pertubuhan kesihatan sedunia atau world health organisation

7
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) telah mendefinisikan kesihatan sebagai “a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease an infirmity” (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Definisi ini menjelaskan bahawa kesihatan adalah keadaan individu yang bukan sahaja tidak mempunyai sebarang penyakit, tetapi juga individu tersebut sejahtera dari sudut fizikal, mental dan sosial. Kesihatan bagi WHO bukan hanya diukur melalui kefungsian dan struktur tubuh, malah merangkumi perasaan, nilai dan pemikiran. Kesihatan juga meliputi interaksi individu dengan persekitaran serta hubungan interpersonal (Arulrajah, 2000). Kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan individu untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menyumbang ke arah perkembangan dan pertumbuhan individu pada setiap tahap kehidupan. Di samping itu, kesihatan juga menyediakan sumber dalaman dan luaran untuk individu melibatkan diri serta membina pertumbuhan dan perkembangan kehidupan yang sempurna (Donatelle, 2000). kesejahteraan merangkumi tujuh dimensi iaitu kesejahteraan psikologi, sosial, intelektual, fizikal, spiritual, pekerjaan dan persekitaran (Stuart, Biddle, Kenneth & Stephen, 2000). Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mendefinisikan

Upload: chegumervyn

Post on 11-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WHO

TRANSCRIPT

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO)telah mendefinisikan kesihatan sebagai a state of complete physical,mental and social well-being and not merely the absence of disease aninfirmity (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Definisi ini menjelaskanbahawa kesihatan adalah keadaan individu yang bukan sahaja tidak mempunyai sebarang penyakit, tetapi juga individu tersebut sejahtera darisudut fizikal, mental dan sosial. Kesihatan bagi WHO bukan hanya diukurmelalui kefungsian dan struktur tubuh, malah merangkumi perasaan, nilaidan pemikiran. Kesihatan juga meliputi interaksi individu denganpersekitaran serta hubungan interpersonal (Arulrajah, 2000). Kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam menggerakkanindividu untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menyumbangke arah perkembangan dan pertumbuhan individu pada setiap tahapkehidupan. Di samping itu, kesihatan juga menyediakan sumber dalamandan luaran untuk individu melibatkan diri serta membina pertumbuhan danperkembangan kehidupan yang sempurna (Donatelle, 2000). kesejahteraan merangkumitujuh dimensi iaitu kesejahteraan psikologi, sosial, intelektual, fizikal,spiritual, pekerjaan dan persekitaran (Stuart, Biddle, Kenneth & Stephen,2000). Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mendefinisikankesejahteraan psikologi sebagai kemampuan individu untuk menanganistres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsangmotivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan.Kesejahteraan sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untukberinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawabsebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya,kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu salingmenyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbangbakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akanmenjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkanperanan yang pelbagai dengan baik. Istilah dan pengtakrifan kesihatan dan kesejahteraan sering digunakan silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna yang sedikit berbeza. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang berkait rapat dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Ia biasanya menandakan kekurangan penyakit atau keabnormalan. Kesejahteraan pula ditakrifkan sebagai proses keseluruhan mengekalkan keadaan umum kesihatan yang baik. Kesejahteraan melibatkan keputusan yang secara sedar pada sesaorang individu, sedangkan kesihatan hanya menggambarkan keadaan seseorang. Dalam penggunaan yang lebih dinamik dan meluas, bagaimanapun, gabungan frasa "kesihatan dan kesejahteraan" membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan keseluruhan yang mecakupi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Istilah ini sering digunakan dalam pelbagai konteks, yang semua nya bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik.

2. Banyak faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadap kesihatan dan kesejahteraan. Kadar penyakit jantung yang semakin tinggi, peningkatan dalam statistik kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat. Selain itu, teknologi perubatan moden telah berkembang, Pengetahuan doktor dan saintis keatas tubuh manusia telah banyak berkembang, mendedahkan banyak risiko kesihatan yang sebelum ini tidak diketahui. Manfaat kesihatan kesan dari aktiviti fizikal kini telah banyak didokumentasikan. The Surgeon General's Report on Physical Activity and Health menyediakan ringkasan yang paling muktamad tentang kesihatan gaya hidup yang aktif dan bermanfaat. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years'). ii. Panjang umur ('years to your life'). iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat. iv. Meningkatkan keyakinan diri. v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. vi. Lebih ceria dan periang. vii.

3. 6 dimensi kesihatanKesihatan merangkumi aspek-aspek yang berikut: a. Kesihatan Fizikal: Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubuhnya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.

b. Kesihatan Sosial: Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga, individu yang mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam kehidupan seharian. c. Kesihatan Mental: Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang. Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk belajar dan berfikir secara rasional.

d. Kesihataan emosi: Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya. Individu yang mempunyai tahap kesejahteraan emosi yang baik berupaya menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja. e. Kesihatan Persekitaran: Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Individu berupaya untuk memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran.

f. Kesihatan Rohani: Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif. Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.

4. Bagaimana membentuk generasi muda yang sihat

Dalam usaha membentuk generasi muda yang sihat, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan seperti:FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KESIHATAN INDIVIDU Dalam usaha individu untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh dan optimum, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaiannya. Faktor-faktor tersebut adalah: a. Pengaruh Individu: Gaya hidup atau tabiat tingkah laku kesihatan, baka, kesihatan mental merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa. Individu yang mewarisi penyakit-penyakit keturunan seperti diabetes, lelah dan sakit mental juga akan mengalami kemerosotan tahap kesihatan sekiranya tidak mengawal tabiat dan tekanan perasaan yang mereka alami.

b. Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya: Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik. Mereka yang memperoleh sokongan sosial daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat akan membentuk imej kendiri yang positif di samping memperoleh kepuasan dalam kerjaya mereka. Individu yang tidak mempunyai gaya berkomunikasi yang baik serta sokongan sosial mendapati diri mereka sukar untuk menangani cabaran dan tekanan hidup seharian. Mereka akan sentiasa kelihatan murung, stress dan gagal memperoleh tahap kesihatan mental, emosi dan sosial yang baik.

c. Pengaruh Persekitaran: Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang akan menggugat tahap kesihatan. d. Pengaruh Penjagaan: Kesihatan rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala menjadikan individu sentiasa dalam keadaan sihat. Perkembangan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga membantu meningkatkan taraf kesihatan.

e. Pengaruh Komuniti: Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, dan pusat-pusat penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu. Melalui pusat dan kemudahan kesihatan ini, program serta polisi berkenaan kesihatan komuniti dapat dijalankan dengan berkesan dan sistematik bagi meningkatkan tahap kesihatan