pinjaman ( ariyyah)

20
Pinjaman (‘Ariyyah) ZAFIRAH ABDULLAH

Upload: zafirah-abdullah

Post on 16-Apr-2017

112 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pinjaman ( Ariyyah)

Pinjaman (‘Ariyyah)ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Pinjaman ( Ariyyah)

Takrif• Bahasa: • Sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk

digunakan dan kemudian dikembalikan semula kepadanya.

• Istilah:• Pinjaman adalah membenarkan penggunaan sesuatu yang halal digunakan

dengan mengekalkan keadaan asal.

Kesahihan menurut Syarak(Al-Ma’un : 4-7)

Page 3: Pinjaman ( Ariyyah)

Hikmah• Mewujudkan suasana saling tolong-menolong sesama umat Islam• Islam telah meringankan bebanan manusia dan membenarkan mereka menggunakan barangan orang lain

dengan syarat, mendapat keizinan dan persetujuan terlebih dahulu.

Hukum Pinjaman• Sunat dan digalakkan

• Amalan ini menjadi wajib jika ia diperlukan untuk menyelamatkan nyawa manusia.• Contoh: Meminjamkan baju untuk mengelak kepanasan dan kesejukan yang keterlaluan• Memelihara hak harta yang dihormati

• Pinjaman boleh menjadi Haram• Contoh : Meminjamkan mushaf al-Quran kepada wanita yang dalam keadaan Haid/Nifas

Page 4: Pinjaman ( Ariyyah)

Rukun-rukun Pinjaman1. Pemberi Pinjaman• Dia mestilah memiliki perkhidmatan barangan yang dipinjamkan.

• Tidak kira sama ada dia pemilik barangan tersebut atau tidak• Contoh : Penyewa / Penerima wasiat / Penerima harta Wakafan• Pinjaman hanya merujuk kepada perkhidmatan bukan kepada barangan tersebut

• Peminjam tidak dibenarkan meminjamkannya kepada orang lain• Ini kerana dia tidak memegang hak milik perkhidmatan• Dia Cuma hanya dibenarkan menggunakannya sahaja

• Pemberi pinjaman mestilah seorang yang layak membuat sumbangan• Tidak sah bagi kanak-kanak /orang gila membuat pinjaman• Orang yang bodoh menguruskan harta (Safih) / Muflis

Page 5: Pinjaman ( Ariyyah)

• Peminjam mestilah melakukannya secara sukarela• Tidak dipaksa

2. Peminjam• Boleh menerima sumbangan melalui kontrak

• Seorang yang baligh dan berakal

• Peminjam mestilah dinyatakan secara khusus“Saya

pinjamkan buku saya

kepada kamu berdua”

Dalam kes ini, pinjaman tersebut TIDAK SAH kerana pihak yang meminjam tidak dinyatakan dengan jelas.

Peminjam APeminjam B

Page 6: Pinjaman ( Ariyyah)

3) Lafaz Pinjaman• Merujuk kepada penawaran dan persetujuan sebuah kontrak (ijab dan Kabul)• Ia tidak semestinya dilafazkan oleh kedua pihak• Walaubagaimanapun, salah satu pihak mestilah menyatakan penawaran atau

persetujuannya.

• Lafaz tidak perlu dinyatakan secara berturutan oleh kedua-dua pihak.• Pinjaman boleh diberikan tanpa dihadkan masa atau dikaitkan dengan syarat

tertentu. Or (vice versa)

“Saya pinjamkan buku saya

kepada awak.

Peminjam menerima buku tersebut

Page 7: Pinjaman ( Ariyyah)

4) Barang Pinjaman1. Hak perkhidmatan barangan tersebut mestilah dimiliki oleh pemberi pinjaman. 2. Barangan tersebut mestilah boleh digunakan.

Khidmat barangan tersebut tidak semestinya wujud pada ketika kontrakDimeterai.

• Contohnya : Pinjaman kuda yang masih kecil untuk dinaiki adalah SAH.

Penggunaan barang pinjaman mestilah dibenarkan oleh syarak• Pinjaman alat hiburan yang melalaikan, hiasan wanita untuk dipakai di hadapan bukan

mahram adalah TIDAK SAH.• Penggunaan seperti ini HARAM dan tidak dibenarkan oleh syarak.

Penggunaan barang pinjaman mestilah tidak menyebabkan barang tersebut menyusut

• Contoh : Baju, Rumah (tidak susut)• Jika alat ini susut apabila digunakan, pinjaman TIDAK SAH• Contoh : Lilin.

