plg515assgmtbrokrasi

29
1.0 BINCANGKAN BAHAWA SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU BIROKRASI Menurut Kamus Dewan (2005), birokrasi bermaksud sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh pemerintah. Ia juga melibatkan cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak melibatkan peraturan. Menurut Meyer dan Rowan (1978), persekolahan menjadi suatu bentuk utama bagi organisasi pendidikan atas kerana standardisasi birokratik klasifikasi ritual. Struktur sekolah adalah ‘decoupled’ daripada apa yang benar berlaku di dalam masyarakat. Persekitaran yakni masyarakat menjadi input kepada sistem persekolahan. Ini bermakna sekolah sebenarnya banyak dipengaruhi oleh perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kehendak dan, keinginan dan keutamaan semasa anggota masyarakat akan mencorakkan sekolah tersebut secara umumnya. Perbincangan oleh Meyer dan Rowan (1978) mengenai birokrasi ini adalah menjurus kepada : i) Corak Kawalan Dalam Organisasi Pendidikan 1

Upload: nurkasihsirna

Post on 07-Jun-2015

994 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: plg515ASSGMTBROKRASI

1.0 BINCANGKAN BAHAWA SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU

BIROKRASI

Menurut Kamus Dewan (2005), birokrasi bermaksud sistem pemerintahan

atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai

kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh pemerintah. Ia juga

melibatkan cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau

proses pengurusan dan banyak melibatkan peraturan.

Menurut Meyer dan Rowan (1978), persekolahan menjadi suatu bentuk

utama bagi organisasi pendidikan atas kerana standardisasi birokratik klasifikasi

ritual. Struktur sekolah adalah ‘decoupled’ daripada apa yang benar berlaku di

dalam masyarakat. Persekitaran yakni masyarakat menjadi input kepada sistem

persekolahan. Ini bermakna sekolah sebenarnya banyak dipengaruhi oleh

perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kehendak

dan, keinginan dan keutamaan semasa anggota masyarakat akan mencorakkan

sekolah tersebut secara umumnya.

Perbincangan oleh Meyer dan Rowan (1978) mengenai birokrasi ini

adalah menjurus kepada :

i) Corak Kawalan Dalam Organisasi Pendidikan

Terdapat beberapa klasifikasi ritual dan kategori yang mengendalikan dan

memberi makna kepada sistem pendidikan yang mempunyai kawalan yang

ketat. Antaranya adalah konsep “loose couple”. Konsep ini pula dibahagikan

kepada penilaian, kurikulum dan teknologi serta autoriti. Di bawah konsep

penilaian, pendidikan akan mengambilkira pengasingan bilik darjah, terasing

daripada kawalan organisasi yang kurang koordinasinya dan kawalan terhadap

aktiviti di dalamnya. Manakala keberkesanan penggunaan teknologi dalam

pengajaran oleh guru dikawal oleh kurikulum secara tidak formal. Sekolah

mengurangkan kebebasan murid dalam pembelajaran dan guru mengadaptasi

1

Page 2: plg515ASSGMTBROKRASI

kebolehan murid. Dalam aspek autoriti, pentadbiran pendidikan hanya

mempunyai sedikit autoriti ke atas pengajaran. Menurut Weber, dalam kajian

yang telah dijalankan hanya 12 peratus hasil menunjukkan mereka mempunyai

autoriti dalam kaedah pengajaran di sekolah.

ii) Kawalan Ketat Oleh Klasifikasi Ritual (kebiasaan)

a) Klasifikasi Guru-Guru

Terdapat pembahagian tertentu untuk klasifikasi guru-guru seperti guru-guru

sekolah rendah, sekolah menengah serta peringkat kolej. Pembahagian

guru-guru pula mempunyai kriteria-kriteria tertentu, ikhtisas serta kelebihan

mengikut pengkhususan tertentu. Pengkhususan guru-guru pula mempunyai

perhubungan dengan faktor-faktor luaran, di mana setiap pengajaran

dianggap sesuai. Contohnya pada peringkat sekolah menengah diajar

dengan subjek yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Sekolah juga

mempunyai kawalan yang sangat kuat. Organisasinya juga dapat menilai

klasifikasi yang ada pada setiap guru serta apa yang dimiliki oleh seseorang

guru.

b) Klasifikasi Murid

Murid-murid sering dibezakan dengan penetapan gred, tahap serta program

atau rancangan atau unit-unit yang perlu diambil oleh mereka, bidang

pengkhususan serta kebolehan yang khusus seperti pendidikan khas untuk

murid cacat. Semua klasifikasi murid mempunyai kawalan yang ketat.

