petisyen(ngo(tentang(rogol(bawah(umur(...

6
1 Petisyen NGO Tentang Rogol Bawah Umur (Statutory Rape) Dan Hukuman Kami, NGONGO yang bertandatangan di bawah ini, menyatakan keprihatinan kami terhadap cadangan rang undangundang untuk membuang budi bicara hakim dalam menghukum pesalah rogol bawah umur (statutory rape). Cadangan ini telah dibuat dalam suatu kenyataan oleh Menteri Di Jabtan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz barubaru ini. Sewaktu petisyen ini ditulis, tiada cadangan rang undangundang yang dikemukakan untuk tatapan umum. Laporan berita mengatakan cadangan rang undangundang tersebut akan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membenarkan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah untuk dilaksanakan terhadap pesalah rogol bawah umur. Perkara ini berkesan menyangkal budi bicara kehakiman untuk mengenakan jaminan bon berkelakuan baik dalam kes rogol bawah umur selepas mempertimbangkan keadaankeadaan tertentu, yang mana sebelum ini para hakim mungkin berfikir ianya wajar untuk berbuat demikian. Rogol bawah umur dan hukuman Dalam senarai kategori rogol dalam Kanun Keseksaan, rogol bawah umur jatuh di bawah seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang menakrifkan rogol sebagai hubungan seksual dengan seorang perempuan dengan atau tanpa persetujuannya di mana dia berusia di bawah umur enam belas tahun. Hukuman biasa untuk rogol (Kanun Keseksaan Seksyen 376) tidak termasuk hukuman mandatori minimum tetapi membenarkan untuk hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun, dan ia mungkin termasuk hukuman rotan. Bagaimanapun, undangundang mengenakan hukuman mandatori minimum apabila rogol berlaku di bawah keadaan yang teruk, salah satunya rogol terhadap kanakkanak. Seksyen 376 (d) dan (e) menyatakan sesiapa merogol seorang perempuan dengan atau tanpa persetujuannya semasa dia berumur di bawah 12 tahun; atau tanpa persetujuannya sewaktu dia berusia di bawah 16 tahun, hendaklah dipenjarakan paling minimum 5 tahun penjara sehingga ke paling maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan juga sebatan rotan. Undangundang mengiktiraf kanakkanak di bawah umur 12 tahun sebagai amat mudah terdedah kepada bahaya dan perlukan perlindungan. Kanakkanak ini tidak boleh melakukan perhubungan seksual yang tidak melanggar undangundang. Meskipun undangundang mengiktiraf hubungan seks dengan kanakkanak berumur di antara 12 ke 16 tahun sebagai jenayah, ia mengambil kira kerumitan kegiatan hubungan seksual dengan persetujuan di antara orang muda bagi tujuan penghukuman. Justeru ia memerlukan budi bicara hakim dalam menjatuhkan hukuman. Dalam kes melibatkan 12 ke 16 tahun, di mana jenayah berlaku tanpa persetujuan mangsa, hukuman mandatori dikenakan. Budi bicara kehakiman dalam menghukum Tujuan budi bicara hakim dalam menjatuhkan hukuman untuk membolehkan mahkamah mengenakan hukuman bersesuaian terhadap setiap kesalahan dan setiap pesalah dalam keadaan keadaan tertentu bagi setiap kes. Hakim mempunyai hak dan kewajipan untuk memilih hukuman dengan mengambil berat peruntukanperuntukan perundangan, faktafakta relevan kes dan sebarang laporan yang dapat memberitahu faktorfaktor penting bagi membuat keputusan. Dalam erti kata lain, seorang hakim memainkan peranan penting untuk mempertimbangkan dan mengimbangi kesemua faktafakta penting dan sepenuhnya menggunakan akalnya terhadap fakta fakta bagi mencapai hukuman yang melaksanakan prinsipprinsip pencegahan, pembalasan hukuman, penghindaran, pemulihan dan penyembuhan.

