penglibatan wanita yang mengikuti technical …eprints.uthm.edu.my/9077/1/faridah_md_taib.pdf ·...

45
PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) DALAM INDUSTRI OIL & GAS FARIDAH BINTI MD TAIB Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UniversitiTun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2016

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL VOCATIONAL

EDUCATION AND TRAINING (TVET) DALAM INDUSTRI OIL & GAS

FARIDAH BINTI MD TAIB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

UniversitiTun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

Page 2: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat ALLAH SWT

Nabi Muhammad SAW

Khas buat Mak dan Abah yang amat dikasihi dan disayangi

Hjh Fatimah Binti Khalid & Hj Md Taib Bin Hj Jamhari

Terima kasih di atas segala kasih sayang, dorongan dan didikanmu serta doa yang

diberikan kepada anakmu ini tanpa jemu

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin terbalas

Khas buat suami yang disayangi dunia akhirat

Mohd Fadzli Bin Mohd Din

Terima kasih di atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama ini

Terima kasih kerana memahami situasi saya sepanjang bergelar pelajar

Terima kasih kerana membantu dalam melancarkan proses menyiapkan tesis ini

Terima kasih juga kerana tolong menjaga Fathiya Raihanah dengan sebaiknya

Khas buat anak kesayangan mama

Fathiya Raihanah Binti Mohd Fadzli

Terima kasih kerana memahami perjuangan mama sebagai pelajar dan sentiasa

pandai menjaga diri walaupun kamu masih kecil sayang

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia Projek Sarjana

Prof Madya Dr Ahmad Rizal Bin Madar

Tiada yang lebih bermakna melainkan dorongan, tunjuk ajar dan nasihat daripada

Prof yang tidak akan dilupakan

Page 3: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana telah dengan

izinNYA saya dapat menyiapkan kertas cadangan ini dengan jayanya. Syukur dan

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia projek sarjana saya,

Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Bin Madar yang banyak memberi tunjuk ajar, panduan

serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya sehingga Berjaya

menyiapkan kertas cadangan untuk kajian ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan yang banyak membantu

saya sepanjang proses penyediaan proposal ini berlangsung. Tanpa kerjasama,

sokongan dan panduan tidak mungkin perjalanan kajian ini dapat dilakukan dengan

lancar.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mana-mana pihak yang banyak

membantu, mahupun secara langsung ataupun tidak langsung. Hanya ALLAH SWT

yang dapat membalas jasa yang telah diberikan.

Page 4: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

v

ABSTRAK

Persediaan wanita yang mengikuti TVET untuk menceburkan diri dalam industri oil

& gas merupakan suatu masalah yang sering diperkatakan dikalangan wanita ketika

ini. Permasalahan ini menjadi suatu persoalan dalam kalangan wanita tentang apakah

persediaan yang perlu mereka lakukan dalam merencana kerjaya dalam industri oil &

gas ini. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi pemilihan kerja dalam industri oil & gas, kesediaan diri wanita

dari segi fizikal dan mental serta cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan

kerjaya mereka dalam industri oil & gas ini. Kajian ini telah dilakukan ke atas

pekerja wanita yang telah berkhidmat dalam industri ini bagi zon selatan dan zon

tengah. Seramai 110 sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini melalui

pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data daripada 86 sampel

kajian yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Hasil dapatan

kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi wanita untuk menceburkan diri

dalam industri oil & gas ini adalah faktor gaji iaitu skor min sebanyak 4.41 dan

diikuti dengan kesediaan dari segi mental dengan nilai skor min pada tahap yang

tinggi iaitu 4.392. Dapatan kajian juga mendapati cabaran semasa mendapatkan

pekerjaan adalah perkara paling mencabar yang perlu dihadapi oleh wanita iaitu

dengan dapatan skor min sebanyak 4.242. Ini membuktikan bahawa wanita perlu

mempersiapkan diri dengan sebaiknya sebelum menceburi industri ini. Terdapat

hubungan yang signifikan di antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri wanita.

Kesimpulannya, wanita perlu mempersiapkan diri bukan sekadar dengan

memperolehi keputusan yang baik dalam akademik, tetapi kecenderungan dan minat

dalam meletakkan diri untuk bersaing dengan lelaki bagi membuktikan wanita turut

berkemahiran dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk berkerja dalam bidang yang

sungguh mencabar.

Page 5: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

vi

ABSTRACT

Preparation the women who attend TVET to get involved in the oil and gas industry

is a problem which is often among of women at the moment. These problems

become an issue among of women about whether in preparation they have to do in

order to plan a career in the oil & gas industry. In general, this study aims to identify

factors that affect the choice of working in the oil & gas industry, the preparation of

women themselves both in physically and mentally, as well as the challenges faced

in realizing their career in the oil & gas industry.This study had conducted on female

workers who have served in this industry for the southern zone and the middle zone.

A total of 110 samples were involved in this research as an instrument by distributing

questionnaires. Data from 86 samples were collected from questionnaires were

analyzed by using software the Statistical Package for the Social Science (SPSS)

version 20.0. The result shows that factors influencing female workers to participate

in oil and gas industry is salary in mean score 4.41, followed by mentality

preparation with the score at a high level, about 4.392.The results also shows the

challenges while getting the job is the most challenging problem to be faced by the

women of the findings mean score about 4.242. This proves that women should be

prepare themselves before entering the industry. There is a correlation between the

selection and preparation work for the women themselves. In conclusion, women

need to be prepared not just to obtain good results in their studies, but the tendency

and interest to compete with the men to prove that the women also have highly

skilled and have high self-esteem, to working in a very challenging environment.

Page 6: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Tujuan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 11

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Limitasi Kajian 12

Page 7: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

viii

1.9 Skop Kajian 13

1.10 Kerangka Konsep Kajian 13

1.11 Definisi istilah dan Pengoperasian 15

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Penglibatan Golongan Wanita 18

2.2.1 Peranan dan Sumbangan Wanita di Malaysia 20

2.2.2 Peluang dan Cabaran Wanita 20

2.3 Technical Vocational Education and Training (TVET) 21

2.3.1 Memperkasakan TVET 22

2.3.2 Wanita dalam Bidang Teknikal & Vokasional 23

2.4 Industri Oil & Gas di Malaysia 24

2.5 Bidang Kejuruteraan 25

2.5.1 Penglibatan Wanita dalam Bidang Kejuruteraan 26

2.5.2 Kerjaya Sebagai Seorang Jurutera 27

2.6 Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Wanita 28

2.6.1 Faktor Minat 30

2.6.2 Faktor Gaji/Pendapatan 32

2.6.3 Faktor Pengalaman 33

2.7 Kesediaan Diri Golongan Wanita 33

2.7.1 Kesediaan Fizikal 34

2.7.2 Kesediaan Mental 35

2.8 Cabaran- cabaran yang Dihadapi oleh Wanita 36

2.8.1 Cabaran Semasa Mendapatkan Pekerjaan 36

2.8.2 Cabaran Dalam Pekerjaan 38

2.8.3 Cabaran Persekitaran Pekerjaan 40

2.9 Golongan Wanita dan Penerimaan Industri 42

2.9.1 Pekerja Berkemahiran dan Keperluan Industri 42

2.10 Kajian Terdahulu 43

2.11 Rumusan 43

Page 8: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 44

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka Bentuk Kajian 44

3.3 Kerangka Operasi Kajian 45

3.4 Lokasi kajian 47

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 48

3.6 Instrumen Kajian 49

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 50

3.7.1 Kesahan 51

3.7.2 Kebolehpercayaan 51

3.8 Kajian Rintis 52

3.9 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.10 Kaedah Analisis Data 54

