tajuk isu,cabaran dan harapan dalam pengurusan pendidikan teknik dan vokasional di malaysia

Upload: zen-shah

Post on 10-Feb-2018

471 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    1/24

    PENGHARGAAN

    Segala puji hanya bagi Allah S.W.T tuhan seru sekalian alam, pentadbir langit dan bumi.

    Tiada tuhan selain Dia. Kejayaan seluruh manusia dan jin adalah dalam agama yang sempurna,

    sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya serta

    mengikuti sunnah baginda nabi Muhamad S.A.W.

    Syukur Alhamdulillah, syukur lagi dan lagi kerana Allah S.W.T memberi kekuatan dan

    ilham kepada hambaNya bagi merealisasikan artikel ini dengan penuh rendah diri dan yang

    terbaik lagi hanya bagi Allah S.W.T.

    Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat

    menyumbang idea, teguran, pendapat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah S.W.T

    memberkati dan membalas jasa baik anda sekalian.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    2/24

    KANDUNGAN

    PENGHARGAAN i

    KANDUNGAN ii

    1.0 Pengenalan 1

    2.0 Pendidikan Teknik dan Vokasional 1

    3.0 Dasar Pendidikan Teknik Dan Vokasional 1

    (PTV)

    4.0 Isu-Isu Memperkasakan Pendidikan Teknik 2

    dan Vokasional

    4.1 Pembangunan Sumber Manusia 2

    4.2 Memantapkan Sistem Pendidikan 3

    Teknik Dan Vokasional

    4.3 Perkukuhkan Kurikulum Pendidikan 5

    Teknik dan Vokasional

    4.4 Pembiayaan Pendidikan Teknik dan 9

    Vokasional

    4.5 Mewujudkan Piawaian bagi 10

    Program Kemahiran

    5.0 Cabaran Memperkasakan Pendidikan Teknik 11

    Dan Vokasional

    5.1 Pemupukan Budaya Pendidikan 12

    Seumur Hidup

    5.2 Persepsi Masyarakat 13

    5.3 Meningkatkan Bilangan Sekolah 14

    Dan Institut Kemahiran

    6.0 Harapan Memperkasakan Pendidikan 14

    Teknik dan Vokasional

    6.1 Menaikkan Taraf Lulusan Dalam 15

    Bidang Pendidikan Teknik Dan

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    3/24

    Vokasional

    6.2 Membuka Ruang Dan Peluang 16

    Kepada Golongan Tercicir

    7.0 Kesimpulan 17

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    4/24

    1.0 PENDAHULUAN

    Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad

    telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada tahun

    2020. Perkara ini telah dibentangkan dalam satu kertas kerja yang bertajuk Malaysia:

    Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020) dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia

    pada tahun 1991. Dengan demikian, telah terbina teras yang menyatakan tentang pembinaan

    sebuah negara bangsa Malaysia yang progresif dan makmur dalam usaha terancang untuk

    berubah dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju. Oleh sebab itu, isu, cabaran

    dan harapan yang berkait rapat dengan pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia

    telah menjadi salah satu topik perbincangan yang selalu diperbahaskan samada diperingkat

    kebangsaan mahupun forum-forum anjuran pihak kerajaan dan bukan kerajaan ( Mahathir,

    1991).

    Menurut Kayan dan Hamzah (2010), pengurusan organisasi dan perkhidmatan di

    Malaysia ini sebenarnya berkait rapat dengan kemantapan dan kehebatan sistem pendidikan

    teknik dan vokasional di dalam negara. Ini kerana sumber manusia yang terlatih dan

    berkemahiran adalah nadi penggerak utama dan ianya adalah hasil dari sistem pendidikan yang

    mantap dan baik. Secara tidak langsung kemampuan sumber manusia di dalam pengurusan

    organisasi dan perkhidmatan telah mengaitkan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan

    corak kemajuan di dalam sistem pengurusan dan perkhidmatan bagi sesebuah organisasi atau

    negara khasnya di Malaysia.

