piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
TRANSCRIPT
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 1/21
PIAWAIAN KOMPETENSI KEBANGSAAN
PRAKTIS KERJA SOSIAL
DI MALAYSIA
APRIL 2010
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 2/21
- 1 -
BAHAGIAN I - KERJA SOSIAL DAN KOMPETENSI
Definisi Kerja Sosial
Mesyuarat Agung Persekutuan Antarabangsa Pekerja Sosial
(International Federation of Social Workers) pada Julai 2000
mendefinisikan kerja sosial sebagai satu profesion yang menggalakkan
perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan
serta memperkasa individu dalam mengecapi kesejahteraan hidup.Penggunaan teori-teori tingkah laku manusia dan sistem sosial
membolehkan kerja sosial melaksanakan intervensi apabila manusia
berinteraksi dengan persekitarannya. Prinsip hak asasi manusia dan
keadilan sosial adalah asas kepada kerja sosial.
(IFSW, Ethics Statement, 2004, m.s.1)
Kerja sosial menangani halangan, ketidaksamarataan dan ketidakadilan
yang wujud dalam masyarakat. Kerja sosial bertindak balas terhadap
krisis dan kecemasan serta masalah sosial dan peribadi. Intervensi kerja
sosial merangkumi proses psikososial yang memfokuskan individu
sehingga kepada penglibatan dalam pembentukan dasar, perancangan
dan pembangunan sosial. Intervensi kerja sosial merangkumi
kaunseling, kerja sosial klinikal, kerja kumpulan, pedagogi sosial,
rawatan dan terapi keluarga serta usaha untuk membantu individu
mendapat perkhidmatan dan sumber-sumber dalam komuniti.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 3/21
- 2 -
Pekerja sosial profesional bertanggungjawab untuk menyampaikan
perkhidmatan bagi memenuhi kebajikan dan keperluan diri manusia;
untuk membangun dan menggunakan pengetahuan saintifik berkaitandengan tingkah laku manusia dan masyarakat secara berdisiplin; untuk
membangun sumber bagi memenuhi keperluan dan aspirasi individu,
kumpulan, negara dan antarabangsa; untuk meningkat dan menambah
baik kualiti hidup manusia; dan bagi mencapai keadilan sosial.
Keperluan Kompetensi Kerja Sosial Di Malaysia
Perubahan besar telah dialami di seluruh dunia di mana berlakunya
peningkatan pengiktirafan terhadap kepentingan praktis kerja sosial
yang profesional bagi memenuhi keperluan klien. Kesedaran terhadap
kepentingan ini telah wujud kerana dua sebab yang saling berkait.
Pertama kerana perkembangan signifikan dalam perkhidmatan
kemanusiaan yang profesional, serta masalah individu dan masalah
sosial yang berlaku dalam masyarakat. Penyediaan perkhidmatan
kemanusiaan di dalam masyarakat kini dianggap sebagai satu keperluan
dan respons kepada keperluan individu, keluarga dan komuniti.
Kehidupan moden yang semakin kompleks memberi makna bahawa ahli
masyarakat sedang berhadapan dengan cabaran bukan sahaja
terhadap diri dan kesejahteraan keluarga, tetapi juga terhadap komuniti
serta masyarakat yang mereka tinggal.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 4/21
- 3 -
Cabaran yang dihadapi oleh individu dan masyarakat boleh dilihat dari
dua aspek yang berikut:
• Masalah kehidupan harian – masalah dalam kehidupan harian
berkaitan dengan masalah untuk mendapatkan sumber
(di peringkat intra dan inter) bagi memperolehi penjagaan,
keselamatan dan kesejahteraan sama ada bagi diri sendiri atau
individu lain.
• Masalah dunia moden – masalah yang berkaitan dengan perasaan
diasingkan, dipencilkan, tidak selamat dan rasa takut sama ada
sebagai ahli dalam masyarakat sendiri atau dalam komuniti
antarabangsa.
