persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan … · sesuatu bangsa itu akan hancur...

23
x PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM UMI KALSUM BINTI JAMAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhanh

Post on 06-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA

PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH

REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR

TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

UMI KALSUM BINTI JAMAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

Judul : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN

AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : UMI KALSUM BINTI JAMAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

__________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 166-12-03, DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR Jalan Sentul, Nama Penyelia 51000 Kuala Lumpur.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN

AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

UMI KALSUM BINTI JAMAK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini Sulit atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

“ Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya ini

adalah memadai daripada aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ).”

Tandatangan : ……………………………….....

Nama Penyelia : DR TAMAR JAYA BIN NIZAR

Tarikh : 15 MAC 2004

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN

AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

UMI KALSUM BINTI JAMAK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh

diri saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan akan sumber-sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………….....

Nama Penulis : UMI KALSUM BINTI JAMAK

Tarikh : 15 MAC 2004

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda yang amat ku kasihi

Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu

Segala pengorbanan mu, dorongan mu dan jasa mu

Tidak akan ku lupa buat salama-lamanya

Sesungguhnya kejayaanku adalah milik kalian berdua

Buat adinda-adindaku yang tercinta……

Segala kata nasihat mu, dorongan mu dan kata-kata semangat mu

Selama ini

Segala jasa baik mu akan ku kenang buat selamanya

Tidak ku lupai sahabat handai,

Yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

Kepada ku selama ini

Semoga Allah membalas segala jasa kalian selama ini

Terima kasih ku ucapkan kepada kalian semua.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah dan kurnia-Nya kerana telah

memberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan diri dan kesihatan yang baik kepada

penulis sehinggalah dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan sebaik

yang mungkin.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.

Tamar Jaya bin Nizar selaku penyelia kepada penulis yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang membina sejak awal sehinggalah sempurnanya

Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala pengorbanan dan tunjuk ajar selama ini

mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Begitu juga dengan penilai-penilai, pensyarah-pensyarah dan pihak Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial yang terlibat dalam menjayakan Projek

Sarjana Muda ini. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

banyak membantu dari segi idea dan buah fikiran dalam membuat kajian ini.

Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa dan budi baik kalian. Amin………

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu

bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja. Aspek-aspek yang

ditinjau ialah dari segi peranan ibu bapa, gaya asuhan dan langkah-langkah untuk

mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal. Fakulti Pendidikan UTM

dipilih untuk kajian ini yang membabitkan 2 buah kursus. Sampel yang diambil ialah

keseluhuran populasi iaitu seramai 81 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang

soal selidik yang mengandungi bahagian A, B, C dan D. Segala data yang diperolehi

diproses menggunakan perisian SPSS 11.0 berdasarkan peratus dan min. Hasil dapatan

kajian mendapati persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal

adalah positif manakala gaya asuhan pada pendidikan awal adalah gabungan demokratik

dan autokratik. Terdapat 6 langkah paling berkesan dalam mempertingkatkan peranan

ibu bapa pada pendidikan awal iaitu menanamkan nilai-nilai agama dalam diri anak-

anak, memberi nasihat dengan cara yang baik, memberi perhatian dan galakan kepada

anak-anak, mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan menjadi

contoh yang baik buat anak-anak. Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan seperti PERKIM,

JAIJ, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Kementerian Pendidikan dan

Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita untuk kebaikan bersama.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

ABSTRACT

This study is conducted to find out about students perception on the role of

parents during the early education of developing the attitudes af teenagers. Aspects that

had been focused on in this study are role of parents, style of family upbringing and

ways of enhancing the role of parents during early education. This study had involved

two course of the Faculty of Education in UTM. The whole population of 81 students

were used as the sample. The instrument was a questionnaire that comprises section A,

B, C and D. All data was processed using the SPSS 11.0 software based on percentage

and mean. The finding of this study showed that students perception on the role of

parents in early education is positive whereas the style of family upbringing during the

early education are a mixture of democratic and autocratic. There are most effective

ways of enhancing the role of parents during the early education and there are by

instilling religious values in the children, giving advices in good ways, paying more

attention, giving encouragement, being a good role model and caring to the children

problem. By the end of this study, the researcher proposed few suggestion to parents

and other parties such as PERKIM, JAIJ, The Darul Takzim Family Development

Institution, The Ministry Of Education and The Ministry Of Development and Women

for the good at everyone’s.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Pendidikan Awal 17

