pertandingan paintball jabatan perdana menteri 2012 · pdf file1 | p a i n t b a l l j p m 2 0...

7
1 | Paintball JPM2012 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 PENGENALAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PAINTBALL JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM). 1.2 TARIKH DAN TEMPAT 1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 9 Jun 2012 (Sabtu) Tempat: Cyberjaya Paintball Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Cyberjaya, Selangor Masa: 8.00 pagi hingga 7.00 petang 1.2.2 Pertandingan akan dijalankan padang speedball berukuran 100 kaki lebar dan 200 kaki panjang dan berjaring keseluruhan perimeter; 1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada pagi hari pertandingan jam 8.00 pagi, 9 Jun 2012 di Cyberjaya Paintball Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya; dan 1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya pasukan lewat tiba.

Upload: phamkien

Post on 06-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

Undang-Undang Dan Peraturan

Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 PENGENALAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PAINTBALL

JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana

Jabatan Perdana Menteri (JPM).

1.2 TARIKH DAN TEMPAT

1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Jun 2012 (Sabtu)

Tempat: Cyberjaya Paintball

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Cyberjaya, Selangor

Masa: 8.00 pagi hingga 7.00 petang

1.2.2 Pertandingan akan dijalankan padang speedball berukuran 100

kaki lebar dan 200 kaki panjang dan berjaring keseluruhan

perimeter;

1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada pagi hari

pertandingan jam 8.00 pagi, 9 Jun 2012 di Cyberjaya

Paintball Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya; dan

1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak

sekiranya pasukan lewat tiba.

Page 2: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

2 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

2.0 PENGENALAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini disediakan untuk

memastikan keselamatan pemain, menyediakan pertandingan yang adil dan

mempertingkatkan penerimaan sukan paintball untuk setiap lapisan masyarakat.

Cyberjaya Paintball adalah pemilik mutlak dalam menentukan kesahihan dan

interpretasi undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini. Pengadil

pertandingan (dikenali sebagai ‘marshall’) diberikan mandat untuk memastikan

setiap peraturan yang dinyatakan akan dilaksanakan dan diikuti sepenuhnya.

Cyberjaya Paintball berhak membuat pertukaran, penambahan atau pembuangan

sebarang komponen dalam undang-undang dan peraturan ini.

Jika terdapat sebarang perbalahan atau perbezaan pengadilan semasa

pertandingan, hanya ketua pasukan sahaja yang dibenarkan untuk membuat

bantahan atau cadangan kepada Ketua Marshall. Keputusan Ketua Marshall adalah

muktamad.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan adalah terbuka (campuran Lelaki dan Wanita) kepada

semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Jabatan

Perdana Menteri dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang

berjawatan tetap, sementara, sambilan, praktikal atau kontrak sahaja;

dan

3.2 Penyertaan hanya dibuka kepada 20 pasukan berdasarkan fisrt come

first serve. Pihak penganjur behak menolak penyertaan yang dihantar

lewat.

4.0 PASUKAN

4.1 Setiap pasukan terdiri dari 5 orang pemain, dengan maksimum 1

orang pemain simpanan (Ketua Pasukan), setiap pasukan

diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di

dalam pasukan;

4.2 Setiap pasukan dibenarkan untuk mempunyai seorang jurulatih.

Jurulatih dibenarkan untuk memberikan arahan dari luar padang

kepada pemain. Hanya jurulatih sahaja yang dibenarkan untuk

memberikan arahan, bantuan dan maklumat kepada pemain

pasukannya sendiri.

Page 3: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

3 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

5.0 PERALATAN

5.1 Pihak penganjur akan menyediakan peralatan asas permainan

paintball, iaitu facemask (untuk melindungi bahagian muka) dan set

marker (set senapang paintball) mekanikal;

5.2 Set marker persendirian tidak dibenarkan;

5.3 Peserta wanita akan disediakan chest-vest untuk perlindungan

bahagian dada;

5.4 Peserta dimestikan memakai pakaian yang bersesuaian untuk

kegunaan lasak. Baju lengan panjang, seluar panjang dan kasut sukan

digalakkan;

5.5 Baju atau jaket yang licin, tidak telus air (contohnya rain-coat, wind-

breaker) dan mempunyai tahap serapan yang tinggi (contohnya fleece)

adalah dilarang;

5.6 Warna larangan iaitu kuning dan oren tidak dibenarkan berada di baju,

seluar atau kasut peserta semasa permainan dijalankan;

5.7 Peserta dimestikan memakai facemask semasa permainan dijalankan.

Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan kekalahan

serta-merta kepada pasukan peserta tersebut;

5.8 Peserta dibenarkan membawa facemask sendiri;

5.9 Peserta dibenarkan memakai pad untuk lutut, siku dan tulang kering;

dan

5.10 Setiap peserta akan disediakan dengan 50 biji paintball pellet (peluru

paintball) untuk setiap perlawanan. Peserta tidak dibenarkan

membawa dari luar.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Format pertandingan adalah ‘speedball game’ yang disediakan di

kawasan padang speedball;

6.2 Corak pertandingan adalah ‘tawan bendera lawan’, di mana peserta

perlu mengambil bendera pihak lawan yang berada di get permulaan

lawan dan membawa pulang bendera pihak lawan tersebut, dalam

keadaan masih layak bermain, ke get permulaannya sendiri;

6.3 Masa permainan adalah 5 minit;

6.4 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 kali untuk acara kelayakan.

