pertumbuhan ekonomi china : kesannya terhadap perkembangan...

Download PERTUMBUHAN EKONOMI CHINA : KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN ...mima.gov.my/mima/wp-content/uploads/China dan Pelabuhan ASEAN … · KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PELABUHAN ASEAN

If you can't read please download the document

Upload: trinhdiep

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • PERTUMBUHAN EKONOMI CHINA : KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PELABUHAN ASEAN

    Kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia menjadi topik yang hangat diperbualkan masa kini. Pertumbuhan mengkagumkan ekonomi China menggamit tumpuan para penganalisa ekonomi dan mendominasi perbicaraan dagangan antarabangsa. China kini muncul sebagai ekonomi ke empat terbesar di dunia yang dianggarkan bernilai RM48 trillion atau 13% dari Keluaran Negara Kasar (GDP) dunia. Perkembangan meyakinkan ekonominya pada kadar 10.2% pada suku pertama tahun ini mencadangkan yang momentum pertumbuhan ekonominya masih bergerak di atas landasan yang mantap. Walaupun enjin ekonominya menunjukkan beberapa tanda overheating, China dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam tempoh terdekat ini Permintaan tinggi China terhadap pelbagai sumber komoditi dan barangan pengguna dilihat akan terus menjana petumbuhan ekonomi global di tahun-tahun mendatang. Harga tinggi pelbagai komoditi termasuk minyak dan peningkatan luarbiasa dagangan antarabangsa China dengan rakan-rakan dagangannya menjadi bukti kepada kebangkitan ekonominya. Faktor ini dijangka terus menjadi antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan dagangan global. Fenomena China factor ini memberikan unjuran positif kepada rantau ASEAN sebagai salah satu rakan dagangan utama China. ASEAN ialah rakan dagangan China yang ke lima terbesar, dan jumlah dagangan kedua-duanya telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2004, jumlah dagangan di antara mereka mengatasi RM380 bilion buat pertama kalinya dan meningkat 23% ke lebih RM490 bilion. Peningkatan mendadak ini menggariskan kekukuhan dagangan dan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua pihak. Dagangan China-ASEAN dijangka akan terus berganda dengan pembentukan Zon Dagangan Bebas (FTA) China-ASEAN menjelang 2010. Inisiatif ini bakal membentuk sebuah wilayah ini mengandungi 1.8 bilion penduduk yang akan menyediakan pasaran yang besar kepada dagangan di antara China dan ASEAN. Ia bakal memberikan saingan kepada zon dagangan bebas lain seperti EU dan NAFTA sebagai sebuah blok dagangan yang besar dan berpengaruh..

