petikan bahaya demam denggi

1
Bahaya Demam Denggi Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah. Mengikut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kes demam denggi meningkat setiap tahun. Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti demam denggi ialah demam kuat yang mengejut dan berterusan. Terdapat bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala. Selain itu, terdapat tanda-tanda pendarahan pada hidung, mulut dan gusi , hilang selera makan, loya dan muntah-muntah. Seseorang itu hanya akan mendapat demam denggi sekiranya digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus. Nyamuk Aedes akan menghisap darah pesakit yang mengandungi virus denggi. Nyamuk ini menjadi pembawa virus denggi dalam tempoh tujuh hingga empat belas hari. Seterusnya, nyamuk Aedes yang membawa virus tersebut akan menggigit orang yang sihat. Akhirnya orang yang sihat itu mengalami demam denggi. Antara langkah pencegahan denggi adalah dengan menjalankan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik. Pastikan pam tandas ditutup rapat. Sekiranya rosak, ia perlu dibaiki dengan segera. Basuh dan cuci tempayan atau bekas takungan air setiap minggu sebelum mengisi air yang baharu. Bubuh racun pembunuh jentik-jentik setiap tiga bulan dalam kolah air bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, kita perlu mengadakan gotong royong secara berkala bagi memastikan rumah dan kawasan sekeliling bersih dan tiada tempat atau bkas yang berpotensi menjadi pembiakan jentik-jentik. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya demam denggi. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk menyampaikan mesej tentang pencegahan denggi kepada masyarakat.

Upload: wanihawani

Post on 12-Aug-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahaya Demam Denggi Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah. Mengikut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kes demam denggi meningkat setiap tahun. Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti demam denggi ialah demam kuat yang mengejut dan berterusan. Terdapat bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulangtulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala. Selain itu, terdapat tanda-tanda pendarahan pada hidung, mulut dan gusi , hilang selera makan, loya dan muntah-muntah. Seseorang itu hanya akan mendapat demam denggi sekiranya digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus. Nyamuk Aedes akan menghisap darah pesakit yang mengandungi virus denggi. Nyamuk ini menjadi pembawa virus denggi dalam tempoh tujuh hingga empat belas hari. Seterusnya, nyamuk Aedes yang membawa virus tersebut akan menggigit orang yang sihat. Akhirnya orang yang sihat itu mengalami demam denggi. Antara langkah pencegahan denggi adalah dengan menjalankan aktiviti

memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik. Pastikan pam tandas ditutup rapat. Sekiranya rosak, ia perlu dibaiki dengan segera. Basuh dan cuci tempayan atau bekas takungan air setiap minggu sebelum mengisi air yang baharu. Bubuh racun pembunuh jentik-jentik setiap tiga bulan dalam kolah air bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, kita perlu mengadakan gotong royong secara berkala bagi memastikan rumah dan kawasan sekeliling bersih dan tiada tempat atau bkas yang berpotensi menjadi pembiakan jentik-jentik. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya demam denggi. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk menyampaikan mesej tentang pencegahan denggi kepada masyarakat.