petikan

8
Fahmi : Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli. Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku. Fahmi : Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut. Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja. Fahmi : Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa- apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku? Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau. Fahmi : Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu. Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat. Fahmi : Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidak entah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut, bawa aku sekali. Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

Upload: ajib

Post on 19-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: petikan

Fahmi :

Aku dah kata Malik, tapi kau tak ambil peduli.

Malik : Tapi Fahmi, kalau aku tak gagahkan tulang empat kerat ini, siapa lagi yang hendak suapkan anak dan isteriku.

Fahmi :

Ya benar, tapi kau pun tahu sekarang musim angin monsun timur laut.

Malik : Jangan kau nak bersyarah di depanku Fahmi. Selama ini ada saudaraku yang ambil tahu susah senang kami sekeluarga? Lagipun masa aku keluar keadaan laut tenang sahaja.

Fahmi :

Aku kan ada Malik, bukan kau tak kenal aku. Sejak dari dulu lagi aku anggap kau sekeluarga sebagai saudaraku. Jika ada apa-apa kepayahan, kenapa kau tidak beritahu aku?

Malik : Sebenarnya aku sekeluarga telah banyak menyusahkan kau selama ini. Yuran pendaftaran anakku, Musa di universiti dulu pun kau yang sediakan. Takkan perbelanjaan hariannya pun aku nak minta daripada kau.

Fahmi :

Tapi Malik, aku telah anggap Musa sebagai anakku sendiri, lagipun aku tiada anak. Kau jangan bimbang, mulai sekarang segala perbelanjaan Musa di universiti biar aku yang tanggung. Kau uruskan tiga lagi anakmu yang bersekolah rendah dan menengah itu.

Malik : Terima kasih Fahmi, kaulah saudaraku dunia dan akhirat.

Fahmi :

Mujur Pasukan Polis Marin mempunyai bot pemecah ombak, kalau tidakentah apa yang akan berlaku semalam. Ingat, lain kali kalau nak ke laut,bawa aku sekali.

Malik : Baiklah Fahmi, terima kasih sekali lagi.

Page 2: petikan

Aku meletakkan beg sekolahku di atas pangkin bawah pokok mangga di depan rumah.Keringat masih lagi mengalir di dahi.Aku perhatikan sekeliling rumahku, tapi kelibat ayah belum kunampak. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada siapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah."Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang. "Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya."Tak apalah, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak," kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.Lepas sembahyang Zuhur nanti tugasku bermula. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kubajak. Lepas itu, bolehlah aku mengambil upah membajak sawah Pak Megat, Pak Talib dan Pak Said. Itulah punca pendapatan sampingan aku bersama dengan jentera kubota berenjin diesel.Pernah suatu hari aku suarakan cadangan supaya ayah mencari pengganti ibu, namun aku ditengkingnya. Bagi ayah, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibu.Aku bertekad untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam seperti yang telah aku katakan pada ibu. Ibu…

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner

Page 3: petikan

(DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini.Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara.

 Izah rasa benar-benar tersinggung.  Cuti persekolahan kali ini terpaksa dihabiskan bersama-sama ibu dan ayah sahaja.   Cuti persekolahannya tidak seindah dan seceria cuti Amylia.   Penat lelahnya menghabiskan kerja-kerja sekolah lebih awal daripada biasa tidak berpada.   Susah

Page 4: petikan

payahnya mencuci kasut sepulangnya dari sekolah siang tadi seperti tidak bermakna.   Penat fikirannya merancangkan aktiviti sepanjang percutiannya juga menjadi sia-sia.

            “Minggu depan mereka berjanji akan pulang,”   Haji Din menyatakan pesanan anak-anaknya tadi.

            “Ayah percaya?”  tanya Izah yang yakin janji itu akan dimungkiri lagi.

            “Kita sahajalah yang pergi.   Tidak pun Izah ulang kaji pelajaran sahaja di rumah.” Haji Din cuba memujuk ketika Izah merungut-rungut kerana marah akan Along dan Angah yang sering mungkir janji.

            “Hari-hari Izah belajar.   Cuti sekolah Izah nak berehatlah pula,” rungut Izah yang masih tidak puas hati.  Tadi sebelum waktu terakhir persekolahan, dia terpaksa mengaku kepada teman karibnya bahawa keluarganya akan ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan ini.   Izah berasa jengkel kepada Amylia hingga terpaksa mengakui perkara yang dia sendiri tidak yakin.  

            “Kita berehat sahaja di rumah.  Badan pun tak penat.   Nanti ayah masakkan nasi tomato kegemaran Izah.  ”Bagaimana?”  Haji Din memujuk lagi.   Dia yang tua pun tersinggung hati apatah lagi Izah yang masih kanak-kanak.    Namun sebagai orang tua, Haji Din memahami masalah anak-anaknya.   Izwan sudah berkeluarga.   Izani pula terpaksa balik ke kampung suaminya kerana bapa mentuanya sakit.    Haji Din yakin suatu hari nanti Izah akan lebih memahami.

LAPORAN TEMASYA SUKAN KE-32 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

Page 5: petikan

            Pada 12 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan temasya sukan kali yang ke-15. Pelbagai persiapan telah dijalankan supaya temasya sukan berjalan dengan lancar. Khemah murid dan khemah tetamu telah didirikan. Kawasan sekeliling padang telah dihiasi dengan bendera berwarna warni. Gerai-gerai jualan sementara turut didirikan untuk para peniaga.

            Pada pukul 2.30 petang, upacara perbarisan bermula. Para peserta berbaris mengikut rumah sukan masing-masing. Seterusnya upacara lintas hormat dan upacara menaikkan bendera diadakan. Ketua murid membaca ikrar sukan dan diikuti oleh semua peserta.

            Tuan Haji Idris bin Che Muda, Pegawai Pelajaran Daerah telah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan temasya sukan ini. Para peserta telah membuktikan kehandalan masing-masing untuk merangkul gelaran juara bagi seiap acara yang dipertandingkan serta mengutip mata kemenangan.

            Pada pukul 5.30 petang, acara sukan berakhir. Rumah Temenggong muncul sebagai johan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah kepada para pemenang.

            Temasya sukan kali ini dianggap yang paling meriah sepanjang 15 tahun temasya sukan ini diadakan selain mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan penduduk setempat.

Disediakan oleh,                                                                             22 MAC 2007.

Zarina Hasan

( ZARINA BT. HASAN )

Ketua Murid,

Sekolah Kebangsaan Taman Indah.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil

Page 6: petikan

penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.

"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.

            “Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.

            Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.

            Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.

            Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.

            Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam

Page 7: petikan

dan penduduk kampung berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.

            Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit.  Akibat banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang berlangsung.

            Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.

            Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap kali hujan turun.

            Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini.  Walau bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain daripada masalah sampah.