Organisasi sekolah dapat membezakan klasifikasi pelajar melalui

pembahagian gred, pilihan major, enrolmen dan sebagainya.

c) Klasifikasi Tajuk / Isi Pelajaran Mengikut Subjek

Setiap organisasi sekolah telah disediakan satu set formal iaitu kandungan

kurikulum untuk pengajaran. Contohnya pada peringkat sekolah rendah,

kurikulum yang disediakan bersesuaian iaitu dari peringkat tadika hingga

2

Page 3: plg515ASSGMTBROKRASI

hingga gred enam. Sementara pada peringkat sekolah menengah, antara

kandungan yang sediakan ialah pengajaran sejarah serta perniagaan.

d) Klasifikasi Sekolah

Sekolah secara umumnya turut diklasifikasikan mengikut taraf atau tahap-

tahap tertentu seperti sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah jenis

kebangsaan, sekolah bestari, sekolah milik penuh kerajaan, sekolah

persendirian, sekolah antarabangsa, sekolah kawalan, sekolah berasrama

penuh dan sebagainya. Contohnya sekolah milik penuh kerajaan mempunyai

sedikit perbezaan sukatan pelajaran dan cara kawalan atau pentadbiran

berbanding sekolah milik persendirian walaupun secara umumnya masih

terdapat persamaan di antara kedua-dua jenis sekolah tersebut.

iii) Maklumbalas Organisasi Mengenai “Decoupling dan The Logic of

Confidence”

Menyentuh mengenai konsep “decouple”, ianya membawa maksud sistem

pengajaran yang tiada sebarang kawalan atau jarang dikawal. Malah dikaitkan

juga bahawa terdapat aspek-aspek lain yang dikawal seperti kelulusan guru,

sukatan pelajaran, peruntukan kewangan pihak sekolah atau pelajar yang

mendapat kawalan pihak sekolah. Konsep “decouple” berlaku dalam pendidikan

disebabkan penyeliaan yang jarang diadakan, kepercayaan terhadap guru,

membantu melindungi sistem persekolahan daripada unsur-unsur ketidakpastian

dan membenarkan sekolah menyesuaikan diri terhadap peraturan-peraturan

yang tidak konsisten.

Manakala menurut Weber (1924), birokrasi ialah struktur sosial yang

mempunyai hirarki peranan-peranan dan status yang ditetapkan oleh peraturan-

peraturan, prosedur yang eksplisit, berdasarkan pembahagian fungsi dan autoriti.

Birokrasi mengandungi tiga jenis kuasa iaitu autoriti atau kuasa tradisional,

autoriti atau kuasa rasional-legal (perundangan rasional) dan autoriti dan kuasa

karismatik. Autoriti tradisional menekankan kepada adat resam yang diturunkan

3

Page 4: plg515ASSGMTBROKRASI

dan diwarisi oleh suatu tradisi seperti institusi raja, sistem feudal dan aristokrat.

Disebabkan kuasa mutlak adalah pada raja maka perubahan sukar berlaku.

Autoriti karismatik merupakan ciri istimewa individu di mana beliau dipercayai

mempunyai kelebihan oleh pengikut-pengikutnya. Kuasa dasar ini dipegang oleh

seseorang pemimpin dan disokong oleh orang-orang bawahannya. Autoriti

rasional-legal ialah bagi negara moden di mana birokrasinya berasaskan

undang-undang rasional berbentuk formal yang dikanunkan dan digunapakai kini

seperti peraturan sekolah dan dasar pendidikan/pelajaran. Menurut pandangan

Weber (1924), birokrasi akan melicinkan perjalanan organisasi yang besar.

Pada hari ini, birokrasi selalu dilihat dalam bentuk organisasi kompleks yang

mempunyai pejabat dan kakitangan pelbagai pangkat. Ini termasuklah

organisasi-organisasi kerajaan, swasta, hospital, sekolah dan lain-lain. Birokrasi

melibatkan peraturan-peraturan yang dibuat oleh pakar. Birokrasi dianggap

sebagai fenomena penting warisan kapitalisme. Dalam menolak pandangan Karl

Marx, Weber berpendapat birokrasi dalam masyarakat sosialisme akan lebih

bermasalah berbanding masyarakat kapitalisme.

Di antara ciri-ciri birokrasi ialah pengkhususan di dalam banyak tugas iaitu

pembahagian tenaga kerja, sistem kuasa berhierarki daripada peringkat rendah

ke peringkat tinggi, peraturan yang jelas dinyatakan dalam spesifikasi tugas,

tidak memasukkan pertimbangan peribadi dalam urusan rasmi, melayani pekerja

bawahan dan pelanggan dengan adil, mengisi perjawatan dengan tenaga pakar

dan mewujudkan bidang kerjaya yang pelbagai. Birokrasi ialah sebuah konsep

sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran

melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara

sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian

tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi. Contoh

birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan,

hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.

4

Page 5: plg515ASSGMTBROKRASI

Kesimpulannya, peringkat-peringkat yang terdapat dalam organisasi

pendidikan jelas menunjukkan wujudnya suatu sistem birokrasi dalam

pendidikan. Namun begitu terdapat pelbagai masalah yang wujud kesan

daripada birokrasi seperti berpotensi membawa kepada kehilangan sifat

kemanusiaan seorang insan, ketidakcekapan dalam organisasi disebabkan

masalah ‘red tape’ dan kesan autoriti lebih tertumpu kepada kumpula kecil,

demokrasi berkurangan serta berlaku kekurangan akauntabiliti seorang ketua

organisasi di dalam masyarakat.

