piagam madinah

Upload: mashita-mahadi

Post on 10-Mar-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ctu

TRANSCRIPT

Penghargaan Bismillahirahmanirahim Alhamdullilah, rasa syukur diuntaikan ke atas Allah Rabbul Izza dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Ustazah Anisah bt Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang terkurang. Sesungguhnya kami seisi kelas saling membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang diutarakan. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih. Semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan.Segala kekurangan di dalam tugasan ini saya mohon maaf dari pihak tuan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan yang ada itu datangnya dari pihak kami sendiri.

Pendahuluan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya . Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia dari Nya , kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain dalam mengumpul bahan dan maklumat untuk menjadikan kertas kerja ini sesempurna ini . Seterusnya , tak lupa juga kepada pensyarah saya, Ustazah Anisah bt Ibrahim yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna . Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu " Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia Tiang Hubungan Etnik" , skop penulisan kami

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian.

Pengenalan Ketika Rasullah SAW beserta kaum Muslimin baik dari Muhajirin dan Ansar telah membangunkan sebuah masyarakat baru di Madinah. Pada masa yang sama sekelompok bukan Islam (Yahudi) juga telah menetap di kota Madinah. Demi menjaga kestabilan masyarakat dan keamanan Madinah, Rasullah SAW memandang perlu unuk menetapkan perjanjian yang akan mengikat sesama kaum Muslimin dan juga kaum Yahudi [footnoteRef:1] [1: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1) ]

Piagam Madinahtelah dibuat olehNabi Muhammad s.a.w.pada tahun 622M bersamaan tahun pertamaHijrah. Piagam Madinah merupakan perlembagaanbertulis pertama di dunia. Piagam Madinah diperkenalkan sebagai perjanjian yang menjelaskan dan menetapkan tentang hak-hak dan kewajiban anggota masyarakat Madinah. Setiap elemen masyarakat yang ada di Madinah diperlakukan secara adil dan baik. Selain itu Piagam Madinah juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskanSyariat Islambagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum [footnoteRef:2]. Rasulullah SAW merupakan ketua Negara Madinah dan Nabi Muhammad Saw memerintah Madinah berasaskan Piagam Madinah. Piagam Madinah meletakkan Al-Quran sebagai sumber tertinggi Negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. [footnoteRef:3]. [2: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968] [3: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1) ]

Rasullah SAW telah merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan berasaskan norma-norma masyaratkat ketika itu. Beliau mengambil tiga langkah untuk membentuk Piagam Madinah. LANGKAH PERTAMA Rasullah telah mendirikan sebuahmasjidsebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

LANGKAH KEDUA Untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin bagi mewujudkan persefahaman.

LANGKAH KETIGA Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Tujuan Sebagaimana yang kita ketahui, Piagam Madinah digubal oleh Rasulullah SAW selepas baginda dan kaum Muhajirin berhijrah dari Mekah ke Madinah. Perlembagaan yang diiktiraf sebagai perlembagaan bertulis pertama ini bukanlah sengaja digubal tanpa sebab dan visi yang jelas sebaliknya Baginda mempunyai pelbagai tuju serta agenda di sebalik piagam ini seperti yang tercatit di bawah : Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga diMekah.[footnoteRef:4] [4: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968]

Isi Kandungan Piagam 1. Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara, ketua hakim, dan ketua agamaPeranan penting fasal tersebut adalah pengiktirafan Nabi Muhammad SAW mempunyai kewibawaan dalam pentadbiran Kerajaan Madinah. Sebarang masalah yang dihadapi oleh warga Madinah tanpa mengira bangsa dan agama mestilah dirujuk kepada Baginda untuk masalah mereka sendiri. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda.

2. Setiap kaum harus bertanggungjawab mempertahankan madinah. Peranan fasal tesebut adalah membolehkan Nabi Muhammad SAW memboleh mengambil tindakan menyingkirkan sebarang pihak yang mengkhianati fasal ini atau bertindak membahayakan keselamatan negara. Contohnya, Nabi Muhammad SAW berjaya menghalaukan golongan Yahudi berdasarkan fasal ini apabila mereka telah membelot semasa Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak atau Azhab.