3.11 Rumusan 56

BAB 4 ANALISIS DATA 57

4.1 Pengenalan 57

4.2 Analisis Soal Selidik 57

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 58

4.4 Demografi Responden 58

4.4.1 Keturunan 58

4.4.2 Umur 59

4.4.3 Kelulusan Tertinggi 59

4.4.4 Status Perkahwinan 59

4.4.5 Lulusan 60

4.4.6 Jawatan 60

4.4.7 Bahagian Kerja 61

4.4.8 Tempoh Bekerja 61

4.4.9 Kursus Diikuti Sebelum Bekerja 62

4.5 Dapatan Kajian 62

4.5.1 Analisis Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja

Golongan Wanita Dalam Industri Oil & Gas 63

Page 9: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

x

4.5.2 Analisis Kesediaan Diri Golongan Wanita Untuk

Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas 66

4.5.3 Analisis Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita

Yang Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas 69

4.5.4 Analisis Hubungan Antara Faktor Pemilihan Kerja Dan

Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri

Dalam Industri Oil & Gas 75

4.6 Rumusan 78

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 80

5.1 Ringkasan 80

5.2 Rumusan Kajian 81

5.2.1 Rumusan Data Demografi 81

5.2.2 Rumusan Profil Pekerjaan 82

5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian 83

5.3 Perbincangan 84

5.3.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Wanita Yang

Ingin Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas. 85

5.3.1.1 Faktor Gaji/Pendapatan 85

5.3.1.2 Faktor Minat 86

5.3.1.3 Faktor Pengalaman 87

5.3.2 Kesediaan Diri Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri

Dalam Industri Oil & Gas. 88

5.3.3 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Golongan Wanita

Yang Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas. 89

5.3.3.1 Cabaran Semasa Mendapatkan Pekerjaan 89

5.3.3.2 Cabaran Dalam Pekerjaan 91

5.3.3.3 Cabaran Persekitaran Pekerjaan 92

5.3.4 Hubungan Antara Faktor Pemilihan Kerja Dan Kesediaan

Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas 94

5.4 Kerangka Cadangan Persediaan Golongan Wanita Untuk

Menceburi Industri Oil & Gas 96

Page 10: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xi

5.5 Cadangan 101

5.5.1 Cadangan Terhadap Dapatan Kajian 101

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 103

5.6 Penutup 103

RUJUKAN 105

LAMPIRAN 110

Page 11: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010 6

1.2 Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang Pengajian

utama dan jantina

7

3.1 Jumlah populasi dan sampel bagi empat lokasi kajian 48

3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 49

3.3 Skala Likert 50

3.4 Interpretasi Skor bagi Nilai Alpha Croncbach (α) 53

3.5 Kaedah Analisis Data 54

3.6 Interpretasi Skor Min 55

3.7 Kekuatan Nilai Korelasi 55

4.1 Taburan Responden Mengikut Keturunan 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Tertinggi 59

4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 60

4.5 Taburan Responden Mengikut Lulusan 60

4.6 Taburan Responden Mengikut Jawatan 61

4.7 Taburan Responden Mengikut Bahagian Kerja 61

4.8 Taburan Responden Mengikut Tempoh Bekerja 62

4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62

4.10 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Minat Yang

Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam Industri Oil

& Gas

63

4.11 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Gaji/Pendapatan

Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam

Industri Oil & Gas

64

Page 12: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xiii

4.12 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengalaman

Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam

Industri Oil & Gas

65

4.13 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita

Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan

66

4.14 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Kesediaan Fizikal

Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri Dalam Industri Oil &

Gas

67

4.15 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Kesediaan Mental

Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri Dalam Industri Oil &

Gas

68

4.16 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita

Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan

69

4.17 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Semasa

Mendapatkan Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan

Diri Dalam Industri Oil & Gas

70

4.18 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Dalam

Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas

71

4.19 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Persekitaran

Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas

73

4.20 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita

Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan

74

4.21 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja Dengan

Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan

75

4.22 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Minat) Dengan

Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas

76

4.23 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Gaji) Dengan

Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam

Industri Oil & Gas

77

Page 13: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xiv

4.24 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Pengalaman)

Dengan Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri

Dalam Industri Oil & Gas

78

Page 14: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 14

2.1 Kemahiran yang diperlukan dan sifat-sifat bagi seorang jurutera ideal. 28

2.2 Model bagi Teori Kerjaya Super 30

3.1 Kerangka Operasi Kajian 46

5.1 Kerangka Cadangan Persediaan Golongan Wanita Untuk Menceburi

Industri Oil & Gas

100

Page 15: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xvi

SENARAI SIMBOL

ABBM Alat Bantu Bahan Mengajar

DPN Dasar Pembangunan Nasional

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

MARA Majlis Amanah Rakyat

R&D Penyelidikan dan Pembangunan

RMK-9 Rancangan Malaysia Ke 9

SPSS Statistical Package for the Social Science

TVET Technical Vocational Education and Training

Page 16: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA

SURAT

A Carta Gantt 110

B Jadual Penentuan Saiz Sampel (Krejcie Morgan) 111

C Borang Soal Selidik 112

D Surat Memohon Kebenaran 120

E Pengesahan Semakan Borang Soal Selidik 125

F Perincian Data Kajian Rintis 128

G Analisis Kajian Sebenar (Demografi) 130

H Analisis Kajian Sebenar (Faktor Pemilihan Kerja) 133

I Analisis Kajian Sebenar (Kesediaan Diri) 135

J Analisis Kajian Sebenar (Cabaran Yang Dihadapi) 137

K Analisis Kajian Sebenar (Hubungan Korelasi-Pearson) 142

Page 17: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era yang serba moden dan canggih kini, golongan wanita merupakan

sebahagian daripada sumber penting bagi mencapai agenda pembangunan negara

terutama dalam menuju kegemilangan wawasan 2020. Oleh yang demikian,

sumbangan wanita ini adalah amat diperlukan dan ia adalah satu kenyataan yang

tidak perlu untuk dinafikan lagi. Oleh itu, bagi memartabatkan golongan wanita,

Dasar Wanita Negara merancang strategi bagi menjamin perkongsian yang saksama

di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping

mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan sektor pendidikan dan latihan.

Cara yang dilakukan adalah dengan meyakinkan golongan wanita untuk mengambil

peluang bagi menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi moden, meluaskan

lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf kemahiran-

kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan. Melalui dasar ini, profession

kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki sebelumnya kini turut disertai oleh

wanita bagi mempertingkatkan lagi kemahiran wanita di dalam pelbagai bidang

pekerjaan (KPWKM, 2009).

Seterusnya, di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 menunjukkan penglibatan

golongan wanita yang semakin meningkat terutamanya dalam sektor pendidikan

teknikal dan kejuruteraan. Rancangan ini juga turut membuktikan pelbagai usaha

diambil dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan

penglibatan wanita lebih berkesan dalam pembangunan negara. Ini menunjukkan

segala usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan golongan

wanita dalam bidang sains dan teknikal adalah amat relevan. Bagi menuju ke arah

Page 18: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

2

negara maju tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang

sains dan kejuruteraan. Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lembaga Jurutera

Malaysia yang menunjukkan negara kekurangan tenaga pakar dalam bidang

kejuruteraan dan memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional

dengan nisbah 1:100 seperti yang dicapai oleh Korea dan Jepun (BEM, 2012).

Justeru itu, penglibatan wanita dalam kerjaya amatlah diperlukan bagi

memastikan wawasan negara mampu tercapai. Sehubungan ini, dalam menjayakan

agenda negara, jurutera wanita sentiasa dicabar selain menyumbang tenaga kepada

pembangunan negara di samping itu perlu seimbang dalam kehidupan peribadi dan

pada masa yang sama perlu berhadapan dengan cabaran intelektual dalam

memastikan berjaya dalam kerjaya. Selain menjadi individu yang bekerjaya, jurutera

wanita masih perlu menunaikan tanggungjawab sosial terhadap keluarga (Tapsir &

Mohd 2005). Sehubungan itu, terdapat wanita yang mampu bertahan dan mampu

bersaing dengan kerjaya didominasikan lelaki, dan ada di antara wanita yang tidak

mampu bertahan menghadapi cabaran di dalam profesion kerjaya ini. Oleh itu,

golongan wanita mempunyai hak dan peranan dalam memberikan khidmat dan

sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara. Maka pembentukan

perlu dirancang dengan sebaik mungkin agar bersesuaian dengan kebolehan diri,

kepuasan dan jaminan masa hadapan. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah

pendidikan. Pendidikan adalah perkara yang sentiasa mengalami perubahan sesuai

dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana apa sahaja

perubahan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pendidikan terutama dalam

aspek kurikulum. Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam

pembangunan sesebuah negara khususnya sebuah negara perindustrian.

Oleh yang demikian, dalam negara yang pesat membangun peranan institut

pengajian tinggi (IPT) sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar

mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan. IPT adalah sebagai tempat

rujukan dan perkongsian serta percambahan ilmu-ilmu baru. Selain itu, IPT juga

merupakan sebuah pusat yang melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam

pelbagai bidang profesional. Peranan IPT adalah untuk melahirkan tenaga manusia

yang berkualiti dan dapat membantu menaikkan ekonomi dan membantu terhadap

pembangunan negara. Pihak pengurusan IPT memainkan peranan penting dalam

menyediakan pengetahuan mengenai kerjaya dalam bidang tertentu kepada pelajar

bagi membantu menyelesaikan masalah untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan

Page 19: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

3

bidang masing-masing (Ripin, 2009). Menurut Ripin (2009) lagi, masalah kurang

persediaan diri dalam kalangan pelajar menyebabkan mereka terpaksa menunggu

dalam jangka masa lama untuk memperolehi pekerjaan yang sesuai.

Oleh yang demikian, tahun 2020 adalah satu tahun yang dinantikan dan akan

menjadi satu tahun keramat bagi mencapai pelbagai perkara bagi rakyat Malaysia.

Dalam keghairahan rakyat Malaysia menuju ke arah negara yang setanding dengan

negara-negara maju yang lain, bidang pendidikan perlu memainkan peranannya yang

tersendiri untuk merealisasikan wawasan yang selama ini dibayangkan.