(Woodside & McClam, ms. 8-9, 2002)
Seseorang individu tidak lagi boleh menganggap bahawa keluarga, adik-
beradik, jiran dan komuniti berupaya dan bersedia menolong mereka
apabila menghadapi masalah atau krisis. Mereka juga tidak boleh
menganggap bahawa persekitaran yang mereka tinggal adalah selamat
dan terjamin dari segi sosial, ekonomi dan politik. Keluarga, jiran dan
komuniti juga mengalami pelbagai perubahan dan berada dalam
keadaan tertekan. Tekanan ini terhasil dari peluang mencari sumber
ekonomi, pekerjaan baru, pendidikan dan gaya hidup yang lebih baik.
(Meemeduma, 2002)
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 5/21
- 4 -
Pada zaman moden kita dapat melihat pengurangan sektor penjagaan
tidak formal secara tradisional daripada keluarga, saudara mara dan
komuniti sebagai respon kepada peningkatan masalah individu danmasyarakat yang semakin kompleks. Akibatnya terdapat peningkatan
ekspektasi dalam kebanyakan masyarakat bahawa Kerajaan
bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berkenaan atau
membiayai badan bukan kerajaan untuk menyediakannya.
(Mehr, 1998)
Kedua, dengan perkembangan penyediaan perkhidmatan kemanusiaan
yang profesional, pekerja sosial yang tidak kompeten dalam memenuhi
keperluan klien akan meningkatkan risiko kemudaratan kepada klien.
Individu yang memerlukan atau ingin mendapatkan perkhidmatan
daripada pekerja sosial sering berada dalam keadaan tidak upaya untuk
memastikan mereka memperolehi perkhidmatan profesional yang
sepatutnya. Klien dalam keadaan sedemikian mungkin tidak mempunyai
pengetahuan yang mencukupi untuk mengetahui apa perkhidmtan yang
sepatutnya mereka terima. Mereka juga tidak mempunyai keupayaan
yang mencukupi untuk berunding bagi mendapatkan perkhidmatan yang
lebih baik. Lantaran itu, klien mungkin akan mendapat perkhidmatan
daripada pekerja sosial yang tidak kompeten dan ini mungkin
merumitkan lagi masalah yang mereka hadapi.
Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial yang jelas
diperlukan sebagai penanda aras bagi mengawal praktis dan
perkhidmatan yang diberikan. Penanda aras ini akan membolehkan
Malaysia membangun dan melaksanakan protokol dan prosedur yang
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 6/21
- 5 -
berkesan bagi memantau praktis, menangani ketidakpuasan dan aduan
serta menilai perkhidmatan yang diberikan.
Piawaian kompentensi ini memberi peluang kepada Malaysia untuk
memartabatkan profesion, praktis dan hasil kerja sosial yang lebih telus
dengan:-
• Menguraikan komponen yang menjadi fokus dalam praktis –
menjelaskan semua komponen kerja yang sepatutnya dijalankan
oleh seseorang pekerja sosial;
• Mengenal pasti peranan pekerja sosial dalam menangani masalah
individu dan sosial – menggaris dan menjelaskan peranan pekerja
sosial dalam sistem perkhidmatan kemanusiaan;
• Mengenal pasti nilai, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh pekerja sosial untuk menangani masalah klien dengan
berkesan mengikut kesesuaian;
• Menjelaskan tahap peranan dan kemahiran kepakaran yang
diperlukan oleh pekerja sosial untuk menangani masalah individu
dan sosial yang berbeza dalam masyarakat; dan
• Menyediakan struktur untuk membentuk penilaian berasaskan
bukti dan pengurusan prestasi institusi pendidikan kerja sosial dan
kaitannya dengan keupayaan institusi untuk mengajar dan melatih
pekerja sosial yang kompeten.
