih media yang paling sesuai

dengan kehendak pelajar dan dapat mencapai objektif-objektif pengajaran.

Merujuk kepada Brown J.W.(1997), beliau berpendapat bahawa tiada media

yang terbaik dalam dunia, guru perlu menggunakan media selaras dengan

objektif pengajaran-pembelajaran. Media yang dipilih hendaklah bersesuaian

dengan keupayaan dan gaya pembelajaran pelajar. Dalam bilik darjah, guru

boleh mengajar pelajar dengan menggunakan tayangan video.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah dihayati

sepenuhnya kerana dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini

kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan

tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya

terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan

dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

Page 4: PN.docx

Selain itu, guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu

tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti

akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap

tanggungjawab yang dilaksanakannya. Oleh hal yang demikian, akauntabiliti

perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu

mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka

tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik. Akibatnya, guru

tersebut akan gagal untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.