Pembangunan ekonomi yang mampan dan berterusan bergantung kepada pencapaian,

pengekalan produktiviti dan daya saing industri yang tinggi di negara ini ( Fadlol

Hadi, 2002 ).

Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah tertumpu kepada golongan wanita

di dalam bidang teknikal yang bekerja di dalam industri oil & gas di Malaysia.

Kajian ini penting untuk mengenalpasti sejauh manakah proses yang dilalui oleh

golongan wanita untuk melayakkan mereka menjawat sesuatu jawatan dalam industri

oil& gas pada masa kini. Antara contoh isu yang dilihat ialah mengenai kedudukan

golongan wanita dalam sosial masyarakat di sekeliling kita. Islam telah meletakkan

kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang mampu untuk menyinar dan

mengharumkan dunia. Maka tidak hairanlah wanita masa kini dilihat sering

mencapai kegemilangan dan pelbagai kerjaya yang membanggakan di dalam apa jua

bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh, jika dahulu golongan wanita sering

ditolak dan dipinggirkan dari menjadi salah seorang yang berjawatan penting dalam

sesebuah pucuk pimpinan politik, tetapi semuanya telah berubah dimana wanita mula

diberikan hak untuk bersuara disamping menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu

yang timbul seperti yang dapat dilihat dengan tertubuhnya Kementerian

Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang merupakan satu landasan untuk wanita

menyuarakan pendapat (Salleh, 2006).

Justeru itu, penglibatan golongan wanita dalam kerjaya ini amatlah

diperlukan bagi memastikan wawasan negara mampu dicapai. Sehubungan itu, dalam

menjayakan agenda negara, golongan wanita sentiasa dicabar di samping

menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Di samping itu ia perlulah

seimbang dalam kehidupan peribadi dan pada masa yang sama perlu berhadapan

dengan cabaran intelektual dalam memastikan kejayaan dapat dicapai di dalam

Page 20: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

4

kerjaya. Selain menjadi individu yang berkerjaya, wanita masih perlu menunaikan

tanggungjawab sosial terhadap keluarga (Tapsir & Mohd, 2005).

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan ekonomi dan teknologi negara dalam menuju negara maju semakin

rancak direncana demi menjadikan kemajuan teknologi pemangkin pembangunan

negara. Selari dengan daya saing golongan wanita dalam memenuhi permintaan

industri dalam sektor teknikal dan vokasional bagi menjadikan golongan wanita

antara tenaga kerja berkemahiran di pasaran. Wanita dan kerjaya kini semakin

signifikan dengan terdapat sebilangan besar wanita yang menceburkan diri di dalam

bidang kemahiran dan menunjukkan potensi golongan wanita untuk memonopoli

bidang ini yang dahulunya lebih banyak diceburi oleh golongan lelaki (O‟Neil &

Bolimori, 2005).

Di Negara-negara maju, golongan wanita bersaing dengan golongan lelaki

dalam mendapatkan tempat dan peluang untuk berkerja dalam sektor teknikal kerana

kemajuan inovasi dan teknologi sesebuah negara itu berdasarkan kepintaran

kejuruteraan dan teknikalnya. Di Malaysia lazimnya, sumbangan wanita terhadap

negara mencakupi bidang politik, perniagaan, perdagangan, pertanian, pendidikan,

perindustrian dan pentadbiran. Dalam mengorak langkah menuju negara maju,

golongan wanita perlu mengambil peluang dan ruang menceburkan diri dalam

industri kejuruteraan khususnya industri oil & gas kerana ia merupakan suatu bidang

kejuruteraan yang mencabar. Seperti yang dapat dilihat di negara-negara

membangun, golongan wanita merupakan penggerak kepada pembangunan dan

perubahan. Di samping itu, golongan wanita juga perlu menonjolkan kemampuan

dan keupayaan yang ada pada diri mereka bagi mencapai pembangunan yang

seimbang (Ab. Aziz, 2001).

Industri oil & gas ini merupakan industri yang lebih popular dengan

penglibatan golongan lelaki jika dibandingkan dengan golongan wanita. Namun idea,

pendapat dan sumbangan tenaga serta kemahiran yang ada pada golongan wanita

perlu diberi peluang oleh pihak industri bagi mengimbangi populasi tenaga kerja

mahir yang kebanyakannya dimonopoli oleh lelaki. Ini telah diakui sendiri oleh Abd

Jalil (2002) bahawa kehadiran wanita merupakan kesan daripada komitmen kerajaan

Malaysia kepada penyertaan wanita dalam pemerintahan demi kemajuan wanita.

Page 21: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

5

Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan wanita cuba

mengambil peluang menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan terutamanya

industri oil & gas. Perkembangan ini jelas memperlihatkan wanita Malaysia

memainkan peranan yang semakin penting dalam mencorakkan hala tuju dan

pembangunan negara. Di samping itu, penglibatan golongan wanita di bidang

perindustrian semakin meluas ekoran galakan kerajaan dan peluang yang terbuka

samada dalam industri pembuatan, perkilangan, mahupun industri kejuruteraan berat

seperti perkapalan dan oil & gas . Ekoran daripada penekanan yang serius dari pihak

kerajaan dan permintaan yang tinggi dari pihak industri, maka hari ini boleh

dikatakan terdapat sebilangan wanita dalam bidang kejuruteraan memegang jawatan

yang tinggi dalam bidang teknikal dalam pelbagai sektor kejuruteraan.

Oleh itu, apabila industri mengalami perubahan maka kemahiran juga perlu

dipertingkatkan, maka keperluan kemahiran yang tinggi dalam sektor industri seperti

industri oil & gas khususnya menjadi satu tuntutan bagi memastikan golongan

wanita mampu bersaing dalam memberi pendapat, menjana idea baru dan bernas

serta mampu membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Persediaan diri golongan

wanita dalam menempuh gelombang industri oil & gas ini meliputi dari permulaan

pemilihan pekerjaan, suasana di alam pekerjaan dan perancangan masa hadapan

mereka. Ini perlu kerana perkembangan teknologi terlalu pantas dan mereka yang

berada dalam industri ini perlu berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai

pemahaman yang baik dalam bidang teknikal dan kejuruteraan untuk menghadapi

cabaran dunia pekerjaan kini. Namun begitu, bagi memenuhi peluang pekerjaan

dalam bidang industri oil & gas yang semakin meluas, golongan wanita harus

bangkit dan memenuhi kriteria yang diperlukan oleh industri ini. Menerusi ilmu

pendidikan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi, ia akan dapat mengubah

kehidupan golongan wanita kepada yang lebih baik.

Justeru itu, bidang kejuruteraan dalam industri oil & gas di Malaysia kini

memerlukan tenaga mahir yang ramai bagi memenuhi kehendak pasaran, tetapi

sejauh manakah kesedian golongan wanita untuk menceburkan diri dalam industri ini

bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara melalui perkembangan dan kemajuan

teknologi yang ada. Situasi ini akan menjadi permasalahan yang semakin

membimbangkan apabila jumlah pelajar wanita di dalam bidang yang memerlukan

kemahiran meningkat sedangkan jumlah tenaga mahir wanita adalah tidak sebanding

dengan jumlah kemasukan pelajar (Ismail, 2003). Kajian yang dilakukan oleh Tapsir

Page 22: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

6

dan Noor (2005) menunjukkan perkembangan wanita dalam bidang kejuruteraan di

Malaysia sememangnya rendah malah situasi ini turut berlaku di negara-negara maju

iaitu bilangan jurutera wanita lebih rendah berbanding dengan golongan jurutera

lelaki dalam bidang ini. Kemunculan jurutera wanita di Malaysia hanya bermula

pada tahun tujuh puluhan. Data terawal yang didapati bilangan wanita yang

menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan hanya lapan orang sahaja namun

dipercayai bilangannya adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan oleh Buletin

Perangkaan Sosial Malaysia 1981. Pada tahun 1979, peratusan jurutera wanita

berdaftar dengan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) adalah 1% dan bilangan ini telah

meningkat secara berterusan kepada 20% pada 2003. Menurut Ismail (2003),

peningkatan kadar bilangan jurutera di Malaysia samada lelaki atau wanita. Namun

begitu angka ini dilaporkan masih agak rendah berbanding dengan enrolmen

kemasukan pelajar wanita ke universiti yang mengikut pelbagai kursus kejuruteraan.

