pks/bc/208/157/4 jld 2(18) pertubuhan keselamatan sosial€¦ · syarikat, kod majikan, bulan...
TRANSCRIPT
PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
PEKELILING MAJIKAN BIL. 2 TM-JUN 2018
PROSEDUR PENDAFTARAN DAN CARUMAN BAGI PELAKSANAAN SISTEM
INSURANS PEKERJAAN (SIP) 2018
TUJUAN
Pekeliling Majikan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tindakan pelaksanaan
yang perlu dilakukan oleh majikan dan i aspek pendaftaran, pemberitahuan dan
pembayaran caruman bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
LATAR BELAKANG
2.1 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) telah diluluskan oieh
Parlimen pada 18 Disember 2017 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018
seperti di Lampiran 1.
2.2 Objektif utama SIP adalah untuk membantu golongan pekerja yang
kehilangan pekerjaan meliputi bantuan kewangan, program latihan, insentif
pekerjaan, bantuan carian pekerjaan dan membantu Orang Berinsurans
(OB) yang kehilangan pekerjaan kembali semula bekerja dengan kadar
segera.
2.3 Komponen utama SIP yang berkaitan adalah seperti berikut:
2.3.1. Liputan
i. Akta 800 SIP terpakai kepada semua majikan yang
mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau
lebih.
Employer Circular No. 2 Year 2018 1
1
PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)
H. Kategori pekerja yang akan dikecualikan daripada liputan
SIP adalah mereka yang tersenarai di dalam Jadual
Pertama Akta 800 dan pekerja asing.
2.3.2 Kadar caruman
Kadar caruman bagi majikan dan pekerja adalah seperti di
Lampiran 2.
2.3.3. Definisi Gaji Bagi Maksud Pembayaran Caruman
Definisi 'Gaji' bagi SIP adalah sama seperti Akta Keselamatan
Sosial Pekerja (AKSP) 1969 iaitu termasuk apa-apa bayaran
berkenaan dengan cuti, hari kelepasan, lebih masa dan kerja
tambahan pada hari kelepasan tetapi tidak termasuk:
apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan kepada
mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang
keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan;
apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi
perjalanan;
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja bagi
membayar belanja khas yang dilakukan hasil daripada
pekerjaannya;
apa-apa ganjaran yang kena dibayar apabila berhenti
bekerja atau bersara;
apa-apa bonus tahunan; dan
apa-apa faedah di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain yang ditadbir oleh Pertubuhan.
3. PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEKERJA
3.1 Semua majikan yang telah berdaftar dengan Akta Keselamatan Pekerja
Sosial, 1969 pada tarikh Akta 800 berkuatkuasa adalah dikehendaki untuk
Employer Circular No. 2 Year 2018 2
PKS/BC/208/157/4 J1d. 2(18)
memberi pemberitahuan kepada PERKESO berkenaan dengan
pendaftaran SIP.
3.2. Tatacara pemberitahuan kepada PERKESO adalah melalui kaedah berikut:
Semua majikan hendaklah berdaftar dengan portal ASSIST. Sila rujuk
www.perkeso.gov.my/portal untuk mendapatkan ID pengguna dan
kata laluan.
ii. Log masuk ke dalam portal SIP di laman web
www.perkeso.qov.my/sip/eisc/rcc dengan menggunakan ID pengguna
dan password yang sama seperti portal ASSIST.
Setelah log masuk portal SIP, Majikan dikehendaki menyemak tanda
(tick) ke atas 'acknoledment check box' yang bermaksud majikan
berkenaan telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan.
iv. Dengan menggunakan Portal SIP PERKESO, majikan tidak perlu lagi
mengemukakan borang SIP 1A dan SIP 2A secara manual.
3.3 Bagi majikan yang baharu (perusahaan yang ditubuhkan selepas 1 Januari
2018), mereka hendaklah berdaftar di bawah AKSP 1929 terlebih dahulu
dan berdaftar dengan portal ASSIST untuk mendapatkan ID pengguna dan
password. Majikan hendaklah:
i. Log masuk ke dalam portal SIP di laman web
www.perkeso.qov.my/sip/eisc/rcc dengan menggunakan ID pengguna
dan password yang sama seperti portal ASSIST;
Setelah log masuk portal SIP, Majikan dikehendaki menyemak tanda
(tick) ke atas 'acknoledment check box' yang bermaksud majikan
berkenaan telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan; dan
Employer Circular No. 2 Year 2018 3
1969
PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)
Dengan menggunakan Portal SIP PERKESO, majikan tidak perlu lagi
mengemukakan borang SIP 1 dan SIP 2 secara manual.
