perumpamaan bahasa melayu

16
BML 4113 SEMANTIK DAN PRAGMANTIK BAHASA MELAYU Tajuk : Kaitan perumpamaan dengan kebijaksanaan dan alam. Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim No matrik : D20091035632 Semester : 3 Kumpulan : A

Upload: dhea-ct

Post on 24-Jun-2015

12.027 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perumpamaan merupakan satu bahagian daripada koleksi yang terkandung dalam peribahasa Melayu. Penggunaan perumpamaan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakatMelayu kerana perumpamaan merupakan satu warisan seni kiasan yang telah diwarisi olehmasyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Masyarakat dahulu kerap menggunakan perumpamaan dalam perbualan mereka seharian mereka dan menyebabkan bahasa perumpamaantidak luput dek zaman. Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulukerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara.Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana,seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Sebagai contoh perkataan bagaiaur dengan tebing membawa maksud bermuafakat atau tolong-menolong. Oleh sebab itu,masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasaMelayu yang lain kerana dibezakan dengan perkataan yang mengambarkan satu perbandinganyang berada di pangkal ayat tersebut. Namun demikaian, terdapat juga sesetengah perumpamaanyang tidak menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan perbandingan di pangkalayat contohnya seperti kata perumpamaan di sangka langit rendah, di pandang dekat dicapaitidak dapat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan, 2010).Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayuterdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yangtinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling. Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telahmenggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapatditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyaikaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling

TRANSCRIPT

Page 1: perumpamaan bahasa melayu

BML 4113

SEMANTIK DAN PRAGMANTIK BAHASA MELAYU

Tajuk :

Kaitan perumpamaan dengan kebijaksanaan dan alam.

Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim

No matrik : D20091035632

Semester : 3

Kumpulan : A

Pensyarah : En. Abdullah bin Yusof

Page 2: perumpamaan bahasa melayu

Isi kandungan

Bil Isi kandungan Muka surat

1.0 Pendahuluan. 1

2.0Definisi perumpamaan dan kaitan dengan kebijaksanaan alam. 2

3.0 Kegunaan perumpamaan dalam kebijaksanaan alam. 3

4.0 Unsur-unsur alam dalam perumpamaan.

4.1 Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan.

4.2 Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan.

4.3 Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam

Perumpamaan.

5.0 Contoh-contoh perumpamaan dan maksudnya. 6-7

6.0 Kesimpulan. 8

Bibliografi 9

Page 3: perumpamaan bahasa melayu

1.0 Pendahuluan

Perumpamaan merupakan satu bahagian daripada koleksi yang terkandung dalam

peribahasa Melayu. Penggunaan perumpamaan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat

Melayu kerana perumpamaan merupakan satu warisan seni kiasan yang telah diwarisi oleh

masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Masyarakat dahulu kerap menggunakan

perumpamaan dalam perbualan mereka seharian mereka dan menyebabkan bahasa perumpamaan

tidak luput dek zaman. Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulu

kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat

perbandingan dengan sesuatu perkara.

Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan

perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana,

seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Sebagai contoh perkataan bagai

aur dengan tebing membawa maksud bermuafakat atau tolong-menolong. Oleh sebab itu,

masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa

Melayu yang lain kerana dibezakan dengan perkataan yang mengambarkan satu perbandingan

yang berada di pangkal ayat tersebut. Namun demikaian, terdapat juga sesetengah perumpamaan

yang tidak menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan perbandingan di pangkal

ayat contohnya seperti kata perumpamaan di sangka langit rendah, di pandang dekat dicapai

tidak dapat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan, 2010).

Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayu

terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang

tinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-

kaitnya dengan alam sekeliling. Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah

menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapat

ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai

kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.

Page 4: perumpamaan bahasa melayu

2.0 Definisi perumpamaan dan kaitan dengan kebijaksanaan alam.

Perumpamaan merupakan satu ungkapan kata yang indah yang dapat memberi nasihat

dan teguran kepada pendengar. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in

Shaari (2009), perumpamaan merupakan satu susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi

makna khas berlainan daripada yang diucapkan atau ditulis dalam ayat dan membandingkan

sesuatu dengan benda lain. Oleh sebab itu, sebarang penggunaan perumpamaan akan

mengamabarkan satu perbandingan anatara makan yang ingin disampaikan dengan perkataan

yang digunakan. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu terdahulu akan mengaitkan

perumpamaan dengan alam sekeliling. Masyarakat dahulu banyak mendapat ilham daripada

alam sekeliling dan mereka akan mengaitkan dengan kehidupan seharian dan dijadikan sebagai

perumpamaan.

Perumpamaan juga bermaksud satu susunan kata yang indah, ringkas, kemas dan

mempunyai maksud yang tersirat. Setiap baris kata perumpamaan yang dicipta akan mempunyai

susunan kata yang sedap untuk didengari. Perumpamaan juga banyak menggunakan bahasa

halus dan kiasan bagi mengelakkan ada individu yang tersinggung. Selain daripada itu juga,

perumpamaan merupakan satu susunan kata yang kemas, ringkas dan mempunyai maksud yang

tersirat bagi memudahkan pendengar untuk mentafsir maksud yang terkandung dalam

perumpamaam tersebut. Sekiranya perumpamaan yang digunakan mempunyai perkataan yang

terlalu panjang akan menyukarkan masyarakat untuk mentafsirkannya dan menyebabkan ramai

pengguna bahasa Melayu tidak akan menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian

mereka kerana terlalu panjang (http://tatabahasabm.tripod.com/tata/perumpama.htm).

Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu telah menggunakan kebijaksanaan alam sebagai

ilham dalam mencipta perumpamaan kerana dapat mencipta suatu perumpamaan yang ringkas

tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Sebagai contohnya, penggunaan unsur-unsur

binatang dan tumbuhan yang banyak digunakan dalam perumpamaan mengambarkan satu fitrah

semulajadi yang akan berlaku dan bersinonim dengan kehidupan manusia. Hal ini akan

memudahkan pendengar untuk memahami apa maksud yang cuba disampaikan melalui

perumpamaan tersebut kerana fitrah semulajadi tidak akan bertentangan dengan unsur-unsur

yang terdapat pada alam sekeliling.

Page 5: perumpamaan bahasa melayu

3.0 Kegunaan perumpamaan dalam kebijaksanaan alam

Perumpamaan banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka

menggunakan perumpamaan bertujuan untuk pelbagai tujuan. Menurut Abdullah Yusof, Alias

Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran,

nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Melalui penggunaan kata

perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung. Oleh sebab itu, memang

wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang

akan timbul.

Perumpamaan mempunyai banyak kegunaannya bukan sekadar mencantikkan bahasa

tetapi juga mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat disebalik kata perumpamaan tersebut.

Contoh perumpamaan yang mengandungi nasihat adalah seperti ada beras taruh dalam padi, ada

ingat taruh dalam hati. Perumpamaan tersebut menyampaikan nasihat supaya kita tidak

membocorkan rahsia seseorang dan menyimpannya sebaik mungkin. Hal ini adalah kerana, jika

kita membocorkan rahsia seseorang nescaya kita akan bergaduh denganya. Maka lebih baik kita

hanya berdiam diri tanpa memberitahu pada sesiapa. Jika kita meneliti dengan lebih dalam,

kata-kata perumpamaan tersebut juga ada menggunakan unsur alam dalam memberi nasihat

seperti perkataan beras dan padi. Oleh sebab itu, penggunaan unsur alam dalam perumpamaan

tidak terbatas walaupun sekadar untuk memberi nasihat.

Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk

menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung. Hal ini adalah kerana,

setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang

banyak berkaitan dengan alam semulajadi. Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian

diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia. Contohnya ialah

mulut disuap dengan pisang, buntut dikait dengan onak telah mengambarkan bahawa seseorang

itu bermuka-muka. Mereka hanya baik dihadapan tetapi di belakang akan dikeji dan dihina.

Jikalau kita menggatakan kepada seseorang bahawa dia suka bermuka-muka sudah tentu dia

akan memarahi kita. Tetapi jika kita menggunakan kata perumpamaan tersebut akan

menampakkan kehalusan dalam bahasa pertuturan kita.

Page 6: perumpamaan bahasa melayu

4.0 Unsur-unsur alam dalam perumpamaan

Masyarakat terdahulu mempunyai satu imaginasi yang kuat terhadap alam dan

persekitaran menyebabkan mereka banyak menggunakan unsur alam dalam menghasikan setiap

kata perumpamaan. Antara unsur alam yang biasa digunakan ialah binatang, tumbuh-tumbuhan,

manusia dan alam sekeliling.

4.1 Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan

Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada

unsur-unsur binatang. Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan

dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian

manusia. Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan

kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur.

Antara binatang yang sering dikaitkan dengan perumpamaan ialah kucing, anjing,

ikan, kodok, ayam dan sebagainya. Contoh penggunaan unsur binatang dalam

perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan,

bagai murai dicabut ekor, carik-carik bulu ayam lama-kelamaan bercantum juga, harimau

mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama dan sebagainya.

Keseluruhan contoh perumpamaan tersebut banyak menggunakan unsur-unsur binatang

bagi menerangkan maksud yang cuba disampaikanya.

4.2 Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan

Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan. Antara unsur

tumbuhan yang digunakan dalam perumpamaan ini ialah pokok, daun, dahan dan

sebagainya. Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan

kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile

. Penggunaan simile ini menjelaskan lagi maksud yang cuba disampaikan dalam

perumpamaan tersebut (http://en.wikipedia.org/wiki/Simile).