1.1 Bagaimana Pembirokrasian Pendidikan Berlaku Dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia?

Di Malaysia, pembirokrasian berlaku melalui Kementerian Pelajaran

merupakan organisasi yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbirkan

secara berpusat pendidikan di Malaysia. Kementerian ini berkuasa mentadbir,

menentukan dasar-dasar, menetapkan peraturan, membuat pemantauan,

membuat penyelarasan serta kewangan dalam pendidikan di Malaysia. Segala

dasar dan peraturan tadi kemudiannya akan dilaksanakan di peringkat negeri

dan daerah di seluruh negara.

Keadaan ini sebenarnya telah berlaku sejak sebelum merdeka iaitu

apabila Laporan Barnes (1950) dikemukakan. Antara butirannya ialah

pendidikan sekolah rendah dari darjah satu sehingga darjah enam percuma

kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, jawatan Jemaah Nazir Persekutuan

juga diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran. Kemudian ianya diikuti dengan

Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1956).

Setelah merdeka Laporan Rahman Talib telah dikemukakan untuk dilaksanakan

dan diikuti oleh Ordinan Pelajaran (1967) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet

(1979). Ini disusuli pula dengan Akta Pendidikan pada tahun 1995 dan 1996

yang antara lain menekankan bahawa Bahasa Melayu dikekalkan sebagai

bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem

5

Page 6: plg515ASSGMTBROKRASI

pendidikan kebangsaan kecuali sekolah rendah jenis kebangsaan. Akta ini juga

memperkenalkan satu kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh semua

sekolah termasuk sekolah swasta. Perkara yang ketiga adalah memperkenalkan

peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

sahaja. Ringkasnya, semua laporan-laporan dan akta-akta di atas tadi telah

dirangka dan dibentuk untuk dilaksanakan secara sentralisasi dan birokrasi di

seluruh negara melalui :-

i. Perlaksanaan dasar pendidikan negara yang diperkenalkan seperti

perlaksanaan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979).

ii. Pertukaran dasar pendidikan negara.

iii. Surat-surat pekeliling dari semasa ke semasa.

iv. Kempen-kempen seperti kempen anti dadah.

Menyentuh mengenai birokrasi di Malaysia, di antara ciri-cirinya adalah

pengkhususan di dalam banyak tugas, sistem autoriti yang berhirarki seperti

pengetua, penolong kanan, penyelia petang dan sebagainya, peraturan yang

jelas dinyatakan, tidak memasukkan pertimbangan peribadi dalam urusan rasmi,

melayani pekerja bawahan serta pelanggan dengan adil, mengisi jawatan

dengan pakar yang berkelulusan dan berkemahiran dan mewujudkan pelbagai

bidang kerjaya.

Sekolah di negara kita juga dianggap sebagai suatu birokrasi kerana

mempunyai kakitangan yang berkhususan, mempunyai kakitangan yang

mempunyai sistem autoriti yang berhirarki, mewujudkan pembahagian pekerjaan,

sebarang keputusan memerlukan rujukan kepada pihak atasan, pekerja

mendapat autoritinya melalui jawatannya bukan melalui kepakarannya,

keutamaan diberikan kepada peraturan dan rekod-rekod rasmi, setiap murid

tidak diberikan layanan secara individu, tetapi dilayan mengikut kriteria yang

universal, pengambilan kemasukan untuk jawatan guru adalah mengikut

6

Page 7: plg515ASSGMTBROKRASI

kelulusan dan segala urusan kenaikan pangkat adalah mengikut senioriti atau

kekananan.

Organisasi Kementerian Pelajaran adalah bertepatan dengan ciri-ciri

birokrasi moden yang dinyatakan oleh Weber iaitu antaranya merupakan

organisasi formal, mempunyai hierarki autoriti yang jelas, mempunyai peraturan-

peraturan dan mempunyai pegawai-pegawai yang tetap dan dibayar gaji. Di

peringkat pusat Kementerian Pelajaran merupakan badan yang

bertanggungjawab dalam segala aspek pendidikan seluruh negara. Ringkasnya,

segala kuasa tertumpu di sini. Dasar pendidikan negara digubal pada peringkat

pusat oleh Kabinet atau jemaah menteri, Kerajaan dan Kementerian Pelajaran

melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem

pendidikan yang seragam, menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam

pendidikan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau

medium yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan

negara. Dasar yang digubal juga diperakukan oleh undang-undang supaya ia

lebih telus dan mengelakkan salah faham terhadap hak dan keistimewaan

golongan masyarakat lain. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan

diumumkan secara langsung oleh Menteri Pelajaran atau melalui pekeliling-

pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-

sekolah.

Di setiap negeri pula terdapat jabatan-jabatan pelajaran negeri yang

menjadi saluran segala dasar Kementerian Pelajaran ke peringkat lebih bawah

iaitu Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. Kawalan secara berpusat sangat

penting untuk memastikan segala dasar yang dikehendaki oleh kerajaan

dilaksanakan. Sistem berpusat akan menentukan matlamat-matlamat

pendidikan dipenuhi. Dari segi kepentingan pemerintah, kawalan terhadap

sistem persekolahan diwajarkan untuk mengembangkan ideologinya. Di

samping itu, Kementerian Pelajaran mengawal semua sekolah sama ada

7

Page 8: plg515ASSGMTBROKRASI

sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala kolej-kolej, universiti-

universiti awam dan swasta adalah di bawah pentadbiran Kementerian

Pengajian Tinggi.