Dari segi struktur pekerjaan di Malaysia, golongan wanita masih lagi

cenderung dengan bidang pekerjaan seperti perkhidmatan, pekerja kilang dan

jurujual jika dibandingkan dengan bidang kejuruteraan seperti jurutera mahupun

juruteknik. Bilangan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan,

pekerja kedai dan jurujual adalah tinggi kerana tidak memerlukan pencapaian

akademik yang tinggi dan tidak perlu memikul tanggungjawab yang berat. Bilangan

wanita yang bekerja dalam sektor professional adalah 335.4 ribu orang dan hanya

berbeza sedikit dengan lelaki. Bagi sektor juruteknik dan profesional bersekutu pula,

bilangan wanita yang terlibat adalah 648.7 ribu orang serta masih rendah berbanding

bilangan lelaki yang terlibat dalam sektor pekerjaan ini. Bagi pekerjaan yang tidak

profesional pula adalah 418.6 ribu orang wanita yang terlibat khususnya dalam

kategori operator loji dan mesin serta pemasangan seperti di dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010

(Sumber: Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10))

Pekerjaan 2010 (‘000)

Lelaki Wanita

Penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus 628.3 209.3

Profesional 371.0 335.4

Juruteknik dan profesional bersekutu 995.3 648.7

Page 23: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

7

Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010

(Sumber: Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10))

Pekerjaan 2010 (‘000)

Lelaki Wanita

Pekerjaan pengkeranian 340.3 792.5

Pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual 1065.5 809.0

Pekerja mahir pertanian dan perikanan 953.3 306.6

Pekerja pertukangan dan yang berkaitan 1003.1 164.7

Operator loji dan mesin serta pemasangan 979.8 332.5

Pekerjaan asas 775.6 418.6

Pada Jadual 1.2 pula menunjukkan bilangan peratus graduan keluaran 2011

mengikut bidang pengajian utama dan jantina berdasarkan hasil kajian pengesanan

graduan 2011 (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012). Majoriti (42.3

peratus) adalah graduan yang mengikuti jurusan sastera dan sains sosial, 27.2 peratus

graduan jurusan teknikal dan 14.1 peratus dalam jurusan sains. Dari segi jantina pula,

graduan lelaki mencatatkan peratusan yang lebih tinggi dalam bidang teknikal (68.2

peratus) dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (51.6 peratus), manakala

graduan perempuan pula lebih menjurus kepada bidang sains (74.0 peratus),

pendidikan (70.4 peratus), dan sastera dan sains sosial (67.2 peratus). Bidang

kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

adalah seperti kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam,

kejuruteraan kimia dan kejuruteraan industri. IPTA yang berfokuskan kepada bidang

kejuruteraan banyak melahirkan graduan dalam bidang kejuruteraan dan seterusnya

dapat merealisasikan impian kerajaan Malaysia untuk meningkatkan bilangan

jurutera yang berpengetahuan tinggi, dan mempunyai kemahiran selaras dengan

keperluan semasa.

Jadual 1.2: Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang pengajian

utama dan jantina (Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2011)

Bidang Pengajian Utama

Bilangan (%)

Jumlah Jantina

Lelaki Wanita

Sastera & sains sosial 42.3 32.8 67.2

Sains 14.1 26.0 74.0

Page 24: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

8

Jadual 1.2: Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang pengajian

utama dan jantina (Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2011)

Bidang Pengajian Utama

Bilangan (%)

Jumlah Jantina

Lelaki Wanita

Teknikal 27.2 68.2 31.8

Teknologi maklumat & komunikasi 8.9 51.6 48.4

Pendidikan 7.4 29.6 70.4

Berdasarkan bidang kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat institusi

pengajian tinggi awam (IPTA), negara mampu melahirkan lebih banyak golongan

profesional dalam bidang kejuruteraan. Golongan wanita perlu mengambil

kesempatan ini untuk memenuhi kehendak pasaran. Dalam masa yang sama,

golongan wanita perlu bersedia dalam memilih hala tuju kerjayanya dalam bidang

kejuruteraan, persedian diri dalam mengharungi cabaran dalam bidang teknikal, dan

mengenalpasti pemilihan kerjaya selari dengan kesediaan diri dalam menceburkan

diri dalam bidang kejuruteraan khususnya dalam industri oil & gas.

1.3 Penyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini, diperhatikan pemohonan untuk mencari pekerjaan dalam

industri oil & gas ini mula seimbang antara lelaki dan wanita, sedangkan sebelum ini

bidang ini hanya diminati dan didominasi oleh golongan lelaki. Kini golongan wanita

lebih cenderung untuk memohon pekerjaan dalam bidang oil & gas mungkin

disebabkan oleh pelbagai aspek yang memberikan pulangan dan manfaat jika

dibandingkan dengan bekerja dalam industri lain. Wanita mula duduk sama rendah

dan berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki dalam mencari peluang pekerjaan

pada ketika ini. Menurut Styhre et al (2005), wanita sentiasa berpotensi untuk berada

dalam golongan minoriti terutama di industri.

Bagi merialisasikan impian golongan wanita untuk bersaing dengan golongan

lelaki dalam industri ini, golongan wanita perlu membuat persiapan diri sebaik

mungkin bagi mengharungi alam pekerjaan yang secara keseluruhannya sebelum ini

dikuasai oleh golongan lelaki. Persekitaran dan cabaran kerja yang berbeza mengikut

lokasi tapak kerja dan tugasan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang jitu.

Page 25: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

9

Justeru itu, golongan wanita perlu sedia dari segi mental, fizikal, aktif dan agresif

demi memberikan perkhidmatan yang terbaik ketika bekerja di persekitaran tempat

kerja yang biasanya mempunyai tekanan yang tinggi dari pelbagai sudut dalam

mencapai misi dan visi syarikat.

Tidak boleh dinafikan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh golongan

wanita mahupun lelaki dalam proses pencarian kerja dalam industri ini. Sejauh mana

wanita mengharungi cabaran dalam mendapatkan kerja sedangkan wanita itu sendiri

perlu bersaing dengan golongan lelaki untuk menjadi yang terbaik supaya dipilih

untuk bekerja dengan sesebuah organisasi atau syarikat dalam industri oil & gas.

Daya saing yang tinggi amat perlu bagi memastikan wanita tidak ketinggalan dalam

mendapatkan tempat dalam industri ini. Namun begitu, cabaran lebih berat akan

dihadapi oleh golongan wanita ketika mana mereka memperoleh pekerjaan dalam

industri ini. Cabaran dalam menyempurrnakan tugasan yang diberi mengikut

prosedur operasi standard (SOP) syarikat dalam industri oil & gas ini sangat rumit

dan memerlukan seseorang itu cekal untuk menghadapinya. Dengan persekitaran

kerja yang dikelilingi dengan cabaran dan rakan sekerja yang terdiri dari pelbagai

latar belakang, berbeza bangsa dan negara, berlainan gender memberikan satu

cabaran bagi sesorang wanita itu menyesuaikan diri dalam industri ini.

Namun, industri oil & gas ini merupakan bidang tugas yang mempunyai

kelainan cara bekerja jika dibandingkan dengan industri-industri lain. Golongan

lelaki mahupun wanita perlu mempersiapkan diri untuk berdikari dalam mengharungi

dugaan dan cabaran dalam industri ini. Sejauhmana kesedian diri golongan wanita itu

dalam memilih kerjaya dalam industri oil & gas ini. Jadi perlu di ingat bahawa

kerjaya dalam industri oil & gas ini bukan kerjaya semudah yang disangka.

Golongan lelaki dan wanita akan melakukan kerja yang sama dan tiada perbezaan

gender dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberi. Oleh itu, kesedian diri

seseorang wanita dalam memilih kerjaya perlu diteliti bagi memastikan pilihan yang

di buat adalah tepat dan memberikan pulangan yang terbaik untuk menjamin

kebahagiaan dan keselesaan pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, ramai yang menyatakan bidang yang mencabar dan

memerlukan kemahiran adalah di luar bidang kuasa wanita dengan alasan mereka

tidak tahan menerima tekanan, lemah dan kurang berkemampuan. Oleh itu,

penyelidik berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau

Page 26: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

10

sejauhmana persediaan golongan wanita uuntuk berada setanding dengan golongan

lelaki dalam industri yang mencabar iaitu industri oil & gas.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perkara dan proses yang

perlu dihadapi oleh golongan wanita yang ingin dan telah menceburkan diri dalam

industri oil & gas. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mengetahui dan

mengenalpasti faktor yang menyebabkan golongan wanita ingin menceburkan diri

dalam industri ini. Seterusnya apabila sudah mengetahui faktor yang mempengaruhi

mereka, kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam industri oil &

gas dikenalpasti. Di samping itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti cabaran-

cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang telah menceburkan diri dalam

industri oil & gas. Seterusnya adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor

pemilihan kerja dan kesediaan diri golongan wanita yang ingin menceburkan diri

dalam industri oil & gas di Malaysia.

1.5 Objektif Kajian

Terdapat 4 objektif yang diperlukan dalam memperolehi matlamat kajian yang telah

ditetapkan iaitu:

i. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerja golongan wanita

yang ingin menceburkan diri dalam industri oil & gas.

ii. Mengenalpasti kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam

industri oil & gas.

iii. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang

menceburkan diri dalam industri oil & gas.

iv. Mengenalpasti hubungan antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri

golongan wanita yang menceburkan diri dalam industri oil & gas.