Upload: lamnga

Post on 10-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  1  

Petisyen  NGO  Tentang  Rogol  Bawah  Umur    (Statutory  Rape)  Dan  Hukuman  

 Kami,  NGO-­‐NGO  yang  bertandatangan  di  bawah  ini,    menyatakan  keprihatinan  kami  terhadap  cadangan  rang  undang-­‐undang  untuk  membuang  budi  bicara  hakim  dalam  menghukum  pesalah  rogol  bawah  umur  (statutory  rape).  Cadangan  ini  telah  dibuat  dalam  suatu  kenyataan  oleh  Menteri  Di  Jabtan  Perdana  Menteri  Datuk  Seri  Nazri  Aziz  baru-­‐baru  ini.  Sewaktu  petisyen  ini  ditulis,  tiada  cadangan  rang  undang-­‐undang  yang  dikemukakan  untuk  tatapan  umum.  Laporan  berita  mengatakan  cadangan  rang  undang-­‐undang  tersebut  akan  meminda  Seksyen  376  Kanun  Keseksaan  yang  membenarkan  Seksyen  294    Kanun  Tatacara  Jenayah  untuk  dilaksanakan  terhadap  pesalah  rogol  bawah  umur.  Perkara  ini  berkesan  menyangkal  budi  bicara  kehakiman  untuk  mengenakan  jaminan  bon  berkelakuan  baik  dalam  kes  rogol  bawah  umur  selepas  mempertimbangkan  keadaan-­‐keadaan  tertentu,  yang  mana  sebelum  ini  para  hakim  mungkin  berfikir  ianya  wajar  untuk  berbuat  demikian.  Rogol  bawah  umur  dan  hukuman  

Dalam   senarai   kategori   rogol   dalam  Kanun   Keseksaan,   rogol   bawah   umur   jatuh   di   bawah   seksyen  375(g)   Kanun   Keseksaan   yang   menakrifkan   rogol   sebagai   hubungan   seksual   dengan   seorang  perempuan   dengan   atau   tanpa   persetujuannya   di   mana   dia   berusia   di   bawah   umur   enam   belas  tahun.  

Hukuman   biasa   untuk   rogol   (Kanun   Keseksaan   Seksyen   376)   tidak   termasuk   hukuman   mandatori  minimum   tetapi   membenarkan   untuk   hukuman   penjara   maksimum     sehingga   20   tahun,   dan   ia  mungkin   termasuk   hukuman   rotan.   Bagaimanapun,   undang-­‐undang   mengenakan   hukuman  mandatori   minimum   apabila   rogol   berlaku   di   bawah   keadaan   yang   teruk,   salah   satunya   rogol  terhadap   kanak-­‐kanak.   Seksyen   376   (d)   dan   (e)  menyatakan   sesiapa  merogol   seorang   perempuan  dengan   atau   tanpa   persetujuannya   semasa   dia   berumur   di   bawah   12   tahun;   atau   tanpa  persetujuannya  sewaktu  dia  berusia  di  bawah  16  tahun,  hendaklah  dipenjarakan  paling  minimum  5  tahun  penjara  sehingga  ke  paling  maksimum  30  tahun    dan  hendaklah  dikenakan  juga  sebatan  rotan.

Undang-­‐undang  mengiktiraf   kanak-­‐kanak   di   bawah   umur   12   tahun   sebagai   amat  mudah   terdedah  kepada   bahaya   dan   perlukan   perlindungan.   Kanak-­‐kanak   ini   tidak   boleh   melakukan   perhubungan  seksual   yang   tidak   melanggar   undang-­‐undang.   Meskipun   undang-­‐undang     mengiktiraf   hubungan  seks   dengan   kanak-­‐kanak   berumur   di   antara   12   ke   16   tahun   sebagai   jenayah,   ia   mengambil   kira  kerumitan   kegiatan   hubungan   seksual   dengan   persetujuan   di   antara   orang   muda   bagi   tujuan  penghukuman.  Justeru  ia  memerlukan  budi  bicara  hakim  dalam  menjatuhkan  hukuman.    Dalam  kes  melibatkan   12   ke   16   tahun,   di   mana   jenayah   berlaku   tanpa   persetujuan   mangsa,   hukuman  mandatori  dikenakan.