4 pasukan teratas, berdasarkan pengiraan markah (rujuk subjek 5)

akan bertanding untuk separuh akhir;

6.5 Pertandingan separuh akhir dan akhir adalah dalam format kalah-mati;

dan

6.6 Dalam pertandingan separuh akhir dan akhir, tiada pengiraan markah

– pemenang ditentukan dengan berjayanya membawa bendera lawan

ke get sendiri;

Page 4: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

4 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

6.6.1 Jika keputusan diakhirkan dengan seri, pertandingan satu-

dengan-satu akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

7.0 PADANG DAN KAWASAN PERMAINAN

7.1 Padang speedball berukuran 100 kaki lebar dan 200 kaki panjang dan

berjaring keseluruhan perimeter.

7.2 Padang speedball menggunakan belon plastik angin (air-filled) sebagai

bunker. Bunker disusun dalam bentuk arca dari garisan pertengahan.

7.3 Terdapat dua palang permulaan (starting gate) di setiap hujung

padang. Bendera akan diletakkan di setiap palang permulaan.

7.4 Terdapat sempadan out-of-bound di kiri dan kanan padang. Peserta

yang melepasi sempadan ini akan dikira disingkirkan.

7.5 Tiada sempadan out-of-bound di bahagian permulaan dan hujung

padang.

7.6 Terdapat dua kawasan selamat (dead-zone) di dua penjuru padang.

Peserta yang telah disingkirkan dimestikan berada di dalam kawasan

selamat sehingga permainan tamat.

8.0 MARKAH

8.1 Sistem markah adalah seperti berikut

8.1.1 Pasukan yang pertama mengambil bendera lawan : 25 point

8.1.2 Pasukan yang pertama membawa pulang bendera lawan

dengan selamat : 50 point

8.1.3 Setiap ahli pasukan yang masih layak main: 2 (maksimum 10)

8.1.4 Setiap ahli pasukan lawan yang disingkirkan: 3 (maksimum 15)

8.2 Kesalahan membuka facemask

8.2.1 Pasukan bersalah mendapat poin sifar

8.2.2 Pasukan tidak bersalah mendapat 90 point

8.3 Pertandingan yang tidak berlawan

8.3.1 Pasukan yang mendapat ‘walk-over’ mendapat 90 point

8.3.2 Pasukan yang tidak datang mendapat poin sifar

9.0 PENYINGKIRAN PESERTA

9.1 Terdapat kesan tembakan nyata, dengan nampaknya kesan cat

sebesar syiling 20 sen, di bahagian pinggang dan atas, termasuk

tangan, muka, rambut dan sebahagiannya.

9.1.1 Tembakan di marker tidak dikira untuk penyingkiran;

9.1.2 Tembakan oleh ahli pasukan sendiri dikira untuk penyingkiran;

Page 5: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

5 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

9.1.3 Tembakan sendiri juga dikira untuk penyingkiran

9.2 Membuka facemask semasa pertandingan;

9.3 Melepasi kawasan out-of-bound;

9.4 Tidak menyentuh palang permulaan semasa pertandingan bermula;

9.5 Tidak mendengar arahan marshall;

9.6 Membuat perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan orang lain;

9.7 Menyerah atau memanggil diri sendiri untuk disingkirkan;

9.8 Mengerakkan bunker dengan sengaja atau menyebabkan bunker

bergerak dari tempat asalnya dengan nyata;

9.9 Menembak marshall, penonton atau penganjur dengan sengaja; dan

9.10 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan

mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah

diperakui kepada pihak Marshall/Urusetia beserta wang cagaran

sebanyak RM300.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang

dibantah itu tamat.

9.0 YURAN/HADIAH PERTANDINGAN

9.1 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM300.00 @ (RM50.00

seorang x 6 orang) (termasuk pellet) yuran penyertaan tidak akan

dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri;

9.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal

mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan

penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai kejohanan ini; dan

9.3 Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Tempat Nilai

1.

Terbuka

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA

RM700.00 RM500.00 RM300.00

Page 6: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

6 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

10.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan yuran penyertaan hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 6 Jun 2012 (Rabu). Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 03-8872 3431 @ Faks: 03-8888 3106 @ e-mel: [email protected] / [email protected])

Disediakan oleh

Urus setia Pertandingan Paintball

Jabatan Perdana Menteri

Page 7: Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 · PDF file1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 1.0

7 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

Borang Penyertaan

Pertandingan Paint Ball Jabatan Perdana Menteri 2012 Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: ....................................................................................

Nama Jurulatih: .................................................................................................................... No. Tel: ..................................................... (Pej.) ......................................................... (H/P)

No. Faks: .......................................... (e-mel): .......................................................................

Bil.

Nama Penuh Pemain No. MYKAD

1.*

2.

3.

4.

5.

6. Catatan: * Ketua Pasukan Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRI Kami telah membaca pengenepian di atas dan kami faham bahawa dengan menandatangani borang ini maka kami bersetuju bahawa telah menjadi niat kami untuk mengecualikan dan melepaskan penganjur, pekerja, pegawai, tuan-tuan tanah, rakan penganjur, penaja dan agen kepada pertandingan paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 daripada tanggungan terhadap kecederaan diri, kerosakan harta benda, Kematian secara salah yang disebabkan oleh kecuaian atau mana-mana sebab-sebab lain. Kami juga mengisytiharkan bahawa kami menandatangani borang ini dengan rela hati tanpa ada apa-apa paksaan daripada mana-mana pihak dan borang ini mengikat kepada pewaris dan wakil-wakil kami.

Tarikh: ..................................... .......................................................

(Tandatangan Pengurus Pasukan)