3. Memjaminkan kebebasan agama di Madinah.Peranan penting fasal tersebut sebagai langkah pengelakan permusuhan sesama masyarakat kerana tidak ada kerasulam dalam penganutan agama. Nabi Muhammad SAW menjamin kebebasan agama dengan membenarkan penganut agama beribadat secara bebas. Ini terus mengakibatkan lebih ramai penganut-penganut Islam menyebar dan berdakwa secara bebas.4. Menerangkan konsep persamaan dan keadilan dari sudut ekonomi.Peranan fasal ini dapat mengelakan eksploitasi ekonomi dan monopoli oleh satu-satu golongan sahaja. Fasal tersebut menyeimbangkan jurang perbezaan dan mengelak penindasan ke atas golongan miskin. Semua penduduk diberi hak dan boleh mengamalkan aktiviti ekonomi secara adil dan saksama. Aktiviti perdagangan misalnya tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi sahaja. Ini mewujudkan pembangunan ekonomi yang akhirnya menjadikan madinah sebagai pusat perdagangan setanding Makkah pada ketika itu.[footnoteRef:5] . [5: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1) ]

Prinsip Al-QurandanSunnahadalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan Negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukumanQisasdan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.[footnoteRef:6] [6: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968]

47 Fasal Piagam Madinah Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal : 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umatIslamsesama umat Islam iaitu antaraAnsardanMuhajirin. 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaituYahudi.

Rajah 1 Piagam Madinah

Fasal 1Dengan namaAllahyang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dariQuraisydengan pendudukYathribdan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.[1]Fasal 2Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.Fasal 3Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka: mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.Fasal 4Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 5Bani al-Harith (dari Yathrib Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 6Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 7Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 8Bani al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 9Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 10Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 11Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.Fasal 12a) Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.b) Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.Fasal 13Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.Fasal 14Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.Fasal 15Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.Fasal 16Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.Fasal 17Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.Fasal 18Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.Fasal 19Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.Fasal 20a)Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.b)Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)Fasal 21Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. Fasal 22Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.Fasal 23Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.Fasal 24Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperangFasal 25Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiriFasal 26Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 27Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 28Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 29Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.Fasal 30Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 31Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.Fasal 32Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Thaalabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Thaalabah)Fasal 33Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.Fasal 34Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.Fasal 35Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.Fasal 36a) Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.b) Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37a) Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.b) Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.Fasal 38Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perangFasal 39Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini. Fasal 40Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.Fasal 41Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.Fasal 42Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinyaFasal 43Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.Fasal 44Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.Fasal 45Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).Fasal 46Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukandosakerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.Fasal 47Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.[footnoteRef:7] [7: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968]

Kandungan Piagam Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal. 23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi. Antara kandungannya ialah:1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

Penyatuan Masyarakat Plural Telah jelas menurut sejarah bahawa Nabi Muhammad saw telah berusaha untuk membangunkan Islam selama 13 tahun di kota Makkah. Disebabkan pelbagai kacau yang tidak pernah sekali pon bertambah reda malah semakin tegang dan kacau, Nabi akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Setelah sampai di Madinah, maka beliau beserta kaum muslimin yang lainnya hidup bertetangga baik dengan kaum Yahudi di Kota Madinah. Perlu diketahui bahawa sebelum Nabi Muhammad sendiri sampai di tempat hijrahnya, penduduk Madinah sendiri telah mendengar dan mengenal perihal peribadi dan kemasyhuran Nabi. Bukan itu sahaja, mereka juga telah mendengar dan mengenal perihal peribadi dan kemasyhuran Nabi. Juga mereka telah mengenal atau mendengar tentang kejujuran, kebersihan hati Nabi, gelarannya sebagai orang yang terpercaya ( al-Amin), tidak pernah minum arak, tidak pernah melakukan perbuatan yang melanggar susila dan semua akhlak atau pernagai mulia yang beliau miliki, semua itu telah didengar sendiri oleh Kepala-kepala Suku dan penduduk Madinah. Maka disebabkan itulah sesampainya baginda di Madinah, baginda terus dilantik sebagai pemimpin kota itu. Perlantikan ini dilaksanakan setelah mendapat kata sepakat penduduk Madinah yang berlainan kabilah dan setiap kabilah ini diwakili oleh Kepala Suku.[footnoteRef:8] [8: Umar Hasyim, Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Islam sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama, 1979 (Edisi 1)]