Budi  bicara  kehakiman  dalam  menghukum  

Tujuan   budi   bicara   hakim   dalam   menjatuhkan   hukuman   untuk   membolehkan   mahkamah  mengenakan  hukuman  bersesuaian   terhadap   setiap   kesalahan  dan   setiap  pesalah  dalam  keadaan-­‐keadaan   tertentu   bagi   setiap   kes.   Hakim  mempunyai   hak   dan   kewajipan   untuk  memilih   hukuman  dengan   mengambil   berat   peruntukan-­‐peruntukan   perundangan,   fakta-­‐fakta   relevan   kes   dan  sebarang   laporan  yang  dapat  memberitahu   faktor-­‐faktor  penting  bagi  membuat  keputusan.  Dalam  erti   kata   lain,   seorang   hakim   memainkan   peranan   penting   untuk   mempertimbangkan   dan  mengimbangi  kesemua   fakta-­‐fakta  penting  dan  sepenuhnya  menggunakan  akalnya   terhadap   fakta-­‐fakta   bagi   mencapai   hukuman   yang   melaksanakan   prinsip-­‐prinsip   pencegahan,   pembalasan  hukuman,  penghindaran,  pemulihan  dan  penyembuhan.

Page 2: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  2  

Masalah   dalam   pemakaian   budi   bicara   hakim   muncul   apabila   dalam   kes-­‐kes   tertentu,   maklumat  penting  atau  faktor-­‐faktor  yang  tidak  dibentangkan  atau  tidak  dipertimbangkan  mahkamah  sebelum  hukuman   dijatuhkan.   Contohnya,   jika   fakta   yang   dipertimbangkan   dalam   menjatuhkan   hukuman  seolah-­‐olah  memihak  kepada  tertuduh,  maka  keputusan  tersebut  dapat  dilihat  sebagai  kekurangan  “kewajaran,  keadilan  dan  kesaksamaan.”  

Khususnya   dalam   kes   rogol   bawah   umur,   hakim   mempunyai   budi   bicara   untuk   mengenakan  hukuman   lain   seperti   jaminan   bon   berkelakuan   baik   apabila   terdapat   prasyarat   yang   bersesuaian.  Prasyarat   ini   mungkin   khusus   terhadap   si   tertuduh:   perwatakannya,   kekurangan   rekod   jenayah,  usianya,   keadaan   kesihatan  dan  mental.   Prasyarat   tersebut  diambil   kira  berserta   faktor-­‐faktor   lain  termasuklah   sifat   kesalahan,   keadaan-­‐keadaan   bagi   meringankan   hukuman   dan   kesan   hukuman  terhadap   tertuduh.   Dalam   mempertimbangkan   sifat   kesalahan   ini,   kesan   terhadap   mangsa   dan  masyarakat  perlu  diperkirakan.  

Kenapa  budi  bicara  hakim  diperlukan  

considerations  to  come  to  a  fair  and  just  sentence.  These  include:  

Kebanyakan  perbahasan   sekitar   isu   rogol   bawah  umur  menumpukan   terhadap   kes-­‐kes  melibatkan  gadis   di   bawah   umur   12   ke   16   tahun   yang   dikatakan   bersetuju   untuk   melakukan   persetubuhan  seksual.   Persetujuan   merupakan   satu   faktor   kelonggaran   terhadap   hukuman   yang   dikenakan.  Malangnya,   kini   tidak   terdapat   garis   panduan   rasmi   penghukuman   berkenaan   prasyarat   untuk  menentukan   tahap   keseriusan   jenayah   tersebut,   sama   ada   terdapat   hubungan   tulen   atau   wujud  kasih  sayang,  ataupun  si  tertuduh  telah  mengeksploitasi  kelemahan  si  gadis.  Di  negara-­‐negara   lain,  para  hakim  dipandu  oleh  beberapa  pertimbangan  penting  untuk  mencapai  hukuman  yang  adil  dan  saksama.  Hal  ini  termasuklah:  

