pke3104 perkhidmatan kesihatan sekolah_saringan rabun warna

31
Saringan Rabun Warna PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah Nasrullah Anas b Che Razali

Upload: ribut-taufan

Post on 19-Jul-2015

214 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Saringan Rabun

WarnaPKE 3104 Program Kesihatan SekolahNasrullah Anas b Che Razali

Pengenalan

• Rabun Warna ;

tidak nampak atau tidak dapat mengenali warna-warna

tertentu, yang biasanya melibatkan warna biru-merah-hijau.

Tujuan

• Dilakukan ke atas murid lelaki disebabkan berlaku di

kalangan murid lelaki.

• Mengesan rabun warna ‘colour defect’ keatas pemilihan

kerjaya murid kelak.

Lelaki lebih berisikoSumber: Kosmo, 14 April 2009

Bagaimanakah seorang lelaki mewarisi defek warna daripada ibu mereka yang dikategori sebagai pembawa?

• RABUN warna sebenarnya bukanlah istilah tepat bagi pesakit yang memilikipersepsi berbeza terhadap warna. Berbanding mereka yang berpenglihatannormal, dunia 'penderita' ini tidaklah berwarna hitam putih seakan siarantelevisyen lama seperti tanggapan kebanyakan orang.

• Sebaliknya, Ketua Jabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib berkata, jenis dan tahap keseriusan defek warna adalah berbeza daripadaseorang individu kepada individu yang lain.

Lelaki lebih berisiko• Malah, tiada pengecaman saturasi (tone) warna yang

sama antara dua orang penderita defek warna.

• Oleh kerana defek warna lazimnya berpunca daripadafaktor genetik, risiko lelaki mendapat masalah ini adalahlebih tinggi. Khasnya defek warna jenis merah-hijau. Gen penyebab defek merah-hijau ini diwarisi oleh kromosomX.

Lelaki lebih berisiko• Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, maka

gen ini bersifat dominan apabila bertemu dengan kromosomlain (Y). Lelaki biasanya mewarisi 'kekurangan' ini daripadaibunya yang merupakan pembawa.

• Meskipun defek warna pada amnya bukanlah satu isubesar, Haliza bagaimanapun menekankan pentingnya kanak-kanak prasekolah menjalani saringan mata atau ujianpenglihatan warna awal.

Peringkat Rabun Warna

Mata mempunyai tiga jenis kon warna. Setiap kon warna itu

dikodkan secara genetik mengikut tiga warna asas iaitu:-

• Warna merah

• Warna hijau

• Warna biru

• Bagi warna merah dan warna hijau dikodkan oleh kromozon-

X. Manakala warna birudikodkan oleh kromozon-7.

Peringkat Rabun Warna

Sekiranya terdapat kerosakan berlaku pada kromozon -X, maka

pesakit tersebut akan mengalami kesukaran dalam mengenali

warna merah – warna hijau. Sebaliknya jika kerosakan kon

berlaku pada kromozon-7, pesakit akan mengalami masalah

dalam mengenali warna biru.

Terdapat dua jenis penyakit buta warna iaitu:-

• Kecacatan Kongenital yang berlaku sejak bayi itu dilahirkan.

• Kecacatan berlaku selepas bayi dilahirkan.

Peringkat Rabun Warna

Kecacatan kongenital terbahagi kepada tiga kategori:

• trichromats

• dichromats

• monochronats.

Trichromats

• Bermaksud kekurangan separa (partial absence) pigmen

bagi salah satu daripada tiga kon warna dan terdiri

daripada protanomaly,deuteranomaly dan tritanomaly.

• Protanomaly, kekurangan separa pigmen kon merah. Ini

bermakna individu berkenaan dapat membezakan warna

biru dan hijau tetapi rabun pada warna merah.

• Deuteranomaly bermaksud kekurangan separa pigmen

kon hijau. Dimana pesakit hanya mengenali warna merah

dan biru tetapi rabun pada warna hujau.

• Tritanomaly pula membawa makna kekurangan separa

pigmen kon biru, di mana pesakitnya dapat membezakan

warna merah – hijau tetapi rabun pada warna biru.

Dichromats

Pesakit kehilangan sepenuhnya salah satu daripada kon-kon

itu. Ianya terbahagi kepada tiga :

• Protanopia

• Deutanopia

• Tritanopia

• Protanopia - bermaksud kehilangan pigmen kon merah.

Bermakna pesakit tidak mengenal langsung warna merah

tetapi mengenali warna biru dan warna hijau.

• Deutanopia - kehilangan pigmen hijau di mana pesakit

mengenali warna merah dan biru tetapi tidak nampak

warna hijau.

