pjm3111

45
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN. TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( EDU 3105 ) AHLI KUMPULAN NAMA : ROHAIZAN ARFAH BINTI ROZALAN NO.K/P : 800101-03-5444 NAMA : SAIPUL MASRI BIN MAMAT NO.K/P : 750124-11-5153 UNIT : PPG PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEMESTER 4 1

Upload: awangyie

Post on 09-Apr-2017

211 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pjm3111

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( EDU 3105 )

AHLI KUMPULAN

NAMA : ROHAIZAN ARFAH BINTI ROZALAN

NO.K/P : 800101-03-5444

NAMA : SAIPUL MASRI BIN MAMAT

NO.K/P : 750124-11-5153

UNIT : PPG PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEMESTER 4

PENSYARAH : TUAN HJ.BAHARUDDIN BIN HUSSIN

TARIKH HANTAR : 7 SEPTEMBER 2013

1

Page 2: Pjm3111

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan: ………………………..

Nama : Rohaizan Arfah Binti Rozalan

K/P : 800101-03-5444

Tandatangan: ………………………..

Nama : Saipul Masri B Mamat

K/P :

2

Page 3: Pjm3111

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN 2

PENGHARGAAN 4

1.0 BAHAGIAN A : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

1.1 BOLA TAMPAR 6

1.2 BOLA BALING 14

2.0 BAHAGIAN B : RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 25

3.0 BAHAGIAN C : GAMBARAJAH/ ILUSTRASI 35

4.0 BAHAGIAN D: REFLEKTIF 37

5.0 BIBLIOGRAFI

3

Page 4: Pjm3111

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala

Puji-pujian hanyalah bagi ALLAH s.w.t.,Tuhan Sekalian Alam.Selawat dan Salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurnia ALLAH s.w.t., akhirnya

kerja kursus ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang

dijalankan diberkati dan dirahmati Nya.

Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan

penghargaan yang tidak terhingga buat pensyarah bagi mata pelajaran ini En.Yakcob

Bin Mamat yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, nasihat serta pandangan

mengenai kerja kursus ini.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan buat teman-teman seperjuangan

yang banyak memberi kerjasama sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan dan tidak menolak seandainya

ingin pertolongan diperlukan.

Tidak lupa juga buat ibu bapa dan adik-beradik di kampung yang banyak

memberikan suntikan semangat bagi meneruskan perjuangan yang belum

tamat.Segala jasa kalian tidak akan dilupakan.

Terima kasih

4

Page 5: Pjm3111

1.0 BAHAGIAN A : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

Senaraikan kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam

permainan Bola Tampar dan Bola Baling.Buat penerangan

ringkas bagi setiap kemahiran yang disenaraikan.

5

Page 6: Pjm3111

1.1 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPARa) Pengenalan

Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang

mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan

YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.Peraturan rasmi yang pertama

hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan

negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar

amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang ditubuhkan

pada tahun 1959.

Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang

berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m.Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2

orang referi.Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel

referi.Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian

badannya.

b) Kemahiran Asas Bola Tampar

i) Menyangga

ii) Servis

iii) Merejam

iv) Menghadang

v) Mengumpan

6

Page 7: Pjm3111

i) Menyangga

Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai

kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara

menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai

hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang

menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis

hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga

juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak

sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk

menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak

lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan

penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan

menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

1. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

2. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

7

Page 8: Pjm3111

3. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke

hadapan.

4. Kaki

dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan

untuk menerima hantaran.

5. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran

sebelum bermain bola.

6. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

8

Page 9: Pjm3111

7. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

8. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

9. Kendurkan bahagian atas tubuh.

10.Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan

baik oleh ahli pasukan yang lain.

ii) Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola

dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk

9

Page 10: Pjm3111

melakukan untuk melakukan servis.Servis merupakan salah satu kemahiran yang

terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

1. Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam

kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang

memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan

mengekalkan servis.

2. Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,

pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar

olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah

daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan

seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

10

Page 11: Pjm3111

iii) Merejam

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk

mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke

dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan

jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan

sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu

melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk

memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan.Pergerakan ini

samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi

seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan

berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang

11

Page 12: Pjm3111

iv) Menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh

pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam

gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang

a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

12

Page 13: Pjm3111

b) Bahagian lengan dan tapak tangan

v) Mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di

mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah

tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat

rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat

daripada setter, ia akan menyulitkan perejam.

Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang

tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola

yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara

asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan

kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka

dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup

13

Page 14: Pjm3111

1.2KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

1.2.1 MENANGKAP DAN MENERIMA BOLA a. Asas posisi badan• Kaki seluas bahu.

• Kedudukan bahu menghadap arah pengerakan bola

• Tumpuan : Kepala dan mata kepada bola

• Bahagian atas pinggang condong sedikit ke arah pergerakan bola.

• Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola

• Siku dibengkokkan sedikit mengikut kesesuaian.

14

Page 15: Pjm3111

b. Asas posisi tangan• Bagi menerima bola tinggi ( paras dada dan ke atas), posisi tapak tangan

membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir bersentuhan

antara kanan dan kiri.

• Bagi

menerima bola rendah (paras pinggang dan ke bawah),jari-jari menghala ke

tanah dengan kedua-dua jari kelingking hampir bersentuhan

c. Teknik menyerap momentum bola:• Tumpuan mata kepada pergerakan bola yang datang.(a)

• Tangan bergerak ke arah bola dengan jari yang ‘relaks’. (b)

• Bengkokkan siku dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap. (c)

15

Page 16: Pjm3111

1.2.2 MENGHANTAR BOLA

Terdapat Iebih sepuluh jenis hantaran dalam permainan bola baling, setiap satu

mempunyai karektor dan kelebihan yang unik. Namun begitu, terdapat tujuh jenis

hantaran yang biasa digunakan oleh para pemain.

a. Hantaran Atas Bahu

Kemahiran hantaran ini adalah kemahiran yang sering digunakan dalam permainan.

Teknik kemahiran:

• Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.

• Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan

condong sedikit ke sisi.

• Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata

memandang ke sasaran.

• Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang

berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan dan kaki

belakang ke kaki hadapan.

16

Page 17: Pjm3111

• Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling dibawa

ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengar kuat.

Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa

melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke sasaran di akhir perlakuan.

• Tangan bebas dihalakan ke sasaran.

• Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.Semakin jauh jarak baling, semakin luas

langkahan pertama. Cari ini akan membantu keseimbangandan kawalan pemain.

Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

b. Hantaran Tolak• Hantaran ini menggunakan dua belah tangan dan ianya adalah hantaran

untuk jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak.

Teknikkemahiran

• Kedudukanpemaindengankedudukan‘posisitriple-threat’.

• Pergerakanlengandansikudenganpantaskehadapan.

• Pergelangantangandisentapkankebawahdiikutidenganjari-jarisemasa

melepaskanbola.

• Ikutlajakkearahsasaran.

c. Hantaran Sisi

17

Page 18: Pjm3111

Kemahiran hantaran ini kemungkinan merupakan kemahiran yang kedua kerap

digunakan oleh pemain. Hantaran ini menggunakan sebelah tangan adalah untuk

jarak dekat yang tidak memerlukan pergerakan bahu yang banyak.

Teknik kemahiran:• Hantaran inl dilakukan secara menyisi ke sasaran.

• Pemain daripada keadaan kedudukan ‘posisi triple-threat’, mengangkat siku

tangan membaling menghala ke sasaran.

• Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan menghayunkannyake

sasaran.

• Semasa lengan lurus, pergelangan tangan disentap dikuti dengan jari-jari

semasa melepaskan bola.

• Lengan ikut lajak ke arah sasaran.

d. Hantaran Lompat

Kemahiran hantaran ini hampir sama dengan hantaran atas bahu, tetapi

perbezaannya, pemain melakukan lompatan sebelum membuat hantaran. Pemain

yang melakukan percubaan jaringan cara lompat, mungkin akan melakukan

hantaran ini bagi melepasi halangan pertahanan

18

Page 19: Pjm3111

• Semasa pemindahan berat badan, tangan membaling dibawa ke hadapan dengan

segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan tangan

disentapkan ke atas diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola.

• Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak balingan, semakin

luas langkahan pertama. Cara ini akan membantu keseimbangan dan kawalan

pemain. Biasanya Iangkahan dihalakan ke sasaran.

e. Hantaran Lantun:

Kemahiran hantaran ini bukanlah hantaran yang biasa digunakan, tetapi adalah

sebahagian daripada kemahiran dalam bola baling.

Teknik kemahiran:

1. Bola dipegang pada ‘posisi triple-threat’.

2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan

lengan condong sedikit ke sisi.

3. Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran.

19

Page 20: Pjm3111

4. Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang

berlawanan dengan tangan membaling. Pemindahan berat badan dan kaki

belakang ke kaki hadapan.

5. Lengan ikut lajak ke arah sasaran.

1.2.3 MENGELECEK

Mengelecek merupakan suatu pergerakkan melantun bola ke tanah secara

berterusan dengan menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa

memegang bola.

Kemahiran ini berkesan dalam 3 situasi :

• Bergerak pantas apabila ada peluang bergerak berseorangan.

• Satu lawan satu

• Pemain tidak dapat membuat hantaran selepas menerima bola

• Lutut dibengkokkan

lebih kurang 120° dengan imbangan badan yang terkawal.

• Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa

terbuka.

• Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan.

• Menolak bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan.

20

Page 21: Pjm3111

• Badan hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan.

• Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan

bukan pada bola .

• Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang

dan lutut.

• Untuk membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa

berdepandengan pihak lawan

1.2.4MENGACAHMengacah merupakan lakuan gerakan mengelirukan pihak lawan .

• Lari dapatkan bola di udara dan mendarat dengan imbangan yang baik.

• Posisi membolehkan pemain untuk mengubah arah bagi mengelirukan

pihak lawan.

• Gerakkan sebelah kaki ke depan mengawal bola dengan kedua-dua belah

tangan pada paras pinggang.

• Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan untuk mengelirukan pihak lawan

• Dengan pergerakan ini, pemain maju ke hadapan dan melakukan gerak

keliru ke arah pihak lawan.

1.2.5 MENJARING

Menjaring merupakan tindakan terakhir beberapa siri teknik dan taktik menjaring.

Berikut adalah prinsip am menjaring :1. Mempunyai keyakinan diri.

21

Page 22: Pjm3111

2. Berkemampuan mengawal imbangan dan pergerakan badan.

3. Memberi tumpuan dan perhatian penuh.

4. Bijak mencari ruang.

5. Ikut lajak.

Jenis-jenis jaringan : • Jaringan atas kepala

• Jaringan lantun

• Jaringan gerak keliru dari belakang

• Celah Kangkang

22

Page 23: Pjm3111

• Meleret

• Jaringan sisi/paras pinggang

• Jaringan menjunam

• Jaringan sambil berpusing

23

Page 24: Pjm3111

• Jaringan lompat

• Jaringan sudut

1.2.6 MENGADANG

24

Page 25: Pjm3111

Mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan

pemain lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Matlamat mengadang

adalah untuk menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang

mungkin dilakukan hingga mampu menghasilkan gol.

Teknik kemahiran :

• Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh.

• Lutut bengkok sedikit untuk mendapatkan kestabilan badan.

• Tangan diangkat mengadang pihak penyerang.

• Luruskan badan dan kepala.

25

Page 26: Pjm3111

2.0 BAHAGIAN B: RANCANGAN PELAJARAN HARIAN/ RPH

Pilih satu kemahiran dalam satu permainan sahaja dan sediakan

rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap bagi kemahiran

tersebut.Anda boleh menggunakan format kbsr/ kssr berdasarkan kepada

kelas yang anda tulis dalam perancangan tersebut.

26

Page 27: Pjm3111

Tarikh : 3 September 2013

Masa : 8.15 – 8.45 pagi

Kelas : 4 Bestari

Bil. Murid : 30 orang

M/Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Bola Baling – Menjaring gol cara lantunan

Objektif : Di akhir pelajaran murid dapat

Psikomotor : menjaring gol cara lantunan pada jarak 6 meter 8 daripada10 kali percubaan dengan jayanya

Kognitif : menyatakan di bahagian manakah kawasan gol yang perlu disasar apabila membuat jaringan gol secara

lantunan

Afektif : bekerjasama dalam kumpulan semasa mengikuti aktiviti pembelajaran

Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah dan sentiasa berlari dalam aktiviti sehariannya.