• Perbezaan  umur  dan  pengaruh  di  antara  pihak-­‐pihak  terlibat,  • Tahap-­‐tahap  persetujuan  dan  eksploitasi,  • Latarbelakang  gangguan  atau  paksaan,  • Ancaman  untuk  menghalang  laporan  dibuat,  • Bukti  hubungan  tulen,  • Kemudaan  dan  pesalah  tidak  matang  

Selanjutnya,   meskipun   fakta-­‐fakta   kes   membolehkan   untuk   dikenakan   jaminan   bon   berkelakuan  baik,  punca  kesalahan   itu  mesti  ditangani  melalui  syarat-­‐syarat  yang  dapat  dibuat  untuk  dikenakan  sepanjang   tempoh   jaminan   bon   tersebut.   Di   bawah   Seksyen   294A   Kanun   Tatacara   Jenayah,  mahkamah  diberikan  bidang  kuasa  luas  untuk  mengenakan  syarat-­‐syarat  bersesuaian  untuk  jaminan  bon.  Ini  bermaksud  hakim  secara  aktif  perlu  memakai  fakta-­‐fakta  kes  tersebut,  supaya  hukuman  itu  berkesan   dalam   menangani   jenayah.   Ianya   termasuklah   mengenakan   syarat-­‐syarat   pengawasan  seperti;  

i. Memerintahkan   pesalah   untuk   melapor   kepada   pegawai   polis   sebulan   sekali,  atau  

ii. Memerintahkan  pesalah  untuk  hadir  jadual  sesi-­‐sesi  pemulihan,  atau  iii. Menghalang   pesalah   daripada   bekerja   atau   berinteraksi   dengan   kanak-­‐kanak  

tanpa  pengawasan.  

Dengan   kerumitan   kesalahan   seperti   rogol   bawah   umur   untuk   dipertimbangkan,   cukup   jelas  menjatuhkan  hukuman  sangat  mencabar  dan  memerlukan  pemikiran  kehakiman  yang  jelas  berakar  umbi   dalam   realiti   dan   kewarasan.   Budi   bicara   kehakiman   benar-­‐benar   mustahak   dalam  mengamalkan   kuasa   kehakiman.   Ia   memandangkan   kuasa   menghukum     bukan   suatu   tugas  

Page 3: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  3  

mekanikal  sekadar  membaca  undang-­‐undang  bertulis.  Ini  kerana  tiada  dua  kes  yang  memiliki  fakta-­‐fakta  kes  yang  sama  tepat  dan  ia  perlu  diputuskan  berdasarkan  meritnya  sendiri.  

Cadangan  kami  

Oleh  yang  demikian,  apa  yang  diperlukan  bukanlah  dengan  membuang  pelindung  kuasa  budi  bicara  mahkamah  yang  penting  ini.    Sebaliknya,  para  hakim  perlu  dilengkapi  dengan  lebih  baik  lagi  terhadap  kesemua   fakta   berkaitan   dalam   setiap   kes   rogol   serta   kesannya   terhadap  masngsa,   tertuduh   dan  masyarakat.  Kami  mengesyorkan   tindakan  berikut  dilaksanakan   segera  dalam  kes-­‐kes   rogol  bawah  umur   bagi  membolehkan   para   hakim   untuk  menggunakan   kuasa   kehakiman  mereka   dengan   lebih  baik  lagi  dan  mengenakan  hukuman  yang  adil:  

i) Penubuhan   lembaga   penasihat   hukuman   atau   garis   panduan   rasmi  penghukuman;  dan  

ii) Mendapatkan  pendapat  pakar  dan  membenarkan  taklimat  perundangan  pihak-­‐pihak   berkepentingan   (taklimat   amicus)   terhadap   isu-­‐isu   rumit   di   mahkamah  untuk  menjadi  sebahagian  daripada  amalan  mahkamah.  