Menyentuh mengenai pengembangan ideologi dan dasar-dasar kerajaan,

di antara aspirasi dan cita-cita kerajaan semenjak dahulu hingga kini melalui

pendidikan adalah membentuk dan mengukuhkan perpaduan kaum. Dalam

konteks ini, sekolah merupakan agen utama dalam membentuk perpaduan.

Melalui perlaksanaan Pelan Integrasi Nasional (PIN), sebenarnya kerajaan telah

mengadakan kawalan yang ketat terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

Contohnya adalah seperti usaha memperkasakan sekolah kebangsaan,

pendemokrasian pendidikan, menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama, penggubalan dan pengemaskinian sukatan pelajaran,

perlaksanaan sistem KBSR dan KBSM yang berasaskan kurikulum yang sama

dan sebagainya. Secara jelasnya sistem pendidikan di Malaysia adalah

berpusat dan mengandungi banyak karenah birokrasi. Kementerian Pelajaran

mempunyai kuasa yang utama untuk menentukan peruntukan kewangan,

membentuk standard kurikulum, penetapan apa yang patut diajar di sekolah,

perlantikan dan perpindahan guru dan menentukan formula untuk menjalankan

reformasi di sekolah. Walaupun guru, pengetua dan pentadbir sekolah diberikan

banyak kuasa autonomi melalui sistem KBSR dan KBSM tetapi mereka juga

terus dikongkong dengan kaedah tradisi lama iaitu menunggu arahan dari atas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang terlibat dalam dunia

pendidikan ini banyak bergantung kepada arahan dari pihak atasan.

Hierarki paling atas di dalam struktur organisasi Kementerian Pelajaran

adalah seorang menteri, diikuti oleh ketua setiausaha kementerian dan ketua

pengarah pelajaran. Setiap jawatan berkenaan masing-masing mempunyai

timbalan-timbalan dan penolong-penolong. Di peringkat pusat, kementerian

mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian mempunyai fungsi masing-

masing. Jabatan Sekolah-Sekolah misalnya bertanggungjawab terhadap

8

Page 9: plg515ASSGMTBROKRASI

sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru (IPG) di seluruh negara. Stratifikasi

jawatan di peringkat pusat diikuti di peringkat negeri, bahagian dan daerah. Di

kementerian dan pejabat-pejabat pada kebiasaannya, pembahagian tugas

adalah jelas. Seseorang pegawai eksekutif berstatus penolong pengarah

ataupun pegawai kerani misalnya, telah mempunyai tugas dan tanggungjawab

tertentu. Pegawai-pegawai lain pada kebiasaannya tidak akan campurtangan

dalam tugasan berkenaan. Oleh itu adakalanya timbul masalah untuk berurusan

dan membincangkan perkara di bawah tanggungjawab dan tugasannya,

sekiranya pegawai berkenaan bercuti atau menjalankan tugas di luar pejabat.

Walaupun birokrasi sangat penting dalam konteks masyarakat moden

terutamanya kerana melicinkan perjalanan organisasi yang besar, terdapat juga

pandangan negatif mengenainya. Birokrasi sering dikaitkan atau digambarkan

dengan pelbagai kerenah atau red-tape. “Birokrasi melibatkan peraturan-

peraturan pihak atasan yang membuat keputusan tanpa banyak merujuk kepada

pihak yang terlibat atau menerima kesan daripada keputusan itu” (Giddens

1993). Berdasarkan hierarkinya, jelas struktur organisasi Kementerian Pelajaran

mempunyai birokrasi yang sangat ketat. Sesuatu dasar baru selalunya akan

disusuli dengan pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha

Kementerian ataupun Ketua Pengarah Pelajaran. Ia kemudia diturunkan ke

bahagian-bahagian di Kementerian, kemudian ke negeri, ke daerah dan akhirnya

ke sekolah.

Kebiasaannya maklumat-maklumat itu memakan masa yang lama baru

sampai ke peringkat bawah iaitu kepada guru-guru. Begitu juga maklumat dari

bawah selalunya terpaksa melalui proses birokrasi yang ketara apabila misalnya

program tertentu yang dianjurkan oleh sekolah terpaksa melalui saluran daerah,

negeri, bahagian dan pusat. Sesuatu permohonan yang melalui proses ini

selalunya akan memakan masa yang panjang. Apatah lagi jika sesuatu perkara

itu melibatkan keputusan antara bahagian-bahagian di kementerian. Akibatnya

berlaku kelewatan dalam perlaksanaan sesuatu dasar, peraturan ataupun

9

Page 10: plg515ASSGMTBROKRASI

pekeliling. Ini memberikan persepsi dan tafsiran yang negatif terhadap sistem

pendidikan negara kita.

Dalam aspek pendidikan, birokrasi memberikan kesan yang paling

signifikan terhadap golongan pendidik, ibu bapa dan murid sekolah.

