perutusan tahun baru ceo ftsb - …feldatrading.com.my/go/dl.php?filename=buletin ftsb (january...

3
PERINTIS SEKTOR PERNIAGAAN FELDA EDISI JANUARI 2016 Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum w.b.t., Merenung sejenak, masa bergerak pantas, kita sudah melangkah ke tahun 2016. Tahun 2015 telah meinggal- kan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang dapat dijadi- kan sebagai panduan untuk terus maju menempuhi lembaran baru 2016 yang baru sahaja membuka tirai. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi di atas segala pencapaian FTSB setakat ini walaupun banyak didatangi cabaran dan dugaan berikutan situasi ekonomi negara yang dilihat kurang memberangsangkan semenjak kebelakangan ini. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada semua kakitangan FTSB yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan operasi syarikat selama ini. Saya ber- harap agar komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada tahun baru ini demi meningkatkan produktiviti dan pres- tasi syarikat ke tahap yang maksimum. Saya berharap agar komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada ta- hun baru ini demi meningkatkan produktiviti dan prestasi syari- kat ke tahap yang maksimum Pada tahun ini, syarikat akan memberi tumpuan kepada kecekapan dan keberkesanan operasi dalam semua aspek perniagaan seperti run- citan, stesen minyak, industri agro, jenama sendiri dan ban- yak lagi. Segala perancangan telah dibuat dengan mengam- bil kira beberapa elemen yang dapat membantu syarikat un- tuk menjana pulangan yang tinggi di samping mendapat tempat yang kukuh dalam pasaran tempatan. Selain itu, sistem tadbir urus dan hal ehwal kakitangan juga akan diberikan tumpuan yang khusus bagi memastikan syarikat beroperasi mengikut etika dan polisi yang telah ditetapkan serta menerapkan nilai integriti dan akauntabiliti dalam kalangan ka- kitangan. Akhir kata, saya berharap agar segala inisiatif dan perancangan yang telah dirangka akan mendapat ker- jasama yang baik dalam kalangan warga FTSB sekali gus membantu untuk meningkatkan imej serta reputasi syarikat. Seiring dengan semangat tahun baru, saya mendoakan agar seluruh warga FTSB akan terus maju dan jaya. InsyaAllah. Eimir Huzaimi Md Noh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Trading Sdn Bhd SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SELURUH WARGA FTSB ! Terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu anda PERUTUSAN TAHUN BARU CEO FTSB

Upload: nguyentram

Post on 26-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUTUSAN TAHUN BARU CEO FTSB - …feldatrading.com.my/go/dl.php?filename=Buletin FTSB (January 2016).pdf · SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SELURUH WARGA FTSB ! ... asa agresif dalam

PERINTIS SEKTOR PERNIAGAAN FELDA EDISI JANUARI 2016

Bismillahirahmanirahim,

Assalammualaikum w.b.t.,

Merenung sejenak, masa bergerak pantas, kita sudah melangkah ke tahun 2016. Tahun 2015 telah meinggal-kan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang dapat dijadi-

kan sebagai panduan untuk terus maju menempuhi lembaran

baru 2016 yang baru sahaja membuka tirai.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi di atas segala pencapaian FTSB setakat ini walaupun banyak didatangi cabaran dan dugaan berikutan situasi ekonomi negara yang dilihat kurang

memberangsangkan semenjak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada semua kakitangan FTSB yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan operasi syarikat selama ini. Saya ber-harap agar komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada tahun baru ini demi meningkatkan produktiviti dan pres-tasi syarikat ke tahap yang maksimum. Saya berharap agar komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada ta-hun baru ini demi meningkatkan produktiviti dan prestasi syari-

kat ke tahap yang maksimum

Pada tahun ini, syarikat akan memberi tumpuan kepada kecekapan dan keberkesanan operasi dalam semua aspek perniagaan seperti run-citan, stesen minyak, industri agro, jenama sendiri dan ban-yak lagi. Segala perancangan telah dibuat dengan mengam-bil kira beberapa elemen yang dapat membantu syarikat un-tuk menjana pulangan yang tinggi di samping mendapat tempat yang kukuh dalam

pasaran tempatan.