Page 27: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

11

1.6 Persoalan Kajian

Secara khususnya, berikut adalah persoalan kajian yang dijadikan sebagai panduan

untuk mendapatkan keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Persoalan-persoalan

tersebut adalah:

i. Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kerja golongan wanita yang

ingin menceburkan diri dalam industri oil & gas?

ii. Apakah kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam

industri oil & gas?

iii. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang

menceburkan diri dalam industri oil & gas?

iv. Apakah hubungan antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri golongan

wanita yang menceburkan diri dalam industri oil & gas?

1.7 Kepentingan Kajian

Menjelang zaman yang serba moden dan canggih kini, golongan wanita merupakan

sebahagian daripada sumber penting bagi mencapai agenda pembangunan negara

terutamanya dalam menuju kegemilangan wawasan 2020. Oleh yang demikian,

sumbangan wanita ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Namun

begitu, masyarakat kini pada umumnya masih beranggapan bahawa golongan lelaki

lebih mendominasi industri berbanding golongan wanita. Selain itu, golongan wanita

juga dianggap lemah dan kurang sesuai untuk menceburi industri yang dimonopoli

oleh golongan lelaki.

Seperti yang telah diketahui, pada zaman dahulu secara keseluruhannya

golongan wanita tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembangunan

dan mereka terhalang daripada menikmati faedah pembangunan. Jadi seterusnya

wujud jurang perbezaan yang ketara di antara lelaki dan wanita dari aspek pekerjaan,

pendidikan, pemilikan kuasa, kepimpinan dan pemilikan sumber (Dasar Wanita

Negara, 2009). Namun begitu keadaannya telah berubah di mana golongan wanita

telah berlumba-lumba dalam mengejar kemajuan dan kerjaya bagi mencapai status

sosial yang tinggi dalam kehidupan mereka. Malahan kebolehan dan kemampuan

golongan wanita dalam sesetengah bidang kerjaya begitu menakjubkan dan

Page 28: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

12

memberangsangkan dan adakalanya mengatasi kebolehan dan kemampuan golongan

lelaki.

Perubahan yang berlaku terhadap golongan wanita kini boleh dikatakan

dipengaruhi dan sejajar dengan pembangunan negara. Dengan perubahan yang cepat

iaitu daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara

berasaskan perindustrian, ia telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan

seterusnya menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang besar khususnya dalam

bidang industri. Sebagai menuju ke sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku

dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan tenaga mahir. Kebanyakan

tenaga mahir telah dimonopoli oleh golongan lelaki terutamanya dalam industri oil &

gas. Kajian yang dilakukan ini mempunyai kepentingan seperti berikut:

i. Kajian ini boleh dirujuk bagi membantu pihak kementerian dalam merancang

dan merangka program yang diperlukan oleh golongan wanita bagi

membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka yang ingin

menceburkan diri dalam industri oil & gas.

ii. Membantu pihak kerajaan dalam mengenal pasti latihan dan bantuan yang

diperlukan oleh golongan wanita yang ingin dan telah menceburkan diri

dalam industri oil & gas untuk membolehkan mereka mampu bersaing

dengan golongan lelaki yang lebih memonopoli industri ini.

iii. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesediaan diri golongan wanita

yang mengikuti bidang Technical Vocational Education and Training

(TVET) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan diri dalam

industri oil & gas. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu untuk

mempersiapkan diri pelajar wanita dalam bidang TVET untuk mencuba

menceburi bidang yang dimonopoli oleh golongan lelaki.

1.8 Limitasi Kajian

Sepertimana yang diketahui, Malaysia menuju ke arah negara maju yang di dukung

oleh pelbagai industri seperti industri pertanian, pelancongan, penerbangan, industri

desa, perkilangan dan industri oil & gas. Oleh kerana populasi yang besar di

kalangan industri ini, kajian akan dijalankan terhadap industri oil & gas. Industri ini

dipilih kerana pada zaman yang semakin maju kini, industri ini menjadi tarikan dan

mampu menjana ekonomi lebih kukuh untuk masa hadapan. Kajian ini lebih

Page 29: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

13

menjurus untuk mengkaji apakah persiapan yang perlu dilakukan golongan wanita

yang mengikuti bidang TVET di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan

diri dalam industri ini. Ia juga hanya terbatas kepada persoalan-persoalan kajian

seperti yang dinyatakan dengan hanya melibatkan responden wanita yang diambil

secara rawak di sektor oil & gas di empat buah negeri di Malaysia iaitu di Johor,

Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun begitu,

kumpulan sampel ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kerana batasan

kajian hanya melibatkan pada beberapa kawasan perindustrian sahaja.

1.9 Skop Kajian

Dalam memenuhi objektif kajian ini, kajian ini ditumpukan kepada penglibatan

golongan wanita yang mengikuti bidang TVET di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

terhadap persediaan diri untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas.

Responden kajian ini adalah terdiri daripada golongan wanita yang di ambil secara

rawak yang bekerja di industri oil & gas di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka,

Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep adalah satu carta atau grafik yang dibangunkan untuk menerangkan

tentang faktor-faktor atau pembolehubah yang terdapat dalam kajian penyelidik.

Kerangka konsep berperanan untuk menjelaskan tentang konsep sebenar kajian yang

dijalankan oleh penyelidik. Berdasarkan kerangka konsep seperti Rajah 1.1, terdapat

4 aspek yang diambil kira sebagai garis panduan dalam mengukur persiapan

golongan wanita yang mengikuti kursus TVET dalam industri oil & gas iaitu faktor

pemilihan kerja, kesediaan diri, cabaran dan hubungan antara faktor pemilihan kerja

dengan kesediaan diri golongan wanita. Penyelidik meletakkan empat aspek ini

sebagai skop kajian dimana aspek-aspek ini dirasakan berkaitan dengan golongan

wanita dalam industri oil & gas.

Berdasarkan pada Rajah 1.1, golongan wanita yang mengikuti kursus TVET

yang dipilih adalah merupakan golongan wanita yang bekerja di dalam sektor

industri oil & gas yang menjurus kepada bidang kejuruteraan yang bekerja di

pelantar minyak samada offshore atau onshore. Dengan mengambilkira keempat-

Page 30: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

14

empat aspek ini, penyelidik akan dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan

golongan wanita memilih industri ini sebagai kerjaya, kesediaan diri yang dilakukan

sebelum memasuki industri ini, cabaran yang harus dilalui oleh golongan wanita di

dalam industri ini. Selain itu, hubungan antara faktor pemilihan dan kesediaan diri

golongan wanita ini juga akan dikenalpasti

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

Sejauh mana persiapan kendiri golongan wanita untuk

bersaing dalam industri oil & gas

Faktor pemilihan kerja

golongan wanita:

• Minat

• Gaji/Pendapatan

• Pengalaman

Kesediaan diri golongan

wanita:

• Fizikal

• Mental

Cabaran yang dihadapi

oleh golongan wanita:

• Semasa

mendapatkan kerja

• Dalam pekerjaan

• Persekitaran kerja

Hubungan antara faktor

pemilihan kerja dengan

kesediaan diri golongan

wanita dalam menceburi

industri oil & gas

Persediaan diri golongan wanita yang mengikuti TVET

untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas

Page 31: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

15

1.11 Definisi istilah dan Pengoperasian

Definisi istilah adalah merujuk kepada istilah yang digunakan dalam kajian ini untuk

memudahkan pemahaman pembaca berkenaan dengan kajian yang dijalankan di

mana ia dibuat oleh satu badan atau individu yang mempunyai aktiviti dalam bidang

bahasa atau berdasarkan sesuatu sumber rujukan. Definisi operasional pula adalah

berhubung dengan operasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan bertujuan

untuk pembaca memahami kajian dengan cara kerja yang dijalankan di dalam kajian.

i. Graduan wanita

Graduan wanita dalam konteks kajian ini adalah graduan wanita yang

mengikuti kursus TVET di institut pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sijil

kemahiran dan ke atas yang bekerja di sektor industri oil & gas.

ii. Daya saing

Pengertian daya saing adalah kemampuan perusahaan, industri, daerah dan

negara dalam menghasilkan pendapatan dan pekerjaan yang bertaraf tinggi. Daya

saing bergantung kepada kecekapan. Kecekapan di peringkat individu, organisasi dan

di setiap peringkat kehidupan. Kunci kepada kecekapan dan daya saing yang tinggi

adalah berdasarkan pengetahuan, perwatakan dan kemahiran yang digunakan untuk

mencapai sesuatu. Oleh itu, penekanan kepada pembinaan modal insan yang tinggi

sememangnya penting. Keutuhan keupayaan individu merupakan asas kepada daya

saing yang kukuh.

iii. Industri

Industri merupakan satu perusahaan komersil berbentuk pembuatan,

penghasilan dan pengeluaran produk dan perkhidmatan untuk pasaran industri itu

sendiri ataupun untuk keperluan industri lain. Kebanyakan kerja yang dijalankan di

sektor ini melibatkan pekerjaan mahir dan separuh mahir. Dalam kajian ini, industri

yang dipilih dan dikaji adalah industri oil & gas yang mempunyai pekerja wanita

lulusan teknikal dan vokasional.