Kekecewaan akan dirasai oleh golongan ibu bapa, guru dan pelajar kerana

kekurangan peluang, hak dan kebebasan untuk bersuara dan membuat

keputusan. Terdapat juga guru yang secara senyap menentang perubahan yang

dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana peraturan dan pekeliling yang diterima

tidak memenuhi kehendak dan mendengar suara serta pandangan guru. Guru-

guru juga akan menzahirkan protes secara senyap melalui prestasi kerja yang

tidak menentu akibat perlu terikat dengan peraturan-peraturan rasmi yang

kadangkala tidak praktikal untuk dilaksanakan di sesetengah sekolah. Dalam

pada itu, perhubungan dari atas ke bawah berlangsung dalam bentuk yang

terlalu formal atau ‘impersonal’ dan ini membataskan komunikasi yang berkesan

dan terbuka di antara pelaksana dasar dan pembuat dasar. Sebarang

pembahagian tugas dan penambahan jawatan juga perlu mengikut arahan dan

surat-menyurat secara rasmi daripada pihak kementerian atau Jabatan Pelajaran

dan ini memberikan kesan yang negatif terhadap kelicinan pentadbiran sesebuah

sekolah. Kecemerlangan dan kejayaan guru banyak dibayangi oleh ganjaran

yang diberikan dalam bentuk ekstrinsik atau berupa material dan tidak disertai

dengan ganjaran berbentuk intrinsik atau sokongan moral yang sememangnya

memberikan kesan yang besar dalam menaikkan motivasi dan semangat untuk

berkhidmat di kalangan warga pendidikan.

10

Page 11: plg515ASSGMTBROKRASI

2.0 SEJAUH MANAKAH PERGURUAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI

SATU BIDANG PROFESIONAL ?

2.1 Pengenalan

Guru kini telah mengalami satu proses perubahan yang begitu ketara

sekali berbanding sebelum kemerdekaan dahulu. Guru-guru sekarang lebih

berciri pengkhususan dan dibayar gaji. Memandangkan sistem pendidikan

adalah berpusat, gaji guru-guru sekolah awam dibayar oleh kerajaan. Skim

perjawatan guru sekolah Malaysia secara umum dibahagikan kepada dua

kategori iaitu guru siswazah dan guru bukan siswazah. Bagi sekolah-sekolah

kerajaan, seseorang guru itu hanya diterima sebagai pendidik tetap sekiranya

mereka mempunyai kelayakan perguruan samaada dalam bentuk sijil, diploma

ataupun ijazah. Inilah faktor asas di negara kita yang membolehkan guru

dianggap sebagai satu profesion. Namun begitu faktor ini tidaklah memadai

untuk meletakkan status seseorang guru itu sebagai berjawatan profesional.

2.2 Konsep Profesional

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996); profesional merujuk kepada

pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khusus untuk

melaksanakannya. Ia juga merujuk kepada seseorang yang mempunyai

kecekapan, kebijaksanaan dan kemahiran tertentu seperti kecekapan

pengurusan, kebijaksanaan pengamalan undang-undang, kepakaran perubatan

dan pelbagai kepakaran lagi. Para ilmuan yang mengkaji proses profesionalisasi

mendapati bahawa terdapat perbezaan-perbezaan pada kriteria-kriteria bagi

mendefinisikan profesional. Kriteria utamanya adalah pekerjaan sepenuh masa

dan kehadiran kepiawaian ataupun mekanisme yang mengawal kualiti kerana

seseorang profesional selalunya melakukan sesuatu yang terbaik tanpa mengira

ganjaran yang bakal diperolehi.

11

Page 12: plg515ASSGMTBROKRASI

2.3 Mengapa Bidang Perguruan Dianggap Semi-Profesional Sahaja?

Hoyle (1994) menyatakan bahawa profesionalisme adalah strategi-strategi

dan retorik-retorik yang diamalkan oleh ahli di dalam sesuatu perjawatan dalam

usaha untuk memperbaiki status, pendapatan dan keadaan. Menurut Leggatt

(1970), ciri-ciri pekerja yang profesional mestilah mempunyai kawalan

sepenuhnya, bersifat autonomi, eksklusif dan mempunyai etika kerja yang tinggi.

Jadi beliau beranggapan perguruan hanya satu bidang porfesion separuh

profesional. Ini kerana menurut beliau terdapat ciri-ciri berikut yang

mengukuhkan pendapatnya :

1. Bilangannya besar iaitu dalam jumlah yang sangat ramai

2. Bilangan ahli perempuan yang terbesar

3. Kesemua ahlinya dibayar gaji oleh sebuah organisasi yang bersifat

birokratik

4. Tempoh masa latihan yang pendek, contohnya satu hingga tiga tahun.

5. Mempunyai prestij / status kelas sosial yang sederhana dan rendah

6. Bidang ilmu pengetahuan atau kemahiran yang pelbagai jenis dan kurang

pengkhususan.

7. Mempunyai kuasa autonomi yang kurang dan dipimpin

8. Mempunyai organisasi yang berpecah-pecah dan longgar.

9. Perhubungan dengan klien (murid, ibu bapa) dalam kumpulan yang besar.

10. Tidak memerlukan kepakaran

11. ‘Holisitic Orientation’ – memberi perhatian kepada keseluruhan klien dan

bukan hanya aspek-aspek yang spesifik

12. Pengasingan – tugas dan tumpuan kebanyakan diperuntukkan di dalam

bilik darjah.

