pkp 3073 - soalan ulang kaji - 2

3
2a. Jelaskan tahap kefahaman keupayaan murid-murid dalam menterjemahkan idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman literal dapat memahami maksud perkataan dan ayat dalam bahan bacaan, seterusnya ingat kembali dan mencerita semula kandungan bahan bacaan. Hal sedemikian menunjukkan keupayaan murid dalam menterjemahkan idea daripada bentuk teks ataupun bentuk audio ke bentuk lisan. Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman inferens ini, dapat membuat perkaitan atau perhubungan, serta menaakul dan membuat telahan dalam menterjemahkan idea daripada bentuk teks ke bentuk pemetaan semantik. Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman yang seterusnya, iaitu kefahaman kritis, dapat membuat hubungan sebab dan akibat disamping mampu membuat kritikan berdasarkan pemikiran bercapah menerusi peta i-think, iaitu daripada bentuk teks ataupun audio ke bentuk grafik. Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman kreatif mempunyai keupayaan untuk menghayati bahan bacaan, iaitu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta membuat andaian dan tafsiran menerusi sesuatu petikan seperti cerita, seterusnya menterjemahkan idea dalam bentuk penulisan yang lain, seperti syair, pantun dan sebagainya. 2b. Nyatakan kepentingan mengintergrasikan terapi dalam kemahiran kefahaman.

Upload: joyee

Post on 16-Aug-2015

241 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pkp3073

TRANSCRIPT

Page 1: PKP 3073 - Soalan Ulang Kaji - 2

2a. Jelaskan tahap kefahaman keupayaan murid-murid dalam menterjemahkan idea

daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain.

Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman literal dapat memahami maksud

perkataan dan ayat dalam bahan bacaan, seterusnya ingat kembali dan mencerita semula

kandungan bahan bacaan. Hal sedemikian menunjukkan keupayaan murid dalam

menterjemahkan idea daripada bentuk teks ataupun bentuk audio ke bentuk lisan.

Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman inferens ini, dapat membuat perkaitan

atau perhubungan, serta menaakul dan membuat telahan dalam menterjemahkan idea daripada

bentuk teks ke bentuk pemetaan semantik.

Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman yang seterusnya, iaitu kefahaman kritis,

dapat membuat hubungan sebab dan akibat disamping mampu membuat kritikan berdasarkan

pemikiran bercapah menerusi peta i-think, iaitu daripada bentuk teks ataupun audio ke bentuk

grafik.

Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman kreatif mempunyai keupayaan untuk

menghayati bahan bacaan, iaitu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta

membuat andaian dan tafsiran menerusi sesuatu petikan seperti cerita, seterusnya

menterjemahkan idea dalam bentuk penulisan yang lain, seperti syair, pantun dan sebagainya.

2b. Nyatakan kepentingan mengintergrasikan terapi dalam kemahiran kefahaman.

Terapi seperti terapi multisensori dilaksanakan melibatkan pelbagai deria murid pemulihan.

Melalui rangsangan pelbagai deria, murid pemulihan dapat belajar dan memperkembangkan

penguasaan kosa kata, secara tidak langsung meningkatkan kefahaman murid terhadap bahan

bacaan. Seperti contoh, murid pemulihan mengenal kosa kata melalui bahan-bahan konkrit,

iaitu mengenal perkataan “arnab” melalui terapi boneka.

Di antara faktor-faktor menguasai kemahiran kefahaman, motivasi murid merupakan faktor yang

tidak boleh diabaikan dalam proses kefahaman. Manakala, pelbagai terapi seperti terapi cerita

dapat menarik minat murid-murid pemulihan, secara tidak langsung meningkatkan motivasi

murid pemulihan dalam menguasai kemahiran kefahaman. Misalnya, motivasi murid yang

diwujudkan melalui cerita yang menarik dapat menimbulkan keinginan murid untuk cuba

Page 2: PKP 3073 - Soalan Ulang Kaji - 2

memahami sesuatu bahan bacaan semasa murid tersebut mengalami masalah dalam

memahami kandungan bahan bacaan tersebut.

Aktiviti pergerakan yang melibatkan murid pemulihan dalam pengalaman sebenar akan

meningkatkan daya ingatan murid terhadap kandungan bahan bacaan. Misalnya, terapi

pergerakan seperti mengenal perkataan melompat melalui aktiviti pergerakan binatang, ataupun

mengintegrasikan terapi muzik yang melibatkan pergerakkan yang serentak dengan seni kata

lagu dapat meningkatkan penguasaan kosa kata terhadap bahan bacaan, secara tidak

langsung meningkatkan kefahaman murid terhadap bahan bacaan.

Faktor emosi dan keyakinan diri murid pemulihan memainkan peranan yang penting dalam

membantu murid pemulihan dalam memahami sesuatu bahan bacaan. Hal sedemikian kerana

kekurangan keyakinan murid pemulihan akan menyebabkan murid pemulihan teragak-agak

kandungan isi yang mereka telah membaca. Terapi pasir seperti melaksanakan aktiviti melukis

senario di atas pasir akan mengurangkan tekanan emosi dan meningkatkan keyakinan diri

murid pemulihan semasa mereka hendak memahami sesuatu bahan bacaan.

Kemahiran menyusun kandungan mengikut urutan amat penting dalam kemahiran kefahaman.

Manakala, terapi seni seperti aktiviti menghasilkan peta I-think dengan menggunakan kreativiti

individu dapat memudahkan proses mengingati kandungan bahan bacaan, disamping menarik

perhatian dan minat murid semasa melakukan aktiviti menghasilkan peta I-think.