Portal ASSIST
3.4. Permohonan ID pengguna portal ASSIST PERKESO boleh dibuat secara
manual di kaunter PERKESO atau email borang permohonan ke
[email protected], atau pos atau faks kepada mana-mana
pejabat PERKESO terdekat. Borang permohonan ID pengguna SIP dimuat
turun dan i laman web www.perkeso.qov.mv/sip.
3.5. Majikan yang telah mempunyai iPERKESO perlu berdaftar dengan portal
ASSIST dan mendapatkan ID pengguna dan password bagi tujuan
pendaftaran SIP.
3.6 Bagi maksud para 3.4., majikan adalah dinasihatkan supaya mengikuti
tatacara pendaftaran berhubung dengan status majikan sama ada sebagai
majikan yang dianggap berdaftar atau majikan baharu, mengikut mana
yang berkenaan.
4. TATACARA PEMBAYARAN CARUMAN
4.1.Bayaran caruman SIP hendaklah dibayar selewat-lewatnya 15 haribulan
setiap bulan berikutnya.
4.2. Sehingga kini, terdapat tiga (3) cara pembayaran caruman iaitu Portal SIP,
secara manual dan iPERKESO (FPX) seperti berikut:
A. Portal SIP
i. Log masuk ke portal SIP di laman web
https://sip.perkeso.gov.my/eiscircc dengan menggunakan ID
pengguna dan password yang sama seperti ASSIST.
Employer Circular No. 2 Year 2018 4
PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)
Penyediaan maklumat caruman melalui portal SIP boleh
menggunakan pendekatan 'Text File' atau 'Data Entry'.
Panduan asas bagi Portal SIP seperti di Lampiran 3.
Kemaskini maklumat gaji pekerja melalui Portal SIP dan jana EIS
Contribution Received (ECR).
Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah
yang sama seperti di maklumat ECR. Sila nyatakan nama
syarikat, kod majikan dan nombor ECR di bahagian belakang
cek, kiriman wang atau wang pos.
Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah
yang sama seperti di maklumat ECR. Sila nyatakan nama
syarikat, kod majikan dan nombor ECR di bahagian belakang
cek, kiriman wang atau wang pos.
Sila poskan cek, wang pos atau kiriman wang bersama-sama
ECR ke Pejabat PERKESO seperti yang tersenarai di
www.perkeso.gov.my atau anda boleh menyerahkan dokumen
tersebut ke Pejabat PERKESO yang terdekat.
Sekiranya nama pekerja tidak muncul di dalam senarai SIP,
majikan perlu mengemaskini senarai pekerja di portal ASSIST
terlebih dahulu, sebelum menjana slip ECR.
*Sila rujuk panduan asas portal ASSIST seperti di Lampiran 4.
B. Caruman secara Manual
Untuk caruman secara manual, sila muat turun Lampiran 1 dani
https://www.perkesomov.mv/sip/tatacara.php
Sila masukkan maklumat pekerja mengikut format seperti di
Lampiran 1.
Email Lampiran 1 mengikut format Microsoft Excel kepada
carumanSIPAperkesomov.my
Sila masukkan subjek email seperti contoh berikut:
Contoh: [Caruman SIP]: (Employer Code) A38000012061 —
(Contribution Month) 02/2018
Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah
yang sama seperti di maklumat Lampiran 1. Sila nyatakan nama
Employer Circular No. 2 Year 2018 5
v.
vi
PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)
syarikat, kod majikan, bulan caruman dan nombor telefon di
bahagian belakang cek, kiriman wang atau wang pos.
Sila poskan cek, wang pos atau kiriman wang bersama-sama
salinan Lampiran 1 ke Pejabat PERKESO seperti yang
tersenarai di www.perkeso.qov.my atau anda boleh
menyerahkan dokumen tersebut ke Pejabat PERKESO yang
terdekat.
C. i-PERKESO 2.0 (FPX)
i. Majikan juga boleh membayar caruman melalui FPX melalui
PERKESO.
H. Log masuk ke laman web https://www.iperkeso.my
Kemaskini maklumat upah pekerja melalui i-PERKESO dan
teruskan dengan prosedur pembayaran FPX.
Pembayaran melalui FPX boleh dilakukan dengan selesa di
pejabat anda.
Sila layari https://www.iperkeso.my untuk memuat turun manual
pengguna i-PERKESO.
4.2.4. Electronic Fund Transfer (EFT) dan Perbankan Internet setakat
ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran SIP sehingga notis
selanjutnya.
5. TARIKH KUAT KUASA PEKELILING
Pekeliling Majikan Bit. 2 tahun 2018 berkuat kuasa mulai 1 February 2018.
Employer Circular No. 2 Year 2018 6
1 Februari
PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)
6. PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan
Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke [email protected] atau
rujuk soalan-soalan lazim (FAQ) di laman web www.perkeso.gov.my/sip.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO I DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED)
Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Tarikh: IC Februari 2018
Employer Circular No. 2 Year 2018 7