13. Bahasa yang digunakan adalah mudah.

14 Prestasi guru sukar dinilai.

15. Pembahagian pekerjaan tidak sama berat.

16. Struktur autoriti yang berjenis hierarki

12

Page 13: plg515ASSGMTBROKRASI

17. Mendapat kuasa / autoriti daripada jawatan dan bukan pakar.

18. Murid tidak dilayan secara individu, tetapi dilayani mengikut kriteria yang

universalistic.

19. Kenaikan pangkat mengikut kekananan.

Oleh yang demikian jika diteliti secara mendalam apa yang dikemukakan

oleh Leggatt ini, beliau dengan jelas menyatakan bahawa berdasarkan alasan-

alasan di atas maka bidang perguruan masih merupakan satu bidang profesion

separuh profesional. Jika diteliti dalam konteks negara kita, sesungguhnya

terdapat kebenaran akan kenyataan di atas.

Bagi mencerminkan ciri-ciri sesuatu profesion itu dianggap sebagai

profesional, terdapat beberapa aspek yang wajar diperbandingkan iaitu :

1. Kawalan

Setiap persatuan profesion mengawal profesionnya dari segi kemasukan

keahlian (entry requirement), latihan, pengiktirafan serta menjaga dan

mengekalkan amalan yang standard. Oleh itu tidak mudah untuk menjadi ahli

dan memasuki profesion ini kerana persatuan yang menaunginya kukuh dan

kemasukan sebagai ahli adalah amat ketat. Malahan persatuan ini diwujudkan

diperingkat tempatan dan antarabangsa yang berkuasa mengawal persijilan dan

perlesenan ahlinya. Hanya mereka yang memiliki lesen atau kelayakan /

kepakaran khusus layak mempraktiskan amalannya.

2. Autonomi

Perhubungan adalah berjenis “collegial” iaitu guru adalah di dalam satu

kumpulan bersama dengan guru-guru lain dan bukannya berjenis berhierarki;

ahli-ahlinya mempunyai autonomi dan membuat keputusan tentang kerjanya

tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

3. Eksklusif / Latihan Formal

13

Page 14: plg515ASSGMTBROKRASI

Amalan setiap profesion berdasarkan kepada suatu bidang ilmu

pengetahuan yang teoritis dan esoterik dan ahli-ahlinya memerlukan latihan

pengkhususan/khas yang memakan masa yang panjang. Ahli-ahli biasanya

mendapatkan latihan formal di pusat-pusat pengajian tinggi dan seterusnya perlu

menjalani latihan amali dalam tempoh tertentu.

4. Perkhidmatan

Tujuan sesuatu profesion ialah untuk memberi perkhidmatan kepada klien

dan bukannya semata-mata untuk mencari wang. Perkhidmatan ini mendapat

pengiktirafan oleh awam dan dilakukan secara sepenuh masa.

5. Etika

Setiap profesion mempunyai suatu kod etika untuk membimbing

amalannya dan menjadi panduan dan pegangan kepada ahli-ahlinya di dalam

mempraktiskan amalan profesionalismenya.

2.4 Perguruan di Malaysia Sebagai Suatu Profesion

Perbincangan mengenai samaada guru merupakan satu profesion

merupakan satu isu yang selalu dibincangkan khususnya di kalangan warga

pendidik. Penerimaan tugas guru melalui pengiktirafan kerajaan sebagai

profesional menimbulkan kontroversi apabila terdapat pro dan juga kontra

mengenainya. Namun begitu, berdasarkan kriteria yang diperbincangkan di

atas, wajar sekali rasanya kita selaku warga pendidik merenungkan dan

mempertimbangkan sama ada kerjaya guru di Malaysia memenuhi kriteria-

kriteria profesion.

Kita boleh menerima guru sebagai profesion apabila mengaitkannya

dengan ciri-ciri seperti mempunyai kepakaran bidang yang khusus, mempunyai

latihan khas dan mempunyai autonomi dalam bilik darjah. Selain daripada itu,

14

Page 15: plg515ASSGMTBROKRASI

guru juga terikat dengan Kod Etika Keguruan Malaysia yang menggariskan ikrar

dan tanggunggjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara,

rakan sejawat dan profesion perguruan. Sehubungan dengan taraf profesional

guru, mereka perlu memiliki sifat dan kualiti-kualiti peribadi, sosial dan

profesional. Guru juga perlu mempunyai akauntabiliti terhadap perlakuan

dirinya, ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran, pelajar, ibu bapa, bidang

pendidikan dan negara.

Terdapat juga pihak yang mempersoalkan beberapa perkara misalnya

seperti sama ada wujud badan bebas yang mengawal profesion perguruan,

autonomi membuat keputusan guru di luar bilik darjah, lesen untuk mengamal

dan bentuk-bentuk ganjaran material yang diterima oleh guru. Begitu juga tidak

dapat dinafikan bahawa profesion perguruan mempunyai masalah-masalah yang

tersendiri dalam menjalankan fungsinya iaitu sejauhmanakah guru bebas

mengamalkan bidang kepakarannya dengan berkesan?. Sejauhmanakah juga

bidang pengkhususan seseorang guru diamalkan di sekolah?. Paling nyata

sekali persoalan yang timbul adalah mengenai guru yang memiliki pengkhususan

tertentu tetapi mengajar pengkhususan lain yang tiada kaitan dengan

pengkhususan atau kemahirannya. Contohnya adakah seorang guru yang

mengkhusus dalam mata pelajaran geografi, mengajar mata pelajaran geografi

di sekolah atau pun ditugaskan mengajar mata pelajaran lain seperti Kemahiran

Hidup atau Bahasa Inggeris?. Jika guru tersebut mengajar subjek yang bukan

bidang pengkhususannya, sudah tertentu kredibiliti dan tahap

profesionalismenya boleh diragui.

