pertandingan kelas patriotisme mmmm

1
Pertandingan kelas Patriotisme Tahun 2013, SKSS telah mengadakan banyak aktiviti sempena kemerdekaan ke-56 negara kita . Tema tahun ini ialah 'Negaraku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'. Logonya '56 Merdeka' . Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, nyanyian lagu-lagu patriotik, buku skrap, melukis poster, basikal berhias, dan pertandingan kelas patriotisme. Ramai muridku membeli bendera. Banyaknya duit mereka. Itu yang menjadi kehairananku. Apabila aku meminta mereka membeli buku, katanya tidak ada wang tetapi untuk sesuatu pertandingan, ada pula duit mereka. Tengok ni! setiap murid ada bendera, kekadang itu bergaduh dan masing-masing mengoyakkan bendera rakan mereka, seperti tidak mengharga pula!. Rasa nak marah sahaja. Sudah puas , aku menasihati mereka supaya menjaga tatahidup yang baik, menghormati rakan, menjaga kebersihan kelas dan mempunyai akhlak yang mulia. Semoga mereka mendapat hidayah daripada-Nya. Walau bagaimanapun inilah cubaan dan cabaran bagiku mengajar murid-murid yang agak sukar atau lambat menerima pelajaran. Semoga mereka ada kesedaran dan dapat mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku dan positif terhadap pelajaran.

Upload: mie-zan

Post on 18-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sebagai bahan rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Pertandingan Kelas Patriotisme Mmmm

Pertandingan kelas PatriotismeTahun 2013, SKSS telah mengadakan banyak aktiviti sempena kemerdekaan ke-56 negara kita .  Tema tahun ini ialah 'Negaraku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'.  Logonya '56  Merdeka' . Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, nyanyian lagu-lagu patriotik, buku skrap, melukis poster, basikal berhias, dan pertandingan kelas patriotisme.  Ramai muridku membeli bendera.  Banyaknya duit mereka.  Itu yang menjadi kehairananku.  Apabila aku meminta mereka membeli buku, katanya tidak ada wang tetapi untuk sesuatu pertandingan, ada pula duit mereka.Tengok ni! setiap murid ada bendera, kekadang itu bergaduh dan masing-masing mengoyakkan bendera rakan mereka, seperti tidak mengharga pula!. Rasa nak marah sahaja.  Sudah puas , aku menasihati mereka supaya menjaga tatahidup yang baik, menghormati rakan, menjaga kebersihan kelas dan mempunyai akhlak yang mulia. Semoga mereka mendapat hidayah daripada-Nya.  Walau bagaimanapun inilah cubaan dan cabaran bagiku mengajar murid-murid yang agak sukar atau lambat menerima pelajaran.  Semoga mereka ada kesedaran dan dapat mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku dan positif terhadap pelajaran.