Selain itu, sistem tadbir urus dan hal ehwal kakitangan juga akan diberikan tumpuan yang khusus bagi memastikan syarikat beroperasi mengikut etika dan polisi yang telah ditetapkan serta menerapkan nilai integriti dan akauntabiliti dalam kalangan ka-

kitangan.

Akhir kata, saya berharap agar segala inisiatif dan perancangan yang telah dirangka akan mendapat ker-jasama yang baik dalam kalangan warga FTSB sekali gus membantu untuk meningkatkan imej serta reputasi syarikat. Seiring dengan semangat tahun baru, saya mendoakan agar seluruh warga FTSB akan terus maju

dan jaya. InsyaAllah.

Eimir Huzaimi Md Noh

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Felda Trading Sdn Bhd

SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SELURUH WARGA FTSB !

Terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu anda

PERUTUSAN TAHUN BARU CEO FTSB

Page 2: PERUTUSAN TAHUN BARU CEO FTSB - …feldatrading.com.my/go/dl.php?filename=Buletin FTSB (January 2016).pdf · SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SELURUH WARGA FTSB ! ... asa agresif dalam

Berbeza dengan D’Mart, MyWinkel adalah kedai serbane-ka yang membawa konsep moden atau urban menepati citarasa kontempo-rari masa kini. Gabungan konsep C-Store (Convinience Store) dan juga mini café menjadikan My Winkel lebih unik dan menarik berbeza dari runcitan

yang lain.

“Winkel” berasal daripada perkataan Dutch yang membawa maksud kedai atau store. Bukan sekadar kedai runcit biasa, MyWinkel juga menawarkan pelbagai servis perkhidmatan yang mesra pelanggan. Para pelanggan boleh mengakses laman web rasmi MyWInkel bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai produk-produk yang dijual, promosi terkini, stok baru dan se-

bagainya.

Selain mini café di dalam kedai yang menjadi tempat untuk para pelanggan berehat dan menjamu selera, operasi MyWinkel juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti internet (wi-fi), mesin kad kredit dan

mesin kredit prabayar.

My Winkel menjual pelbagai jenis produk yang menjadi kegunaan harian orang ramai seperti makanan segera, beras, minuman, kelengkapan dapur, alat tulis dan banyak lagi. Semua produk dan barangan dijual dengan harga

yang berpatutan mengikut harga pasaran semasa.

Dengan memilih lokasi tertentu untuk beroperasi, MyWinkel lebih menumpukan skop perniagaan dalam pasaran berpendapatan sederhana dan tinggi. My Winkel kini beroperasi di Kompleks YJN, Bukit Jalil. Pihak pengurusan berharap konsep baru MyWinkel ini dapat dikembangkan ke

lokasi-lokasi lain dalam masa terdekat.

Bagi melebarkan sayap Felda

Trading dalam industri perun-

citan, pihak pengurusan senti-

asa agresif dalam merangka

pelan dan strategi untuk me-

mastikan kelangsungan operasi

syarikat dalam bidang perun-

citan. D’Mart Borong merupa-

kan salah satu projek baru

yang memberi fokus untuk

menjadi pembekal barang run-

cit premier.

Dalam situasi ekonomi negara

yang kurang memberang-

sangkan, sudah tentu para pe-

runcit akan lebih teliti dalam

memilih pembekal barangan

untuk kedai masing-masing.

Sehubungan itu, D’Mart Borong

sebagai pembekal, akan mena-

warkan harga pasaran yang

berpatutan di samping perkhid-

matan yang terbaik bagi

mendapatkan kepercayaan

orang ramai.

Selain itu, D’Mart Borong juga

akan memastikan setiap ba-

rangan yang di tawarkan adalah

berkualiti dan mendapat kelu-

lusan daripada pihak berkuasa

untuk mengelakkan dari berla-

ku sebarang masalah dengan

pelanggan. Operasi penjualan

dan pembekalan yang sah dari

segi undang-undang merupa-

kan prinsip utama D’Mart Bo-

rong.