Masyarakat Madinah terdiri dari pelbagai bangsa, etnik, agama, bahasa dan budaya (masyarakat pluraliti). Kaum Yahudi yang berada di Madinah dibahagikan kepada tiga suku yang terdiri dari kabilah Quraizah (Bani Quraizah), Bani Nadhir dan Bani Qainuqa. Walaupun kepimpinan Nabi ke atas Kota Madinah telah diakui sejak saat awal Baginda menjejakkan kaki ke Madinah, kaum Yahudi kemudiannya telah memusuhi Nabi Muhammad dan orang-orang Islam lainnya. Baginda akhirnya berjaya untuk menyatupadukan mereka dengan mewujudkan perpaduan di bawah payung persaudaraan Islam atau ukhuwah Islami. [footnoteRef:9] [9: Umar Hasyim, Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Islam sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama, 1979 (Edisi 1)]

Permusuhan dari kaum Yahudi ini bukan kerana kebodohan dan tidak mengerti apa yang ingin disampaikan Rasulullah sebagaimana kaum Quraisy di Madinad dahulu tetapi mereka berbuat demikian kerana sifat dengki dan iri hati. Mereka sebenarnya faham akan kerasulan Muhammad bahkan mereka mempercayai dan mengimankan Muhammad sebelum Muhammad lahir lagi. Atas sebab inilah mereka telah mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenali anak meraka sendiri walaupun sebelum Muhammad menjejakkan kaki ke Kota Madinah. Mereka iri hati kerana nabi akhir zaman ini tidak muncul dari kalangan mereka atau dari bangsa Yahudi tetapi bangsa Arab (QS 2:90). Sedangkan sebelum Muhammad dating, bila sekali mereka bertengkar atau bermusuhan dengan kaum kafir yang menolak agama mereka, mereka senantiasa mengharap-harap kedatangan Muhammad kerana nabi akhir zaman ini akan menjelas dan membenarkan agama mereka. Sebab lain penolakan mereka secara tiba-tiba terhadap Muhammad adalah kerana mereka khuatir akan kehilangan kewibawaan dan mata pencarian sebab mereka (para pemimpin Yahudi yang terdiri dari kaum pendeta itu) hidup dari sistem kependetaan tersebut. [footnoteRef:10] [10: Umar Hasyim, Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Islam sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama, 1979 (Edisi 1)]

Di bawah payung persaudaraan Islam atau ukhuwah Islami, baginda telah berjaya menyatu padukan antara orang Islam dengan orang Islam (Muhajirin dan Ansar), menyatu padukan antara orang Islam dan bukan Islam selain dapat menyatu padukan orang-orang yahudi sesama Yahudi.[footnoteRef:11] Tindakan ini adalah untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni di Madinah di mana semua golongan harus berdampingan secara damai, dalam suasana persahabatan dan penuh ketenteraman. Ini secara tidak langsung akan dapat menjamin kedamaian di kota ini. [11: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1)]

Seterusnya, dalam usaha baginda untuk mewujudkan kehidupan yang rukun dan tertib di Madinah telah menggubal perlembagaan (sahifah) Madinah yang mengandungi 47 perkara- 23 perkara berkaitan orang Islam dan 24 perkara berkaitan dengan orang bukan Islam. Antara isi penting dalam PerlembagaanMadinah dalam konteks hubungan etnik termasuklah isu-isu seperti sumber perundangan, Ketua Negara, syura, keselamatan, kerjasama sosial, pembangunan ekonomi, kebebasan hak asasi dan keadilan universal. Dalam konteks sumber perundangan, perlembagaan ini telah meletakkan al-Quran sebagai sumber utama Hukum. Namun begitu dalam kenyataannya baginda telah pun memutuskan bahawa apabila berlaku pertikaian antara sesama orang Islam diputuskan dengan hukum Islam, bila antara sesame orang Arab yang bukan Islam diputuskan dengan hukum adat yang berlaku pada suku yang bersangkutan, dan pertikaian antara sesame orang Yahudi akan diputuskan dengan hukum Taurat. Menyentuh konteks Ketua Negara, semua penduduk Madinah telah bersetuju dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah (bagi orang Islam) dan mengakui Nabi sebagai ketua negara (bagi non Islam). Selain itu, majlis syura juga telah menetapkan bahawa jika berlaku sesuatu permasalahan hendaklah dirujuk kepasa al-Quran dan al-Sunnah (ketertinggian al-Quran dan al-Sunnah).Mengenai isu keselamatan, setiap penduduk Madinah wajib mempertahankan Madinah dari serangan musuh sama ada musuh dalaman atau musuh luaran. Bukan itu sahaja, setiap penduduk Madinah sama ada Islam atau non-Islam hendaklah saling tolong menolong jika salah satu pihak berada dalam kesusahan. Mereka juga (Islam atau non-Islam) bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan ekonomi Madinah. Dari konteks kebebasan hak asasi, kebebasan orang-orang non-Islam dijamin di bawah kepimpinan Rasulullah SAW dengan membayar cukai jizyah (jaminan social) sama seperti hak orang Islam. Akhir sekali, konteks keadilan universal di mana dinyatakan bahawa mana-mana orang Islam yang menzalimi orang non-Islam yang taat kepada pimpinan Rasulullah dan Piagam Madinah akan dikenakan hukuman yang keras. Lapan perkara mengenai hubungan etnik yang telah digubal dalam Piagam Madinah secara tidak langsung telah berjaya membentuk Madinah sebagai sebuah Negara Islam dengan meletakkan Al-Quran sebagai sumber perundangan. Bukan itu sahaja, isu-isu seperti ini telah dapat mengintegrasikan masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai etnik (masyarakat pluralistik) di bawah paying persaudaraan Islam. Isu-isu sensitif seperti pergaduhan yang telah diperincikan terlebih dahulu ini secara tidak langsung telah dapat mewujudkan keamanan dan suasana politik yang harmoni serta stabil kerana masyarakat sudah sedia maklum di mana tempat mereka jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku maka mereka sentisa berhati-hati dan menjaga adab pergaulan sesama mereka. Akhir sekali, keadaan ini pasti akan dapat menjamin keadilan social yang holistic dan komprehensif tanpa mengira perbezaan agama, etnik, budaya, bangsa, gender dan tempat lahir.[footnoteRef:12] [12: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1)]

