pinjaman bahasa

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bvgcv

TRANSCRIPT

4.0 PERATURAN- PERATURAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENYESUAIAN EJAAN BAGI KATA PINJAMAN 4.1 Perkataan Asal Dari Bahasa PortugisOrang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahunMasihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalambeberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasaMelayu.Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubunganantara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan iaboleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kedatangan barang-barangEropah dari Portugis,kedatangan agama Kristian dan tenaga tenteraEropah.Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminatuntuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapikuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebabitu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsadan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagaiperkara baru.Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

4.2 Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan BelandaPenjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruhkepada masyarakat Malaysia.Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasaInggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasapentadbiran,perniagaan dan pendidikan.Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawaperkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zamanpenjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains danteknologi.Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada duabidang iaitu istilah politik,ekonomi dan akademik moden dan namabarang industri,letrik dan teknologi tinggi.Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah merekameninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda jugamemberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkandalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggerisdalam bahasa Melayu.Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalamKamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasaIndonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda)dalam Kamus tersebut.Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarlesBahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide,kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol,mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas.4.3 Perkataan pinjaman dari bahasa lain.Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialahbahasa Latin,Turki,Rusia,Perancis,Sepanyol,Korea dan Thai.Bilangannyasangat sedikit.Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quoBahasa Turki : aga, bokca, efendidBahasa Rusia : czar, taiga, vodkaBahasa Prancis : kelonyorBahasa Sepanyol : selva