Dalam bidang kokurikulum, sejauhmanakah seseorang guru penasihat

dan jurulatih kegiatan kokurikulum mempunyai kemahiran-kemahiran yang perlu,

misalnya sejauhmanakah seseorang guru penasihat Kadet Polis sekolah

menguasai kemahiran-kemahiran kepolisan?. Selain daripada itu kehadiran

guru-guru sandaran, guru-guru sementara ataupun guru-guru persekolahan

15

Page 16: plg515ASSGMTBROKRASI

persendirian yang tidak menerima sebarang latihan dan kelayakan perguruan

telah menimbulkan banyak lagi keraguan mengenai tahap profesional guru.

Sesungguhnya punca perbahasan sama ada guru merupakan suatu

profesion atau tidak ialah kerana tabiat atau kecenderungan kerjaya guru dengan

kerjaya-kerjaya lain seperti membandingkan guru dengan peguam, doktor dan

jurutera. Sememangnya kita akan kecewa jika sering cuba untuk

membandingkan profesion guru dengan profesion-profesion yang lain. Kita

harus mengakui bahawa profesion guru gagal memenuhi beberapa kriteria

profesion yang setara dengan profesion-profesion doktor, peguam dan jurutera.

Fenomena membandingkan profesion guru dengan profesion lain juga berlaku di

negara maju seperti Amerika Syarikat. Tozer dan rakan-rakan (1998) misalnya

telah menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru jika dibandingkan dengan

profesion-profesion lain iaitu :

Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal guru yang

selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain.

Kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program

profesion lain.

Disebabkan kualiti kelayakan akademik dan kualiti program latihan yang

kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak cekap.

Persoalan yang perlu dipertimbangkan dengan seadilnya adalah kewajaran

untuk membandingkan profesion perguruan sebegitu mudah dengan profesion

lain atau adakah kita perlu melihat profesion guru dalam konteks dan kriteria-

kriterianya yang tersendiri?. Tidak adil sama sekali untuk membandingkan

profesion guru dengan profesion yang lain. Sebenarnya semua profesion sama

ada guru, jurutera, peguam, doktor, arkitek dan sebagainya harus dilihat dalam

konteks masing-masing tanpa banyak membandingkan antara satu sama lain

sebagai prasyarat untuk menerima ianya sebagai profesion atau pun tidak.

Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk memperbaiki kekurangan

–kekurangan yang ada dalam sesuatu profesion. Oleh itu berdasarkan

perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri, maka kita boleh menerima

16

Page 17: plg515ASSGMTBROKRASI

guru sebagai suatu profesion. Tambahan pula di negara kita, kualiti calon guru

adalah semakin baik dari setahun ke setahun dan proses latihan pula adalah

begitu bersistematik. Kita mempunyai proses tapisan untuk menerima bakal

guru dan latihannya dijalankan secara terancang di institusi-institusi pendidikan

guru. Oleh itu kualiti hasilan guru adalah secara optimum sesuai untuk

kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia.

Dalam pada itu, aspek keberkesanan guru perlulah diambil berat dalam

profesion guru demi mencapai fungsi-fungsi yang dikehendaki oleh masyarakat.

Seorang guru yang berkesan perlu menyentuh tiga ciri unggul peranan guru iaitu

sebagai guru akademik, sebagai guru yang berpusatkan murid dan seorang guru

yang berwawasan. Peranan utama guru di sekolah telah ditetapkan sebagai

agen transmisi ilmu pengetahuan dan nilai sebagaimana yang dijelaskan di

dalam kurikulum pendidikan. Guru bukan semata-mata mengajar sesuatu mata

pelajaran tetapi mereka mendidik manusia. Profesion mendidik adalah berbeza

dengan profesion merawat, profesion membina bangunan mahupun profesion

menjatuhkan hukuman di mahkamah. Justeru dari segi fungsinya guru sudah

menjadi profesion sekiranya ia dapat memenuhi fungsi-fungsi guru sebagaimana

dikehendaki dan ditentukan oleh masyarakat.

Selain daripada itu harus diingat bahawa keperibadian seseorang mempunyai

kaitan dengan profesionnya. Terdapat hubungan yang rapat antara imej diri dan

imej awam dalam sebarang profesion. Imej diri boleh memberi kesan kepada

pandangan awam dan juga prestij sesuatu pekerjaan. Seseorang guru yang

mempunyai keperibadian yang sesuai akan diterima oleh masyarakat dan

seterusnya akan memelihara profesionnya. Selain daripada menjaga nama baik

guru dan sekolah, pemeliharaan imej profesion juga akan mempengaruhi

generasi akan datang dalam memilih kerjaya perguruan. Apabila ramai yang

memilih kerjaya guru, tentu sekali imej profesion dengan sendirinya menerima

pengiktirafan.

