petikan pengalaman pulang ke kampung

Upload: norhidayah-adnan

Post on 07-Mar-2016

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

petikan pulang ke kampung

TRANSCRIPT

Tajuk : Pengalaman Bercuti di KampungPada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung datuk dan nenek yang terletak di Kampung Rumpun Makmur, Jerantut, Pahang.Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah yang berjenama Toyota Wish.Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi.Kami bercuti di sana selama lima hari empat malam.Pada pukul 3.00 petang kai telah sampai di rumah datuk dan nenek.Sewaktu kami sampai, kami telah disambut dengan senyuman yang manis oleh datuk, nenek dan juga saudara mara yang lain seperti Mak Ngah dan juga Pak Lang.selepas bersalam-salaman kami terus ke bilik beristirehat kerana kami sangat penat.Pada keesokan paginya saya, kak long, adik Syirah, dan juga adik saudara pergi ke dusun datuk untuk mengutip buah-buahan yang ada di dusun datuk.Di dusun datuk, kami dapat mengutip buah durian, buah duku, buah rambutan dan banyak lagi.Di sana kami makan dengan seleranya tetapi kami tidak mementingkan diri sendiri kerana kami simpan sedikit untuk ibu ayah dan saudara mara yang tinggal di rumah. Pada hari kedua, kami pergi memancing ikan di sungai yang berada di belakang rumah datuk.ibu, ayah dan juga saudara mara berkelah di tepi sungai dan juga membawa bekal dari rumah.Di situ kami mendapat pelbagai ikan seperti ikan kelisa, ikan patin dan banyak lagi.Selepas memancing kami bermandi manda untuk menyegarkan diri.Selepas bermandi-manda kami berasa sangat lapar dan kami makan bersama-sama makanan yang di bawa dari rumah.Kami makan dengan gelojohnya.Pada pukul 6.00 petang, kami semua pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.Pada hari yang ketiga, kami pergi bermain layang-layang di tepi pantai yang terlentak di hujung kampung datuk.Kami pergi ke sana pada pukul 12.30 tengahari.Kami bermain sepuas-puasnya.Selepas itu, kami pergi ke pertandingan Wau di tempat yang sama.Di situ, kami melihat ramai orang yang masuk dalam pertandingan tersebut.Di situ juga, kami dapat membantu datuk bermain wau.Akhirnya keputusan telah diumumkan, kami sungguh gembira kerana datuk telah menang dalam pertandingan tersebut.Oleh itu, kami pulang dengan hati yang gembira.Pada hari yang keempat, kami berpakaian sedondon untuk menyambut kehadiran tetamu yang tiba di majlis perkahwinan Pak Ucu di depan rumah datuk.Kami rasa gembira kerana ramai tetamu yang hadir ke majlis tersebut.Selepas menyambut tetamu, kami pun makan makanan yang telah disediakan.Pada pukul 5.00 petang, kami bergotong-royong mengemaskan meja makan.Selepas siap mengemas kami pulang ke rumah datuk dengan penatnya.Pada hari terakhir di rumah datuk, kami telah bersiap untuk pulang ke rumah.Kami berasa sangat sedih untuk meninggalkan rumah datuk.Selepas bersalam salaman bersama datuk,nenek dan saudara mara, kami semua pun bertolak meninggalkan kampung.Walau bagaimanapun,kami tetap gembira dan tidak akan melupakan pengalaman di kampung.