Aspek Persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia1. Kebebasan BeragamaPIAGAM MADINAHPERLEMBAGAAN MALAYSIA

Fasal 25(Kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin, dan mereka bebas beragama dengan agama sendiri begitu juga dengan umat Islam)[footnoteRef:13] [13: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-hal ini menjelaskan bahawa Rasulullah saw berlaku adil dalam kalangan ummah nya tanpa megira agama. (Nabi Muhammad tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam memeluk agama Islam)[footnoteRef:14] [14: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4]

Contoh:Orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran mereka sendiri. Perkara 3 Fasal (1) (Islam adalah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di mana- mana bahagian persekutuan)[footnoteRef:15] [15: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-walaupun agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi, tetapi agama lain tidak diketepikan serta boleh diamalkan secara aman dan damai. Perkara 11 Fasal (1)(Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan agamanya)[footnoteRef:16] [16: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Masyarakat boleh mengamalkan serta mengembangkan agama mereka selagi tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan. Perkara 11 Fasal (2)(Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri)[footnoteRef:17] [17: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Sistem ini menegaskan bahawa sesebuah agama tidak mempergunakan agama lain demi kepentingan agamanya sendiri. Perkara 11(3)(setiap agama berhak untuk meguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat serta meperolehi dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirnya megikut undang-undang)[footnoteRef:18] [18: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-hal ini menegaskan setiap individu bebas membangunkan agamanya selagi tidak menyalahi agama dan mengikut undang-undang. Perkara 11(4)(undang-undng negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang menganut agama Islam)[footnoteRef:19] [19: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Perlembagaan ini ditubuhkan bagi menyekat apa-apa kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam. Perkara 12(3)(Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agama sendiri)[footnoteRef:20] [20: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Perlembagaan ini ditubuhkan bertujuan mengelakkan daripada seseorang itu terpesong daripada landasan agamanya sendiri

2. Jaminan Hak Asasi KemanusianPIAGAM MADINAHPERLEMBAGAAN MALAYSIA

Fasal 16(Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada negara kita(Madinah) berhak mendapat bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum)[footnoteRef:21] [21: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4]