(Meemeduma, 2002)
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 7/21
- 6 -
Mengenal pasti dengan jelas kompetensi dalam semua bidang
praktis, khususnya kerja sosial akan memberi beberapa kelebihan
yang penting kepada kerajaan, pertubuhan, komuniti dan pengamaldi Malaysia seperti berikut:
• menerangkan fungsi, piawaian dan kepakaran yang
diharapkan daripada pekerja sosial;
• mengukur/menilai segala ‘usaha kerja’ yang dilakukan oleh
pekerja sosial;
• memberi panduan berkaitan 'input' (pendidikan dan
pembangunan profesional) yang diperlukan untuk
menjalankan tugas selepas mendapat ijazah;
• menentukan kesesuaian dan keberkesanan hasil kerja
berhubung dengan keperluan individu dan masyarakat; dan
• menyediakan satu peraturan untuk diri, profesion dan masyarakat
mengenai kerja sosial.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 8/21
- 7 -
BAHAGIAN II - KOMPETENSI
Keupayaan Pekerja Sosial yang Kompeten
Pekerja sosial yang kompeten di Malaysia boleh dinilai melalui
keupayaan berikut:
• menjalankan tugasnya berasaskan kepada nilai yang terkandung
dalam kod etika profesional;
• “berfikir” secara konseptual tentang fenomena individu dan
masalah sosial yang dibawa untuk perhatian;
• mengakses dan menggunakan pengetahuan kerja sosial untuk
memahami permasalahan yang berkaitan.
• memilih dan mengaplikasikan pengetahuan profesional yang
bersesuaian dan berkesan dalam menangani masalah individu
dan sosial yang berkaitan.
• mengenal pasti dan menimbangkan beberapa alternatif ke arah
mencapai penentuan situasi yang profesional tentang individu dan
masalahnya.
• mereka bentuk objektif dan strategi perancangan intervensi yang
sesuai berasaskan pengetahuan kerja sosial.
• melaksanakan pelan intervensi dengan menggunakan kemahiran
kerja sosial yang bersesuaian dan berkesan; dan
• mengkaji dan membuat refleksi tentang praktis bagi menyediakan
pembelajaran profesional dan hala tuju praktis masa hadapan.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 9/21
- 8 -
Piawaian Kompetensi
Malaysia mengamalkan sepuluh piawaian kompetensi praktis kerjasosial. Enam daripadanya merupakan kompetensi generik dan empat
kompetensi spesifik. Kompetensi generik adalah kompetensi asas bagi
semua profesional dalam sektor perkhidmatan kemanusiaan, manakala
kompetensi spesifik diperlukan oleh semua pengamal kerja sosial.
Kesemua kompetensi tersebut adalah:
Enam Kompetensi Generik:
1. Tingkah Laku Beretika
2. Komunikasi Interpersonal
3. Refleksi Kognitif dan Pemikiran Kreatif
4. Penyelesaian Masalah
5. Pengurusan Tugas
6. Keupayaan Kepimpinan
Empat Kompetensi Spesifik:
1. Keupayaan bekerja dengan individu, keluarga, kumpulan, komuniti
dan organisasi dengan menggunakan nilai, pengetahuan,
kemahiran dan kaedah intervensi kerja sosial.
2. Keupayaan bekerja mengikut etika kerja sosial.
3. Keupayaan bekerja secara profesional dalam seting organisasi.
4. Keupayaan membuat refleksi praktis secara profesional.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 10/21
- 9 -
Enam Kompetensi Generik:
KompetensiGenerik 1
Sub-Kompetensi
Tingkah Laku
Beretika
1.1 Keupayaan untuk menyedari dan
mengambil kira pegangan moral orang
lain.
1.2 Keupayaan untuk mengenal pasti danmengaplikasi penaakulan moral
(baik/tidak baik, betul/salah, kemudaratan
minimum/ kebaikan maksimum) - tanpa
menghukum atau meletakkan nilai kendiri
terhadap orang lain.
1.3 Keupayaan mengenal pasti bagaimana
untuk mengaplikasi kepercayaan moral
dalam kehidupan sendiri dan orang lain.
1.4 Keupayaan mempelajari dan memahami
kod etika profesional.
1.5 Kebolehan mengaplikasikan kod etika
profesional dalam praktis.
Tingkah laku beretika adalah asas kompetensi bagi semua praktis
profesional. Keupayaan menghormati orang lain sebagai insan yang
patut diberi penghormatan merupakan prasyarat dalam semua praktis
perkhidmatan kemanusiaan. Kesediaan untuk menzahirkan rasa hormat
dalam interaksi praktis perkhidmatan kemanusiaan adalah penting
dalam memandu praktis yang beretika.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 11/21
- 10 -
KompetensiGenerik 2
Sub-Kompetensi
Komunikasi
Interpersonal
2.1 Keupayaan berinteraksi dengan orang lain
secara bertujuan dan penuh rasa hormat.