Page 8: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman1. Had Penggunaan Barang Pinjaman

• Peminjam hanya boleh menggunakan barang yang dipinjam mengikut had yang dibenarkan oleh pemilik.

• Jika kebenaran yang diberikan tidak dihadkan kepada kegunaan tertentu, peminjam boleh menggunakan barangan tersebut mengikut kebiasaan.

• Jika pemilik melarang menggunakan untuk kegunaan tertentu,maka peminjam harus mematuhinya.

“Awak boleh menggunkan

tanah tersebut untuk dirikan bangunan/

ditanam pokok

Page 9: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman2. Status PeminjamPeminjam bertanggung-jawab ke atas keselamatan barang pinjaman.

• Ini bermakna peminjam harus membayar ganti rugi jika ia rosak• Tidak kira sama ada kerosakan itu disengajakan atau tidak.• Peminjam akan membayar ganti rugi menurut nilai barang pinjaman pada ketika kerosakan

berlaku.• Peminjam perlu membayar gantii rugi jika barang tersebut susut akibat digunakan di luar

kebiasaannya.• Peminjam perlu membayar gantii rugi jika dia menggunakan barangan tersebut selepas

pemberi pinjaman menarik balik/ menuntut semula miliknya.• Walau bagaimanapun, peminjam tidak perlu membayar ganti rugi jika barangan pinjaman

rosak/susut disebabkan penggunaan yang dibenarkan

Page 10: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman3. Kos penyelenggaraan dan PemulanganJika barang pinjaman melibatkan kos tertentu seperti:• Haiwan (yang memerlukan makanan)• Rumah (yang memerlukan penyelenggaraan)Kesemua kos perbelanjaan adalah tanggung-jawab PEMILIK

• Setelah pinjaman tamat/dibatalkan, peminjam perlu memulangkan semula barang kepada pemilik.

• Jika pemulangan membabitkan kos dan perbelanjaan seperti (upah pengangkutan), ia menjadi tanggungan peminjam.

Page 11: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman4. Penarikan / Pemulangan Semula Pinjaman• Kontrak pinjaman adalah kontrak yang jaiz ( yang boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak pada

bila-bila masa sahaja)• Ia boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan/persetujuan pihak kedua

Pemilik berhak menarik / mengambilSemula barangan pinjaman pada bila-Bila masa sahaja walaupun tertaklukKepada tempoh tertentu yang masihBelum tamat.

Peminjam juga berhak memulangkan Semua barang pinjaman pada bila-bilaMasa sahaja.

Page 12: Pinjaman ( Ariyyah)

Penarikan /Pemulangan semula Tanah yang dipinjamkanJika tanah tersebut dipinjamkan untuk pembinaan /penanaman pokok• Kemudian pemilik menarik balik pinjaman selepas binaan dibuat/ selepas

pokok ditanam….• Jika pemilik meletakkan syarat bahawa peminjam perlu mengalihkan binaan/pokok yang

ditanam ketika memulangkan semula, peminjam wajib melakukannya, kerana ia tertakluk kepada syarat.

• Jika peminjam enggan melakukannya, pemilik boleh melakukannya.• Jika disyaratkan peminjam perlu meratakan tanah selepas pengalihan tersebut,

peminjam perlu melakukannya. Jika tidak disyaratkan, maka beliau tidak perlu melakukannya

Page 13: Pinjaman ( Ariyyah)

Jika pemilik tidak meletakkan sebarang syarat (untuk alihkan/mencabut), peminjam diberi pilihan untuk melakukannya atau tidak.

• Jika peminjam memilih untuk mengalihkannya..• Dia tidak berhak untuk mendapat apa-apa jika berlaku penyusutan nilai pada

bangunan/tanaman yang dialihkan• Peminjam bertanggung-jawab untuk meratakan tanah supaya tanah tersebut kembali

kepada keadaan asal.