17

Page 18: plg515ASSGMTBROKRASI

2.5 Konteks Peranan dan Tanggungjawab Guru Dalam Memartabatkan

Profesionalisme Perguruan.

Guru perlu meningkatkan kelayakan akademik masing-masing (B. Ed., M.

Ed. dan Ed. D.). rasionalnya adalah kerana guru telahpun memiliki kemahiran

mengajar yang tidak mudah diperolehi oleh orang lain. Langkah ini akan

meninggikan lagi martabat profesion perguruan ke tahap atau status yang lebih

tinggi dalam masyarakat.

Guru perlu mengamalkan anjakan paradigma daripada kebebasan bekerja

berseorangan di dalam kelas kepada saling bantu-membantu dan bekerjasama

antara satu sama lain. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan perkongsian

ilmu dan kemahiran di kalangan guru di samping mempelbagaikan teknik

pengajaran dan pembelajaran. Semua aktiviti sekolah sama ada di dalam atau

di luar bilik darjah perlu berdasarkan visi dan misi sekolah. Rasionalnya adalah

supaya guru dan pelajar akan lebih berfokus dan bersatupadu untuk mencapai

objektif yang dirancangkan.

Guru perlu membandingkan kaedah mengajar diri dengan yang

dipraktikkan oleh rakan sekerja dan bahan yang ditulis dalam jurnal dan artikel

pendidikan. Rasionalnya adalah supaya guru akan sentiasa mengemaskini ilmu

dan kemahiran dalam penggunaan kaedah mengajar dan mendapat sokongan

moral daripada rakan sekerja dalam profesion. Guru juga perlu meningkatkan

nilai saling membantu dan bekerjasama dalam hal-hal profesion. Rasionalnya

adalah supaya guru akan mendapat lebih banyak faedah apabila mengamalkan

pengajaran kolaboratif dan pembuatan keputusan secara kolaboratif.

Di samping itu guru perlu meningkatkan penglibatan dalam badan –badan

profesion perguruan seperti pusat kegiatan guru (PKG), kesatuan guru seperti

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Persatuan Guru-Guru

Mata Pelajaran (MELTA) dan cenderung melakukan kajian tindakan dengan

18

Page 19: plg515ASSGMTBROKRASI

kerap. Ini adalah bertujuan supaya guru akan sentiasa inovatif dan kreatif dalam

usaha meningkatkan martabat perguruan. Guru perlu membaca majalah

pendidikan yang diterbitkan di dalam dan luar negara supaya sentiasa

dikemaskini dengan perkembangan semasa dan kajian yang dibuat mengenai

bidang perguruan. Rasionalnya adalah kerana bidang perguruan adalah sesuatu

yang dinamik dan guru perlu sentiasa menerima perubahan dan pembaharuan.

Guru harus melibatkan diri dalam kursus dalam perkhidmatan atau

kursus-kursus dalaman sama ada sebagai fasilitator atau perserta. Kursus-

kursus ini harus memberi keutamaan kepada aspek-aspek teori pedagogi dan

perkembangan dunia pendidikan di seluruh dunia. Suatu aktiviti yang sepatutnya

menjadi amalan harian guru adalah mengamalkan refleksi selepas mengajar

agar segala yang dilakukan dalam bilik darjah dapat dipandang sebagai suatu

aktiviti yang rasional. Rasionalnya adalah kerana perguruan harus dipandang

sebagai suatu profesion yang serius terhadap kualiti pengajaran dan

pembelajaran.

2.6 Kesimpulan

Di Malaysia terdapat terlalu banyak kesatuan guru yang secara umunya

memperjuangkan matlamat dan objektif yang hampir sama. Satu langkah harus

dijalankan untuk menyatukan semua kesatuan guru agar dapat membentuk satu

kesatuan yang kukuh dan dapat mewakili semua guru tanpa mengira

pengkhususan. Badan ini lebih berkuasa untuk menaikkan taraf profesion

perguruan di kalangan profesion lain. Kesatuan guru di negara ini harus

menumpukan fokus kepada melengkapkan para guru dengan kemahiran dan

teori yang perlu untuk menjadikan profesion perguruan suatu profesion yang

sentiasa dinamik dan bersedia menghadapi cabaran semasa dan yang akan

datang. Seminar-seminar ilmiah perlu dianjurkan sepanjang masa dan

dikendalikan oleh pakar dari bidang perguruan. Dalam pada itu, bagi menjadikan

19

Page 20: plg515ASSGMTBROKRASI

bidang perguruan suatu bidang profesional, guru-guru perlulah mempunyai

tanggungjawab moral untuk membimbing dan melatih pelajar ke arah

pembentukan dan peneguhan tingkahlaku bagi memenuhi Falsafah Pendidikan

Negara. Di samping itu nilai etika dan tanggungjawab moral perlu ada pada

seseorang yang ingin menjadi seorang guru di samping sentiasa

memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu terkini mengenai

pedagogi dan teknologi pendidikan. Sesungguhnya tindakan yang terhasil

daripada perlaksanaan saranan di atas akan memberikan impak yang besar

dalam mengangkat martabat dan seterusnya mengukuhkan kenyataan bahawa

perguruan adalah suatu profesion.

20