-hal ini menjelaskan bahawa pertolongan boleh diberikan kepada orang-orang Yahudi yang menyertai orang Islam. Fasal 20(b)(Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang-orang mukmin akan haknya)[footnoteRef:22] [22: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Fasal ini menerangkan bahawa orang Musyrik perlu berpihak kepada orang mukmin dan bukan orang Quraisy. Fasal 21(Sesiapa yang membunuh sewenang-wenangnya seorang mukmin dengan tiada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh kecuali dipersetujui oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah, namun orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya)[footnoteRef:23] [23: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-hal ini menunjukkan keadilan dalam masyarakat iaitu sesuatu kesalahan akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya. Fasal 40(Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlukan sebagai diri sendiri tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dn dosa)[footnoteRef:24] [24: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-setiap individu haruslah menyayangi orang lain sepertimana menyayangi diri sendiri supaya dapat mengelakkan diri daripada perkara-perkara mungkar. Fasal 41(Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri)-hal ini mementingkan kepentingan dan hak asasi setiap wanita. Perkara 8(1)(Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang)[footnoteRef:25] [25: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-keadilan yang sama rata dalam kalangan masyarakat tanpa berat sebelah Perkara 8(3)(Tidaklah boleh ada perbezan bagi faedah seseorang oleh sebab dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana negeri)[footnoteRef:26] [26: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-kedudukan yang sama taraf antara atasan dan juga bawahan. Perkara 8(4)(Tiada satu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab dia bermaustatin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu)[footnoteRef:27] [27: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-pihak bekuasa tidak mempunyai kuasa untuk mengabaikan sesorang atas sebab yang tidak relevan. Perkara 9(1)(Tiada seorang pun warganegara boleh di buang negeri atau ditahan masuk ke Persekutuan)[footnoteRef:28] [28: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-keistimewaan hak kewarganegaraan yang tidak boleh dikenakan tindakan sewenang-wenangnya. Perkara 9(2)(Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubung dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau peghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas ke seluruh Persekutuan dan bermaustautin di mana-mana bahagiannya)[footnoteRef:29] [29: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-setiap warganegara bebas bergerak selagi tidak melanggar undang-undang Persekutuan yang berhubung dengan keselamatan. Perkara 10(1)(Tertakluk kepada Fasal (2),(3) dan (4) : tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, dan berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta berhak membentuk persatuan)[footnoteRef:30] [30: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-menerangkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak masing-masing untuk membangunkan negara.

3. Ketaatan Kepada PemimpinPIAGAM MADINAHPERLEMBAGAAN MALAYSIA

Fasal 23(Walaubagaimanapun kamu berbalah dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad)[footnoteRef:31] [31: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-hal ini menujukkan bahawa sesuatu perkara hendaklah mengikut hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah dan Nabi Muhammad. Fasal 42(Bahawa apa juga kemungkaran(bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam sekira-kira dikhuatiri membawa bencana, maka hendaklah merujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah)[footnoteRef:32] [32: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-hukum Allah menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan dan tidak boleh diketepikan dalam hidup. Fasal 47(Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barangsiapa berpergian dari Kota Madinah atau menetap didalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah di akui pesuruh Allah)[footnoteRef:33] [33: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-dalam fasal ini, setiap individu hendaklah membuat kebaikan untuk mendapat keredhaan Allah.

Perkara 3(2)(Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, hendaklah masing-masing membuat peruntukkan bagi memberi Yang Dipertuan Agong kedudukan sebagai ketua ugama Islam negeri itu)[footnoteRef:34] [34: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-Yang Dipertuan Agong untuk menjadi ketua agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan. Perkara 3(5)(Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Dipertuan Agong hendaklah menjadi ketua ugama Islam di wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihati Yang Dipertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan ugama Islam)[footnoteRef:35] [35: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

4. Hak Mendapat Perlindungan Daripada KezalimanPIAGAM MADINAHPERLEMBAGAAN MALAYSIA

(hak rakyat dijamin melalui undang-undang qisas(hukuman balas) tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan atau kezaliman itu dari kaum keluarga sendiri)[footnoteRef:36] [36: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-undang-undang ini tidak menyebelahi mana-mana pihak mahupun ahli keluarga sendiri bagi yang melakukan keselahan Fasal 16(bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan pemimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka)[footnoteRef:37] [37: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-fasal ini menunjukkan individu dilarang untuk menindas mana-mana orang Yahudi yang hendak memeluk Islam. Fasal 36(b)(tidak disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang keatas dirinya, barangsiapa yang membuat kejahatan, maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini)[footnoteRef:38] [38: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-setiap kejahatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal (hak keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab YDP Agong untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kezaliman dalaman. Contoh : YDP Agong boleh mengisytiharkan darurat jika negara diancam bencana besar tidak kira dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial.)[footnoteRef:39] [39: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

(tugas perundangan digalas oleh mahkamah tinggi termasuk memastikan kesahihan pertuduhan agar yang tertuduh tidak dianiaya.)[footnoteRef:40] [40: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

Fasal 5(2)(jika pengaduan dibuat kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa kehadapan mahkamah itu dan melepaskannya)[footnoteRef:41] [41: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-orang yang tidak bersalah atau teraniaya tidak akan dikenakan hukuman. Perkara 5(3)(jika seseorang itu ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.)[footnoteRef:42] [42: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]

-jika seseorang itu bersalah, dia berhak untuk mepertahankan dirinya dengan melantik seorang peguam dan setiap kesalahannya haruslah diberitahu dengan sejelas-jelasnya.