2.2 Kebolehan mengenal pasti peranan dan
sumbangan pihak lain dalam
berkomunikasi.
2.3 Kebolehan menggunakan strategi
komunikasi lisan dan tulisan secara
profesional.
Kompetensi berkomunikasi dengan pihak lain melalui kaedah lisan dan
tulisan merupakan prasyarat bagi semua kakitangan dalam
perkhidmatan kemanusiaan. Hampir kesemua tugas dalam
perkhidmatan kemanusiaan dijalankan melalui medium komunikasi.
Keupayaan profesion kerja sosial untuk mencapai objektif perubahan
terhadap individu, keluarga, komuniti dan masyarakat hanya boleh
berlaku melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 12/21
- 11 -
KompetensiGenerik 3
Sub-Kompetensi
Refleksi Kognitif
dan Pemikiran
Kreatif
3.1 Keupayaan menggunakan kemahiran
kognitif berasaskan konseptual.
3.2 Kemampuan mengguna pakai idea-idea
yang abstrak.
3.3 Kemampuan merubah pemikiran abstrak
kepada yang konkrit dan sebaliknya.
3.4 Kemampuan menimbang dan
mengintegrasi pelbagai idea konseptual.
3.5 Keupayaan membentuk dan berhujah
secara logik dan munasabah.
3.6 Kemampuan menimbang pelbagai idea ke
arah mencapai satu kesimpulan yang logik.
Refleksi kognitif dan pemikiran kreatif adalah kompetensi utama yang
perlu ada pada semua pengamal profesional. Keupayaan untuk berfikir
secara kognitif dan kreatif merupakan ciri utama dalam pendidikan dan
praktis profesional. Refleksi kognitif membolehkan pengamal membuat
pertimbangan terhadap sesuatu fenomena dalam memandu
pemahaman dan intervensi masa hadapan. Semua profesional mesti
mempunyai kompetensi asas di dalam penaakulan abstrak secara
konseptual dan logik.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 13/21
- 12 -
KompetensiGenerik 4
Sub-Kompetensi
Penyelesaian
Masalah
4.1 Kemampuan mengenal pasti dan membuat
penentuan masalah dengan tepat.
4.2 Kemampuan mengenal pasti beberapa
komponen masalah dan hubung kait di
antara komponen tersebut.
4.3 Kemampuan mengenal pasti dan
menimbang pelbagai strategi penyelesaian
masalah.
4.4 Kemampuan mengaplikasi keputusan
dalam menyelesaikan masalah.
4.5 Kemampuan mengkaji semula strategi
penyelesaian masalah, penentuan situasi
dan intervensi.
4.6 Keupayaan menggunakan pengetahuan
untuk membimbing dalam menentukan
situasi penyelesaian masalah dan
intervensi.
Individu, keluarga dan komuniti tidak terlepas daripada terdedah kepada
pelbagai masalah. Klien mungkin mengalami tekanan atau mempunyai
limitasi dalam keupayaan menyelesaikan masalah. Justeru, kecekapan
untuk memahami latar belakang permasalahan dan cara
penyelesaiannya adalah penting dalam memberi perkhidmatan
kemanusiaan yang cekap.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 14/21
- 13 -
KompetensiGenerik 5
Sub-Kompetensi
Pengurusan Tugas 5.1 Keupayaan mengenal pasti tugas yang
timbul daripada praktis.
5.2 Kebolehan menetapkan tugas mengikut
keutamaan.
5.3 Kemampuan untuk merancang intervensi
dan melaksanakan strategi.
5.4 Kebolehan mengkaji semula serta belajar
dari tugas yang dirancang dan pendekatan
yang dilaksanakan.
Pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan tugas adalah
penting bagi pengurusan dan tatacara praktis profesional. Kompetensi
untuk menentukan tugas dari persekitaran kerja adalah penting bagi
mencapai hasil praktis dalam seting kerja yang mendesak dan
kompleks. Pelaksanaan tugas ini perlulah melalui pengurusan kerja
yang strategik.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 15/21
- 14 -
KompetensiGenerik 6
Sub-Kompetensi
Keupayaan
Kepimpinan
6.1 Memahami peranan kepimpinan dalam
penyampaian perkhidmatan kemanusiaan.