    Oleh yang demikian, jika Malaysia ingin melihat kemajuan di dalam sistem pengurusan

    organisasi dan perkhidmatan maka perlulah ada satu gerakan secara tersusun dan bersepadu

    disemua peringkat untuk memperkasakan sistem latihan teknik dan vokasional sedia ada. Namun

    begitu, terdapat beberapa isu yang menjadi cabaran kepada usaha untuk memperkasakan sistem

    latihan teknik dan vokasional. Ini kerana harapan yang tinggi telah diletakkan oleh segenap

    lapisan masyarakat bagi melihat kemajuan di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan di

    Malaysia dapat dicapai secara keseluruhannya.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    5/24

    2.0 Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

    Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan

    pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai

    kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja

    di industri di dalam mahupun di luar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal

    ini, banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah

    diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah sehinggalah ke peringkat Universiti.(Hassan,

    2010)

    Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk

    menjadi tenaga kerja profesional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan

    kejuruteraan. Pendidikan teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir

    dalam pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang cemerlang

    dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara keseluruhannya.

    3.0 Dasar Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

    Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan

    Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan

    akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan,

    kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran. Dalam program

    memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional ini, pihak kerajaan berhasrat untuk

    melonjakkan kecemerlangan pelajar sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan

    negara di mata dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan pendidikan teknik dan

    vokasional ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan

    menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara secara

    keseluruhannya.

    Dasar Pendidikan Negara sememangnya dapat menampung keperluan sumber manusia

    buat masa ini dan masa depan. Ia adalah selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap

    negara perindustrian. Oleh itu adalah penting rakyat diberikan pendidikan yang seiring dengan

    keperluan-keperluan kerajaan dan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran,

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    6/24

    pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi

    keperluan tenaga manusia dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya. (Aripin dan

    Hamzah, 2010)

    4.0 Isu-Isu Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan

    Vokasional (PTV)

    Menurut Wee Leng dan Jumaayah (1997), hasrat dan harapan negara terhadap pendidikan

    dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi. Kepincangan di dalam sistem latihan

    ataupun pendidikan vokasional akan mengakibatkan kekurangan tenaga mahir yang seterusnya

    akan menyebabkan pertumbuhan industri menjadi lembab dan pengeluaran nasional menjadi

    rendah. Sejak kebelakangan ini pelbagai isu yang berkaitan pendidikan teknik dan vokasional

    sering diperbincangkan antaranya seperti berikut:

    4.1 Pembangunan Sumber Manusia

    Perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia telah berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan

    yang tinggi sejak tahun 1988, iaitu melebihi 7.5 peratus setahun telah memberi kesan tolakan

    besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan

    separa mahir (Rahmah & Ishak, 1997). Ini sememangnya dapat memberikan cabaran yang besar

    kepada sistem pendidikan negara terutamanya untuk pendidikan teknik dan vokasional dalam

    membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mahir. Ini disokong oleh Rancangan

    Malaysia ke Enam (1991-1995).

    Isahak (1992) menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan di dalam pengurusan

    organisasi yang berasaskan kepada industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional,

    berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat

    penyesuaian dengan cepat. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah

    berteraskan teknologi tinggi maka adalah sesuatu kemestian bagi pihak kerajaan dan swasta yang

    terlibat dengan pendidikan teknik dan vokasional ini untuk membuat perancangan yang teliti dan

    komprehensif demi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat mampu

    memenuhi keperluan semasa. Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    7/24

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    8/24

    Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik perlulah meningkatkan

    kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekatan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang diamalkan di dalam sistem penyampaian pendidikan vokasional juga perlu

    diubahsuai agar ia selari dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. Ini dapat

    dilihat dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B.Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul

    Razak seperti berikut:

    "Aspirasi negara untuk mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan

    sendiri memerlukan komitmen yang menyeluruh dan pengurusan kerja yang berkualiti daripada

    setiap warga pendidik. Selaras dengan tema Hari Guru, guru perlu meningkatkan lagi peranan

    menyemai rasa tanggungjawab bersama di kalangan pelajar agar mereka menjadi aset dan faktor

    utama ke arah mencapai cita-cita murni tersebut". Di sini jelaslah bahawa para guru termasuklah

    guru dalam pendidikan teknik dan vokasional perlu menghadapi cabaran masa ini. Di saat-saat

    kegawatan ekonomi yang sedang hangat diperkatakan, ia turut dirasai oleh para pendidik di

    seluruh negara. Menurut kata-kata bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Y.

