pidato

3
PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Titipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato “Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara “. Sebelum kata terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan. Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara. Sidang pendengar, penggerak wawasan. Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat

Upload: azie

Post on 17-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pidato keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: PIDATO

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA KEUSAHAWANANTitipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara sekalian.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato “Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara “. Sebelum kata terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan.

Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara.

Sidang pendengar, penggerak wawasan.

Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat dilihat menerusi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat sekolah sepertimana aktiviti jualan kelab pelaburan bijak atau kelab pembangunan usahawan muda. Para pelajar yang menjadi usahawan muda sentiasa didorong untuk menjual produk baru yang belum ada di pasaran sekolah sama ada di kantin atau koperasi. Menerusi sikap inovatif dan kreatif itu juga usahawan muda ini mampu menghasilkan kelainan dari segi pembungkusan dan pemasaran.

Dalam memenuhi citarasa pengguna, usahawan muda perlu mengambil kira 4 elemen penting dalam strategi perniagaan iaitu promosi, harga, tempat dan produk. Dengan itu, usahawan muda berpotensi meningkatkan permintaan agregat dan meluaskan pasaran hingga ke peringkat global.

Page 2: PIDATO

Tuntasnya, pembudayaan keusahawan membolehkan usahawan yang inovatif dan kreatif menggemblengkan idea dan tenaga serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada untuk kemajuan ekonomi Negara.

Sidang pendengar, pendokong kemajuan.

Indikator yang kedua, di bawah nirmala kata pemantapan budaya keusahawanan mendorong generasi muda untuk mengurus semula keuntungan dengan budaya menabung seterusnya melabur kerana budaya keusahawanan itu sendiri menerap nilai berjimat-cermat dan sediakan payung sebelum hujan.

Usahawan muda yang berjaya mestilah bijak membuat belanjawan daripada setiap keuntungan yang diperoleh dan memperuntukkan sebahagiannya untuk tabungan. Menurut teori Ekonomi Keynes, kita menggunakan wang untuk tiga tujuan, perbelanjaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan, awasan terhadap perkara luar jangka serta spekulasi atau pelaburan iaitu menambah nilai wang yang sedia ada.Ahaaaa….jangan jadikan peluang pelaburan di Permodalan Nasional Berhad sebagai kos lepas.

Sidang pendengar,pejuang kecemerlangan.

Indikator yang ketiga, dibawah lembayung kata pemantapan budaya keusahawanan membentuk generasi muda yang berfikiran jauh, berani menghadapi risiko serta kuat jati diri. Kata orang, kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Keberanian golongan muda menceburkan diri dalam bidang keusahawan merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Anak pintar merupakan topik yang menarik perhatian ibu bapa, tetapi anak sebagai usahawan muda pintar jarang sekali diketengahkan sebagai landasan asas membina jati diri. Konsep melipatgandakan sumber yang ada perlu dilakukan berterusan oleh generasi muda.

Secara tidak langsung, pemantapan budaya keusahawan akan mengatasi masalah pengangguran dan meluaskan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan KDNK dan pendapatan per kapita Negara.

Sidang pendengar, harapan Negara.

Indikator saya yang keempat, pemantapan budaya keusahawanan mampu mengekang masalah ekonomi seperti mengekang inflasi dan menepati konsep guna tenaga penuh kerana pada yang sama akan memaksimumkan penggunaan sumber. Usahawan muda yang bercita-cita tinggi menganggap persaingan sebagai cabaran dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Budaya persaingan mampu meningkatkan kualiti barangan, memberi banyak pilihan serta menurunkan harga. Sebagai contoh, perniagaan menerusi internet yang bersifat interaktif kerana usahawan muda mendengar pendapat dan pandangan pengguna yang boleh diguna pakai dalam penghasilan produk.

Sidang pendengar, berpanjikan 1 Malaysia.

Page 3: PIDATO

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di sungai, ayuh kita mantapkan budaya keusahawan sebagai wawasan dan terus majukan diri, kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Pemantapan budaya keusahawanan mampu memacu kecemerlangan ekonomi Negara pada marcapada ini.

Sekian, Assalamualaikum.