Page 7: perumpamaan bahasa melayu

Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga

dedap, sungguh merah berbau tidak. Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat

bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat

seseorang. Hal ini adalah kerana, bunga dedap merupakan sejenis bunga yang tidak

berbau dan penyifatan bunga ini bertujuan mengambarkan seorang perempuan yang

cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

4.3 Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan

Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia.

Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam

mencipta perumpamaan dan sebagainya. Mereka beradaptasi berdasarkan perkara yang

berada dihadapan mata mereka saja. Perumpamaan bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud

sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi. Perumpamaan ini

mengambarkan satu daya pemikiran yang tinggi dalam kalangan masyarakat terdahulu

sehinggakan mereka mampu mencipta perumpamaan yang mempunyai maksud yang

tersirat.

Di samping itu juga, perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia dalam

menyerikan perumpamaan. Antaranya ialah seperti anak muda jolong berkeris yang

bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya.

Page 8: perumpamaan bahasa melayu

5.0 Contoh-contoh perumpamaan dan maksudnya.

Bi

l

Perumpamaan Maksud Unsur alam

1 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit. Binatang

2 Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap.

Perempuan yang suka bercakap

banyak.

Contoh ayat: Suasana di dalam

kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah

yang becok bagai murai di-

cabut ekor.

Binatang

3 Harimau mati meninggalkan

belang; manusia mati

meninggalkan nama

Orang baik meninggalkan nama

baik, orang jahat meninggalkan

nama jahat.

Setiap manusia akan dikenang

kerana jasa dan budi yang telah

dilakukan semasa hidupnya.

Binatang

4 Ular menyusur akar tidak akan

hilang bisanya

Orang besar yang merendahkan

diri tidak akan jatuh martabatnya.

Contoh ayat : Sekalipun beliau

bergaul dengan orang

kebanyakan,namun hal itu bagai

ular menyusur akal takkan hilang

bisanya.

Binatang

5 Seperti harimau

menyembunyikan kukunya

Orang yang menyembunyikan

kelebihannya.

Binatang

Page 9: perumpamaan bahasa melayu

6 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi;

menipu dengan cara lemah

lembut.

Binatang

7 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat. Binatang

8 Diam-diam ubi berisi; diam-

diam besi berkarat

Orang berilmu yang berdiam diri

lebih baik daripada orang diam

tetapi tidak berilmu.

Tumbuhan

9 Berjagung-jagung dahulu

sementara padi masak

Sementara menunggu apa yang

baik, lakukan juga perkara-

perkara yang berfaedah.

Tumbuhan

10 Baik membawa resmi padi

daripada resmi lalang

Tidak sombong; rendah diri. Tumbuhan

11 Bagai cendawan tumbuh

selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu

masa.

Tumbuhan

12 Bagai kerakap tumbuh di batu,

hidup segan mati tidak mahu

Hidup dalam kemelaratan.

Kerakap sebangsa sirih tetapi

tidak dimakan orang.

Tumbuhan

13 Kalau tidak kerana angin tidak

akan pokok bergoyang

Kalau terjadi sesuatu hal tentu

ada sebab-sebabnya.

Alam sekitar

14 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat

dan saling membantu.

Alam sekitar

15 Seperti embun dihujung Tidak kekal Alam sekitar

Page 10: perumpamaan bahasa melayu

rumput

6.0 Kesimpulan

Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri.

Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran

masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan. Namun demikian,

masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka

menyebabkan perumpamaan kian dilupakan. Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan

minat masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan. Disamping itu juga, masyarakat kurang

memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat

menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, kita seharusnya menggunakan pelbagai

pendekatan supaya para pelajar lebih gemar menggunakan perumpamaan dan peribahasa yang

lain dalam pertuturan mereka supaya warisan nenek moyang kita tidak akan luput dek zaman.

Guru tidak seharusnya hanya memberi makna dan menyuruh para pelajar menghafal

perumpamaan dan maknanya sekadar untuk peperiksaan tetapi guru seharusnya menerapkan

nilai cintakan warisan ibunda ini dalam setiap diri pelajar supaya lebih gemar menggunakan

perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan dan penerapan penggunaan

perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam

penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.

Page 11: perumpamaan bahasa melayu

Bibliografi

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan pragmantik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Palmer, F.R. (1989). Semantik (Abdullah Hassan, Terjemah). Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1976).

Portal pendidikan utusan (2010). Semantik. Diperoleh daripada http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm pada 27/09/2010.

Tripod (2010). Perumpamaan. Diperoleh daripada http://tatabahasabm.tripod.com/tata/perumpama.htm pada 21/09/2010.

Wikipedia, (2008). Perumpamaan. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan pada 21/09/2010.

Wikipedia (2010). Simile. Diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Simile pada 21/09/2010.