pertandingan terbuka softball peringkat asean di polimas jitra
DESCRIPTION
Pertandingan Terbuka Softball PeringkatTRANSCRIPT
Search
saya nak baca ..
utaraARKIB : 27/11/2013
Pertandingan terbuka softball peringkat ASEAN diPOLIMAS Jitra
ALOR SETAR 26 Nov. - Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) Jitra akanmenjadi tuan rumah bagi pertandingan terbuka softball peringkat ASEAN yang berlangsungpada Khamis hingga Ahad ini.
Pegawai Perhubungan Awam Polimas, Ku Ismail Ku Yahya berkata, tujuan pertandingan adalahuntuk merebut Piala Titans 2013 dan merupakan peluang bagi pemain mahupun pasukanmenunjukkan kehebatan corak permainan masing-masing dalam kejohanan tersebut.
Katanya, tahun ini merupakan tahun keempat Polimas Jitra dipilih untuk menjadi tuan rumahdalam pertandingan tersebut kerana mempunyai padang permainan softball yang bertarafdunia.
"Pertandingan ini melibatkan pasukan dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan negarakita sendiri.
"Setakat ini sebanyak 17 pasukan telah mengesahkan akan mengambil bahagian dengan 12daripadanya merupakan pasukan lelaki dan pertandingan itu diharap dapat menggilap bakat-bakat baru serta boleh mewakili negara pada masa depan," jelasnya di sini hari ini.
Menurutnya, pertandingan itu terbuka kepada seluruh institusi pengajian tinggi awam sertaswasta dan pihak Polimas amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak.
"Kejohanan ini berlangsung selama empat hari bermula Khamis ini dan majlis penutup akandisempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
"Johan bagi pertandingan akan membawa pulang wang tunai, piala pusingan serta pialairingan," ujarnya.
Berita Video Rencana Hiburan Bisnes Pendidikan Sains & Teknologi Gaya Hidup Sukan Lain-lain