pertikaian perdagangan

12
Pertikaian perdagangan Skop Akta Perhubungan Perusahaan; Definisi pertikaian perdagangan Tindakan perindustrian oleh pekerja, majikan; Mahkamah Perusahaan

Upload: nahanuna

Post on 12-Feb-2016

75 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

IRL

TRANSCRIPT

Page 1: Pertikaian Perdagangan

Pertikaian perdagangan

Skop Akta Perhubungan Perusahaan; Definisi pertikaian perdaganganTindakan perindustrian oleh pekerja, majikan;Mahkamah Perusahaan

Page 2: Pertikaian Perdagangan

2

Skop Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Merangkumi peaturan mengenai :

Perhubungan di antara majikan dng pekerja dan kesatuan sekerja mereka; dan

Pencegahan dan penyelesaian apa-apa perbezaan atau pertikaian yg bebangkit drp perhubungan mereka; dan

Amnya bagi mengendalikan pertikaian perdagangan dan pekara-perkara yg berbangkit drpnya.

Page 3: Pertikaian Perdagangan

3

Pertikaian Perdagangan: defn, s.2 APP Apa-apa pertikaian di antara majikan dng pekerja yg

berhubungan dng: pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerjabagi mana-mana pekerja tersebut

Selepas pindaan oleh Akta Pindaan 1980, defn baru: pertikaian antara majikan dan majikan atau pekerja dan pekerja tidak lagi diklasifikasikan sebagai pertikaian perdagangan.

Defn juga tidak merujuk kepada kesatuan sekerja—ini bermakna sesuatu pertikaian perdagangan boleh merupakan pertikaian bersama (beberapa orang pekerja bersama terlibat) atau pertikaian individu dan tidak perlu diwakili oleh kesatuan sekerja.Ini disokong oleh kes Mahkamah Persekutuan Dr.A.Dutt lwn Assunta Hospital (1981).

Page 4: Pertikaian Perdagangan

4

Penyelesaian Pertikaian

Pertikaian boleh diselesaikan dengan berbagai cara: sukarela atau secara paksa;

Perundingan langsung antara pihak-pihak bekenaan merupakan kaedah biasa bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Walau bagaimanapun jikalau hubungan telah musnah, kaedah lain perlu digunakan:

1. Pendamaian2. Timbangtara3. Pemeriksaan dan Penyiasatan

Page 5: Pertikaian Perdagangan

5

Pendamaian Bermakna kedua-dua pihak yg terlibat bersama utk menyelesaiakan

masalah mereka; digalakkan bagi mencapai kata sepakat; S.18 APP: Rujukan pertikaian perdagangan oleh Ketua Pengarah. Ketua

Pengarah boleh memainkan peranan sebagai pendamai dlm 2 cara: 1. pertikaian perdagangan yg diselesaikan tanpa sukarela boleh dilaporkan kpdnya oleh majikan

yg menjadi pihak kpd pertikaian atau kesatuan sekerja bagi pekerja, s.18(1);2. Sekiranya petikaian perdagangan itu tidak mungkin diselesaikan dng perundingan, maka

Ketua Pengarah bolehlah memainkan peranan sebagai pendamai, s.18(3). S.18(4) Ketua Pengarah : perlu merujuk kpd jentera yg sesuai yg sedia

wujud; Selain drp itu kuasa Ketua Pengarah termasuk mengambil langkah-langkah

utk membawa pihak itu betemu; menyiasat sebab-sebab dan keadaan pertikaian;

Melantik seorang penimbangtara jika kedua-dua pihak bersetuju. S.19A: menteri juga boleh mendamaikan apa-apa pertikaian perdagangan—

diberi kuasa yg lias Perwakilan dlm proses pendamaian adalah terhad—tidak boleh diwakili oleh

peguam penasihat atau perunding kecuali pihak yg dibenarkan dlm s.19B Juga terbuka kpd pekerja bukan anggota kesatuan bagi pemecatan salah,

s.20(1)

Page 6: Pertikaian Perdagangan

6

Timbangtara (Arbitration)

Kaedah menyelesaikan sesuatu pertikaian apabila dua pihak yg terlibat meminta pihak ketiga secara sukarela (timbangtara sukarela) atau dipaksa oleh undang-undang utk menggunakan pihak ketiga, membuat keputusan utk mereka (timbangtara paksa).

Boleh dilakukan oleh seorang penimbangtara tunggal, oleh suatu Jawatankuasa Sementara atau oleh Mahkamah Perusahaan yg ditubuhkan di bawah Bhg VII APP.