    Bhg. Tan Sri Dr. Johari bin Mat:

    "Di sebalik segala masalah dan kegawatan yang melanda negara, profesion perguruan di

    negara ini masih teguh dan utama. Malahan pada saat ini tugas guru telah menjadi lebih penting

    dan mencabar. Di samping tugas harian guru mendidik anak-anak di bangku sekolah, guru juga

    dipertanggungjawabkan untuk menanam semangat waja di kalangan para pelajar supaya mereka

    menjadi warganegara yang lebih cekal dan berwibawa dalam menghadapi rintangan dan

    halangan bagi mencapai kemajuan dan pembangunan negara". Walaupun kita sedang

    menghadapi saat ekonomi yang kritikal, tetapi tugas melahirkan tenaga kerja perlulah diteruskan.

    Pendidikan secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi

    sesebuah negara.

    Untuk memantapkan sistem pendidikan guru teknik dan vokasional, maka perlulah

    diwujudkan satu kurikulum guru vokasional sebagaimana yang dibuat bagi melatih profesion

    arkitek, undang-undang dan perubatan. Kursus-kursus perguruan perlu dibuat perubahan agar

    kaedah mengajar menjadi lebih berkesan dan efisien. Sesuatu perlu dilakukan untuk

    mendapatkan calon yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi menyertai profesion perguruan

    teknikal. Di Jerman profesion perguruan menerima imbuhan yang tinggi kerana untuk seseorang

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    9/24

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    10/24

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    11/24

    berkembar dan sebagainya. Usaha ini pasti akan dapat memantapkan sistem pendidikan teknik

    dan vokasional sedia ada.

    Dalam jangka masa yang panjang ia dipercayai akan dapat membentuk satu budaya kerja

    dan tahap kemahiran yang setara dengan keperluan antarabangsa. Secara tidak langsung

    pengurusan organisasi akan menjadi lebih cekap dan perkhidmatan di Malaysia akan dilihat amat

    mesra kepada pengguna dan syarikat antarabangsa. Ini akan membuka peluang pekerjaan yang

    lebih luas kepada lepasan pelajar yang mengikuti sistem latihan dalam pendidikan teknik dan

    vokasional PTV ini.

    4.3.3 Penglibatan Golongan Iltisas dan Kaedah School Enterprice.

    Menurut Dato Haji Alimudin B. Haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga

    menekankan penglibatan pihak industri dan badan professional di dalam sistem pendidikan

    teknik dan vokasional akan membantu pelajar menjadi lebih terbuka dan matang terhadap

    teknologi semasa. Konsep ini adalah sama dengan konsep School Enterprise yang

    mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya matlamat untuk

    menghasilkan pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari dapat

    direalisasikan. Konsep School Enterprise pasti akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar

    dalam mempelajari pendidikan teknik dan vokasional. Antara perkara yang akan di tingkatkan

    melalui sistem latihan ini ialah nilai-nilai keusahawanan.

    Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama dari badan profesional

    perakaunan bagi memperkasakan kurikulum keusahawanan pendidikan teknik dan vokasional.

    Di samping itu juga, tindakan memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran juga diambil

    dengan mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagi meningkatkan aspek latihan

    kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkan keberkesanan latihan kemahiran adalah

    melalui pelaksanaan pembelajaran berteraskan kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan

    pelajar dalam latihan industri.

    4.3.4 Pendidikan Teknik dari Tingkatan Satu.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    12/24

    Memperkenalkan aliran berasaskan kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini dapat

    memberikan pendedahan awal kepada pelajar selama tiga tahun persekolahan sebelum memasuki

    ke tahun empat persekolahan dimana mereka perlu memilih bidang yang diminati mengikut

    kebolehan mereka. Pendedahan yang awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang

    sesuai dengan kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang

    meminati bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat tersalah memilih bidang yang

    mereka kurang minat.

    Menurut Shahril (2001), contoh sistem ini boleh dilihat diamalkan di negara Jepun. Di

    negara tersebut para pelajar telah didedahkan kepada sistem pendidikan vokasional seawal

    sekolah menengah rendah lagi. Keadaan ini telah memberikan negara Jepun sumber tenaga kerja

    yang mahir kerana para pelajarnya telah didedahkan dengan sistem latihan kemahiran sejak awal.

    Sehubungan dengan itu, pengurusan organisasi mereka menjadi mudah kerana mempunyai ramai

    tenaga kerja yang mahir dan mampu untuk mengendalikan sesuatu tugasan dengan baik. Maka

    dengan itu bagi sistem pendidikan negara masa kini ia perlulah dirombak semula agar ia dapat

    memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan awal dan mempunyai masa untuk

    mengubah sekiranya aliran tersebut didapati kurang sesuai dengan minat masing-masing.

    4.4 Pembiayaan Pendidikan Teknik dan Vokasional

    Perubahan dalam dunia pekerjaan akan membabitkan perubahan dalam struktur kurikulum di

    sekolah-sekolah. Perubahan ini akan melibatkan kos, masa dan latihan tambahan. Dalam tempoh

    negara kita menuju ke arah Wawasan 2020, tidak mungkin sistem pendidikan kita dapat

    menanggung kos beban perubahan tanpa bantuan dari pihak lain. Contohnya Malaysia pernah

    meminjam US $300 juta atau RM 1.17 billion dari Bank Dunia yang telah ditandatangani oleh

    Duta Malaysia di Amerika Syarikat pada masa tersebut, Datuk Dali Hashim. Pinjaman ini adalah

    untuk tujuan membasmi kemiskinan, kesihatan dan peruntukan pelajaran. Sistem pendidikan

    vokasional juga perlu mendapat sumbangan dalam bentuk kewangan atau peralatan.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    13/24

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    14/24

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    15/24

    Kelayakan kemahiran individu yang telah menjalani program latihan juga akan diiktiraf

    dan dikenali pada peringkat kebangsaan. Di bawah sistem ini juga reputasi, pentauliahan,

    pengiktirafan dan pendaftaran penyedia latihan (training providers) dapat dikawal agar semua

    pusat latihan berusaha supaya kursus latihannya ditauliah dan program latihannya diiktiraf serta

    institusi mereka berdaftar dengan MLVK untuk menjalankan kursus dan program latihan di

    mana-mana dalam Malaysia.

    5.0. Cabaran Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

    Menurut Ramaiah (2010), cabaran seterusnya adalah dalam memperkasakan pendidikan teknik

    dan vokasional dengan menyediakan satu sistem pendidikan bersepadu. Jika dilihat pada masa

    sekarang pendidikan teknik dan vokasional masih berorentasikan peperiksaan walaupun aspek

    amali ditekankan. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti latihan atau proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam bidang ini hanya menumpukan kepada peperiksaan akhir supaya dapat lulus

    dengan cemerlang dan memperolehi pekerjaan. Ini menunjukkan kurikulum sedia ada masih

    tidak berjaya melahirkan pelajar yang benar benar berkemahiran.

    5.1 Pemupukan Budaya Pendidikan Untuk Seumur Hidup

    Menurut George (1982), pendidikan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di peringkat

    sekolah sahaja, malah ia lebih merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat.

    Pendidikan menjelang Abad ke-21 bukan sahaja untuk memberikan pelajaran asas kepada

    pelajar-pelajar sekolah sahaja, bahkan ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap

    individu yang berminat untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran

    diri sendiri mengikut perubahan semasa.

    Masyarakat Malaysia secara umumnya perlu diberikan kesedaran terhadap kepentingan

    program pendidikan lanjutan. Kejayaan program pendidikan lanjutan di luar negeri sepatutnya

    dijadikan ikhtibar bagi mewujudkan program pendidikan lanjutan tempatan. Sebagai contoh di

    Hong Kong, mengikut perangkaan yang diperolehi pada tahun 1984, jumlah peserta yang

    mendaftar untuk kursus peningkatan kemahiran adalah jauh lebih besar dari yang mengikuti

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    16/24

    kursus juruteknik. Salah satu halangan kepada perkembangan program pendidikan lanjutan

    adalah disebabkan oleh jadual kursus yang padat dan lokasi pusat latihan yang tidak sesuai.

    Program pendidikan luar kampus, S.P.A.C.E . (School Of Professional And Continuing

    Education) yang sedia ada, sungguhpun mempunyai jadual waktu yang agak fleksibel, namun ia

    masih tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai disebabkan pilihan lokasinya yang terhad.

    Individu-individu yang berminat mungkin terpaksa melupakan hasrat mereka memandangkan

    mereka berasa sukar untuk meluangkan masa untuk menghadiri latihan kerana urusan kerja yang

    sibuk dan terikat dengan keluarga masing-masing. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan

    golongan bekerja dalam program pendidikan lanjutan, latihan yang ditawarkan seharusnya

    mudah diikuti dari segi kesesuaian tempat dan masa. Disamping itu, latihan tersebut juga perlu

    menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan kehendak individu dan juga pihak industri.

    Namun begitu, cabaran kepada pendidikan masa kini ialah untuk menyediakan prasarana

    yang sesuai untuk perlaksanaan aspirasi program pendidikan lanjutan tersebut. Salah satu cara

    untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengembangkan penggunaan Pendidikan Jarak Jauh

    (distance education). Ia adalah sejajar dengan saranan Yang Berhormat Dato Najib Tun Razak

    baru-baru ini bahawa perlunya pendekatan 'Individuals-Oriented' dalam sistem pendidikan

    negara, yang mana aspek pembelajaran individualistik ditekankan. Mengikut Profesor Ungku

    Aziz, terdapat tiga peringkat yang boleh menjayakan program Pendidikan Jarak Jauh:

    (i). Kursus-kursus di peringkat maktab, institusi dan universiti untuk pelajar-pelajar.

    (ii). Kursus berbentuk pendidikan lanjutan kepada mereka yang sudah bekerja yang

    berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, contohnya bagi

    kursus pengurusan dan perakaunan.

    (iii). Orang-orang dewasa yang berminat untuk belajar semata-mata kerana dahagakan

    ilmu. Antara contoh kursus yang dimaksudkan ialah penulisan kreatif, bahan,

    teknik pertanian dan lain-lain lagi.

    5.2 Persepsi Masyarakat

    Menurut Yahya (1993), persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional yang

    sering memandang rendah pada pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai pelajar yang gagal

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    17/24

    dalam bidang akademik masih menebal di kalangan masyarakat. Ramai juga dikalangan ibubapa,

    terutama pegawai tinggi kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat dalam

    bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.

    Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang memasuki sekolah vokasional

    adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan rendah dalam peperiksaan SRP atau kini PMR

    dan gagal untuk meneruskan pengajian ke tingkatan empat di sekolah akademik. Selain daripada

    itu, pendidikan ini dikaitkan juga dengan mereka yang gagal meneruskan pengajian akademik

    bagi mencapai cita-cita mendapat pekerjaan berkolar putih. Oleh itu perlu ada usaha untuk

    mengubah tanggapan masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional ini melalui

    kempen-kempen penerangan. Kempen ini boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan

    kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan cara menghebahkan kejayaan lulusan

    pendidikan Teknik dan Vokasional (Yahya, 1993).

    5.3 Meningkatkan Bilangan Sekolah dan Institut Kemahiran.

    Meningkat dan membuat penambahbaikan terhadap sekolah vokasional dapat memberi peluang

    kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran teknik dan vokasional.

    Disamping itu juga, Kementerian Pelajaran juga telah menubuhkan dua buah Matrikulasi

    Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan peningkatan kepada pemilihan pelajar di Institut

    Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaan

    supaya pendidikan teknik dan vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memenuhi

    kehendak negara.

    Hal ini menunjukkan pendidikan teknik dan vokasional berperanan dalam memberi ruang

    kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Secara

    tidak langsung ia akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran pelajar di sekolah serta

    dapat menjamin kualiti tenaga kerja yang akan dihasilkan bagi menguruskan organisasi dan

    perkhidmatan pada masa hadapan.

    6.0. Harapan Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan

    Vokasional

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    18/24

    Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah

    negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses

    yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran 153,000 jurutera

    dan pembantu teknik. Jumlah tenaga kepakaran dan pembantu teknik ini pernah dibincangkan

    oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keperluan sumber manusia yang begitu banyak pasti

    memberi cabaran yang besar kepada pendidikan teknik dan vokasional.

    6.1 Menaikkan Taraf Lulusan Dalam Bidang Pendidikan Teknik dan

    Vokasional

    Pendidikan juga mempunyai peranan untuk memberi penerangan bahawa tidak ada bezanya di

    antara sistem pendidikan vokasional dan akademik. Sungguhpun Presiden Pertubuhan Perguruan

    Kebangsaan (NUTP), Abu Bakar Shauket Ali pernah menyeru kepada pihak kerajaan untuk

    memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah

    (PMR) bagi memperolehi latihan vokasional. Tetapi ini tidak bermakna bahawa sekolah-sekolah

    vokasional yang sedia ada telah diturunkan tarafnya.

    Sikap memandang rendah terhadap pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal ke

    sekolah akademik masih menebal di kalangan kita. Setengah ibu bapa berasa malu pada jiran-

    jiran apabila anak mereka bersekolah aliran vokasional. Mesipun sering kali ditegaskan bahawa

    masa depan bagi lepasan sekolah vokasional yang bercorakkan kemahiran adalah cerah, namun

    pada hakikatnya tanggapan orang ramai terhadap pendidikan vokasional sukar dikikis.

    Akibatnya, hanya sejumlah 7% pelajar-pelajar PMR kita yang berminat untuk memasuki sekolah

    vokasional dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian seperti Jerman di mana 70%

    daripada lepasan sekolah ditempatkan untuk latihan vokasional. Namun begitu, berbagai-bagai

    usaha telah dijalankan bagi mengalihkan pandangan masyarakat agar beranggapan positif

    terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Contohnya, dalam Falsafah Pendidikan Negara dan

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), telah ditekankan terhadap nilai-nilai yang

    tinggi seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja

    yang baik, disiplin dan semangat untuk bersaing. Dalam kurikulum baru ini, mata pelajaran baru

    iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan. Ini secara tidak langsung akan

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    19/24

    mendedahkan pelajar-pelajar aliran akademik kepada pendidikan teknik dan vokasional.

    (Hassan, 2010)

    Selain daripada itu, sistem pendidikan juga perlu untuk menyedarkan orang ramai

    bahawa peluang dan laluan memang disediakan bagi lulusan dalam bidang kemahiran. Peluang

    melanjutkan pelajaran untuk lepasan sekolah vokasional kini sebenarnya sudah tidak terhad

    hanya kepada politeknik atau institut kemahiran sahaja malah para pelajar aliran teknik dan

    vokasional boleh terus menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam seperti UniKL,

    British Malaysian Institute, UKM, UM, Kolej-kolej Universiti dan banyak lagi universiti di

    dalam dan diluar negara yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh

    yang demikian, peluang untuk peningkatan ilmu bagi lulusan bidang vokasional sudah tidak

    boleh dipertikaikan lagi. Disamping itu juga, pekerja-pekerja dalam sektor industri juga boleh

    menyambung pengajian dalam bidang akademik jika mampu.

    Dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan perlu bersikap lebih terbuka

    dalam memberi peluang kepada golongan pekerja ini bagi melanjutkan pelajaran mereka.

    Pengiktirafan sijil kemahiran seperti Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

    supaya setaraf dengan akademik juga perlu diterima segera sebagai usaha untuk menaikkan taraf

    lulusan dalam bidang teknik dan vokasional ini. Dari segi kualiti pendidikan vokasional pula,

    tenaga pengajar di institusi latihan teknik dan vokasional perlulah mempunyai pengetahuan yang

    terkini, berorientasikan industri dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Justeru itu,

    tenaga pengajar amat digalakkan untuk menjalani kerja-kerja perundingan di industri,

    menghadiri kursus-kursus latihan teknikal jangka pendek dan diadakan pertukaran kakitangan

    antara institusi pendidikan teknik dan vokasional.