Kami   tetap   berpendirian   bahawa   Rang   Undang-­‐undang   bertujuan   meminda   Seksyen   376   Kanun  Keseksaan   ini   perlu   mendapat   perundingan   mendalam   dengan   pihak   berkuasa   berkaitan,  pertubuhan-­‐pertubuhan  masyarakat   sivil   dan   orang   awam   bagi   kefahaman  menyeluruh  mengenai  kesalahan   jenayah   seksual,   serta   selanjutnya   diperhitungkan   semula.   Pendekatan   menyeluruh  tersebut   lebih   bersesuaian   untuk   mencapai   keadilan   dan   kesetaraan   tentang   bagaimana   undang-­‐undang  dibentuk  dan  digunakan  di  negara  kita.        

NGO  Petition  on  Statutory  Rape  Sentencing    We,  the  undersigned  NGOs,  register  our  concern  over  the  proposed  bill  to  remove  judicial  discretion  in  sentencing  statutory  rape  offenders.  This  proposal  was  made  in  a  recent  statement  by  Minister  in  the  Prime  Minister’s  Department  Datuk  Seri  Nazri  Aziz.  At  the  time  of  writing,  no  proposed  bill  has  been  produced  publicly.  News  reports  suggest  that  the  proposed  bill  would  amend  Section  376  of  the  Penal  Code  such  that  it  would  disallow  Section  294  of  the  Criminal  Procedure  Code  to  apply  to  statutory  rape  offenders.  This  effectively  nullifies  judicial  discretion  to  impose  a  bond  of  good  behaviour  in  statutory  rape  after  considering  specific  circumstances,  where  previously  judges  may  deem  it  expedient  to  do  so.    Statutory  rape  and  sentencing  

In   the   list  of   categories  of   rape   in   the  Penal  Code,   statutory   rape   falls  under   section  375(g)  of   the  Penal   Code  which   defines   rape   as   sexual   intercourse  with   a  woman  with   or  without   her   consent  when  she  is  below  sixteen  years  of  age.    

The  general  punishment  for  rape  (Penal  Code  Section  376)  does  not  include  a  mandatory  minimum  sentence   but   allows   for   a   maximum   term   of   imprisonment   of   up   to   20   years,   and   may   include  whipping.  The   law  however   imposes  minimum  mandatory  sentences  when  rape  takes  place  under  aggravating   circumstances,  one  of  which   is   the   rape  of   a   child.   Section  376   (d)   and   (e)   states   that  whoever  rapes  a  woman  with  or  without  her  consent  when  she  is  below  12  years  of  age;  or  without  her  consent  when  she  is  below  16  years  of  age,  shall  be  imprisoned  for  a  minimum  of  5  years  up  to  a  maximum  of  30  years  and  shall  also  be  liable  to  whipping.  

Page 4: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  4  

The   law   recognises   that   children  below  12   years  of   age   are   so   vulnerable   that   they   are  unable   to  enter   into   a   sexual   relationship   that   is   not   inherently   abusive.   The   law  while   recognizing   that   sex  with   a   child   between   12   and   16   years   is   a   crime,   takes   into   consideration   the   complexities   of  consensual  sexual  activity  between  young  people  for  purposes  of  sentencing  and  hence  the  need  for  the  judge  to  have  discretion  over  sentencing.  In  cases  involving  12  to  16  year  olds,  where  the  crime  took  place  without  the  victim's  consent,  the  mandatory  sentencing  is  imposed.  

