petikan 1

3
PETIKAN 1 Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu. PETIKAN 2 Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi. PETIKAN 3 Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya. PETIKAN 4 Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid

Upload: aiman

Post on 12-Apr-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

latihan penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: PETIKAN 1

PETIKAN 1Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

PETIKAN 2Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.  Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah.  Azim segera mematikan suis televisyen.  Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.  Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun.  Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.  Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap.  Dia hampir-hampir  tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi.  Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya.  Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

PETIKAN 3Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan  bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful  mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4

Page 2: PETIKAN 1

Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

PETIKAN 5Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin          jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa       mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

PETIKAN 6Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.            Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk

PETIKAN 7Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini.  Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang

Page 3: PETIKAN 1

diadakan.  Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.  Mereka hidup dengan harmoni.Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.  Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.  Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.  Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi  masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.  Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.  Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ.  Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat

PETIKAN 8Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.  Dia pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya.  Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.            Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan.  Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka.  Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya

PETIKAN 9“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja  baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.       Suatu petang,  Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.“Makkkk ........!”            ”Anak encik perlu  menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikithari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.