    6.2 Membuka Ruang Dan Peluang Kepada Golongan Tercicir

    Ruang dan peluang kepada golongan tercicir untuk mengikuti latihan anjuran pendidikan teknik

    dan vokasional juga perlu dibaiktambah dari masa kesemasa bagi memperkasakannya terutama

    dalam menarik minat pelajar-pelajar yang mengalami keciciran di dalam sistem pendidikan

    formal negara untuk memilih sistem pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu peluang

    untuk berjaya. Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 2010) oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia menunjukkan peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    20/24

    menamatkan pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah

    meningkat 65.0 peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort 1990-2000.

    Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4 peratus dan daripada

    tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7 peratus. Manakala sebanyak 7 peratus

    pelajar pula meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setelah mengambil

    peperiksaan PMR. Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan lima adalah sebanyak 4

    peratus. Keadaan ini perlu dilakukan suatu gerak kerja khas bagi memastikan golongan yang

    tercicir ini tidak akan terus tertinggal kebelakang. Justeru itu sistem pendidikan teknik dan

    vokasional perlu diolah agar ia dapat disesuaikan dengan golongan yang tercicir ini. Keadaan ini

    setidaknya akan membantu mencorak kehidupan pelajar tersebut di masa akan datang.

    Pada masa ini, pihak kerajaan perlu membuka ruang dan peluang kepada golongan ini dengan

    cara membuka lagi sekolah-sekolah vokasional atau teknik bagi meningkatkan lagi kapasiti

    pengambilan pelajar khasnya untuk program-program yang direka khas untuk golongan pelajar

    yang tercicir ini. Keadaan ini setidaknya akan menyeimbangkan bilangan kemasukan pelajar ke

    sistem pendidikan negara sejajar dengan matlamat sistem pendidikan negara masa kini.

    Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 2010) oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan

    sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian ini masih jauh

    daripada sasarannya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang pelajar memilih jurusan sains dan

    teknikal.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    21/24

    7.0 Kesimpulan

    Sebagai kesimpulan, beberapa langkah yang wajar perlu diberikan perhatian oleh semua pihak

    bagi menyahut cabaran-cabaran perubahan di dalam usaha untuk memperkasakan sistem

    pendidikan teknik dan vokasional agar pengurusan organisasi dan perkhidmatan menjadi lebih

    baik dimasa hadapan, antaranya adalah seperti berikut :-

    (i). Masyarakat perlu mengubah sikap yang selama ini memandang rendah terhadap

    pendidikan teknik dan vokasional.

    (ii). Industri perlu terlibat dalam perancangan kurikulum dan perkembangan pendidikan

    vokasional agar latihan yang diberikan kepada pelajar dapat dihubungkaitkan dengan

    dunia pekerjaan yang sebenar.

    (iii). Program vokasional mestilah disokong oleh polisi yang kukuh serta dibantu

    sepenuhnya oleh sistem pentadbiran dan politik yang ada.

    (iv). Pendidikan sekolah aliran akademik mulai peringkat yang terendah sehinggalah ke

    sekolah menengah perlu diterapkan komponen-komponen latihan vokasional.

    (v). Pihak swasta perlu digalakkan untuk memberi sumbangan kerana beban dan kos

    untuk membiayai pendidikan vokasional adalah terlalu tinggi.

    (vi). Program vokasional yang khusus untuk sesuatu pekerjaan perlu diperkuatkan pada

    peringkat tertinggi seperti institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan

    persekolahan peringkat menengah atas.

    (vii). Perkembangan sistem vokasional pada masa depan seharusnya memberi peluang

    kepada sesiapa saja yang berminat tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi

    mereka.

    (x). Kursus-kursus sambilan hujung minggu atau luar waktu kerja perlu diadakan

    untuk tujuan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya sejajar dengan

    perkembangan teknologi.

