pertanian-mata tunas

14
KAEDAH PEMBIAKAN SEKS ASEKS Keratan batang Keratan daun tut Keratan akar Pembahagian rumpun cantuman KAEDAH PEMBIAKAN POKOK

Upload: yuzamri

Post on 07-Jun-2015

4.209 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: pertanian-mata tunas

KAEDAH PEMBIAKAN

SEKS ASEKS

Keratan batang Keratan daun tut Keratan akarPembahagian

rumpuncantuman

KAEDAH PEMBIAKAN POKOK

Page 2: pertanian-mata tunas

PENGENALAN

Tanaman hiasan ditanam dengan tujuan untuk mencantikkan atau

mengindahkan sesuatu kawasan , oleh itu pelbagai cara atau kaedah yang dikaji

untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik. Salah satu kaedah untuk

menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik ialah melalui pembiakan pokok.

Terdapat dua cara pembiakan pokok iaitu seks dan asek. Biasanya untuk

menghasilkan pokok yang bermutu kaedah asek digunakan. Di dalam laporan ini

saya m,enggunakan kaedah asek iaitu cantuman atau dinamakan pertunasan.

Pembiakan secara cantuman adalah kaedah membiakkan tumbuhan

secara asek yang mudah.

OBJEKTIF PEMBIAKAN CANTUMAN

a) Mendapat klon-klon baru yang lebih baik.

b) Menghasilkan klon-klon baru yang lebih baik dari segi ketahanan

penyakit , tahan terendam air dan sebagainya.

c) Memperbaiki sistem dahan pokok yang lemah

d) Membaik pulih dahan-dahan yang tercedera atau cacat.

e) Dapat membikkan tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah lain.

Page 3: pertanian-mata tunas

PROSES PEMBIAKAN CANTUMAN (PERTUNASAN)

Di dalam proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen

penting iaitu pokok penanti dan sion.

Pokok Penanti

Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam

cantuman ini.

Sion

Sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang

dicantumkan dengan pokok penanti.

Pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan

dalam klon yang sama ataupun tumbuh-tumbuhan di dalam satu spesies yang

sama. Terdapat empat kaedah pembiakan secara cantuman iaitu :-

1) Cantuman mata tunas

2) Cantuman baji

3) Cantuman lidah

4) Sandingan

Page 4: pertanian-mata tunas

Cantuman mata tunas

Cantuman mata tunas ialah mencantumkan mata tunas pokok yang dikehendaki

pada batang pokok penanti.

Cara cantuman mata tunas T

Cantuman mata tunas

Mata tunas T Mata tunas T terbalik Mata tunas tampal

Page 5: pertanian-mata tunas

1) Satu kelaran berbentuk huruf T dibuat pada batang pokok penanti.

2) Kulit batang di tempat kelaran itu kemudiannya direngangkan sedikit

daripada kayu.

3) Kemudian hiris sedikit bahagian batang pokok sion yang mingandungi

satu mata tunas.

4) Kulit batang bersama-sama dengan mata tunas dicungkil keluar.

5) Mata tunas yang melekat pada kayu , mata tunas yang lain pula dicungkil.

6) Mata tunas bersama-sama ku;lit batang tadi diselitkan dicelah kelaran kulit

batang pokok penanti yang berbentuk T itu.

7) Bekas cantuman dibalut dengan mengunakan pita khas yang dibuat

daripada plastic atau getah.

Cantuman mata tunas T

Cantuman mata tunas T terbalik.

Cara Kaedah sama dengan kaedah cantuman mata tunas T tetapi

terdapat pengubahsuaian pada kelaran T di buat terbalik bertujuan untuk

mengurangkan air masuk ke dalam tempat cantuman.

1) Satu kelaran berbentuk huruf T terbalik dibuat pada batang pokok

penanti.

Page 6: pertanian-mata tunas

2) Kulit batang di tempat kelaran itu kemudiannya direngangkan sedikit

daripada kayu.

3) Kemudian hiris sedikit bahagian batang pokok sion yang mingandungi

satu mata tunas.

4) Kulit batang bersama-sama dengan mata tunas dicungkil keluar.

5) Mata tunas yang melekat pada kayu , mata tunas yang lain pula dicungkil.

6) Mata tunas bersama-sama ku;lit batang tadi diselitkan dicelah kelaran kulit

batang pokok penanti yang berbentuk T terbalik itu.