2.3 Peranan Ibu Bapa 19

2.4 Kepentingan Pendidikan Islam 23

2.5 Gaya Asuhan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal 24

2.6 Rangka Teori Yang Berkaitan 27

2.7 Sorotan Kajian Lepas 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka bentuk kajian 32

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Populasi Kajian 32

3.5 Sampel Kajian 33

3.6 Instrumen Kajian 33

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Kajian Rintis 36

3.9 Kaedah Analisis Data 37

3.10 Rumusan 38

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 39

4.3 Analisis Latar Belakang Responden 40

4.4 Rumusan Latar Belakang Responden 44

4.5 Analisis Persoalan Kajian 45

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan Kajian 75

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 76

5.4 Kesimpulan 88

5.5 Cadangan-Cadangan 89

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.7 Penutup 92

BIBLIOGRAFI 93

LAMPIRAN 99

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 34

3.2 Skala Penilaian Maklumbalas Bagi Soal

Selidik Bahagian B, C dan D 37

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/ Penjaga 42

4.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Ibu Bapa Sebulan 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Bapa. 43

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Ibu 43

4.7 Taburan Responden Mengikut Persekitaran

Tempat Tinggal 44

4.8 Item 1 45

4.9 Item 2 46

4.10 Item 3 46

4.11 Item 4 47

4.12 Item 5 47

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

4.13 Item 6 48

4.14 Item 7 48

4.15 Item 8 49

4.16 Item 9 49

4.17 Item 10 50

4.18 Item 11 50

4.19 Item 12 51

4.20 Item 13 51

4.21 Item 14 52

4.22 Item 15 52

4.23 Item1-15: Taburan Responden Mengikut

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Persepsi

Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada

Pendidikan Awal Dalam Membentuk

Sahsiah Remaja 53

4.24 Item 16 55

4.25 Item 17 55

4.26 Item 18 56

4.27 Item 19 56

4.28 Item 20 57

4.29 Item 21 57

4.30 Item 22 58

4.31 Item 23 58

4.32 Item 24 59

4.33 Item 25 59

4.34 Item 26 60

4.35 Item 27 60

4.36 Item 28 61

4.37 Item 29 61

4.38 Item 30 62

4.39 Item 31 62

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

4.40 Item16-23: Taburan Responden Mengikut

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Gaya Asuhan Autokratik

Pada Pendidikan Awal 63

4.41 Item 16-23: Responden Mengikut Jumlah,

Peratus Dan Min Bagi Gaya Asuhan

Permisif /Liberal Pada Pendidikan Awal 65

4.42 Item 24-31: Taburan Responden Mengikut

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Gaya

Asuhan Demokratik Pada Pendidikan Awal 66

4.43 Item 32 68

4.44 Item 33 68

4.45 Item 34 69

4.46 Item 35 69

4.47 Item 36 70

4.48 Item 37 70

4.49 Item 38 71

4.50 Item 39 71

4.51 Item 40 72

4.52 Item 32-40: Taburan Responden Mengikut

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi

Langkah-Langkah Mempertingkatkan

Peranan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal. 72

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 99

B Surat Kebenaran Fakulti 107

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan awal merupakan aspek penting dalam pembentukan sahsiah

individu. Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari

landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan

tamadun Islam yang dibina adalah bertunjangkan sahsiah yang mantap daripada umat

terdahulu.

Menurut Suhana (2002) jika disingkap dari aspek pendidikan, peranan

membentuk generasi berilmu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

perlu diatur sejak kecil. Asuhan keluarga ditambah dengan asuhan guru merupakan

proses membentuk diri seseorang individu.

Robiah K. Hamzah (2001) keluarga ialah unit sosial yang terdiri daripada

bapa, ibu dan anak. Ia merupakan satu-satunya institusi sosial selain agama yang

terkandung secara formal dalam semua masyarakat. Konfusius percaya bahawa

kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan

yang sewajarnya sebagai anggota keluarga (Mohd. Rodzik Bon Mohd. Abdul, 1998).

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

2

Gaya asuhan keluarga merupakan antara faktor yang terpenting dalam

membentuk personaliti remaja yang berwibawa (Abdullah Abdul Syukur, 1993).

Peranan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan potensi anak mereka boleh

diwujudkan melalui konsep asuhan yang berkesan terutama pada pendidikan awal

dan sahsiah si anak itu supaya ciri-ciri tingkahlaku yang ditunjukkan adalah sesuai

dan baik dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan negara.

Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudan satu generasi yang

sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi.

Ibu bapalah mesti mempunyai pengetahuan tentang perkembangan anak-anak,

strategi pendidikan, strategi asuhan dan strategi pengubahsuaian tingkahlaku supaya

dapat mempengaruhi dan mencorakkan sahsiah anak mereka sepertimana yang

diharapkan.

Menurut Patmah Bustaman (1995) menjadi ibu bapa adalah pekerjaan yang

amat sulit. Peranan ini harus dilaksanakan dengan menggunakan kebijaksanaan,

ketekunan, pengalaman, pengetahuan dan ketabahan hati yang tinggi. Oleh itu

sekiranya setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan terhadap keluarga

dengan berkesan, nescaya keharmonian keluarga dapat dikekalkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Rancangan Malaysia ke Tujuh (1996 - 2000) mencatatkan bilangan remaja

pada tahun 1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk

Malaysia. Menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada

20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan ini sebagai satu kumpulan

penting di dalam menerajui masa depan negara. Mereka merupakan generasi

penyambung dan penentu pembangunan negara. Golongan remaja mempunyai

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

3

tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam penerusan dan pengekalan

institusi-institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek kata, untuk

merealisasikan Wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan

penentu pembangunan negara.

Mutakhir ini, masalah moral dan disiplin di kalangan remaja dan pelajar

sekolah kembali hangat diperkatakan. Walaupun dianggap isu basi dan “ketinggalan

zaman,” namun ia sebenarnya sudah berada di tahap membimbangkan.

Penagihan dadah, bohsia, merompak, penipuan, merokok, rasuah, buli atau

budaya samseng, seakan penyakit “keturunan” di dalam masyarakat. Kerahan tenaga

seperti diwawarkan mungkin dapat membantu membasmi atau mengurangkan gejala

sosial ini. Begitu juga di kalangan masyarakat. Sikap saling tegur menegur juga

mungkin boleh membantu. Misalnya jika ada yang melepak di pusat beli belah,

Dataran Merdeka dan sebagainya. Jika semua masyarakat mengambil peranan

menegur, mungkin lama-kelamaan mereka remaja ini akan menjadi bosan dan tidak

lagi berada di tempat-tempat sedemikian.

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah-masalah

remaja masa kini. Faktor-faktor tersebut boleh berupa masalah ekonomi, sosial,

pergaulan, media masa, keluarga dan pendidikan. Pengabaian ibu bapa terhadap

anak-anak pada hari ini antara salah satu faktor yang mengundang malapetaka ini.

Tidak dapat dinafikan peranan institusi keluarga berperanan besar dalam menanam

nilai-nilai murni masyarakat terutamanya generasi muda. Golongan muda khususnya

remaja mempunyai persepsi dan jangkaan sosial yang objektif, subjektif dan nilai

sahsiah yang bersifat dua hala. Ibu bapa harus menjadi tonggak kepercayaan mereka

untuk membentuk sahsiah diri yang bertepatan dengan agama dan adat. Ibu bapa

sebenarnya menjadi teladan kepada anak-anak. Rasulullah bersabda:

... يهودانه أو ينصرانه أو ميجسانه فأبواه مولود يولد على الفطرة كل

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

4

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang

manjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

(Riwayat Imam Ahmad, Jilid 2: 275)

Kurangnya perhatian dan kasih-sayang dari para keluarga juga memainkan

peranan penting di dalam menyumbang kepada salah-laku dikalangan para remaja

ini. Di tahap umur begini, mereka amat terdedah kepada pelbagai krisis identiti dan

budaya yang melingkungi persekitaran mereka. Oleh itu, bimbingan dan pedoman

terutama pada pendidikan awal adalah elemen terpenting untuk mensosialisasikan

mereka agar menjadi generasi transisi yang berguna.

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung

kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya

asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul

dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah

keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-

anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan

sahaja. Namun di sini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga

yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan

sosial seseorang individu.

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja

kerana bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang

dibina seumur hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling

penting kerana peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan

kepada pembentukan sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi

bentuk asuhan yang baik akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan

personaliti yang baik (Singgih, 1982).

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

5

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permulaan pembentukan individu

bermula sejak kanak-kanak lagi. Kesemua tokoh-tokoh dari teori-teori psikologi

seperti Teori Psikoanalisis, Pemusatan Klien, Terapi Gestalt, Psikologi Individu

Adler Terapi atau Analisis Perlakuan mengatakan bahawa permulaan atau peringkat

awal kehidupan kanak-kanak adalah penting untuk sahsiah mereka seterusnya.

Peningkatan gejala-gejala sosial yang terjadi pasti mempunyai sebab dan

faktornya. Antaranya disebabkan faktor persekitaran, urbanisasi, pendidikan media

masa, kemiskinan, perbezaan ekonomi, kemiskinan, pendidikan yang tidak sempurna

dan peranan yang dimainkan ibu bapa. Memandangkan remaja harus menyahut

cabaran dan menjadi penentu kepada masa depan negara, satu jalan penyelesaian

perlu dicari. Penyelidik merasakan peranan ibu bapa merupakan faktor yang paling

utama menyumbang ke arah gejala sosial memandangkan pembentukan seseorang

anak itu bermula di rumah. Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biar dari

rebungnya. Ini turut disokong Alili Hanim Hashim (2004) yang menyatakan faktor

ibu bapa juga perlu dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan gejala sosial di

kalangan remaja. Oleh itu satu kajian permulaan perlu dijalankan untuk melihat

persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dari segi

pelaksanaan dan gaya asuhan pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja.

Tanpa remaja menjadi tiang yang kukuh sudah tentu harapan Malaysia untuk

menjadi negara maju pada tahun 2020 hanya akan menjadi impian kosong sahaja.

Mudah-mudahan dengan kajian ini akan terjawab pertanyaan apakah peranan dan

bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah langkah-langkah bagi mempertingkatkan

peranan ibu bapa.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

6

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada besarnya pengaruh ibu bapa dalam peranan mereka

mendidik dan mengasuh sahsiah remaja, maka penyelidik akan menjalankan satu

kajian permulaan untuk melihat Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa

Pada Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja: Satu Kajian Di

Kalangan Pelajar Tahun Empat Di Fakulti Pendidikan UTM.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat beberapa objektif yang ingin

dicapai iaitu:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada

pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja.

1.4.2 Untuk mengetahui persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu

bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja.

1.4.3 Untuk mengetahui langkah-langkah mempertingkatkan peranan ibu bapa

dalam pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN … · Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat

7

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal

dalam membentuk sahsiah remaja?

1.5.2 Apakah persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu bapa pada

pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?

1.5.3 Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan peranan ibu bapa pada

pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat

berguna bukan sahaja kepada para ibu bapa tetapi juga setiap individu, pengasuh dan

pendidik yang terlibat dalam mendidik anak bangsa terutamanya di peringkat awal

pendidikan. Tambahan pula dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-

guru kaunselor dan pentadbir sekolah untuk menyelami perlakuan remaja dan pelajar

supaya bantuan dan bimbingan yang bersesuaian dan sewajarnya dapat disalurkan

sejajar dengan proses sosialisasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seterusnya PIBG boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menyebarkan

maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang

pentingnya peranan dan bentuk asuhan yang bersesuaian dalam membentuk sahsiah

yang positif. Selain daripada itu pengkaji-pengkaji lain juga diharapkan