Setakat ini, D’Mart Borong akan

dilancarkan di lima (5) buah

kawasan iaitu Kota Tinggi,

Mersing, Slim River, Kerayong

dan juga Segamat. Dalam

jangka masa panjang, pihak

pengurusan akan meluaskan

lagi perniagaan D’Mart Borong

di beberapa buah kawasan lain

yang dilihat berpotensi dan

Konsep yang lebih moden menggabungkan ciri-ciri C-Store dan juga mini café

Sentuhan Urban D’Mart

D’Mart Borong

Page 3: PERUTUSAN TAHUN BARU CEO FTSB - …feldatrading.com.my/go/dl.php?filename=Buletin FTSB (January 2016).pdf · SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SELURUH WARGA FTSB ! ... asa agresif dalam

TIPS

SENAMAN

RINGAN DI

PEJABAT

Leg Raise (Angkat Kaki)

Dalam keadaan duduk, angkat kaki anda ke hada-pan dan tahan selama 5 saat. Kemudian turunkan kaki anda secara perlahan tanpa menjejak lantai. Ulang langkah ini bebera-

pa kali.

Shoulder Shrug (Mangangkat Bahu)

Tarik bahu ke atas, bawa ke hadapan dan lepaskan. Angkat pem-berat seperti buku, fail atau botol air sambil

melakukan gerakan.

Wall Push-Up (Tekan Tubi pada Dinding)

Berdiri 3 kaki di hadapan dinding. Dengan tangan yang menekan dinding, tolak badan ke depan dan ke belakang untuk melengkapkan process

push up.

Back Stretch (Regangan Belakang)

Cengkam meja dengan kuat dan regangkan kepala anda ke hadapan sambil menolak kerusi ke

hadapan dan kebelakang.

Standing Leg Curl (Mengangkat Kaki)

Berdiri di belakang kerusi dan pegang kerusi terse-but dengan kedua belah tangan. Angkat kaki (lipat

AZAM, AMANAH & INTEGRITI

SEORANG PEKERJA

“Sesungguhnya Allah SWT suka melihat hamba-Nya yang melakukan pekerjaan dengan tekun (teliti).” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari A’isyah r.a.)

Dalam Islam, melakukan sesuatu pekerjaan itu dikira sebagai ibadah sekiranya seseorang itu melakukan pekerjaan dengan amanah dan penuh rasa tanggungja-wab. Keikhlasan seseorang dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tanpa mengira pangkat atau kedudukan akan menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa diberkati.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar akan pekerjaan itu merupakan satu ibadah. Situasi ini dapat dilihat apabila ada segilintir individu yang melakukan kerja secara sambil lewa dan tidak amanah. Tidak amanah di dalam bekerja ini berkait rapat dengan beberapa perkara seperti pecah amanah (menggunakan harta syarikat un-tuk kepentingan peribadi seperti duit, barang-barang dsb), ponteng kerja sesuka hati, menipu majikan atau pelanggan dan banyak lagi.

Secara tidak langsung akan melahirkan individu yang tidak mempunyai integriti sekaligus memberi nama buruk pada reputasi syarikat. Individu seperti ini dilihat sebagai parasite yang melumpuhkan operasi syarikat di mana produktiviti akan men-jadi lemah, pelanggan hilang kepercayaan kepada syarikat, ekonomi syarikat tidak stabil dan sebagainya.

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: “Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah”. Riwayat Imam Ahmad

Antara punca hidup seseorang itu menjadi kucar-kacir ada berpunca daripada rezeki yang datang dari sumber tidak halal. Sebagai seorang Muslim, kita harus beringat bahawa sekiranya pekerjaan yang dilakukan tidak menepati syara’ termasuklah tidak amanah menyebabkan gaji yang diperoleh itu menjadi tidak berkat.

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Sehubungan itu, bersempana dengan tahun baru 2016, marilah kita bersama-sama menanamkan azam untuk menjadi seorang hamba Allah SWT yang rajin dan ama-nah dalam menjalankan tugas. InsyaAllah~

“Allah sukakan hamba-Nya yang bekerja (secara profesional). Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.”