Judicial  discretion  in  sentencing  

The   purpose   of   judicial   discretion   in   sentencing   is   to   enable   the   court   to   impose   the   appropriate  sentence  for  each  crime  and  each  offender  in  the  particular  circumstances  of  each  case.  The  judge  has  the  right  and  duty  to  choose  the  sentence  bearing  in  mind  the  legal  provisions,  the  relevant  facts  of  the  case  and  any  reports  that  may  inform  the  crucial  factors  for  the  decision  to  be  made.  In  other  words,   the   judge   plays   the   crucial   role   of   weighing   and   balancing   all   important   facts   and   fully  applying   his   mind   to   the   facts   to   reach   a   sentence   that   serves   the   principles   of   deterrence,  retribution,  prevention,  rehabilitation  and  repatriation.      

The   problem   in   the   application   of   judicial   discretion   occurs   when   in   certain   cases,   the   crucial  information   or   factors   are   not   presented   or   not   considered   by   the   court   before   the   sentence   is  decided.  For  example,  if  the  facts  considered  in  sentencing  seem  to  favour  the  accused,  this  decision  may  be  seen  as  lacking  in  “reason,  justice  and  equity”.  

Specifically   in   statutory   rape   cases,   judges   have   the   discretion   to   impose  other   sentences   such   as  good  behaviour  bonds  when  the  suitable  prerequisites  exist.  These  prerequisites  may  be  specific  to  the  accused:  his  character,   lack  of  a  criminal  record,  his  age,  health  or  mental  condition.  These  are  considered   together   with   other   factors   which   include   the   nature   of   the   offence,   the   existing  extenuating  circumstances  and  the   impact  of  the   imprisonment  on  the  accused.   In  considering  the  nature  of  the  offence,  the  impact  on  the  victim  and  society  at  large  should  be  considered.  

Why  judicial  discretion  is  necessary    

Most  debates  around  the  issue  of  statutory  rape  focus  on  cases  involving  girls  aged  12  to  16  who  are  said   to   have   consented   to   sexual   intercourse.     Consent   is   a   factor   for   leniency   in   the   sentence  imposed.    Unfortunately,  currently  there  are  no  formal  sentencing  guidelines  on  the  prerequisites  to  determine  the  seriousness  of  the  crime;  whether  a  relationship  of  genuine  or  real  affection  exists,  or  if  the  accused  was  exploiting  the  girl’s  vulnerability.  In  other  countries,  judges  have  been  guided  by  several  important  considerations  to  come  to  a  fair  and  just  sentence.  These  include:  

• the  difference  in  age  and  influence  between  parties,    • the  degrees  of  consent  and  exploitation  • background  of  intimidation  or  coercion  • threats  to  prevent  reporting,    • evidence  as  to  genuine  relationship  • the  youth  and  immaturity  of  the  offender  

Further,   even   if   the   facts   of   the   case   calls   for   a   bond  of   good   behaviour   to   be   imposed,   the   root  causes  of  the  offence  must  be  addressed  via  conditions  that  could  be  made  to  apply  throughout  the  bond  period.  Under  Section  294A  of  the  Criminal  Procedure  Code,  courts  are  given  wide  powers  to  impose   appropriate   conditions   to   the   bond.   This  means   that   the   judges   should   actively   apply   the  facts  of  the  case,  so  that  the  sentencing  is  effective  in  addressing  the  crime.  This   includes  applying  appropriate  supervision  conditions  like:  

 

Page 5: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  5  

i. ordering  the  offender  to  report  to  a  police  officer  monthly,  or    ii. ordering  the  offender  to  attend  scheduled  rehabilitative  sessions,    or    iii. prohibiting  the  offender  from  working  or  interacting  with  children  unsupervised.    

With   the  complexity  of  an  offence   like   statutory   rape   to  be   considered,   it   is   clear   that   imposing  a  sentence  is  highly  challenging  and  requires  clear  judicial  thinking  that  is  rooted  in  reality  and  reason.  Judicial   discretion   is   absolutely   necessary   in   the   exercise   of   judicial   power   as   sentencing   is   not   a  mechanical  task  of  reading  the  written  law  since  no  two  cases  have  the  exact  same  facts  and  must  be  decided  on  its  own  merits.  

Our  recommendations  

Hence,  what  is  needed  is  not  a  blanket  removal  of  this  important  discretionary  power  of  the  courts.  Instead,  the  issue  is  that   judges  should  be  better  equipped  with  all  relevant  facts   in  each  statutory  rape  case  and  the  impact  on  the  victim,  the  accused  and  society.  We  recommend  that  the  following  are   implemented   urgently   in   statutory   rape   cases   to   enable   judges   to   better   utilise   their   judicial  powers  and  impose  just  sentencing:  

i) Setting  up  of  the  sentencing  advisory  board  or  formal  sentencing  guidelines;  and    ii) Calling  for  expert  opinion  and  allowing  amicus  briefs  on  complex  issues  before  the  court  

to  be  part  of  court  practice..    

We  maintain  that  the  intended  Bill  to  amend  Section  376  of  the  Penal  Code  be  subjected  to  in-­‐depth  consultation  with  relevant  authorities,  civil   society  organisations  and  the  public   for  comprehensive  understanding  and  qqxxazzrecommendations  on  sexual  crime  offences,  and  thereafter  reconsidered.  This  holistic  approach  is  more  conducive  to  attaining  justice  and  fairness  in  how  laws  are  formed  and  applied  in  our  country.        Ditandangani  oleh:  1. Women's  Centre  for  Change  (WCC),  Penang    2. Persatuan  Kesedaran  Komuniti  Selangor  (EMPOWER)  3. Bar  Council  Malaysia  4. Lawyers  for  Liberty  (LFL)  5. Women’s  Aid  Organisation  (WAO)  6. Pusat  Komunikasi  Masyarakat  (KOMAS)    7. Persatuan  Masyarakat  Selangor  dan  Wilayah  Persekutuan  (PERMAS)    8. Community  Action  Network  (CAN)  9. Civil  Right  Committee  (CRC),  KLSCAH    10. Suara  Rakyat  Malaysia  (SUARAM)  11. Association  of  Women  Lawyers  (AWL)  12. Peoples  Service  Organisation  (PSO)  13. Education  and  Research  Association  for  Consumers  (ERA  Consumer)  Malaysia  14. Perak  Women  for  Women  (PWW)  15. Sisters  in  Islam  (SIS)  16. All  Women’s  Action  Society  (AWAM)  17. Writer  Alliance  for  Media  Independence  (WAMI)  18. Perstauan  Promosi  Hak  Asasi  Manusia  (PROHAM)  [Association  for  the  Promotion  of  Human  Rights]  19. Centre  for  Independent  Journalism  (CIJ),  Malaysia  20. Sabah  Women's  Action  Resource  Group  (SAWO)  21. Saya  Anak  Banga  Malaysia  (SABM)  22. Islamic  Renaissance  Front  (IRF)  23. Panggau  Sarawak  24. Community  Development  Center  (CDC)  25. Jaringan  Rakyat  Tertindas  (JERIT)  

Page 6: Petisyen(NGO(Tentang(Rogol(Bawah(Umur( …empowermalaysia.org/pdf/2012.11.05petitionstatutoryrape.pdf · Malangnya,! kini! tidak! terdapat! garis! panduan ... Penal!Codewhich!defines!rapeas!sexual!intercoursewith!awoman!with!or!without!her!consent!

  6  

26. LLG  Cultural  Development  Centre  27. Persatuan  Pengasuh  Berdaftar  Malaysia  (Association  of  Registered  Childcare  Providers)  28. Childline  Malaysia  29. Tenaganita  30. Malaysian  Child  Resource  Institute  (MCRI)  31. Center  for  Orang  Asli  Concerns  (COAC)  32. Knowing  Children  33. Aliran  34. MADPET  (Malaysians  Against  Death  Penalty  and  Torture)  35. Solidariti  Anak  Muda  Malaysia  (SAMM)  36. Protect  and  Save  The  Children  (PS  The  Children)  37. Voice  of  the  Children  38. Mama  BERSIH  39. Persatuan  Sahabat  Wanita  Selangor  (PSWS)