pilihan kejuruteraan

3
Kejuruteraan Menjelang tahun 2020, seorang jurutera bagi setiap seratus orang penduduk adalah sasaran yang ingin dicapai oleh Malaysia. 378 program kejuruteraan kini ditawarkan di seluruh negara merangkumi 15 IPTA dan 16 IPTS. Jumlah semasa 140,000 orang jurutera di negara ini dijangka melonjak kepada angka 275,000 – 300,000 menjelang tahun 2020. Kursus Kejuruteraan Kejuruteraan Automotif Kejuruteraan Automotif merupakan salah satu cabang dalam kejuruteraan mekanikal. Bidang ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kemahiran membaiki atau mengubahsuai enjin kenderaan. Adakah anda sebahagian dari kelompok ini? Kejuruteraan Awam Anda mahukan cabaran? Suka bekerja di bawah panas terik? Tidak suka bekerja dalam suasana pejabat? Kerjaya sebagai seorang jurutera awam adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Upload: virgo-vapor

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PILIHAN

TRANSCRIPT

Page 1: PILIHAN KEJURUTERAAN

KejuruteraanMenjelang tahun 2020, seorang jurutera bagi setiap seratus orang penduduk adalah sasaran yang

ingin dicapai oleh Malaysia. 378 program kejuruteraan kini ditawarkan di seluruh negara

merangkumi 15 IPTA dan 16 IPTS. Jumlah semasa 140,000 orang jurutera di negara ini dijangka

melonjak kepada angka 275,000 – 300,000 menjelang tahun 2020.

Kursus KejuruteraanKejuruteraan Automotif

Kejuruteraan Automotif merupakan salah satu cabang dalam kejuruteraan mekanikal. Bidang ini

sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kemahiran membaiki atau mengubahsuai enjin

kenderaan. Adakah anda sebahagian dari kelompok ini?

 

Kejuruteraan Awam

Anda mahukan cabaran? Suka bekerja di bawah panas terik? Tidak suka bekerja dalam suasana

pejabat? Kerjaya sebagai seorang jurutera awam adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

 

Kejuruteraan Bioperubatan

Page 2: PILIHAN KEJURUTERAAN

Jurutera bioperubatan bekerjasama dengan pengamal perubatan profesional seperti doktor,

jururawat, juruteknik dan ahli terapi untuk membantu meningkatkan mutu pengawalan kesihatan

melalui penciptaan dan pembangunan teknologi perubatan yang canggih.

 

Kejuruteraan Elektrik

Adakah anda bijak dalam subjek matematik dan perkara yang berkaitan dengan sistem elektrik atau

elektronik ? Jika ya, kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik mungkin sesuai untuk anda.

 

Kejuruteraan Industri dan Pembuatan

Bidang kejuruteraan pembuatan dan kejuruteraan industri adalah dua jurusan yang berbeza.

Kejuruteraan pembuatan merupakan bidang berkaitan dengan aspek teknikal proses pembuatan

(penyelidikan dan pembangunan serta sistem dan peralatan).

 

Kejuruteraan Kimia

Sering berkira-kira mahu mengaplikasikan praktikal kimia dalam aktiviti seharian? Bidang

Kejuruteraan Kimia adalah bidang yang sesuai untuk anda sekiranya subjek kimia dan matematik

adalah subjek yang anda beri fokus yang lebih semasa di sekolah.

 

Kejuruteraan Mekanikal

Seorang jurutera mekanikal berkemungkinan besar akan mendapati kemahiran dan penglibatan

mereka dalam pelbagai bidang dan industri termasuk perubatan, penyelidikan saintifik, pembinaan,

aeroangkasa, akustik, pembakaran, dan kejuruteraan automotif.

 

Kejuruteraan Mekatronik

Kejuruteraan alam sekitar merupakan aplikasi sains dan prinsip kejuruteraan bagi menambah baik

alam semula jadi dengan membekalkan air yang bersih, udara dan daratan untuk kehidupan

manusia.

Page 3: PILIHAN KEJURUTERAAN

 

Kejuruteraan Petroleum

Kejuruteraan petroleum menyiasat pengeluaran minyak dan gas dari bumi, kaedah pemprosesan

bahan api dan isu-isu alam sekitar dan keselamatan. Kejuruteraan petroleum boleh dikelaskan

dalam kejuruteraan kimia kerana ia juga melibatkan tindak balas kimia

 

Teknologi Nano

Adakah anda mahu menjadi seorang jurutera yang menyelesaikan masalah dan membuat perkara

yang menggunakan teknologi dan jentera pada nano atau tahap mikroskopik? Bergelar seorang ahli

teknologi nano mungkin merupakan minat anda.