pertahanan dan pembukaan wilayah

8
Pertahanan dan Pembukaan Wilayah Perang Taif

Upload: pre-university

Post on 12-Apr-2017

340 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertahanan dan pembukaan wilayah

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

Perang Taif

Page 2: Pertahanan dan pembukaan wilayah

Sejarah Perang Taif

Berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 Hijrah di Taif.

Rentetan daripada perang Hunain.

Page 3: Pertahanan dan pembukaan wilayah

SEJARAH PERANG TAIF

Berlaku kerana tindakan Rasulullah SAW mengejar panglima-panglima dan pemimpin Hawazin dan Thaqif yang melarikan diri ke Taif dan berkubu di situ.

Page 4: Pertahanan dan pembukaan wilayah

STRATEGI DAN TAKTIK PERANG

• Rasulullah SAW menggunakan strategi pengepungan selama beberapa hari.

• Pengepungan Taif berlaku pada tahun 630 M, semasa orang Islam mengepung kota Taif, Semenanjung Arab, selepas kemenangan mereka dalam Pertempuran Hunain.

• Walau bagaimanapun, kota Taif tidak jatuh ke tangan Muslim.

• Nabi Muhammad (SAW) menggunakan alatan perang seperti al-manjaniq dan al-dabbabah untuk digunakan terhadap kota tersebut akan tetapi tidak dapat memecah masuk ke dalam kota itu dengan senjata tersebut.

Page 5: Pertahanan dan pembukaan wilayah

Peristiwa Perang Taif

• Nabi Muhammad mencuba beberapa kali untuk memecahkan pintu-pintu kota Taif akan tetapi gagal. Didakwa bahawa Nabi Muhammad menggunakan formasi perang Testudo Romawi dalam pengepungan ini akan tetapi para penduduk Taif dapat menangani serangan dengan mencurah besi panas dari atas tembok kota ke atas tentera Muslim.

• Akhirnya Nabi Muhammad menggunakan cara membakar dan memusnahkan pohon anggur kerana baginda tidak nampak jalan lain untuk memujuk penduduk Taif untuk menyerah diri. Baginda menawarkan keampunan kepada penduduk yang menyerah diri dan hanya 20 orang yang berbuat demikian.

• Pengepungan berlanjutan selama sebulan.Nabi Muhammad ingin ketua Bani Hawazan yang bernama Malik untuk memeluk Islam dan berjanji untuk melepaskan keluarganya daripada tahanan dan memulangkan harta bendanya.

• Malik bersetuju dan memeluk Islam dan terus berperang dengan penduduk Taif. Malik juga merampas binatang ternakan orang Taif dan dengan cara ini menyulitkan keadaan buat penduduk Taif.

Page 6: Pertahanan dan pembukaan wilayah
Page 7: Pertahanan dan pembukaan wilayah

KESAN PERANG TAIF

• Walaupun pengepungan gagal, Nabi Muhammad berazam untuk kembali mengepung Taif selepas bulan-bulan haram.

• Dalam masa ini, penduduk Taif, Bani Thaqif, menghantar utusan ke Madinah dan meminta agar dapat terus menyembah tuhan mereka Al-Lat buat tempoh tiga tahun.

• Nabi Muhammad tidak menerima tawaran ini dan berkata bahawa baginda hanya akan menerima penyerahan diri mereka sekiranya mereka memeluk Islam dan membenarkan orang Islam memusnahkan patung-patung dan kuil mereka.

• Akhirnya Bani Thaqif bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan iaitu :

a) mereka menyerahkan kota b) membenarkan orang Islam untuk memusnahkan kuil mereka.

Page 8: Pertahanan dan pembukaan wilayah