persatuan sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke pulau langkawi

9
Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya. LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini. Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel. Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat- tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel. Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat. Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami. Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Upload: smcmasai

Post on 22-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.

Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.

Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.

Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.

Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.

Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011

Anita

(ANITA BT AHMAD)

Setiausaha Persatuan Sains

SK. Mangkapon, Pitas.

Page 2: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

Penerangan.

*Murid perlu memahami jenis laporan sama ada laporan lawatan, aktiviti persatuan, perayaan

ataupun perasmian.

*Laporan perlu ada tajuk, tarikh, tempat, butir-butir yang berkaitan, tandatangan, nama

pelapor (huruf besar), dan jawatan pelapor.

*Tarikh diletakkan di sebelah kanan, iaitu sejajar dengan “Laporan disediakan oleh”.

*Bagi karangan berformat seperti ini, tajuk dianggap pendahuluan, manakala tandatangan,

nama pelapor, dan jawatan dianggap penutup. Memadai jika murid menulis empat perenggan

untuk empat idea.

*Bagi laporan aktiviti persatuan, sertakan senarai nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan,

jumlah ahli, aktiviti sepanjang tahun dan harapan setiausaha.

*Bagi laporan lawatan, tulis apa-apa yang dilihat, dirasa, dialami, dan kesan lawatan tersebut

terhadap pembelajaran.

*Karangan ini tiada bezanya dengan karangan jenis cerita, diari ataupun berita. Cuma format

yang membezakannya.

Format permakahan.

*Tanpa tajuk (tolak ½ markah).

Page 3: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

*Tanpa tandatangan/salah letak (tolak ½ markah).

*Tanpa nama (tolak ½ markah).

*Tanpa jawatan (tolak ½ markah).

*Tanpa tarikh/salah letak (tolak ½ markah).

Contoh 1.

Sekolah kamu telah mengadakan kempen kebersihan. Tulis laporan tentang kempen tersebut.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Sekolah telah mengadakan kempen kebersihan 2013.

-Majlis pelancaran olen Tuan Guru Besar.

-Majlis diadakan di perkarangan sekolah.

Idea

1)Tuan Guru Besar mahu murid mencintai kebersihan.

-Kebersihan budaya murid yang cemerlang.

-Sekolah sebagai tempat melatih murit menghargai kebersihan.

2)Bersama-sama membersihkan persekitaran sekolah.

-Murid bersikap ringan tulang.

-Guru mengawasi murid.

3)Diadakan pertandingan kelas terbersih.

-Murid membersihkan kelas.

-Tiga orang guru membersihkan kelas.

4)Murid-murid digalakkan menyumbangkan pokok bunga.

-Mendapat sambutan baik daripada ibu bapa.

-Sebanyak 236 pokok diterima.

Page 4: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

Penutup

Majlis penutupan di dewan besar.

-Kelas 6 Intan diumumkan sebagai kelas terbersih.

-Kempen ini mencapai matlamat.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Laporan kempen Kebersihan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2013. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Ali Hassan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di perkarangan sekolah.

Tuan Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti yang dijalankan selama seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai kebersihan. Baginya, kebersihan merupakan budaya murid yang cemerlang. Oleh itu, beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.

Selepas majlis pelancaran itu, semua murid bersama-sama membersihkan persekitaran sekolah. Murid-murid menunjukkan sikap ringan tulang mengutip sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan pasu bunga. Setiap kelas dibahagikan kepada kawasan tertentu yang diawasi oleh guru kelas masing-masing.

Sekolah juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan itu menyebabkan murid-murid berlumba-lumba membersih, menghias dan menceriakan kelas masing-masing. Tiga orang guru telah memeriksa setiap kelas untuk menentukan kelas yang layak menjadi juara.

Murid-murid juga digalakkan menyumbang pokok bunya kepada sekolah. Kempen tersebut mendapat sambutan yang baik dari pada ibu bapa. Sejumlah 236 pokok bunya telah diterima oleh pihak sekolah.

