persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional

5
Persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Sikap memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga ibubapa, terutama Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993). Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang memasuki sekolah nasional adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan rendah dalam peperiksaan SRP atau kini PMR dan gagal untuk meneruskan pengajian ke Tingkat Empat di sekolah akademik. Selain daripada itu, pendidikan ini dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru hasil daripada mereka yang gagal meneruskan pengajian akademik bagi mencapai cita- cita mendapat pekerjaan berkolar putih. Sistem pendidikan teknik dan vokasional yang terlalu menekankan teori. Institusi-institusi pendidikan yang terlibat di bidang vokasional dan teknikal hanya menitik beratkan kursus-kursus berbentuk teori sahaja dan amat kurang menekankan aspek amali terutamanya kerja-kerja amali di kilang atau sektor perindustrian terutamanya pelajar di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pendidikan teknik dan vokasional kurang melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang betul dan secukupnya untuk pekerjaan kerana tidak ada perhubungan dengan suasana kerja (Siti dan Nor Azizah, 1995). Situasi ini adalah berbeza dengan berbeza dengan situasi di negara-negara industri seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya.

Upload: md-azhar-ali

Post on 06-Dec-2015

72 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

CABARAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

TRANSCRIPT

Page 1: Persepsi Masyarakat Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.

Sikap memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal

akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga ibubapa, terutama

Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat

dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan

vokasional (Yahya, 1993). Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang

memasuki sekolah nasional adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan

rendah dalam peperiksaan SRP atau kini PMR dan gagal untuk meneruskan

pengajian ke Tingkat Empat di sekolah akademik. Selain daripada itu, pendidikan ini

dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru hasil daripada mereka yang gagal

meneruskan pengajian akademik bagi mencapai cita-cita mendapat pekerjaan

berkolar putih.

Sistem pendidikan teknik dan vokasional yang terlalu menekankan teori.

Institusi-institusi pendidikan yang terlibat di bidang vokasional dan teknikal hanya

menitik beratkan kursus-kursus berbentuk teori sahaja dan amat kurang

menekankan aspek amali terutamanya kerja-kerja amali di kilang atau sektor

perindustrian terutamanya pelajar di sekolah-sekolah vokasional dan teknik.

Pendidikan teknik dan vokasional kurang melengkapkan pelajar dengan kemahiran

yang betul dan secukupnya untuk pekerjaan kerana tidak ada perhubungan dengan

suasana kerja (Siti dan Nor Azizah, 1995). Situasi ini adalah berbeza dengan

berbeza dengan situasi di negara-negara industri seperti Jerman, Jepun, Korea

Selatan dan sebagainya. Memetik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh akhbar

The Star terbitan 3 Februari 1993 mengatakan bahawa:"Germany where nearly

70% of all school leavers further move through a system of vocational education and

training called the Dual System where vocational training constitutes 75% of

syllabus with theoretical training and general education making up the remaining

25%".Fenomena ini dilihat sebagai pengancam kepada hasrat negara untuk

melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan separa mahir dalam mencapai matlamat

negara sebuah negara maju.

Page 2: Persepsi Masyarakat Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Sistem pendidikan negara yang lebih menekankan pendidikan akademik atau

umum.

Suatu lagi masalah yang perlu diberi perhatian ilah kelemahan perlaksanaan

pendidikan di Malaysia yang seolah-olah terlalu menekankan kepada pendidikan

akademik atau umum. Ini boleh menjejaskan keupayaan negara untuk melahirkan

sumber manusia yang mahir dan separa mahir selaras dengan keperluan semasa

negara. Kurangnya penekanan ke atas pendidikan sains dan teknologi serta

kekurangan kemudahan pendidikan vokasional dan teknik telah memberi kesan

yang besar ke atas keupayaan institusi-institusi pendidikan tempatan menghasilkan

tenaga kerja yang mencukupi untuk pasaran pekerjaan (Siti dan Nor Azizah, 1995).

Keadaan ini juga dilihat amat berbeza dengan apa yang berlaku pada negara-

negara perindustrian lain atau pun negara-negara sedang membangun. Negara-

negara tersebut dilihat mempunyai peratusan yang tinggi terhadap pelajar-

pelajarnya yang melanjutkan pengajian di bidang teknikal berbanding negara kita

Page 3: Persepsi Masyarakat Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Selepas melihat keterbelakangan Malaysia dalam pendidikan Teknik dan

Vokasional maka adalah amat penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia

melaksanakan beberapa perubahan untuk memperbaiki pendidikan Teknik dan

Vokasional negara. Antara cadangan yang telah diberikan ialah;

(a) Menggiatkan usaha untuk mengubah tanggapan masyarakat terhadap

pendidikan Teknik dan Vokasional melalui kempen-kempen penerangan. Kempen

ini boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pada masa yang sama pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia boleh juga mewar-warkan kejayaan lulusan

pendidikan Teknik dan Vokasional (Yahya Emat, 1993).

(b) Menambah bilangan sekolah teknik dan vokasional agar dapat melatih lebih

ramai tenaga kerja negara. Latihan-latihan yang dijalankan bolehlah dilaksanakan

dengan kerjasama pihak swasta (Shahril Marzuki, 1993). Melalui kerjasama ini

pendidikan Teknik dan Vokasional akan dapat melahirkan tenaga kerja yang

memenuhi kriteria keperluan industri negara. Ini juga sesuai dengan saranan

Perdana Menteri yang mahukan pendidikan Teknik dan Vokasional seiring dengan

teknologi semasa perindustrian (Berita Harian, Februari 17,1993).

(c) Meningkatkan kualiti latihan kemahiran dan kursus yang ditawarkan. Dalam

memnuhi cadangan ini sepatutnya tenaga pengajar pendidikan Teknik dan

Vokasional terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan terkini,

berorientasikan industri dan berpengalaman kerja dalam industri (Yahya Emat,

1993).

(d) Menaikkan taraf politeknik sebagai sebuah universiti (Shahril Marzuki, 1993). Di

mana politeknik perlu menukar misinya daripada melahirkan tenaga kerja separuh

mahir kepada tenaga kerja profesional. Tujuan penaiktarafan ini akan lebih mudah

jika mendapat kerjasama daripada pihak industri.

Page 4: Persepsi Masyarakat Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional