piagam madinah

18
3.1: Piagam Madinah: Kandungan dan Kepentingannya =Safinah bt Harun @ Abdullah

Upload: safinah-harun

Post on 20-Jun-2015

15.221 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Piagam Madinah

3.1: Piagam Madinah:Kandungan dan Kepentingannya

=Safinah bt Harun @ Abdullah

Page 2: Piagam Madinah

Pengenalan:

Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara

Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu oleh Allah SWT untuk menjadi garis panduan kepada seluruh dunia

Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah,tidak terdapat pemerintahan dan pentadbiran yang teratur malah berlaku pecah-belah sesama masyarakat Madinah khususnya Yahudi dengan orang Arab

Baginda telah merangka struktur untuk menegakkan sesebuah negara

Page 3: Piagam Madinah

Kandungan Piagam Madinah

Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah-melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (Muhajirin dan Ansar) dan antara kaum Islam dan kaum Yahudi

Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu.

Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah

Page 4: Piagam Madinah

Terdiri daripada 47 fasal. Terbahagi kepada 5 bahagian umum:

Fasa 1 = pengenalan kepada piagam,mengakui adanya Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW Fasa 2-11 = menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah Fasa 12 –23 = menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkara- perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan Fasa 24-38 = menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah Fasa 39-47 = menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan

Page 5: Piagam Madinah

Sahifah juga memberi garis

panduan tentang dasar pentadbiran

negara Islam

Wahyu Allah SWT merupakan sumber utama undang2 negara

Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka Nabi

Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat

Semua anggota masyarakat bebas

menganut sebarang agama

setiap anggota Sahifah mesti menjalankan

hubungan yang erat

Fungsi sahifah adalah utk

menegakkan keadilan dan

memberi jaminan kpd org

bukan Islam

Page 6: Piagam Madinah

Piagam madinah terbahagi kpd 2:

Piagam Madinah

Bahagian pertama:

-mengandungi 23 fasal yg menyentuh ttg kaum Yahudi dan

bertanggungjawab terhadap sesama sendiri.

-ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah (sebelum perang Badar)

Bahagian kedua :-mengandungi 24 fasal

Membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap

negara Islam di Madinah Ditulis selepas Perang Badar

Page 7: Piagam Madinah

Kandungan umum Piagam Madinah meliputi perkara yg berikut:

Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Muslimin

Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Yahudi

Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin

Perjanjian yang melibatkan semua pihak,berkaitan dengan peraturan-peraturan umum

Page 8: Piagam Madinah

Kepentingan piagam madinah

Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul

-Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul.-Memberi penumpuan terhadap aspek akidah dan duniawi dalam pemerintahannya-Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan yang unggul-Mewujudkan sistem kehakiman dan keadilan bagi menyelesaikan masalah

Page 9: Piagam Madinah

Mewujudkan rasa tanggungjawab mempertahankan Madinah

-Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakatMadinah yg terdiri dari orang Islam dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada musuh

-Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan mana-mana musuh Islam yang menentang kerajaan Islam di Madinah

-Mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan permusuhan

-kaum Yahudi dianggap warganegara Madinah selagi mereka melaksanakan tanggungjawab menurut Piagam Madinah

Page 10: Piagam Madinah

Mewujudkan perpaduan umat Islam

-Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada masyarakatMuhajirin dan Ansar-Memberi penekanan terhadap kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat-Merangkumi kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti Yahudi,Aus,Khazraj,Quraisy,Parsi dan Habsyi-Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi ummah yang kuat tanpa mengira kaum,tempat dan tempat tinggal -Dapat mengelakkan perpecahan dan mewujudkan masyarakat Islam tulen berlandaskan akidah dan keimanan

Page 11: Piagam Madinah

Penekanan terhadap Musyawarah dalam pemerintahan

-Piagam Madinah mengamalkan prinsip musyawarah berlandaskan keadilan dalam pemerintahan

-Semua kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaummasing-masing

-Penduduk Madinah juga diberikan hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin

Page 12: Piagam Madinah

Mewujudkan keadilan dan persamaaan terhadap masyarakat Madinah

-Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan,bangsa dan kedudukan bagi mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan -Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat-Setiap masyarakat juga bertanggungjawab utk

melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar aman dan sejahtera-Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kpd mereka-Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim seperti menindas orang yang

lemah

Page 13: Piagam Madinah

Kedudukan kaum Yahudi

-Masyarakat Yahudi diberi kebebasan utk mengamalkan agama,adat dan budaya.-Mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah utk Menganuti agama mereka.-Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau Golongan yang lemah.-Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam tersebut

Page 14: Piagam Madinah

Kebebasan beragama

-Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain-Kebebasan ini diberikan kerana :-

• Islam menghormati kebebasan beragama,iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu

• Menghindarkan permusuhan antara masyarakat• Mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka

di Madinah

Page 15: Piagam Madinah

Pembinaan sebuah Kerajaan Islam yang kuat

-Untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yg kuat,masyarakat

Madinah bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran-Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu. Piagam ini juga menyatakan bahawa kerajaan madinah adalah hak milik mereka bersama-Oleh itu,masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh -Hak dan tanggugjawab masyarakat madinah diakui dalamPiagam Madinah tanpa mengira agama mereka

Page 16: Piagam Madinah

Kebebasan masyarakat Madinah

-Penindasan kepada golongan yang lemah seperti yang dilakukan oleh kaum Yahudi adalah dilarang dalam Piagam Madinah kerana untuk menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata antara penduduk.-Hal ini dapat menjamin keharmonian hidup masyarakat Madinah-Kebebasan hak asasi ini meliputi kebebasan beragama,beramal,bekerja,bersuara dan sebagainya selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana kebebasan tanpa batasan akan mewujudkan kezaliman yg boleh memecahbelahkan perpaduan ummah

Page 17: Piagam Madinah

Menyatupadukan Penduduk Madinah

-Masyarakat Madinah dapat disatukan menerusi Piagam Madinah-Piagam ini juga menitikberatkan hubungan hubungan baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam-Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah mengamalkan tradisi jahiliah telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan

Page 18: Piagam Madinah

Sekian…terima kasih