Page 32: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

16

iv. Industri oil & gas

Industri oil & gas biasanya dibahagikan kepada aktiviti huluan, pertengahan dan

hiliran. Aktiviti huluan meliputi cari gali, pembangunan dan pengeluaran sumber oil

& gas. Aktiviti pertengahan dan hiliran pula terdiri daripada pengangkutan oil & gas,

ke penapisan dan pemprosesan sehingga ke pemasaran dan perdagangan produk

akhir. Sektor tenaga pula melibatkan penjanaan kuasa, penghantaran dan pengedaran.

Menurut Rosalam (2011), setelah mengenalpasti potensi oil & gas di rantau

ini, UMS berpendapat bahawa terdapat isu sumber manusia di peringkat tinggi dan

rendah untuk operasi huluan dan hiliran. Memandangkan UMS mempunyai kapasiti

untuk melatih modan insan menerusi Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat

(SKTM), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas turut diperkenalkan. UMS

ialah institusi pendidikan tinggi tempatan pertama yang menawarkan program Ijazah

Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas dan program 18 bulan itu bermula September

2011 dan sekaligus meletakkan UMS sebagai institusi ke empat di dunia yang

menawarkan program itu selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland. Menurut

Rosalam (2011) lagi, program itu bermatlamat menyediakan kumpulan graduan

berkualiti dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak sektor oil & gas yang

tinggi.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (2011), industri oil & gas

adalah antara penyumbang utama ekonomi negeri dan pada 2010 Sabah

menyumbang 26.9 peratus daripada pengeluaran minyak mentah negara. Industri oil

& gas berpotensi berkembang lebih pesat pada masa depan, terutama dengan adanya

sokongan sumber manusia yang berpengetahuan.

v. Kerjaya

Bagi kajian ini difokuskan kepada penglibatan graduan wanita yang

mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan bekerja di sektor industri oil &

gas. Penglibatan golongan wanita dalam profesion kejuruteraan masih lagi dianggap

kurang berbanding dengan golongan lelaki.

Page 33: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

17

vi. Jurutera

Jurutera juga merujuk kepada suatu kerjaya profesional dalam bidang

kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan

seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Dalam kajian ini, universiti telah

melahirkan ramai jurutera wanita namun sejauhmana penglibatan golongan wanita

dalam kerjaya ini masih tidak diketahui.

1.12 Rumusan

Bab ini menerangkan serba sedikit pengenalan tentang golongan wanita yang

mengikuti kursus TVET untuk industri oil & gas. Di dalam bab ini juga, penyelidik

telah menghuraikan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, limitasi kajian dan definisi

istilah yang digunakan dalam kajian ini.

Page 34: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, wanita dan kerjaya bukanlah merupakan satu isu di

Malaysia namun ia merupakan kesan daripada perkembangan zaman dan adanya

kemajuan dalam diri wanita untuk mengembangkan diri agar menjadi lebih maju.

Oleh yang demikian, pembangunan sumber manusia akan terus menjadi strategi

utama negara bagi memastikan semua rakyat dapat berkongsi segala kemakmuran

negara dan seterusnya membangunkan tenaga buruh yang dinamik yang mampu

bersaing di peringkat dunia tanpa wujud diskriminasi jantina.

Bidang kejuruteraan yang dikaitkan dengan teknikal dan vokasional dianggap

sebagai salah satu elemen yang sangat penting bagi pembangunan manusia yang

berpotensi untuk menambah nilai kepada produk, proses dan perkhidmatan yang

menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup. Dalam

abad ke-21 ini, kita sedang menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor

kejuruteraan di mana keperluan untuk profesion kejuruteraan berkembang. Akan

tetapi, penglibatan wanita dalam profesion ini tidak meyakinkan. Kurangnya

penonjolan wanita dalam program dan profesion kejuruteraan menimbulkan

kebimbangan tentang bagaimana untuk menarik minat golongan wanita untuk

menyertai kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki ini.

2.2 Penglibatan Golongan Wanita

Penglibatan wanita dalam pelbagai kategori pekerjaan bukan lagi asing di kalangan

masyarakat Malaysia. Kepesatan pembangunan negara menyebabkan peranan wanita

Page 35: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

19

berubah. Mereka kini lebih bersifat multi-functional disebabkan peranan mereka

yang pelbagai. Merekalah anak, isteri, kakak atau adik dan dalam masa yang sama

juga bertindak sebagai wanita bekerjaya yang perlu menghadapi persaingan dengan

mendominasi dunia lelaki. Wanita turut dianggap berperanan penting sebagai agen

penggerak ekonomi negara pada abad baru ini.

Sebelum ini, penglibatan golongan wanita dalam alam pekerjaan sering

dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang rendah dan wanita biasanya diberi tugas yang

menjemukan. Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita selalunya merupakan

pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan

syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak memerlukan

latihan dan tidak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat. Tambahan pula,

pekerjaan golongan wanita mampu menghasilkan pendapatan yang membolehkan

mereka berdikari dan menentukan nasib mereka sendiri. Peluang pekerjaan dalam

industri bagi wanita kini walaupun bertaraf rendah tetapi ia lebih baik daripada

pekerjaan lain yang sedia ada seperti menjadi buruh kasar.

Arus pembangunan Malaysia ke arah negara perindustrian kini adalah

semakin nyata. Wawasan 2020 membayangkan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian yang maju dan membangun dalam bidang ekonomi, politik, kerohanian

dan kebudayaan. Masyarakat Malaysia umumnya juga telah mengiktiraf sumbangan

wanita dalam bidang pekerjaan. Keinginan untuk hidup lebih selesa serta demi cita-

cita berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi juga menjurus kepada

penglibatan wanita dalam bidang kerjaya khususnya di industri (Mohd Ismail, 2000).

Secara keseluruhannya, penglibatan golongan wanita adalah semakin pesat

kini. Tambahan pula, penggubalan Dasar Wanita Negara mencerminkan

kesungguhan kerajaan untuk mengoptimumkan potensi golongan wanita dalam

pembangunan negara. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan bertujuan untuk

mengintegrasikan golongan wanita ke dalam pelbagai sektor pembangunan negara.

Integrasi wanita dalam tenaga kerja di Malaysia merupakan satu fenomena baru

dalam memenuhi proses permodenan, kapitalisme dan keperluan tenaga buruh.

Penyertaan yang menggalakkan bagi guna tenaga membuktikan golongan wanita kini

sudah bersedia untuk memecah monopoli golongan lelaki.

Page 36: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

20

2.2.1 Peranan dan Sumbangan Wanita di Malaysia

Masyarakat dunia mula menyedari tentang peranan dan sumbangan yang boleh

dimainkan oleh wanita terhadap perkembangan negara (Holt dan Jawad, 2013).

Kajian Sbaity (2012) mendedahkan bahawa penyertaan kaum wanita tinggi dalam

politik, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang mempunyai Keluaran Negara

Kasar (KDNK) yang tinggi. Selain itu, pihak berkuasa juga mulai sensitif terhadap

pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita masa kini. Justeru, wanita di Malaysia

hari ini mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding 50 tahun dahulu

(Kamarul Azmi, 2007). Hal ini juga ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia,

Najib Tun Razak (2013) bahawa pihak kerajaan bukan setakat mengiktiraf potensi

dan peranan wanita malahan berusaha mengarus-perdanakan golongan wanita

sebagai pendokong wawasan dan cita-cita negara.

2.2.2 Peluang dan Cabaran Wanita

Wanita di dalam bidang teknikal dan vokasional ini, sememangnya sukar untuk

membuktikan kemampuan mereka disebabkan faktor kurangnya peluang bagi

membuktikan kemahiran mereka di dalam kerjaya. Wa1aupun wanita menerima

pendidikan dan pendedahan serta pengalaman di tempat kerja, situasi konflik tetap

akan dihadapi apabila segolongan masyarakat mempersoalkan peranan dan

kebolehan mereka (Sidin, 2004). Pelbagai isu diketengahkan akibat daripada tidak

mahu memilih wanita menjadi jurutera, isu perkahwinan dan kesesuaian wanita

dalam membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan seterusnya melibatkan diri di

dalam bidang ini sering dibincangkan (Evetts, 2003).