  • Majoriti dagangan antarabangsa China diangkut menggunakan kapal laut sebagai kaedah pengangkutan barangan yang paling kos-efektif. Dagangan kontena di antara China dengan rakan-rakan dagangan antarabangsanya dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, dijana oleh petumbuhan luarbiasa ekonominya. Sebahagian besar dari dagangan ini akan disalurkan ke rantau ASEAN, sebagai rakan dagangan utama China, dan tentunya bakal meningkatan lagi jumlah kargo yang dikendalikan oleh pelabuhan-pelabuhan di rantau ini. Peningkatan dagangan di antara China dan ASEAN telah memberikan kesan sampingan yang positif kepada perkembangan pelabuhan di rantau ASEAN dan telah menyemarakkan lagi pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan pelabuhan di wilayah ini. Pelabuhan-pelabuhan tempatan seperti Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan juga pelabuhan-pelabuhan jiran di Singapura, Laem Chabang di Thailand dan Tanjung Periok di Indonesia, telah mengembangkan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan mereka dalam usaha meningkatkan tahap dayasaing mereka bagi menampung dagangan yang meningkat dengan China. Secara tidak langsung, perkembangan dagangan antarabangsa dunia dengan China juga meningkatkan permintaan supaya barangan dihantar dalam jumlah yang lebih banyak dan dalam tempoh yang lebih singkat. Persekitaran konsep pengeluaran just-in-time dan pengurusan rangkaian pengeluaran atau supply chain yang mementingkan masa penghantaran yang minima menuntut sokongan tenaga kerja, sistem dan infrastruktur pengangkutan yang cukup dan cekap. Tumpuan dan sumber yang besar telah, sedang dan akan terus diberikan kepada pelabuhan, sebagai komponen rangkaian pengeluaran yang penting, untuk menjayakan objektif menghantar barangan dari pihak pengeluar ke pengguna dalam masa yang semakin singkat. Cabaran China ini menuntut pelabuhan serantau untuk bergerak seiring dengan peningkatan dagangan ASEAN-China dengan meningkatkan infrastruktur, kapasiti, produktiviti dan sumber manusia mereka. Ini penting bagi ASEAN supaya mampu bersaing dengan rakan-rakan dagangan China di rantau yang lain dalam saingan persekitaran dagangan antarabangsa yang sengit. Untuk mengambil kesempatan di atas fenomena pertumbuhan luarbiasa ekonomi China dan dagangan antarabangsanya, adalah penting yang pelabuhan-pelabuhan di ASEAN menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang secukupnya jika tidak mahu ketinggalan mengecapi kemakmuran ekonomi China. Kesan dari kebangkitan ekonomi China dan peningkatan dagangan ASEAN dengannya, adalah diunjurkan yang pembangunan pelabuhan serantau akan dicorakkan oleh tuntutan untuk menyokong jumlah kargo yang semakin mendadak dari kapal kontena yang semakin besar dan berteknologi canggih. Pelabuhan di rantau ni dijangka akan meningkatkan penglibatan mereka di dalam sektor perkhidmatan logistik dan memainkan peranan sebagai titik transit di dalam rangkaian pengangkutan bersepadu melibatkan pelbagai kaedah pengangkutan.

  • Pelabuhan-pelabuhan, sebagai komponen penting sektor maritim, dijangka akan memainkan peranan sebagai fasilitator dagangan dan berinteraksi dengan lebih intensif dengan sektor pengangkutan darat dan udara. Dalam dunia di mana semakin banyak barangan dihantar menggunakan kontena dan semakin banyak kontena dihantar melalui kaedah pengangkutan bersepadu melibatkan lebih dari satu kaedah pengangkutan, zaman di mana pelabuhanpelabuhan berfungsi sebagai pusat memproses kargo semata-mata sudah berakhir. Dalam senarai 20 pelabuhan kontena utama dunia (berdasarkan kendalian kargo) yang dikeluarkan oleh UNCTAD pada tahun 2005, 15 daripadanya merupakan pelabuhan-pelabuhan Asia dan empat darinya terletak di ASEAN. Senarai ini mencerminkan kebangkitan pesat rantau ini sebagai pusat utama dagangan maritim dunia dan kemunculan pelabuhan-pelabuhannya sebagai hub dagangan maritim global. Peningkatan dagangan rantau ini dengan China memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pelabuhan-pelabuhan yang termasuk di dalam senarai ini. Persaingan untuk mengambil kesempatan di atas ledakan dagangan dengan China terus mendorong pelabuhan-pelabuhan ASEAN untuk meningkatkan kapasiti untuk menampung pengendalian jumlah kargo yang lebih besar. Saingan semakin sengit bukan sahaja di kalangan pelabuhan-pelabuhan serantau malah di kalangan pelabuhan-pelabuhan sedunia untuk menyokong dagangan maritim yang meningkat dengan China. Pelabuhan-pelabuhan serantau yang tidak berdayamaju akan ketinggalan dalam persekitaran kompetitif yang dijana oleh peningkatan dagangan antarabangsa China dengan rantau ini. Nazery Khalid Fellow Penyelidik, Institut Maritim Malaysia (MIMA) www.mima.gov.my / [email protected] 19 Jun 2006