7) Bekas cantuman dibalut dengan mengunakan pita khas yang dibuat

daripada plastic atau getah.

Cantuman Mata Tunas T terbalik

Cantuman mata tunas tampalan

Cara ini dilakukan dengan mengambil mata tunas sion dan ditampal pada

pokok penanti. Cantuman mata tunas tampalan sesuai pada pokok yang

berkulit tebal.

1) Sedikit kulit pokok penanti dikelar dan dikeluarkan.

Page 7: pertanian-mata tunas

2) Kulit pokok sion yang mengandungi satu mata tunas di tampalkan pada

kulit pokok penanti yang telah dikeluarkan itu.

3) Bahagian yang dicantumkan kemudiannya dibalut dengan menggunakan

pita cantuman.

Cantuman Mata Tunas Tampal

Cantuman baji

Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan kultivar pokok-pokok

besar.Cantuman jenis ini dilakukan pada dahan kecil yang bergaris pusat 2 – 5

cm.

1) Dahan-dahan yang akan dicantumkan dipotong sekurang-kurangnya 30

cm daripada pangkal batang atau pun dahan-dahan lain.

2) Dahan tersebut dibelah sedikit.

3) Sekeping baji digunakan untuk menahan belahan daripada tertutup

semula.

4) Sion dibuat dengan mengambil ranting-ranting pokok yang akan di

cantumkan . Bahagian bawah sion dipotong runcing .

Page 8: pertanian-mata tunas

5)

5)

5)

5)

5)

5)

5)

5)

5)

5)

5)

Sion –sion ini diselitkan disebelah tepi belahan.

6) Setelah diselit, baji kecil tadi dikeluarkan dan dahan diikat kemas.

7) Sedikit lilin disapu disekeliling tempat cantuman tadi supaya air tidak

dapat masuk ke cantuman tersebut.

Cantuman Baji

Page 9: pertanian-mata tunas

Cantuman lidah

Cantuman lidah dilakukan untuk mencantumkan sion dari pokok yang saiznya

hampir sama dengan saiz pokok penanti.

1) Batang pokok penanti dipotong serong sepanjang 2-5 cm.

2) Satu potongan lagi sepanjang 1-2 cm dibuat menghala ke bawah di

tengah-tengah potongan serong tadi.

3) Bahagian bawah sion juga dipotong seperti batang pokok penanti.

4) Apabila kedua-dua sion dan pokok penanti telah disediakan, sion

diselitkan pada pokok penanti dan cantuman tadi diikat dengan pita

cantuman.

Cara cantuman sandingan

Sandingan banyak dilakukan dalam tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap

untuk mencantum beberapa jebis kultivar menjadi satu pokok. Cantuman jenis ini

juga perlu dilakukan diantara dua batang pokok yang bersaiz hampir sama.

1) Batang pokok penanti dihiris sepanjang 2-3 cm

2) Potongan atau keratan ini di buat sehingga sampai ke bahagian kayu.

3) Satu keratan yang sama juga dilakukan pada sion.

4) Kemudian kedua-dua sion dan pokok penanti dicantumkan pada tempat

yang dipotong tadi.

5) Cantuman tadi diikat dengan menggunakan pita cantuman.

Page 10: pertanian-mata tunas

Peringkat-peringkat cantuman sandingan

Page 11: pertanian-mata tunas

Kaedah cantuman sandingan

KESIMPULAN

Pembiakan asek melalui cantuman atau petunasan mempunyai banyak kebaikan

untuk menbiak klon-klon baru yang lebih baik.Dalam pembiakan cantuman ini

dapat membaiki sistem dahan pokok yang lemah,pokok yangb di klon tahan

rendaman air serta penyakit.Dalam pembiakan cantuman ini memerlukan ilmu

pengetahuan tentang mata tunas.Pembiakan ini boleh dilakukan pelbagai jenis

cantuman seperti mata tunas T,mata tunas T terbalik,mata tunas

tampal,baji,cantuman lidah dan sandingan.Pembiakan cantuman hanya boleh

dilakukan keatas klon yang sama dan sepsis yang sama sahaja.Pembiakan ini

hanya melibatkan mata tunas dengan batang pokok untuk menghasilkan klon-

klon yang baru.Cantuman boleh dilakukan pada hortikultur hiasan dan

landskap.Kejayaan pembiakan cantuman bergantung pada sama ada sel-sel

cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum atau tidak.