6.2 Kebolehan menjana peranan sebagai
pemimpin sebagaimana yang diperlukan
dalam praktis.
6.3 Berperanan sebagai pemimpin yang rela
bekerjasama dan saling menghormati
orang lain.
6.4 Kemampuan membimbing orang lain untuk
berperanan sebagai pemimpin.
Individu yang berperanan profesional dalam perkhidmatan kemanusiaan
perlu bersedia melaksana dan menunjukkan kemampuan bertindak
sebagai pemimpin dalam perhubungan dengan pengguna perkhidmatan,
rakan sekerja dan pihak pengurusan. Pengguna perkhidmatan berjumpa
pekerja profesional ini bagi mendapatkan bimbingan, sokongan dan
kepimpinan berkaitan dengan isu kebimbangan mereka. Majikan
melantik seorang pengamal profesional dengan harapan beliau
berupaya memimpin hala tuju praktis, pentadbiran dan penggubalan
dasar. Kebolehan sebagai pemimpin yang saling menghormati,
bekerjasama (kolaboratif) dan membina rapo yang menyakinkan
merupakan kompetensi profesional yang amat berguna.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 16/21
- 15 -
Empat Kompetensi Spesifik
KompetensiSpesifik 1
Sub-Kompetensi
Keupayaan bekerja
dengan individu,
keluarga,
kumpulan,
komuniti dan
organisasi dengan
menggunakan
nilai, pengetahuan,
kemahiran dan
kaedah intervensi
kerja sosial.
1.1 Menentukan situasi bermasalah, mengurus
dan membuat intervensi kes secara jelas
dan logik.
1.2 Praktis berdasarkan pendirian nilai yang
jelas.
1.3 Menggunakan pengetahuan kerja sosial
sebagai panduan untuk penaakulan praktis
dan intervensi perkhidmatan.
1.4 Melibatkan pengguna perkhidmatan dan
pihak berkepentingan dalam perancangan
dan penyampaian perkhidmatan.
1.5 Melaksanakan intervensi secara
bersesuaian dalam menangani
ketidaksamarataan komuniti dan sosial.
1.6 Bekerja dengan mematuhi prinsip
kerahsiaan dalam pemberian
perkhidmatan.
1.7 Bekerja dengan sistem dalaman dan antara
agensi untuk memudahkan penyampaian
perkhidmatan.
1.8 Menggunakan komunikasi interpersonal
secara bersesuaian.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 17/21
- 16 -
1.9 Menggunakan refleksi dan seliaan dalam
praktis.1.10 Menjalankan praktis secara profesional.
Seorang pekerja sosial yang kompeten mesti memahami dan berupaya
mengaplikasikan semua elemen praktis kerja sosial yang penting dalam
proses “mengkaji, mendiagnosa, merawat dan menilai”. Elemen ini
merujuk kepada nilai, pengetahuan, kemahiran dan kaedah intervensi
kerja sosial.
Nilai bertindak sebagai asas dan titik rujukan untuk pekerja sosial
semasa mereka memberi respon kepada persaingan hak,
tanggungjawab dan kehendak dalam praktis profesional. Nilai memberi
kesan kepada setiap fasa dalam praktis kerja sosial kerana ia memberi
impak terhadap nilai dan maruah individu dan komuniti. Ia juga memberi
impak terhadap keyakinan dan kepercayaan individu dan komuniti
terhadap pekerja sosial, serta piawaian peribadi dan tatacara profesional
pekerja sosial.
Pengetahuan merangkumi teori dan model yang sah, konsep dan
generalisasi dalam bidang kerja sosial dan sains sosial yang berkaitan.
Untuk bekerja secara cekap dan berkesan, pekerja sosial memerlukan
tiga komponen pengetahuan: (i) pengetahuan tentang pengalaman dan
konteks klien, (ii) pengetahuan bagi membantu dalam perancangan
intervensi yang bersesuaian, serta (iii) pengetahuan tentang konteks
perundangan, dasar, prosedur dan organisasi.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 18/21
- 17 -
Kemahiran adalah terjemahan nilai dan pengetahuan dalam melahirkan
tindakan yang berkesan untuk mencapai hasil intervensi yang
dikehendaki. Seorang pekerja sosial biasanya berhadapan dengansituasi yang kompleks dan pengalaman manusia yang rumit, yang
memerlukan mereka bekerja dengan kepelbagaian dan perbezaan isu
kemanusiaan. Oleh kerana itu, kerja sosial adalah suatu bidang yang
memerlukan kemahiran amat tinggi.