Page 7: Pertikaian Perdagangan

7

Pemeiksaan dan Penyiasatan Bhg VII APP, s.34: Menteri boleh melantik suatu

Jawatankuasa Penyelidikan (terdiri drp satu atau lebih orang) atau suatu Lembaga Siasatan (terdiri oleh seorang pengerusi dan lain-lain orang) dalam keadaan apa-apa pertikaian perdagangan dijangkakan

Kuasa Lembaga lebih luas drp kuasa Jawatankuasa dan boleh menjalankan penyiasatannya secara terbuka atau tertutup; boleh mengarahkan sesiapa sahaja menghadiri dihadapannya dan memberi keterangan. Laporannya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat, s.37(3) manakala Jawatankuasa hanya perlu laporkan kpd Menteri, s.35(2).

Page 8: Pertikaian Perdagangan

8

Mogok (Strike) Merupakan perbuatan menarik diri drp pekerjaan oleh

sekumpulan pekerja—melibatkan keengganan utk terus bekerja atau kengganan menerima kerja, yg dimaksudkan supaya berkeputusan dng sebaran pembatasan, halangan, pengurangan, penamatan atau melewatkan pelaksanaan tugas yg besangkut paut dng pekerjaan mereka.

Tujuannya ialah utk mendorong majikan membuat sesuatu yg majikan tidak bersedia melakukannya dengan hanya perundingan sahaja.

Tidak ada hak nyata untuk mogok tetapi ia boleh disiratkan drp beberapa peruntukan, s.2 AKS, s.8 AK, s.4(1) APP, S.25A AKS, s.40(1)(c).

Hanya kesatuan sekerja pekerja yg boleh melancarkan mogok yg sah, s.25A(1). Pekerja perseorangan tidak boleh melancarkan mogok.

Page 9: Pertikaian Perdagangan

9

Pemberhentian/Sekat Masuk (Lock out) S.2: sekat-masuk ertinya

penutupan tempat kerja atau Penggantungan kerja atau Keengganan majikan utk terus mengambil bekerja apa-apa

bilangan pekerja yg bekerja dengannya Tindakan ini dilakukan sebagai lanjutan drp pertikaian

perdagangan dng tujuan utk memaksa pekerja berkenaan supaya menerima syarat dan peraturan pekerjaan;

Tidak ada peruntukan khas yg memberi hak kpd majikan bagi mengisytiharkan pemberhentian tetapi boleh disiratkan drp AKS dan APP. Boleh diisytiharkan oleh majikan perseorangan atau kesatuan sekerja majikan. Boleh juga diisytiharkan sebagai tindak balas kepada mogok pekerja.

Page 10: Pertikaian Perdagangan

10

Piket

S.40(1) menggariskan kaedah umum yang menjadikan ia salah untuk menghadiri atau menghampiri mana-mana tempat bagi meneruskan pertikaian perusahaan—tetapi ia dibenarkan secara terhad –bagi maksud secara aman;

Ia boleh dikendalikan oleh seorang atau lebih pekerja di tempat atau berhampiran dengan tempat pekerja itu bekerja dan ditempat pertikaian perusahaan yg melibatkan pekerja-pekerja tersebut.

Page 11: Pertikaian Perdagangan

11

Mahkamah Perusahaan, Bhg VII APP

Keahlian: Yang DiPertua yg dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dan ahli-ahli panel (3 kategori ahli) yg dilantik oleh Menteri:

1. Sekumpulan orang bebas;2. Sekumpulan orang yg mewakili majikan;3. Sekumpulan oang yg mewakili pekerja

Panel Mahkamah semasa perbicaraan: Yang DiPertua + 3 ahli yg dipilih oleh Menteri

Rujukan kepada Mahkamah oleh Menteri menerusi ss. 33 dan 56 berkaitan dng tafsiran perjanjian dan aduan tentang ketidakpatuhan perjanjian masing-masing

Kuasa-kuasa Mahkamah: s 29 dan menjalankan fungsi-fungsi separa kehakiman (quasi judiciary); keputusan digelar ‘award’ (s.30) adalah berdasarkan prinsip keadilan asasi; Rujuk kpd Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang, s.33A

Award, keputusan atau perintah Mahkamah adlah muktamad.

Page 12: Pertikaian Perdagangan

12

Bidangkuasa Mahkamah: 4 jenis kes1. Tuntutan bagi pemecatan tidak adil (unfair

dismissal claims), s.20(3) APP;2. Pertikaian Perdagangan, s.26 APP;3. Tafsiran Perjanjian kolektif/award, s.33;4. Mendengar aduan tentang ketidakpatuhan

sesuatu perjanjian kolektif atau award mahkamah perusahaan.