Majlis penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2013 di dewan besar. Kelas 6 Intan telah diumumkan sebagai kelas terbersih. Secara keseluruhannya, kempen yang dijalankan telah mencapai matlamat untuk mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan indah.

Laporan disediakan oleh, 11 Mac 2013

Page 5: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

__________________________________

(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Maksud peribahasa yang digunakan.

Sikap ringan tulang – rajin berkerja dan usaha.

Contoh 2.

Kamu sebagai Setiausaha persatuan Sains diminta oleh guru penasihat membuat laporan tahunan. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Rangka karangan.

Pendahuluan

Ditubuhkan sejak 1997.

-Telah mengadakan pelbagai aktiviti.

-Aktiviti dijalankan pada waktu petang.

Idea

1)Ahli seramai 128 orang.

-Telah mengadakan perbagai aktiviti.

-Aktiviti dijalankan pada waktu petang.

2)Aktiviti mendapat sambutan.

-Pertandingan luar juga disertai.

-Seorang ahli menjadi johan.

3)Yuran tahunan sebanyak RM0.50.

-Menjual kad hari raya.

-Contoh jawatan yang disandang.

4)Cadangan mengadakan jamuan perpisahan.

-Yang terlibat akan diundang.

-Majlis perpisahan ahli tahun enam.

Page 6: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

Penutup

Bangga atas kerjasama yang diberikan.

-Berharap lebih banyak aktiviti dijalankan.

-Berharap ahli berminat mata pelajaran sains.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Laporan Tahunan Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Penaung :En Mohd Zanafi bin Zakaria

Penasihat :Puan Nooraini binti Mohd Ali

Pengerusi :Muhammad Irfan Hadi bin Mohd Zanafi

Setiausaha :Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi

Bendahari :Nurin Izzaty binti Mohd Zanafi

Ahli Jawatankuasa :Azhar bin Seman

Zainal bin Husain

Aslina binti Ahmad

Chan Wei Meng

S. Sundralingam

Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sepanjang penubuhannya, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menarik minat ahli terhadap mata pelajaran Sains. Kelebihannya, Persatuan Sains menjalankan aktiviti pada waktu petang.

Pada tahun 2013, jumlah ahli persatuan ini seramai 128 orang. Menerusi bimbingan guru penasihat, pelbagai aktiviti diadakan seperti minggu Sains, mewujudkan taman sains, lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, dan melukis mural. Sasaran aktiviti adalah murid-murid Tahap Dua.

Page 7: Persatuan Sains Sekolah Kamu Telah Mengadakan Lawatan Ke Pulau Langkawi

Setiap aktiviti mendapat sambutan yang baik daripada ahli. Pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Daerah juga kami sertai. Salah seorang daripada ahli kami, Nurul Hidayah binti Halim telah Berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mendeklamasikan sajak berunsur sains.

Bagi memudahkan persatuan menggerakkan aktiviti, setiap ahli dikenakan yuran tahunan sebanyak RM0.50. Aktiviti lain untuk mengisi tabung ialah jualan kad hari raya. Kami juga menjual buku-buku terpakai semperna sambutan hari keluarga.

Pada hujung tahun, iaitu 5 November 2013, kami bercadang untuk menganjurkan jamuan perpisahan. Penaung, guru penasihat, dan semua ahli dijemput hadir. Majlis tersebut merupakan majlis perpisahan untuk ahli tahun enam.

Kami berasa bangga terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak demi memajukan persatuan ini. Kami berharap agar persatuan ini dapat mengadakan lebih banyak aktiviti dengan barisan ahli jawatankuasa yang baharu yang bulat hati untuk memajukan persatuan. Semoga ahli-ahli lebih berminat terhadap pelajaran Sains di dalam kelas.

Laporan disediakan oleh, 25 OKTOBER 2013

______________________

(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,

Persatuan Sains,

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.