Kaedah intervensi membolehkan proses perubahan dan kawalan
sesuatu tingkah laku atau situasi yang tidak boleh diterima. Kaedah
yang dipilih akan menentukan hasil intervensi yang biasanya bertujuan
mencari penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah dan
cabaran.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 19/21
- 18 -
KompetensiSpesifik 2
Sub-Kompetensi
Keupayaan bekerja
mengikut etika
kerja sosial
2.1 Praktis mengikut kerangka nilai kerja sosial.
2.2 Praktis mengikut Kod Etika Kerja Sosial.
2.3 Mengenal, menghargai dan mengambil kira
kepelbagaian dan perbezaan.
2.4 Menggunakan kerangka nilai bagi membuat
refleksi dan memandu praktis.
Kod Etika Kerja Sosial mencerminkan falsafah profesion dan memberi
satu garis panduan tatacara yang tepat. Kod etika boleh menyokong
pekerja sosial membuat keputusan terutamanya apabila berdepan
dengan dilema etika dalam praktis. Pematuhan kepada kod etika
membolehkan pekerja sosial mengawal diri dan dilindungi daripada
dakwaan (litigasi) salah laku.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 20/21
- 19 -
KompetensiSpesifik 3
Sub-Kompetensi
Keupayaan bekerja
secara profesional
dalam seting
organisasi
3.1 Menggunakan pengetahuan tentang dasar,
struktur, protokol dan prosedur organisasi.
3.2 Komited kepada organisasi dan misi
perkhidmatan.
3.3 Mengendalikan diri secara profesional dan
berkesan dalam organisasi.
3.4 Mengatur dan mengurus kerja dalam
organisasi secara profesional.
3.5 Menyumbang kepada misi, rancangan dan
pelaksanaan perkhidmatan organisasi
secara bersesuaian dan bertanggungjawab.
Pekerja sosial yang bekerja dalam mana-mana organisasi perlu
memahami secara komprehensif dan memberi komitmen kepada
struktur, proses, dasar dan misi perkhidmatan. Dengan itu, pekerja
sosial akan berupaya menyumbang kepada matlamat organisasi secara
kompeten dan bertanggungjawab.
7/23/2019 piawaian_kompetensi_kebangsaan_praktis_kerja_sosial_dimalaysia.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/piawaiankompetensikebangsaanpraktiskerjasosialdimalaysiapdf 21/21
20
KompetensiSpesifik 4
Sub-Kompetensi
Keupayaan
membuat refleksi
praktis secara
profesional
4.1 Memahami peranan diri dalam praktis kerja.
4.2 Memahami budaya, gender, bangsa, kelas,
etnik, agama, umur, gaya hidup, serta
perbezaannya antara diri sendiri dengan
individu lain.
4.3 Kebolehan membezakan sempadan antara
profesional dengan sempadan peribadi
dalam praktis.
4.4 Membuat refleksi terhadap praktis diri dan
menggunakan refleksi ini dalam memandu
praktis masa hadapan.
Keupayaan untuk membuat refleksi terhadap tindakan, pemikiran dan
emosi diri dari semasa ke semasa merupakan prasyarat dalam praktis
profesional. Seorang pekerja sosial yang kompeten mesti mempunyai
celik akal dan kefahaman yang mendalam terhadap nilai, persepsi dan
prasangka diri sendiri dan orang lain. Pekerja sosial juga perlu
memahami bagaimana kesemua ini boleh mempengaruhi praktis.
Refleksi juga merupakan keperluan etika untuk membolehkan seorang
pekerja sosial memperolehi celik akal dan pengetahuan yang lebih
mendalam untuk menilai dan menambah baik praktis.
Bahagian Perancangan dan PembangunanJabatan Kebajikan Masyarakat