pidato kakngah.docx

4
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan kerana ingin bermimpi, tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Budi Bahasa Memartabatkan Bangsa. Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Manakala frasa memartabatkan membawa maksud menjadikan sesuatu bermartabat( berkedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat ). Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Secara konotosinya Bahasa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri. Yang kurik itu kundi. Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Upload: fazilawatidaud

Post on 10-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Budi Bahasa Memartabatkan Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka,Bahasaditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Manakala frasa memartabatkan membawa maksud menjadikan sesuatu bermartabat( berkedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat ). SeterusnyaBangsadapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan.Secara konotosinya Bahasa Bangsa juga membawa maksudmilik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.SesungguhnyaBahasaitu menunjukkan jati diri sesuatubangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatubangsa itu sendiri.Yang kurik itu kundi.Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.Hadirin yang dihormati sekalian,Apakahwasilahterpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas BahasaKebangsaan kerana Bahasa Melambangkan Bangsa.Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan. Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat LaksamanaHangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.Warga pendengar yang budiman,

Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang kedua,

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Malaysia . Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera. Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.Bicara saya yang ketiga ialah,Peranan bahasa Melayu sebagai wadah menyatupadukan semua kaum di Malaysia.Gagasan 1 Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, apa bila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan etnik berteraskan beberapa nilai nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Gagasan ini adalah digagaskan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.Salah satu daripada isi yang termaktub dalam gagasan satu Malaysia adalah berkaitan dengan perpaduan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bahasa melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk perpaduan semua kaum di Malaysia.Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Kesimpulanya,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. BahasaKebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa dan budi bahasa memartabatkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.