• Jika peminjam memilih untuk tidak mengalihkannya…• Pemilik mempunyai 3 pilihan:

1. Mengekalkan (bangunan/ tanaman) yang ada dengan menuntut sewa yang sepadan.2. Mengalih (tanaman/bangunan) yang ada dengan membayar ganti rugi kepada peminjam 3. Mengambil alih (bangunan/pokok) yang ditanam berdasarkan nilai barangan yang berhak

dialih

Page 14: Pinjaman ( Ariyyah)

Dalam keadaan ini, peminjam tidak perlu memulangkan semula barang yang dipinjam. Beliau boleh terus menggunakan barang tersebut sehingga selesai menggunakannya

(tanpa mendatangkan sebarang kesan buruk) Tetapi, peminjam perlu membayar upah sepadan yang dikira bermula daripada tuntutan

dibuat sehingga dia memulangkannya.

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman4. Penarikan / Pemulangan Semula Pinjaman• Kontrak pinjaman adalah kontrak yang jaiz ( yang boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak pada

bila-bila masa sahaja)• Ia boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan/persetujuan pihak keduaPengecualian• Barang yang dipinjam berupa tanah yang digunakan untuk pengebumian jenazah

• Kedua-dua pihak tidak boleh membatalkan pinjaman untuk tanah perkuburan

• Sekiranya pinjaman yang diberikan boleh menyulitkan peminjam jika ditarik balik.• Contoh: Kapal yang dipinjam untuk mengangkut muatan• Tiba-tiba peminjam mahu menuntutnya di tengah laut

Page 15: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman5. Cara pemulangan barang

• Pemulangan barang yang dipinjam perlu dibuat mengikut kebiasaan dan amalan yang diguna pakai.

• Barang yang boleh diangkut perlu diangkut dan diserahkan kepada pemiliknya• Bagi barangan berharga (Batu permata),disyaratkan supaya diserahkan sendiri kepada

pemiliknya.• Jika barang tidak boleh diangkut seperti (Tanah, Rumah)…cukup sekadar dipastikan tiada

sebarang perkara yang menghalang penyerahan dan penggunaannya oleh pemilik.

Page 16: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam• Percanggahan mengenai pemulangan

“Saya sudah pulangkan

barang yang dipinjam itu”

“Kamu belum memulangkan

nya!”

Jika pemilik bersumpah bagi menyokong dakwaannya, pengakuannya itu diterima kerana dia berada dalam kedudukan menafikan dakwaan peminjam.

Page 17: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam• Percanggahan mengenai Kerosakan

“Barang tersebut rosak kerana

penggunaan yang dibenarkan oleh

kamu”

“Tidak. Ia rosak kerana penggunaan yang tidak dibenarkan”

Dalam keadaan ini, pengakuan pinjaman yang disokong dengan sumpah akan diterima kerana sukar untuknya untuk membuktikan apa yang dikatakannya.

Page 18: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam• Percanggahan mengenai Kontrak Asal

“Kontrak ini adalah kontrak

pinjaman!”

“Kontrak ini adalah kontrak

sewa”

Pengakuan Pemilik akan diterima kerana pada asalnya dia tidak memberikan sebaranga kebenaran kepada sesiapa untuk menggunakannya melainkan dengan bayaran.

Setelah bersumpah, pemilik berhak mendapat kadar sewa sepadan sekiranya tempoh sewa telah berlalu.

Page 19: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman6. Percanggahan antara Pemilik dan Peminjam• Percanggahan mengenai Kontrak Asal

“Anda telah meminjamkan

nya kepada saya”

“Tidak, anda yang merampasnya dari

saya”

Jika barang tersebut telah rosak sebelum dipulangkan, pengguna perlu membayar ganti rugi atas dakwaan merampas.

Jika pemilik mengaku nilainya lebih tinggi daripada yang didakwa oleh pengguna, pemilik akan diminta untuk bersumpah, bagi menyokong nilai tersebut.

Page 20: Pinjaman ( Ariyyah)

Hukum-Hakam berkaitan Pinjaman7. Penamatan Kontrak PinjamanIa dianggap tamat melalui perkara berikut:

8. Pemilik menuntut semula barang pinjaman dan menarik kembali kebenarannya.

2. Peminjam memulangkan semula barang pinjaman kepada pemilik. (Sebelum tamat tempoh atau selepasnya)Kontrak ini adalah kontrak Jaiz yang boleh dibatalkan oleh pemberi pinjaman dan peminjam.

3. Salah satu pihak yang terlibat gila atau pengsan• Orang yang gila/pengsan tidak mempunyai kelayakan (syarat sah)

4. Salah satu pihak meninggal dunia

5. Pemilik/ peminjam ditahan daripada menguruskan harta kerana kebodohan (Safih)

6. Pemilik ditahan disebabkan MUFLIS