    (xi). Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan

    vokasional perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan teknologi untuk

    dihayati implikasi teknologi baru kepada sistem pendidikan.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    22/24

    Cabaran untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional sememangnya adalah

    besar sekiranya Negara ingin mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020. Tidak dinafikan

    bahawa asas sudah ada dalam pendidikan teknik dan vokasional pada masa ini yang mana ia

    akan membolehkan semua pihak yang berkepentingan untuk merancang menuju ke arah cita-cita

    tersebut. Namun begitu, dengan persaingan yang akan dihadapi pada tahun-tahun akan datang

    khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kini, tenaga manusia yang bakal

    dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah mempunyai daya saingan dan peka

    kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya. Penduduk yang terpelajar akan mengukuhkan

    ekonomi dan dari kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan dihormati di peringkat

    antarabangsa.

    RUJUKAN

    Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. dan Udin, A. (2011). Cabaran-Cabaran Dalam

    Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia. Journal of

    Edupres, 1 (1), 159-164.

    Aripin, M. dan Hamzah, R. (2009). Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional :

    Integrasi Kaedah Avicenna Dan Konsep Pendidikan Untuk Semua.Jurnal Teknologi

    UTM, 56(1), 40-100.

    Artikel Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. pp.1-6.

    Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPM Serdang, 10-11 Mei.

    Aziz, (1992). The Star. The Human Resource Development. The Key Towards A

    Developed and Industrialised Society.

    Bernama (2010). Sistem Pendidikan Vokasional dirombak, kata Muhyiddin. Dicapai

    pada 27 September 2010. Daripada http://www.themalaysianinsider.com

    George R. K.(1982), Issues And Alternatives In Educational Philosophy (Michigan:

    Andrews University Press,). pp. 9.

    Hassan, Z. (2010). Strategi Memperkasa Teknik dan Vokasional.Jurnal Teknik,

    Vokasional & Pendidikan Kejuruteraan, 1(2), 20-35.

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    23/24

    Isahak, H. (1992).Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia

    Sebagai Negara Industri Dalam Abad ke-21.UPM.

    Isahak, H. dan Rahmah, I.(1997). Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber

    Manusia di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Imran, I. (1998) Perubahan Dunia Vokasional - Satu Cabaran Kepada Sistem

    Pendidikan.Jurnal Pendidikan. Kementerian Pendidikan (Kuala Lumpur:

    Percetakan kerajaan), pp.10.

    Jon, L. dan Kevin, L.(1988). Vocationalizing Education an International Perspective,

    London. Pergamons Books Ltd.

    Kayan, L. dan Hamzah, R. (2010). Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional :

    Membentuk Pemimpin Masa Depan .Jurnal Teknik, Vokasional & Pendidikan

    Kejuruteraan, 3(2), 31-55.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (1980),Laporan Jawatankuasa Mengkaji

    Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur, (Laporan Kabinet).

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1992),Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mahathir, M. (1991) Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020). Jabatan

    Percetakan Negara.

    Najib, A. R. (1998). Reform In Education. The Next Stage. Kuala Lumpur.

    Noraini, A.R.(1998). Utusan Malaysia). Pendidikan fleksibel -- Sistem Berorientasikan

    Peperiksaan Akan Diubah Najib.

    Patrick , P. dan Ridzwan, O. (1994). Learning to work working to learn:Vocational

    training in Germany and Malaysia. Malaysia: ISIS Malaysia.

    Ramaiah, Al. (1992). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. PetalingJaya:

    IBS Buku Sdn. Bhd. 243 271.

    Shahril, M. (1993), Pendidikan di Malaysia. Arah dan Cabaran : Cabaran-

    Cabaran

    Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Bagi Memenuhi Sumber

    Tenaga

  • 7/22/2019 TAJUK ISU,CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

    24/24

    Manusia Untuk Mencapai Wawasan 2020,Universiti Malaysia, Kuala

    Lumpur.

    Siti, M.H dan Nor Azizah, S. (1995). Pendidikan Vokasional: Formal Dan Normal Ke

    Arah Wawasan 2020. UKM.

    Uma, R. (1997). Send PMR Failures For Vocational Training. NUTP

    Wee Leng , S. dan Jumaayah ,S. (1997). Hubungan Industri dan Pendidikan

    Vokasional:Isu dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan

    Yahaya, E. (1993) Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah

    Mencapai Wawasan 2020.Jurnal Pendidikan.1(1), 30-37.