pertumbuhan iks di selangor

Upload: are-fix

Post on 12-Mar-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pertumbuhan Iks Di Selangor

TRANSCRIPT

  • **PERTUMBUHAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

    DARI SUDUT PENAWARAN PELUANG PEKERJAAN: KAJIAN

    KE ATAS IKS BUMIPUTERA DI SELANGOR.

    Zaini Jamaludin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

    [email protected]

    ABSTRAK

    Pertumbuhan IKS yang memberangsangkan di Malaysia telah menjadi pemangkin

    kepada perkembangan ekonomi secara keseluruhan. Ini telah dibuktikan oleh Jepun dan

    Taiwan menerusi pembangunannya yang pesat hasil dari penglibatan IKS yang aktif dan

    efektif. Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia antara lain adalah meningkatkan

    simpanan negara dan menjimatkan pertukaran wang asing menerusi pengurangan import,

    mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik, memperkukuhkan struktur asas

    ekonomi negara serta yang lebih utama adalah meningkatkan kadar guna tenaga menerusi

    penawaran peluang pekerjaan. SMIDEC menerusi laporan tahunan 2003 telah

    menyatakan bahawa IKS pada tahun tersebut telah menyumbang kepada guna tenaga

    seramai 375,840 orang pekerja. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian ke atas

    pertumbuhan IKS bumiputera di negeri Selangor dari sudut penawaran peluang

    pekerjaan. Prestasi firma diukur berdasarkan penawaran peluang pekerjaan semasa mula

    beroperasi sehingga sekarang. Kajian dilakukan ke atas 68 orang usahawan dari 8 buah

    daerah di negeri Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta

    menjadi tumpuan sebagai tempat penghijrahan kepada penduduk di negeri lain. Ujian

    diskriptif digunakan untuk melihat pertumbuhan bilangan pekerja semenjak awal

    penubuhan firma sehingga sekarang.

    Kata Kunci : Pertumbuhan IKS, Keusahawanan, Peluang Pekerjaan

  • 2

    PENGENALAN

    Ekonomi dunia hari ini mengalami satu perubahan yang radikal dan pantas dalam

    organisasi perindustrian, pasaran dunia dan teknologi pengeluaran dan salah satu sebab

    kepada senario ini adalah kadar pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang

    lebih tinggi berbanding industri besar (Ozcan 1995). Menyedari hal yang demikian,

    menerusi Rancangan Malaysia ke-2, kerajaan telah merangka pelan pembangunan

    Malaysia ke arah pembentukan negara perindustrian dan merupakan strategi utama

    negara dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Ekoran dari itu, IKS di Malysia telah

    digerakkan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

    Rata-rata IKS yang ditubuhkan bertujuan untuk menjadi penyokong dan tulang belakang

    kepada syarikat-syarikat besar untuk meneruskan operasinya. IKS berfungsi sebagai

    pembekal kepada komponen-komponen dan peralatan pengilangan tertentu selain

    menyediakan khidmat sokongan seperti pengangkutan, guaman, perakaunan dan

    pengauditan, teknologi maklumat dan lain-lain.

    Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia antara lain termasuklah membuka peluang

    pekerjaan, meningkatkan jumlah simpanan negara, menjimatkan tukaran wang asing,

    mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk, melahir dan

    meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membantu dalam proses pemindahan teknologi,

    meningkatkan hubung jalin dengan firma yang lebih besar serta memperkukuhkan

    struktur asas industri negara (Moha Asri 1997).

    Tidak dinafikan sumbangan industri besar dalam menyediakan peluang pekerjaan, tetapi

    operasi firma yang besar biasanya lebih bersifat berintensifkan modal. Penggunaan

    mesin-mesin automatik dan berteknologi tinggi serta lokasinya yang tertumpu kepada

    satu-satu kawasan tertentu tidak membantu dalam penawaran peluang pekerjaan dengan

    meluas. Namun begitu, kewujudan IKS yang lebih bersifat intensif buruh, taburan yang

    lebih meluas, menjana lebih keluaran per unit modal, sedikit pertukaran wang asing dan

    memberikan keuntungan ekonomi yang lebih tinggi berbanding firma besar (Chuta dan

    Liedholm, 1985).

    Secara umumnya, negeri Selangor kini menempatkan 40% daripada aktiviti perindustrian

    negara dan sebahagian darinya adalah IKS yang bertempat di Petaling, Klang, Gombak

    dan Hulu Langat. Aktiviti perindustrian di Selangor meningkat kepada 60% tahun 2005

    dan ini dengan sendirinya akan menambah bilangan IKS di negeri ini. Dengan taburan

    yang lebih luas ke setiap daerah di negeri Selangor, IKS dapat dijadi pemangkin kepada

    pembangunan ekonomi setempat menerusi kegiatan ekonomi yang dipelbagai.

    DEFINISI IKS

    Terdapat berbagai-bagai definisi yang digunakan untuk menjelaskan ketiga-tiga kategori

    ini berdasarkan keperluan masing-masing. Pada kebiasaannya definisi IKS diberikan atas

    tujuan tertentu seperti dalam pengagihan bantuan dan bagi tujuan penaksiran cukai. Di

    Malaysia, IKS dibahagi kepada 3 kategori iaitu Mikro, Kecil dan Sederhana. Terdapat

  • 3

    berbagai-bagai definisi yang digunakan untuk menjelaskan ketiga-tiga kategori ini

    berdasarkan keperluan masing-masing. Pada umumnya faktor yang digunapakai untuk

    membezakan IKS ini adalah berdasarkan jumlah modal, jumlah jualan dan/atau bilangan

    pekerja sepenuh masa. Namun begitu, penyelidik telah menggunapakai definisi IKS yang

    telah diberikan oleh SMIDEC berdasarkan sektor untuk kajian ini seperti Jadual 1.

    Jadual 1 : Definisi IKS

    SEKTOR FIRMA MIKRO FIRMA KECIL FIRMA

    SEDERHANA

    Perkilangan,

    Perkhidmatan Berkaitan

    Perkilangan

    Industri Asas Tani

    Jumlah jualan yang

    kurang dari RM250

    ribu dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa kurang dari 5

    orang.

    Jumlah jualan antara

    RM250 ribu hingga

    RM10 juta dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa antara 5

    hingga 50 orang.

    Jumlah jualan antara

    RM10 juta hingga

    RM25 juta dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa antara 51

    hingga 150 orang.

    Perkhidmatan,

    Pertanian Asas

    Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi

    Jumlah jualan yang

    kurang dari RM200

    ribu dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa kurang dari 5

    orang.

    Jumlah jualan antara

    RM200 ribu hingga

    RM1 juta dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa antara 5

    hingga 19 orang.

    Jumlah jualan antara

    RM1 juta hingga

    RM5 juta dan/atau

    pekerja sepenuh

    masa antara 20

    hingga 50 orang.

    ULASAN KARYA TERDAHULU

    Adalah jelas bahawa IKS memainkan peranan yang penting dalam pembangunan

    ekonomi negara. IKS menyumbang kepada peluang pekerjaan bagi setiap unit modal,

    meningkatkan tabungan negara, memberi sumbangan positif terhadap corak agihan

    pendapatan negara, merupakan pusat latihan kepada para pekerja dan membantu

    memenuhi keperluan firma-firma besar (Ismail Mohd Salleh, 1990). Pada umumnya,

    matlamat pembangunan IKS dalam sesebuah negara adalah bagi menyelesaikan masalah

    seperti penggangguran, agihan pendapatan dan mengimbangi ekonomi negara (Mohd

    Khairuddin dan Syed Azizi, 2002). Penglibatan yang efektif oleh IKS dalam

    pembangunan ekonomi memberikan banyak kelebihan sebagaimana yang ditunjukkan

    oleh kejayaan negara seperti Jepun dan Taiwan menerusi pembangunannya yang pesat

    (Berry, 1997). Sumbangan yang sangat penting bagi perusahaan kecil dan menengah

    secara keseluruhannya adalah membuka peluang untuk orang-orang yang bermotivasi

    dan mampu untuk maju sebagai pengusaha dan pengelola swasta (Clapham, 1991).

    Pada tahun 2003, IKS dalam sektor perkilangan menyumbang sebanyak 29.1% atau

    RM68.8 bilion daripada keseluruhan pengeluaran. 26.1% bersamaan RM14.2 bilion

    kepada nilai ditambah dan 32.5% jumlah guna tenaga kepada 375,840 orang pekerja

    (SMIDEC, 2003). Senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga negara-negara

    lain di dunia. Di Netherlands 98.8% syarikat di sektor swasta merupakan syarikat IKS

    dengan sumbangan sebanyak 31.6% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan

    menawarkan 55% dari peluang pekerjaan.

  • 4

    IKS di Indonesia pula menyumbangkan sebanyak 56.7% dari KDNK dengan 79 juta

    peluang pekerjaan. Italy memperolehi USD35 juta eksport dan 2.2 juta peluang pekerjaan

    dari IKS dan Vietnam memperolehi 64% peluang pekerjaan dari kewujudan IKS (Nurul

    Indarti dan Marja Langenberg, 2004). Greenwood (1991) menegaskan, sektor-sektor

    dalam IKS merupakan penyelamat kepada masalah ekonomi yang dihadapi oleh Australia

    di mana 96% dari keseluruhan firma merupakan firma IKS dan ia berjaya menyediakan

    50% peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan menyumbang sebanyak 40% dalan

    KDNK. Dalam tempoh antara tahun 1980 hingga pertengahan tahun 1995, negeri

    Selangor telah berjaya menarik pelaburan terkumpul berjumlah RM38 bilion, dengan

    jumlah projek sebanyak 2904 dan menawarkan sebanyak 330000 peluang pekerjaan

    dalam pelbagai industri (Muhammad Muhd. Taib, 1996).

    Kewujudan IKS dalam sesebuah negara telah membuka peluang pekerjaan yang luas

    tidak kira kepada lelaki atau wanita. Dalam beberapa aktiviti pembuatan contohnya

    seperti menjahit pakaian, penyediaan makanan dan pengeluaran berbagai jenis kraftangan

    telah memberi peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang dahulunya hanya terikat

    dengan kerja-kerja rumah. Penglibatan wanita dalam sektor perindustrian secara langsung

    telah menggukuhkan sosio ekonomi keluarga dan masyarakat. Kedudukan IKS yang

    bertaburan sama ada disebabkan oleh faktor pasaran atau sumber bahan mentah dilihat

    berupaya untuk memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (Mohmad

    Napis, 1996).

    Kajian di negara perindustrian mendapati bahawa pekerja yang bekerja dengan firma

    kecil lebih selesa dengan kerja mereka berbanding mereka yang bekerja di firma yang

    besar walaupun secara umumnya mereka memperolehi gaji yang lebih kecil, keadaan

    keselamatan yang tidak terjamin dan kurang feadah kebajikan (Harper, 1984). Kepuasan

    kerja yang sebegini sangat membantu pertumbuhan firma menerusi peningkatan

    produktiviti pekerja.

    Sungguhpun kebanyakan industri hari ini telah beralih kepada pengeluaran berintensifkan

    modal, namun bagi IKS beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti kos modal,

    kuasa belian, kapasiti pengeluaran dan modal itu sendiri. Keadaan ini bebeza jika

    dibandingkan dengan firma yang besar dengan kapasiti pengeluaran yang tinggi. Oleh itu

    adalah lebih sesuai bagi IKS untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam

    operasi mereka. Keadaan ini sudah tentunya akan menyumbang kepada penawaran

    peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ishak Shari dan Wook Endut (1989) menyatakan

    antara faktor utama mengapa IKS lebih bersifat intensif buruh adalah:

    i. Bayaran upah buruh yang lebih rendah berbanding industri besar. ii. Kaedah pengeluaran yang tidak rumit dan dalam jumlah yang sedikit. iii. Pembelian bahan mentah dalam jumlah yang sedikit. Oleh itu mereka tiada kuasa

    tawar menawar.

    Jadual 2 menunjukkan sumbangan IKS dalam meningkatkan peluang pekerjaan dan

    seterusnya mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia dari tahun 1986 - 1995.

  • 5

    Jadual 2 : Bilangan Tenaga Buruh dan Kadar Pengangguran Mengikut Tahun

    TAHUN BILANGAN

    TENAGA BURUH

    (000)

    KADAR

    PENGANGGURAN

    (%)

    1986 5802 8.3

    1988 6658 7.2

    1990 7042 5.1

    1992 7204 3.7

    1993 7627 3.0

    Sumber : Kementerian Kewangan, Laporan Tahunan Ekonomi

    1985/1986 dan 1994/1995, Kuala Lumpur.

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian ini telah dijalankan ke atas IKS milik bumiputera di negeri Selangor. Selangor

    dipilih berdasarkan faktor kepadatan penduduk yang tinggi dan merupakan tumpuan

    kegiatan ekonomi terutamanya daerah-daerah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain

    itu Selangor amat sesuai untuk perkembangan IKS kerana kemudahan infrastrukturnya

    yang baik dan kewujudan kawasan perindustrian besar serta kepadatan penduduk yang

    tinggi telah menyediakan satu keadaan pasaran yang luas kepada IKS. Instrumen asas

    bagi kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan menerusi kaedah tinggal dan

    kutip (drop off method). Selain dari itu ada juga antara responden yang ditemuduga

    secara bersemuka (face to face interview), terutamanya bagi usahawan-usahawan IKS di

    kawasan kampung dan kurang memiliki pendidikan secara formal serta faktor umur

    responden. Adalah dikhuatiri responden yang telah berumur lebih 40 tahun kurang

    memahami soalan-soalan tertentu yang dikemukakan.

    Sampel dikelompokkan kepada daerah-daerah di negeri Selangor. Oleh kerana faktor

    masa dan kewangan, hanya 68 borang soal-selidik telah berjaya dikumpulkan. Borang-

    borang tersebut diperolehi dari 8 daripada 9 daerah di negeri Selangor kecuali daerah

    Hulu Selangor. Sungguhpun bilangan sampel agak kecil, namun ia masih menepati

    cadangan yang dikemukakan oleh Roscoe (1975) dalam menentukan bilangan sampel

    yang mencukupi dalam satu-satu kajian. Beliau telah mencadangkan kaedah asas tersebut

    seperti berikut :

    i. Saiz sampel yang lebih besar dari 30 dan kurang dari 500 adalah mencukupi bagi kebanyakan penyelidikan.

    ii. Apabila sampel dipecahkan kepada subsampel seperti lelaki/perempuan, junior/senior dan sebagainya, minimum saiz sampel sebanyak 30 bagi setiap

    kategori adalah diperlukan.

    iii. Dalam penyelidikan multivariate (termasuk analisis regrasi berbilang), saiz sampel seharusnya beberapa kali ganda (disyorkan 10 kali) daripada bilangan

    pembolehubah dalam kajian.

    iv. Bagi kajian ujikaji mudah dengan kawalan ujikaji yang ketat, penyelidikan dengan saiz sampel antara 10 hingga 20 dianggap berjaya.

  • 6

    BATASAN KAJIAN

    a) Oleh kerana kawasan yang dipilih merupakan sebuah bandar yang besar dan

    lengkap dengan infrastruktur asas untuk perkembangan IKS, keputusan yang

    diperolehi mungkin berbeza jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain

    yang berada jauh dari kemudahan asas ini.

    b) Bilangan sampel juga mungkin mempengaruhi keputusan. Kawasan yang dipilih

    merupakan satu kawasan yang padat dengan aktiviti ekonomi dan terdapat

    berpuluh-puluh ribu IKS dari pelbagai sektor. Ini ditambah pula sasaran

    responden merupakan usahawan atau pemilik perniagaan itu sendiri. Penyelidik

    menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari usahawan kerana

    mereka terikat dengan tugas mengurus perniagaan yang mereka usahakan.

    c) Selain itu, faktor masa dan kewangan juga membataskan kajian ini. Penyelidik

    sedaya upaya mendapatkan sampel dari 9 buah daerah yang terdapat di Selangor.

    Oleh itu ia memerlukan masa dan sumber kewangan yang agak tinggi bagi

    membiayai kajian lapangan (kutipan data). Sehubungan dengan itu, penyelidik

    cuba untuk mendapatkan seberapa banyak sampel bagi setiap daerah bagi

    mengimbangi keputusan kajian ini.

    SAMPEL KAJIAN

    Sampel kajian terdiri dari pelbagai sektor. Carta Pai 1 menunjukkan peratusan sampel

    IKS bagi setiap sektor.

    Carta 1: Peratusan Sampel Mengikut Sektor

    44%

    9%

    35%

    6%6%

    PembuatanPengedaran dan peruncitanPerkhidmatanPertanianLain-lain

    Jadual 3 pula menunjukan amalan pemasaran sampel yang terlibat. 32 (47.1%) firma IKS

    mempunyai orientasi pemasaran dalam negara dan juga antarabangsa menunjukkan

  • 7

    kesedaran mereka untuk memperkembangkan perniagaan dan meluaskan syer pasaran

    produk atau perkhidmatan mereka.

    Jadual 3: Orientasi Pemasaran

    Bilangan Peratusan

    Kawasan Sekitar 16 23.5

    Dalam Negeri 20 29.4

    Dalam Negara 28 41.2

    Antarabangsa 4 5.9

    Total 68 100.0

    DAPATAN KAJIAN

    Jadual 4 menerangkan tempoh masa sesebuah perniagaan itu telah beroperasi. Hampir

    separuh (47%) dari perniagaan tersebut telah beroperasi melebihi sepuluh tahun. Kajian

    yang dijalankan oleh North et. al (1992) mendapati secara umumnya firma yang telah

    beroperasi melebihi 10 tahun mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya namun

    begitu peratusan tersebut berbeza mengikut sektor. Tempoh operasi yang lama

    menunjukkan kekuatan firma dalam menghadapi persaingan. Selain itu, firma dijangka

    telah mempunyai senarai pelanggan setia yang panjang dan mampu menyokong

    perkembangan dan kelangsungan operasi firma. Secara keseluruhannya, lebih 50%

    perniagaan usahawan yang terlibat telah beroperasi melebihi 6 tahun.

    Jadual 4 : Tempoh Perniagaan Beroperasi

    Tempoh Frekuensi Peratus Peratusan

    Kumulatif

    0-2 tahun 6 8.8 8.8

    2-4 tahun 6 8.8 17.6

    4-6 tahun 16 23.5 41.2

    6-8 tahun 6 8.8 50.0

    8-10 tahun 2 2.9 52.9

    Lebih 10 tahun 32 47.1 100.0

    Total 68 100.0

    Jadual 5 menunjukkan di awal penubuhan, sebanyak 58 buah firma IKS ( 85%)

    mempunyai pekerja di bawah 5 orang. Manakala 4 buah firma IKS (6%) memulakan

    perniagaan dengan 6 hingga 19 orang dan 6 buah firma IKS (9%) telah bermula dengan

    20 hingga 50 orang pekerja.

  • 8

    Jadual 5 : Jumlah Pekerja Awal Penubuhan

    Frekuensi Peratus Peratusan

    Kumulatif

    Bawah 5 orang 58 85.3 85.3

    6-19 orang 4 5.9 91.2

    20-50 orang 6 8.8 100.0

    Total 68 100.0

    Setelah beberapa lama beroperasi, terdapat perkembangan yang positif berdasarkan

    jumlah bilangan pekerja firma IKS semasa (Jadual 6). Hanya 18 buah firma IKS (26%)

    sahaja yang masih kekal dengan pekerja di bawah 5 orang berbanding 58 buah firma pada

    awalnya.

    Jadual 6 : Jumlah Pekerja Semasa

    Frekuensi Peratus Peratusan

    Kumulatif

    Bawah 5 orang 18 26.5 26.5

    6-19 orang 34 50.0 76.5

    20-50 orang 10 14.7 91.2

    51-150 orang 6 8.8 100.0

    Total 68 100.0

    Terdapat pertambahan sebanyak 30 buah firma IKS yang telah berkembang dan

    mempunyai 6 hingga 10 orang pekerja, pertambahan sebanyak 44.1%. Bagi kategori 20

    hingga 50 orang pekerja pula, terdapat pertambahan sebanyak 6 buah firma (5.9%) dan 6

    buah firma (8.8%) lagi telah mempunyai 51 hingga 150 orang pekerja. Kajian ini

    mendapati, lebih lama sesebuah firma itu beroperasi, lebih banyak peluang pekerjaan

    ditawarkan dan ini menunjukkan peningkatan dalam prestasi firma secara keseluruhan.

    KESIMPULAN

    Sumbangan IKS dalam membuka peluang pekerjaan tidak dapat dinafikan. Trend

    pertumbuhan ekonomi dan keperluan untuk meningkatan taraf hidup penduduk di semua

    kawasan menjadikan peranan IKS menjadi semakin penting. Penubuhan IKS yang tidak

    memerlukan modal yang besar dan tidak rumit serta kebolehanya menyesuaikan

    operasinya mengikut keadaan setempat termasuk kawasan pedalaman, menjadikan sesuai

    untuk diekploitasi bagi menjana ekonomi setempat menerusi penawaran peluang

    pekerjaan. Selain itu, rata-rata IKS ditubuhkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak

    kawasan sekitar, kerana itulah ia sesuai untuk dijadikan sebagai pemangkin

    pembangunan kawasan setempat menerusi aktiviti ekonomi dan agihan pendapatan yang

    sama rata.

    Oleh itu, kita boleh melihat pertumbuhan IKS di merata tempat asalkan wujudnya

    permintaan dan terdapat sumber bagi tujuan pengeluaran mahupun tanpa infrastruktur

    yang lengkap. IKS di kawasan pedalaman misalnya dapat menumpukan kepada produk-

    produk kraftangan, makanan tradisional dan hasil pertanian. Selain dari kemudahan

  • 9

    memperolehi sumber, pengeluaran jenis ini tidak memerlukan pekerja yang mahir tanpa

    pengendalian mesin-mesin yang berat. Manakala IKS di kawasan bandar boleh

    menumpukan kepada sektor-sektor pembuatan yang lebih kompleks. Pengendalian

    mesin-mesin ringan mungkin perlu, tetapi latihan boleh diberikan kepada pekerja.

    Strategi kerajaan yang menyokong pertumbuhan IKS sangat tepat dalam usaha

    mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Dengan menggalakkan pembangunan

    IKS yang berintensifkan buruh, lebih banyak peluang pekerjaan dapat dijana dan

    seterusnya membantu dalam pengagihan pendapatan dengan lebih meluas. Menerusi

    pengagihan pendapatan yang menyeluruh, secara tidak langsung ia akan membantu

    dalam meningkatkan aktiviti ekonomi di Malaysia.

    SENARAI RUJUKAN

    Berry, A. 1997, SME Competitiveness: The Power of Networking and Subcontracting,

    Inter-American Development Bank, Washington D.C.

    Chuta and Liedholm 1985, Employment and Growth in Small Schale Industry: Empirical

    Evidence and Policy Assessment from Sierra Leone, International Labour

    Organization, Macmillan, London.

    Clapham, R. 1991, Pengusaha Kecil dan Menengah di Asia Tenggara. Dlm Masri Maris

    (Terj), Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi Sosial, Jakarta.

    Greenwood, P. 1991, The Accountant and Small Business Champion, dlm. Lowell

    Tarling, 17 Small Business Success Story, hlm. 69-84, Melbourne Australia.

    Harper, Malcolm 1984, Small Business in the Third World, John Wiley & Sons,

    Portsmouth.

    Ishak Shari & Wook Endut. 1989. Industri Kecil Di Malaysia: Perkembangan, Struktur

    dam Masalah. Dlm. Ismail Mohd Salleh (pnyt). Industri-Industri kecil. hlm. 1-49.

    Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn Bhd.

    Ismail Md Salleh 1990, Promotion of Small-Scale Industries and Strategies for Rural

    Industrialisation : The Malaysian Experience, Institute if Strategic and

    International Studies (ISIS), Kuala Lumpur.

    Moha Asri Abdullah 1997, Industri Kecil dan Sederhana Di Malaysia: Tinjauan

    Terhadap Perkembangan Program Bantuan, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam.

    Mohammad Muhd. Taib 1996, Wawasan IKS Selangor, Dlm. Sarimah Radzi (pnyt),

    Pengamatan Pembangunan IKS Selangor, Institut Perkembangan Minda

    (INMIND), Kuala Lumpur.

    Mohd Khairuddin Hashim dan Syed Azizi Wafa 2002, Small and Medium-Sized

    Enterprises development in Malaysia dlm Small and Medium-Sized Enterprise in

    Malaysia: Development Issues, Prentice Hall Pearson, Kuala Lumpur.

    Mohmad Napis 1996, IKS Di Selangor, Dlm. Sarimah Radzi (pnyt), Pengamatan

    Pembangunan IKS Selangor, Institut Perkembangan Minda (INMIND), Kuala

    Lumpur.

    Nurul Indarti dan Marja Langenberg, 2004, Factors Affecting Business Success Among

    SMES: Empirical Evidence From Indonesia. Presented at The Second Bi-Annual

  • 10

    European Summer University 2004 Conference, University of Twente, Enschede,

    Netherlands.

    North, D., Leigh R. & David S. 1992, A comparison of Surviving and Non-Surviving

    Small and Medium-Sized Manufacturing Firms In London During The 1980.,

    Dlm. . Caley, K., Chell E., Chittenden, F. & Mason, C. (pnyt) Small Enterprise

    Development : Policy and Practice in Action, hlm 59-71. London: U.K Enterprise

    Management and Research Association.

    Ozcan, G. Berna. 1995. Small Firms and Local Economic Development:

    Entrepreneurship in Southern Europe and Turkey. England: Ashgate Publising.

    Roscoe, J.T. 1975, Fundamental Research Statistics for the Behavioral Sciences (second

    edition) Holt, Rinehart and Winston, New York

    SMIDEC, 2003, SME Performance Report 2003, Small and Medium Industry

    Development Corporation (SMIDEC), June 2004.