Oleh itu, wanita yang sudah berkeluarga ini lazimnya di kaitkan dengan

faktor penyebab kepada kurangnya prestasi yang memberangsangkan di dalam

kerjaya mereka. Menurut O‟nell & Billimoria (2005), terdapat majikan yang

beranggapan mengambil golongan wanita sebagai pekerja mempunyai risiko yang

tinggi, di mana pekerja wanita dianggap tidak komited dengan pekerjaan mereka

berbanding kaum lelaki. Ini disebabkan oleh alasan yang menyatakan bahawa

kerjaya sebagai jurutera memerlukan masa yang panjang di pejabat dan kadangkala

perlu menyiapkan sesuatu projek dalam jangkamasa yang ditetapkan selain daripada

sering keluar bekerja di tempat lain.

Page 37: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

21

Menurut kajian yang dibuat oleh Ayre et al. (2011), antara cabaran yang perlu

dihadapi adalah dari segi ganjaran gaji. Responden yang terlibat dalam kajian beliau

menyatakan ganjaran tugas sebagai jurutera tidak setimpal dengan tahap kemahiran

dan komitmen serta dedikasi yang diberikan. Seterusnya kajian yang dibuat ke atas

kepuasan bekerja meliputi kadar gaji, waktu bekerja, kerja-kerja fizikal dan

keselamatan di antara pekerja lelaki dan wanita. Kajian ini menunjukkan 60% wanita

berpuas hati dengan kerja mereka berbanding lelaki sebanyak 70%. Indikator yang

paling tidak memuaskan untuk kedua-dua jantina menunjukkan responden tidak

berpuas hati dengan kadar gaji dan bayaran khusus untuk pembangunan profesional.

2.3 Technical Vocational Education and Training (TVET)

Bagi menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan

tinggi pada tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai lagi pekerja mahir. Di dalam

konteks ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam proses transformasi

ekonomi negara dengan memberi penekanan ke atas pembangunan modal insan. Bagi

mempercepatkan proses dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau

yang unggul, kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta untuk memacu

sektor ini.

Oleh yang demikian, Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam

rantaian nilai untuk menjadi sebuah negara dengan ekonomi berpendapatan tinggi.

Oleh itu, enrolmen dalam Technical Vocational Education and Training (TVET)

perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk

meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TVET bertujuan

menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan

pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan

keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. Oleh itu, TVET menjurus kepada

penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran

pekerjaan. TVET menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju.

Oleh yang demikian, penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TVET

untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik

pendidikan tertiari. Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan

memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TVET dengan

akademik seperti yang ditunjukkan dalam pendidikan TVET di peringkat sekolah

Page 38: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

22

menengah yang mempunyai dua aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran

teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik manakala aliran vokasional

mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TVET memberi manfaat

secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah

yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos

berkaitan TVET perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan pelajar

berdasarkan kepada faedah yang diperoleh. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan

memperluas akses kepada TVET yang berkualiti:

i. Menambahbaik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai

pelajar.

ii. Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif.

iii. Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TVET selaras dengan

keperluan industri.

iv. Memperkemas penyampaian TVET.

2.3.1 Memperkasakan TVET

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, Kerajaan

telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menambah baik pasaran buruh dan

mentransformasi sistem pendidikan. Pencapaian utama termasuklah pewujudan 1.8

juta pekerjaan baharu yang menyebabkan penurunan kadar pengangguran daripada

3.3% pada tahun 2010 kepada 2.9% pada tahun 2015, yang merupakan guna tenaga

penuh. Kerajaan juga memperkenalkan gaji minimum yang dianggar telah

memberikan manfaat kepada 1.9 juta penerima gaji. Dalam bidang pendidikan,

terdapat peningkatan enrolmen pada semua peringkat, daripada prasekolah kepada

tertiari. Pengambilan tahunan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET) juga meningkat daripada 113,000 pada tahun 2010 kepada 164,000 pada

tahun 2013.

Seterusnya pada Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020,

akan meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan,

berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.

Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat bidang iaitu menambah baik

kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi,

Page 39: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

23

mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri, memperkukuh

pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran dan menambah baik

kualiti sistem pendidikan bagi peningkatan keputusan pelajar dan kecemerlangan

institusi. Agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11 dijangka mewujudkan

1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam

produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing

berkemahiran rendah, kedua-duanya disebabkan peralihan berterusan daripada

aktiviti ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan

inovasi. Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka

memerlukan kemahiran berkaitan TVET. Ke arah ini, TVET dikenal pasti sebagai

pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara

keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia

yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju.

2.3.2 Wanita dalam Bidang Teknikal & Vokasional

Sejak kecil anak perempuan sering sahaja dibezakan dengan anak lelaki berdasarkan

perbezaan fizikal, sifat dan personaliti mereka. Perkara ini disokong oleh satu

laporan yang dibentangkan oleh kumpulan Prism di dalam Lau (2001) di mana

mereka menganggap sains dan teknikal adalah budaya yang memerlukan sifat

kelelakian yang sejati dan ianya tidak sesuai diceburi oleh golongan wanita yang

sememangnya terkenal dengan sifat kelembutan mereka. Menurut Linchan &

Scullian (2001), mereka berpendapat bahawa kerjaya wanita dalam bidang

kemahiran adalah sukar terutamanya dalam mengimbangi peranan di antara kerjaya

dan keluarga. Maka, wanita lebih cenderung untuk memilih tanggungjawab terhadap

keluarga berbanding kerjaya mereka. Di samping itu, cabaran dalam pelbagai faktor

seperti keluarga, persekitaran dan persaingan dengan golongan lelaki sering juga

dianggap sebagai halangan utama bagi seseorang wanita untuk menceburkan diri

dalam bidang industri.

Oleh yang demikian, penglibatan golongan wanita dalam bidang teknikal dan

vokasional bukanlah satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza

jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Jika dilihat di peringkat pengajian tinggi,

kemasukan pelajar wanita dalam bidang teknikal dan vokasional menunjukkan

bilangan yang memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila dilihat pada jumlah

Page 40: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

24

jurutera wanita (Naan, 2008). Abu Bakar (2006) menyatakan bilangan graduan

wanita di peringkat ijazah pertama adalah tinggi dalam bidang iktisas seperti

kemanusiaan, ekonomi, perniagaan dan pengurusan berbanding dengan bilangan

graduan lelaki yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Selalunya masyarakat

mengklasifikasikan bidang yang tergolong di dalam teknikal dan vokasional adalah

bidang yang hanya sesuai untuk golongan lelaki kerana ia memerlukan kerahan

tenaga yang banyak dan kemahiran yang tinggi serta perlu mengharungi persekitaran

tempat kerja yang kotor. Pandangan sebegini merupakan salah satu penghalang bagi

golongan wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional

yang ingin mereka ceburi. Namun begitu, minat yang mendalam terhadap bidang ini

amat penting bagi golongan wanita untuk terus bertapak dalam dunia pekerjaan yang

penuh dengan cabaran.

Daripada hasil kajian Buntat & Ensa (2010) mendapati bahawa kebanyakan

pelajar wanita di sekolah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran teknikal dan

vokasional dan pelajar-pelajar wanita tersebut tidak mempunyai masalah walaupun

mata pelajaran ini merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Ini

membuktikan bahawa golongan wanita di Malaysia sudah mula mempunyai minat

terhadap bidang teknikal dan vokasional sejak di bangku sekolah lagi. Mohd Rejab

(2008) menyatakan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional terutamanya

penekanan dalam aliran vokasional dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir,

berkebolehan dan berpendidikan dan seterusnya membantu negara menjadi negara

maju menjelang tahun 2020.

2.4 Industri Oil & Gas di Malaysia

Pengeluaran oil & gas telah menjadi teras pembangunan Malaysia sejak minyak

mula-mula digerudi di Sarawak pada tahun 1910. Penubuhan Petronas pada tahun

1974 menyediakan pemangkin penting pada pembangunan sumber oil & gas di

Malaysia. Malaysia merupakan pengekspot terbesar LNG (Liguefied Natural Gas) di

dunia melalui Petronas. Oil & gas adalah sumber pendapatan terbesar kepada

Kerajaan Persekutuan dan salah satu daripada punca terbesar hasil pertukaran mata

wang asing negara malah sumber pendapatan oil & gas adalah lebih daripada enam

kali ganda berbanding sumber perolehan daripada bidang kuasa elektrik. Malaysia

telah terbukti mengandungi simpanan minyak kira-kira 4.3 billion tong, manakala

Page 41: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

105

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2001). Politik Organisasi Dalam Penilaian Prestasi: Realiti atau

Persepsi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Alexander Styhre, Maria Backman & Sofia Borjesson (2005). "YCC: A Gendered

Carnival Project Work at Volvo Cars." Journal of Women in Management

Review. October 2004.

Aman, M. (2011). Petronas, UMS Jalin Usahasama Lahir Graduan Berkualiti dalam

Sektor Oil & Gas. News Strait Times

Arsat, M. & Abd Kadir, N. (2010). Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan

Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan. Universiti Teknologi

Malaysia.

Abdul Ghafar, M. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rashid, A. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Cergas (M) Sdn. Bhd.