• Tritanopia - kehilangan pigmen kon biru yang bermaksud

pesakit boleh nampak warna merah dan hijau tetapi tidak

mengenali warna biru.

Monochronats

• bermakud kehilangan sepenuhnya dua kon

warna, bermakna pesakit-pesakit berkenaan hanya

mengenali satu warna sahaja. Jika melibatkan cone

monochromats, pesakit hanya mengenali warna biru

tetapi tidak nampak warna merah dan hijau, mengenali

warna merah tetapi tidak nampak warna hijau dan biru

atau mengenali warna hijau tetapi tidak nampak warna

merah dan biru.

• Masalah buta warna tidak boleh diatas atau diubati, terutamanya bagi jenis kecacatan kongenital. Ini membawamaksud masalah ini akan berpanjangan sepanjang hayat.

• Kesimpulan antara penyakit buta warna yang paling seriusadalah rod monochromats yang membawa makna pesakit inikehilangan ketiga-tiga kon warna merah, warna biru dan warnahijau. Ia memberikan erti bahawa, pesakit ini tidak mengenalilangsung ketiga-tiga warna itu kecuali warna hitam dan warnaputih. Walaubagaimanapun, permasalah ini jarang berlaku dankadar insidennya di seluruh dunia adalah terlalu kecil.

Ishihara color test

• Nama sebenar untuk ujian ini adalah Ishihara Color Test.

• Dicipta oleh Shinobu ishihara untuk mengenalpasti atau

menentukan seseorang itu mempunyai penyakit

rabun\buta warna atau tidak.

• Beliau dilahirkan pada 25 sept 1879 dan telah meninggal

dunia pada 3 januari 1963.

Penglihatan Orang Rabun Warna

• Bagaimana penglihatan bagi seorang yang mempunyai rabun

warna?

• Bagi seorang yang mempunyai penglihatan normal, mungkin

susah hendak membayangkan berbanding masalah rabun

jauh/dekat.

• Berikut gambar yang gabungkan untuk memudahkan anda

melihat perbezaaan.

*(bagi mereka yang mengalami masalah rabun warna, mereka

akan melihat kedua-dua gambar yang dibandingkan adalah sama)

Carilah sebuah kotak, bulatan dan

bintang pada gambar diatas ini :

Dalam tiga saat, cari sebuah

bulatan, petak segi atau bintang dari

gambar berikut.

cari gambar salah satu benda yang ada di gambar

atas pada gambar yang ada dibawah ni.

Jawapan

• Jawaban 1 : Semua orang dapat melihat gambar petak

segi, bintang dan bulatan.

Jawaban 2 : Orang dengan buta warna hanya dapat

melihat gambar petak segi sahaja.

Jawaban 3 : Orang dengan buta warna tidak akan dapat

melihat apa-apa.

Artikel Penuh:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2Id1E

OVxh Hakcipta terpelihara

Sementara itu, Perunding Optalmologi Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Dr.

Zainal Mohamad juga memberitahu, pakar perubatan tidak boleh mempertaruhkan walau

satu peratus pun risiko kepada kategori pesakit defek warna yang menceburi bidang

melibatkan penglihatan normal.

"Di hospital ini misalnya, kami selalu dapat pesakit yang datang dengan pelbagai sebab

berbeza. Sebilangan besarnya ingin dapat pengesahan doktor untuk menduduki ujian

memandu. Ada pula yang ingin meneruskan niat belajar dalam bidang kegemaran.

Contohnya, kejuruteraan kimia, tentera ataupun juruterbang.

"Dalam kes seperti ini, kami hanya boleh menasihati agar mereka memilih haluan kerjaya

lain jika sudah disahkan rabun warna," jelasnya ketika ditemui Kosmo! di ibu negara

baru-baru ini.

Biarpun pernah beberapa kali diminta untuk 'meluluskan' pesakit rabun warna demi

membolehkan mereka menceburi bidang kegemaran, Zainal bagaimanapun gagal

memenuhi permintaan tersebut. - YEO LI SHIAN

• "Sebenarnya pesakit defek warna ini berada dalam dunia mereka sendiri. Ada ketikanya mereka mungkin rasa terpencil. Kita tidak mahu ada pesakit ini menganggap diri cacat kerana mereka juga boleh berjaya seperti orang lain.”

• "Jadi, kalau dari awal lagi sudah tahu anda defek warna, maka, elakkan memilih jurusan yang salah apabila memasuki universiti atau kerjaya yang memerlukan penglihatan normal. Misalnya, bidang geosains, ketenteraan atau pemandu pengangkutan awam"