petikan

3
NAMA MURID : ____________________ TARIKH : 10 Februari 2015 Tajuk : Penjagaan gigi Aiman dan kawan-kawannya belajar tentang cara-cara memberus gigi yang betul. Mereka dibimbing oleh beberapa orang jururawat. Mereka juga diberikan risalah tentang kaedah memberus gigi dan menonton tayangan video tentang penjagaan gigi. Terdapat beberapa langkah kaedah memberus gigi dengan betul. Langkah pertama, letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi. Berus hendaklah mengenai gigi dan gusi tersebut. Langkah kedua, gerakkan berus dengan tangan kamu sambil memberus bahagian luar gigi secara perlahan. Langkah ketiga, beruslah bahagian dalam gigi menggunakan cara yang sama seperti pada langkah pertama. Langkah keempat, condongkan berus gigi ke bahagian hadapan gigi dan beruslah bahagian dalam gigi. Penjagaan gigi yang sempurna amat mustahak bagi menghindari kerosakan gigi. Kanak-kanak mudah mengalami masalah kerosakan gigi. Penjagaan gigi yang baik perlu dilakukan untuk mengelakkan risiko kehilangan gigi. Untuk penjagaan gigi yang baik, kamu boleh melakukan beberapa perkara seperti memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur, menggunakan berus gigi dan ubat gigi Petikan Teks RPH 2 RPH 2

Upload: yolandac04

Post on 16-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pantun nasihat

TRANSCRIPT

NAMA MURID : ____________________ TARIKH : 10 Februari 2015Tajuk : Penjagaan gigi

Aiman dan kawan-kawannya belajar tentang cara-cara memberus gigi yang betul. Mereka dibimbing oleh beberapa orang jururawat. Mereka juga diberikan risalah tentang kaedah memberus gigi dan menonton tayangan video tentang penjagaan gigi. Terdapat beberapa langkah kaedah memberus gigi dengan betul. Langkah pertama, letakkan berus gigi pada sepanjang garisan gusi. Berus hendaklah mengenai gigi dan gusi tersebut. Langkah kedua, gerakkan berus dengan tangan kamu sambil memberus bahagian luar gigi secara perlahan. Langkah ketiga, beruslah bahagian dalam gigi menggunakan cara yang sama seperti pada langkah pertama. Langkah keempat, condongkan berus gigi ke bahagian hadapan gigi dan beruslah bahagian dalam gigi. Penjagaan gigi yang sempurna amat mustahak bagi menghindari kerosakan gigi. Kanak-kanak mudah mengalami masalah kerosakan gigi. Penjagaan gigi yang baik perlu dilakukan untuk mengelakkan risiko kehilangan gigi. Untuk penjagaan gigi yang baik, kamu boleh melakukan beberapa perkara seperti memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur, menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Selain itu, kamu boleh mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman dan sentiasa melakukan pemeriksaan gigi secara berkala.

KOSA KATAKosa KataMaksud

1. kaedah cara-cara

2. mustahak penting

3. risiko bahaya atau akibat

Petikan Teks RPH 2RPH 2