Arsat, M. & Rasid, N. A. (2010). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik

Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya. Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.

Arsat, M. & Rasid, N. A., (2003). Faktor kesedian Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik dalam Pembentukan Kerjaya. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Ghafar, M. N. & Ariffin, M. N. (2008). Kesan Latihan Perguruan Ke Atas

Faktor Pemilihan Perguruan. Jurnal Teknologi, 48(E), 15-31.

Abdul Rahim Abd. Rashid (2000). “Pendidikan Menjurus Kepada Dunia Pekerjaan”.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributions Sdn Bhd. m.s 22-31

Borden K.S. & Abbott C.J. (2002). Research Design and Method: A Process

Approach.10th

ed. New York: McGraw Hill. m.s 215-229.

Page 42: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

106

Baba, A. (1992). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Blair, G. M. (1993) Manage: The Essential Skills, Chartwell-Bratt.

Bennett, C., Tang, N. & Yeandle, (2012). Women’s Career Development in The

Local Authority Sector: Gender and Employment in Local Labour Markets.

Centre for Social Inclusion: Sheffield Hallam University.

Bakos, J.D. (2002). Women in Civil Engineering Graduate Perspective. Journal of

Professional Issues i Engineering Education and Practice. 118 (1) 16-29

Chua, Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan

Buku 1, 2 dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Dahalan, A. (2006). Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran Kejuruteraan

Elektrik di Politeknik Malaysia. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Esa, A., Sapon, N. dan Ibrahim, S. (2001). Kemahiran Hands-On Pelajar Wanita

Bidang Kejuruteraan Elektrik Di Politeknik Malaysia. Seminar Majlis Dekan-

Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27-28 Disember 2011.UPM Serdang.

Evvert, J. (2008). “Managing the Technology but Not the Organization: Women and

Career in Engineering”. Women in Management Review. MCB University

Press. Emerald Group Publishing Limited. Vol. 13 No. 8, 2008, pp. 283-290.

Fouad, A.N & Singh,R . (2011). Stemming The Tide: Why Women Leave

Engineering. University of Wisconsin-Milwaukee.

Holland, J.L. (2003). Making Vocational Choice: A Theory of a Career. Englewood

Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Helen Lau @ Abd. Kadir (2001). “ Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar

Wanita Memilih Bidang Kejuruteraan Awam, Elektrikal dan Mekanikal

Sebagai Suatu Kerjaya Masa Hadapan”. Kolej Universiti Tun Hussein Onn:

Tesis Sarjana Muda.

Ibrahim, N. A. (2005). Cabaran Lahirkan Wanita Profesional Berkualiti. Berita

Harian, p. m.s 11.

Ismail. S. M. (2003). Men and Women Engineers in Large Organization:

Interpretation of Career Progression based on Subjective- Career Experience.

Women in Management Review.Vol.18 No. 1/2 , 2003, PP. 60-67.

Ismail, M. H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia:

Tinjauan dari Perspektif Majikan. Persidangan Kebangsaan Ekonomi

Page 43: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

107

Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah

Negara Maju. Ipoh, Perak. pp 906 – 913.

Ibrahim, N. A. (2005). Cabaran Lahirkan Wanita Profesional Berkualiti. Berita

Harian, p. m.s 11.

Idid S.A (2002). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Shah Alam: Dewan Bahasa dan

Pustaka. m.s 77-81

Johari K. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling

Jaya: Prentice Hall. m.s 72-75

Jasmi, K. (2012). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial.

Johnson, R.B., & Christensen, L.B. (2004). Educational Research: Quantitative,

Qualitative & Mixed Approaches. New York: Pearson Education Inc.

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.(2009) Pelan

Tindakan Wanita. Dicapai pada Mei 25, 2013, dari Kementerian

Pembanggunan Wanita Keluarga dan Masyarakat:

http://www.kpwkm.gov.my/dasar-wanita-negara-2009.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Laporan kajian pengesanan

graduan 2011. Edisi pertama. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan.

Krejcie, R. V., & Morgan D.W. (1970),“. Determining sample size for research.

Educational and Psychological Measurement: m.s 607-610

Kasa, Z. & Bakar, A. R. (2004). Aspirasi Pekerjaan Pelajaran Kejuruteraan Sekolah

Menengah Teknik. Journal Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59.

Khalijah Mohd Salleh (1994). “Wanita dan Alam Perjuangannya”. Kuala Lumpur:

Institut Kajian Dasar Negara.

Lembaga Jurutera Malaysia (2012). Dicapai Jun 2, 2013 dari Lembaga Jurutera

Malaysia : http://www.bem.org.my/v3/publications.html

Madar, A., Muthusamy, T., Sikor, A., & Buntat, Y. (2010). Model Field

Independence-Dependence dalam Penggunaan Perisian Multimedia bagi

kalangan Pelajar Teknikal Politeknik KPTM. Batu Pahat: Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

m.s 241-266

Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia Sdn Bhd.

Page 44: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

108

Minghat, A.D., & Mansor, N.Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik sebagai Pembentukan Awal Kerjaya di Sekolah Menengah Teknik

Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana.

Mat Arif, N. (2012). Pelaksanaan Transformasi Politeknik Premier di Malaysia.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Mat Som, H. (2009). Kesediaan Pelajar Tahun Akhir Bidang Teknikal Di UTHM

Terhadap Peluang Pekerjaan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

O‟Neil, D. A. & Bilimoria, D (2005). Women and Careers: A Critical Perspective on

the Theory and Practice of Women in Organizations.

Ripin, A. (2009). Kesediaan Kerjaya Dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan

Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia:

Laporan Projek Sarjana Muda.

Rosseni, D. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya E-

Pembelajaran (eLSE) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran RASCH.

Journal of Quality Measurement and Analysis, 5(2), 12-27.

Rokis, A (2011). Islam and Modernity: A Case of Muslim Female Engineers in

Malaysia. IIUM Journal of Islam in Asia, Spl. Issues. No. 2.

Raja Rohana Raja Mamat (2001). „Peranan dan Status Wanita dalam Memenuhi

Spesifikasi Kecekapan Teknikal dan Kecekapan Boleh Kerja Yang

Diperlukan oleh Organisasi Dalam Industri Pembuatan”. UTHM

Rahmat, A. (2006). Cabaran wanita Di Dalam Industri Pembinaan. Universiti Tun

Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Ramsey, N. (2009). “The Future of Women in Engineering”. Journal of Profesional

Issues. 29 (2)

Sarbatly, R. (2011). Petronas, UMS Jalin Usahasama Lahir Graduan Berkualiti

dalam Sektor Oil & Gas. News Strait Times.

Schermerhorn (2005). Management Eight Edition. United States: John Wiley &

Sons. m.s 263-276.

Sekaran U. (2000). Research Method for Business: A Skill Building Approach. New

York: John Wiley and sons Inc. m.s 4-65.

Streng et. Al (2003). Factor the motivate women to study civil engineering.

Page 45: PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL …eprints.uthm.edu.my/9077/1/Faridah_Md_Taib.pdf · 4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62 4.10 Jadual

109

Sikh Mohamad, R. (2008). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran

Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut,

Pahang. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda

Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business – A skill building approach.

(2nd

Ed). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Sidin, R. (2000). Pembangunan, pendidikan dan wanita di Malaysia: cabaran

perancangan., UKM.

Shahril Marzuki (2003). “Peanan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan

Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020”. Jurnal

Pendidikan.

Starkley, P. (2008). “Women (Science and Engineering)”. Journal of Profesional

Issues.

Tapsir, S. H. & Mohd, N.N (2005). Women Engineers in Malaysia. UTM.

Tajul Ariffin Nordin (2002). “Pendidikan dan Wawasan 2020”. Kuala Lumpur:

Arena Ilmu. m.s 73-80

Wiersma. W. (2000). Research Method in Education: An Introduction. Boston: Allyn

and Bacon.

Wynarczky, P. & Renner, C. (2006).The “gender gap” in the scientific labour

market: The case of science, engineering and technology-based SMEs in the

UK equal. Opportunities International, Vol. 25 Iss:8 pp. 660-673.

William, A., Darity, Jr. & Patrick, L.M. (1998). Evidence on Discrimination in

Employment: Codes of Color, Codes of Gender. The Journal of Economic

Perspectives, Vol. 12, No. 2, pp. 63-90.

Wilkinson, S. (2003). “The Factors Affecting the Career Choice of Male and Female

Civil Engineering Students in the UK”. Career Development Centre. Mcb

University Press.

Yussof, I., Ismail R., dan Sidin, R., (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes

Siswazah UKM. Akademika 72 (Januari) 2008:3-24.

Yussof, I., Ismail R., dan Sidin, R., (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes

Siswazah UKM. Akademika 72 (Januari) 2008:3-24.

Zainal, R. (2003). Kajian keberkesanan perlaksanaan program latihan industri

Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Johor Bahru (Doctoral

dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn).