pidato spontan 2

2
14 Arahan : Salin semula teks pidato di bawah. PIDATO Terima kasih Pengacara majlis, Barisan Panel Hakim yang arif dan menegakkan panji keadilan , Guru-guru yang dikasihi serta warga dewan yang budiman. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tajuk pidato spontan saya ialah “ KESYUKURAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA” Hadirin sekalian, Alhamdulillah kita bersyukur di atas segala nikmat dan rahmatnya yang telah memberikan kita kesempatan hidup di negara yang aman dan damai. Semoga dengan pemberian nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t ini menjadikan kita hamba yang dikasihi dan bersyukur kepadanya. Kata kunci saya yang pertama , ketaatan dan kepatuhan kepada pemerintah. Inilah Malaysia, negara kita. Tanah tumpah darah kita. Sebagai warganegara yang baik kita hendaklah taat dan patuh kepada pemerintah. Pemerintah yang baik menjamin kesejahteraan negara. Oleh itu, kita bersyukur kerana negara kita dalam keadaan yang aman. Kata kunci kedua, perpaduan antara kaum menjamin kesejahteraan negara. Kita bersyukur kerana kita boleh hidup aman dan damai dengan pelbagai kaum. Tiada pergaduhan, tiada pembunuhan. Ini kerana negara kita ada rasa hormat menghormati dan toleransi antara kaum. Kata kunci ketiga, Semangat cintakan negara menjana kehidupan yang harmoni. Semangat cintakan negara pada setiap warganegara perlu ada demi menjamin kemakmuran dan keamanan negara. Kita perlu menghormati jalur gemilang,menghormati lagu kebangsaan dan menghayati rukun negara .

Upload: betty-kumari-basir-khan

Post on 13-Dec-2015

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato Spontan 2

14Arahan : Salin semula teks pidato di bawah.

PIDATO

Terima kasih Pengacara majlis, Barisan Panel Hakim yang arif dan menegakkan panji keadilan , Guru-guru yang dikasihi serta warga dewan yang budiman.Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Tajuk pidato spontan saya ialah “ KESYUKURAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA”

Hadirin sekalian,

Alhamdulillah kita bersyukur di atas segala nikmat dan rahmatnya yang telah memberikan kita kesempatan hidup di negara yang aman dan damai. Semoga dengan pemberian nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t ini menjadikan kita hamba yang dikasihi dan bersyukur kepadanya.

Kata kunci saya yang pertama , ketaatan dan kepatuhan kepada pemerintah. Inilah Malaysia, negara kita. Tanah tumpah darah kita. Sebagai warganegara yang baik kita hendaklah taat dan patuh kepada pemerintah. Pemerintah yang baik menjamin kesejahteraan negara. Oleh itu, kita bersyukur kerana negara kita dalam keadaan yang aman.

Kata kunci kedua, perpaduan antara kaum menjamin kesejahteraan negara. Kita bersyukur kerana kita boleh hidup aman dan damai dengan pelbagai kaum. Tiada pergaduhan, tiada pembunuhan. Ini kerana negara kita ada rasa hormat menghormati dan toleransi antara kaum.

Kata kunci ketiga, Semangat cintakan negara menjana kehidupan yang harmoni. Semangat cintakan negara pada setiap warganegara perlu ada demi menjamin kemakmuran dan keamanan negara. Kita perlu menghormati jalur gemilang,menghormati lagu kebangsaan dan menghayati rukun negara .

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya , saya ingin menegaskan bahawa “ Kesyukuran kita Sebagai rakyat Malaysia ” berfokuskan kepada kata kunci yang dihuraikan tadi. Sekian , terima kasih.