piagam madinah

11
PIAGAM MADINAH KEDAULATAN ISLAM DISEDIAKAN OLEH: MOHD RAHMAT BIN MD MUNAB

Upload: aidil-syazwan

Post on 16-Aug-2015

72 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Piagam madinah

PIAGAM MADINAH

KEDAULATAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD RAHMAT BIN MD MUNAB

Page 2: Piagam madinah

Sejarah Ringkas

Piagam Madinah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M bersamaan tahun pertama hijrah.

Perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Piagam Madinah adalah asas pembentukan negara Islam Madinah.

Terdapat 10 bahagian dan mengandungi 47 fasal.

23 fasal mengenai peraturan sesama Islam( Muhajirin & Ansar) dan 24 fasal tentang orang Yahudi.

Page 3: Piagam madinah

Perangkaan Piagam MadinahPiagam Madinah digubal berdasarkan bimbingan wahyu dan norma-norma masyarakat Madinah.

Tiga langkah perangkaan Piagam Madinah:

1. Rasulullah membina masjid sebagai pusat ibadat, pusat penyampaian ilmu agama dan pusat pentadbiran.

2. Mengikat persaudaraan Muhajirin dan Ansar untuk mewujudkan persefahaman dan memudahkan kaum Muhajirin memulakan hidup baharu dengan bantuan kaum Ansar.

3. Membuat perjanjian antara orang Yahudi dan orang Islam untuk mempertahankan Islam daripada ancaman luar .

Page 4: Piagam madinah

Aspek Utama Piagam Madinah

Pengakuan terhadap Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara Madinah.

Semua penduduk Madinah mestilah hidup sebagai satu ummah.

Semua penduduk tidak kira agama, kaum dan latar belakang bertanggungjawab merpertahankan negara daripada serangan musuh.

Wahyu sebagai sumber utama dalam piagam termasuk tradisi.

Semua penduduk diberikan kebebasan beragama tanpa gangguan dan paksaan.

Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mana mereka mematuhi Piagam Madinah.

Page 5: Piagam madinah

Kepentingan Piagam MadinahRasulullah menjadi ketua negara:

• Baginda diiktiraf sebagai kuasa tertinggi dalam negara.

• Berkuasa untuk memutuskan apa-apa dasar dan menyelesaikan masalah dari semasa ke semasa.

Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah:

• Ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya.

• Permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh ketua kaum mesti dirujuk kepada Rasulullah.

Hidup bermasyarakat:

• Orang Islam digalakkan untuk hidup bermasyarakat dan ditegah untuk berpihak kepada musuh Islam.

Page 6: Piagam madinah

Kepetingan Piagam MadinahPenyatuan ummah:

• Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum yang sentiasa bertelagah seperti Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar

Kegiatan ekonomi:

• Memberi kebebasan kepada semua kaum untuk berniaga mengikut peruntukkan perlembagaan.

• Mengelakkan monopoli ekonomi oleh kaum Yahudi di Madinah dan Quraisy di Mekah

Kebebasan berdagang:

• Kebebasan ini telah menarik pedagang dari luar dan umat Islam beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan sekitarnya.

Page 7: Piagam madinah

Kepentingan Piagam Madinah

Kebebasan beragama:

• Kebebasan ini membolehkan Islam bebas diamalkan.

• Menarik perhatian orang bukan Islam untuk mendekati dan memeluk Islam dengan akhlak, disiplin dan personaliti orang Islam yang mulia.

Kewujudan negara Islam Madinah:

• Piagam Madinah menjadi pengiktirafan rasmi kepada Islam sebagai agama dan Madinah sebagai negara Islam Madinah.

Hak keselamatan terjamin:

• Semua pihak dijamin keselamatan selagi patuh terhadap Piagam Madinah.

• Sesiapa yang ingkar akan di ambil tindakan . Contohnya, bani Qainuqa’ yang dihalau dari Madinah.

Page 8: Piagam madinah

Kedaulatan IslamBagaimana kedaulatan Islam dijaga dalam Piagam Madinah?

Islam sangat lemah pada peringkat awal perkembangannya.

Islam mendapat tentangan hebat daripada penduduk Quraisy Mekah.

Asas Islam hampir musnah disebabkan oleh tentangan tersebut.

Penduduk Muhajirin dari Mekah telah berhijrah ke Madinah(Yathrib) bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w atas tuntutan wahyu.

Di Madinah Rasulullah dilantik menjadi khalifah dan Islam diterima baik oleh penduduk Madinah .

Rasulullah telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.

Rasulullah telah membuat perjanjian antara orang Yahudi dengan orang Islam untuk sama-sama mempertahankan Madinah.

Page 9: Piagam madinah

Kedaulatan IslamKedudukan Islam di Madinah menjadi lebih kukuh setelah penggubalan Piagam Madinah.

Piagam Madinah menjamin kedaulatan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum utama negara.

Piagam Madinah menuntut setiap penduduknya bersatu padu untuk mempertahankan Madinah daripada ancaman luar dan menjaga kedaulatan negara.

Keadilan sosial yang diamalkan juga menjamin kedaulatan Islam.

Penentangan terhadap Islam tidak akan berlaku apabila prinsip keadilan terhadap semua penduduk diutamakan.

Page 10: Piagam madinah

Senarai Rujukan

Piagam Madinah (n.n)(2015). Dicapai pada 20 Mac 2015, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

Piagam Madinah(n.n.)(2011). Dicapai pada 20 Mac 2015, daripada http://mahasiswasyariahukm.blogspot.com/piagam-madinah.html

Page 11: Piagam madinah