Penerapan Nilai : Saling bekerjasama

KBKK : Membanding dan membezakan pelbagai jenis larian

Pengabungjalinan : Matematik dan mata pelajaran Sains

Strategi Utama Pengajaran : Pembelajaran secara kontekstual

Alatan Bahan Mengajar : Bola – 10 biji, Kun – 20, Gambarajah ansur maju jaringan lantunan

27

Page 28: Pjm3111

Bahagian/ Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/ Strateji P&P

Alatan/ Catatan

1. Permulaan: ( 3 hingga 5 minit )

1. Memanaskan BadanHantaran bola kepada rakan pelbagai cara

2. Regangan: Kepala Badan kaki

- meningkatkan suhu badan untuk aktivitiregangan- meningkatkan kadar degupan jantung

- regang otot di bahagian kepala badan dan kaki untuk elak daripada kecederaan

- dalam kawasan yang telah ditetapkan- secara berpasangan dan kumpulan kecil

- interpersonal

Bola

2. Perkembangan: ( 8 hingga 12 minit )

1. Demonstrasi kemahiran menjaring gol cara lantunan oleh guru guru

- bola dipegang ditangan utama- kaki dibuka depan-belakang- tangan yang ada bola dihayun dari belakang ke hadapan ke sudut yang ingin dituju (atas tanah)- mata tumpu pada arah lantunan- berat badan dipindahkan ke hadapan selepas lontaran- tangan ikut lajak hayunan gol

- kaedah arahan

- kaedah latihan

Kun BolaCarta gambarajah ansur maju lakuan jaringan lantunan

Kun Bola

28

Page 29: Pjm3111

2. Jaringan statik

3. lari anak 3 hingga 5 langkah dan menjaring

4. hantaran berpasangan dan menjaring

- menjaring gol cara lantunan dalam kedudukan statik

- berlari anak dan buat jaringan cara lantunan ke sasaran gol

- membuat hantaran kepada rakan dan menjaring ke sasaran gol

- kecerdasan kinestatik- interpersonal

Kun Bola

3. Kemuncak: ( 8 hingga 10 minit )

4. Penutup: ( 3 hingga 5 minit )

Permainan Mini Bola Baling: Syarat permainan kekal

kecuali cara jaringan hendaklah secara

lantunan baru dikira gol

Aktiviti Gerakendur:1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambil menarik nafas2. Membuat regangan pada otot yang banyak digunakan semasa bertanding.3. Buat refleksi dan soal jawab tentang kemahiran yang baru dipelajari

- memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan kemahiran yang baru dipelajari dalam situasi permainan sebenar.- saling bekerjasama bagi mengatasi pihak lawan

- merehat dan memulihkan degupan jantung- mengendurkan otot yang telah direngang secara aktif ketika bermain- mengembalikan sistem fisiologi secara beransur-ansur selepas digunakan secara aktif

Kun Bola Kawasan permainan Pelajar-pengadil

29

Page 30: Pjm3111

3.0 BAHAGIAN C: GAMBAR RAJAH / ILUSTRASI

30

Page 31: Pjm3111

BOLA TAMPAR

31

Page 32: Pjm3111

BOLA BALINGMENANGKAP DAN MENERIMA BOLA

Asas posisi tangan

.

Teknik menyerap momentum bola:

32

Page 33: Pjm3111

MENGHANTAR BOLA

33

Page 34: Pjm3111

MENGELECEK

MENGACAH

MENJARINGJenis-jenis jaringan :

34

Page 35: Pjm3111

• Meleret

• Jaringan menjunam

• Jaringan sambil berpusing

35

Page 36: Pjm3111

• Jaringan lompat

• Jaringan sudut

MENGADANG

4.0 REFLEKSI

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan

hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan subjek permainan bola tampar dan bola

36

Page 37: Pjm3111

baling ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini

saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang

menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi

segalanya dengan tenang dan sabar.

Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara

untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah

mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan sekelas untuk

membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di

perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan ini. Selain dari itu saya juga

mencari maklumat diinternet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan

setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini.

Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang

kemahiran –kemahiran asas bola tampar dan bola baling. Seperti yang kita maklum

tidak ramai guru yang mempunyai kemahiran dalam permainan ini di sekolah. Ia

penting terutamanya ketika musim sukan dan olahraga. Sememangnya pihak sekolah

akan mengambil bahagian dalam pertandingan dan perlawanan tersebut. Dengan

berbekalkan ilmu ini saya tidak akan bermasalah dalam melatih murid

Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana

limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak

terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En Yakcob bin Mamat selaku

pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan

tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak

dapat saya balas dan amatlah kami hargai.Sekian, terima kasih.

SAIPUL MASRI BIN MAMAT ( 750124-11-5152 )

5.O BIBLIOGRAFI

37

Page 38: Pjm3111

http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/bolabalingsr.pdf

http://kemahiranasasbolatampar.blogspot.com/

38