Aspek Perbezaan antara Piagam Madinah dan Perlembagan Malaysia PIAGAM MADINAHPERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Islam yang pertama di dunia tahun 622 masihi yang berpandukan wahyu Allah. Berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam. Menjadi sandaran pemerintahan Rasulullah s.a.w dan hubungannya dengan rakyat pelbagai kaum dan agama. Mencatat tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya Mempunyai 47 fasal iaitu 23 fasal peraturan sesama Islam dan juga 24 fasal lagi tentang umat Islam dan umat bukan Islam Mengandungi 183 perkara Undang-undang tertinggi di Malaysia Undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Cadangan 1. Pemimpin perlu bijaksana dan adil dalam melakukan setiap keputusan demi keamanan negara berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan syariat Islam.2. Jadikan Piagam Madinah sebagai rujukan utama dalam pemerintahan di Malaysia3. Rakyat perlu menghayati dan patuh kepada setiap undang-undang dalam perlembagaan yang telah ditetapkan.4. Pemerintah haruslah menggunakan cara pemerintahan yang sama rata dalam setiap aspek ekonomi, sosial, dan agama bukan tujuan mengaut keuntungan sahaja.5. Pemimpin negara juga harus mempamerkan undang-undang dengan jelas dan lengkap untuk mewujudkan masyarakat yang patuh kepada undang-undang negara.6. Bagi mewujudkan negara Islam yang kuat, rakyat merupakan tonggak utama dengan cara bersatu padu tanpa ada perselisihan faham antara satu sama lain sekaligus dapat mengelakkan dari berlakunya perpecahan kaum. 7. Dari segi pentadbiran pula, pihak yang terlibat haruslah bersifat amanah supaya tidak berlakunya penyelewengan wang sekaligus dapat menstabilkan ekonomi negara.8. Sistem keselamatan negara haruslah diperketatkan lagi supaya tidak ada orang asing yang sewenang-wenangnya menetap dan menguasai ekonomi di Malaysia.9. Pemimpin negara haruslah bersikap terbuka dan relevan dalam menerima pendapat orang bawahan walaupun pihak tersebut tidak berkuasa sebagai contoh rakyat Malaysia.10. Masyarakat haruslah berpendirian tetap dari manerima unsur-unsur negatif dari negara luar supaya negara kita akan dipandang tinggi di dunia.

Kesimpulan Kerajaan Islam di Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam dan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w menggubal satu piagam sangat dikagumi kerana baginda nerjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap, iaitu merangkumi peraturan, yang berkaitan dengan dunia dan akhirat di mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dari segi perbandingan antara perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah, terdapat banyak persamaan jika dibandingkan dengan perbezaan di mana undang-undangnya digubal mengikut kesesuaian kepelbagaian masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan. Begitu juga dengan perlembagaan Malaysia di mana setiap rakyatnya harus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.Cara Nabi Muhammad s.a.w mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh pemimpin lain di dunia. Hal ini menunjukkan keagungan dan kepintaran Rasulullah sebagai pemimpin. Justeru itu, setiap pemimpin haruslah mencontohi cara kepimpinan baginda.

Bibliografi1. Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yaakob (2014) , Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik, Shah Alam;IMTIYAZ Multimedia and Publication 2. Mohd Ali Muhamad Don (2010), Piagam Madinah asas wujud hubungan harmoni, Utusan Malaysia Sdn Bhd.3. Umar Hasyim (1979), Toleransi Kemerdekaan Beragama Dalam Islam Sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antarabangsa ( Sejarah Toleransi dan Intoleransi Agama dan Kepercayaan Sejak Zaman Yunani), Jalan Gentengkali 9 Surabaya; pt. Bina Ilmu 4. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (1977), Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang (Perkembangannya dari Zaman ke Zaman) (Terbitan pertama), Kramat Kwitang, Jakarta; Bulan Bintang. 5. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Mohd Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin Ahmad, Rosnanani bt Sulaiman (2010), Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks, DBP&KPM.

3