perpaduan salaf dan khalaf ( salafi / wahabi dan asya’irah )

4
PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah ) Dipeti dari www.darulkautsar.net Kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada golongan Salafi/Wahabi Pada asasnya golongan Salafi/Wahabi adalah pengikut ahlul-hadits ( atau golongan Hanabilah, iaitu pengikut Imam Ahmad bin Hanbal). Oleh itu yang pastinya ianya tidak ter keluar dari kelompok Ahl us- sunnah wal jamaah. Golongan Salafi/Wahabi banyak berjasa kepada Islam dalam membenter as kek arutan dan amalan yang se sat yang berleluasa dalam masyarakat Ar ab. Golongan ini juga berperanan dalam mendedahkan golongan sesat seperti Syiah. Oleh itu tidak hairanlah jik a Syiah, sebagai tin dakbalas, selalu memburuk-burukkan Wahabi. Adalah amat malang jika kita pula terpe daya dengan daayah S yiah in i dan turut memburuk-burukkan saudara kita dari golongan Salafi/Wahabi ini. Banyak kebaikan yang ada pada golongan Salafi/Wahabi dan dalam banyak perkara mereka lebih tepat daripada kita. Sebagai contohnya masyar akat kita ma sih lagi me lakukan amalan memb azir dan bid’ ah yang ditentang oleh Salafi/Wahabi seperti menabur bunga atas kubur atau mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Contoh lain, raja-raja dari negara yang dikatakan berfahaman Wahabi dimakamkan seperti rakyat biasa menyebabkan ramai orang bukan Islam begi tu terta rik dengan Islam dan seterusnya memeluk Islam. Kita sep atutny a berfikiran terbuka dan mener ima apa saj a amalan yang menepati syariat yang diamalkan oleh golongan Salafi/Wahabi ini. Kita patut me ncont ohi golong an Salafi/Wahabi deng an keazaman  jitu mereka dalam membenter as amalan bid’ah dan syirik. Perbezaan di antara golongan Salafi /Wahabi dengan golongan Asya’irah adalah di segi furu’ aqidah Sebenarnya, perbezaan kita dengan golongan Wahabi adalah dari segi furu` aqidah dan buk annya usul aqidah. Perbezaan dengan golongan Salafi /Wahabi tidak sama dengan per bezaan kita dengan golongan Syiah di mana golongan Syiah adalah ny ata sesat dan terkeluar dari

Upload: darulkautsar

Post on 04-Apr-2018

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

7/30/2019 PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-salaf-dan-khalaf-salafi-wahabi-dan-asyairah- 1/4

PERPADUAN SALAF DAN KHALAF

( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )Dipeti dari www.darulkautsar.net 

Kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang terdapat padagolongan Salafi/Wahabi

Pada asasnya golongan Salafi/Wahabi adalah pengikut ahlul-hadits( atau golongan Hanabilah, iaitu pengikut Imam Ahmad bin Hanbal).Oleh itu yang pastinya ianya tidak terkeluar dari kelompok Ahlus-sunnah wal jamaah.

Golongan Salafi/Wahabi banyak berjasa kepada Islam dalam

membenteras kekarutan dan amalan yang sesat yang berleluasadalam masyarakat Arab. Golongan ini juga berperanan dalammendedahkan golongan sesat seperti Syiah.

Oleh itu tidak hairanlah jika Syiah, sebagai tindakbalas, selalumemburuk-burukkan Wahabi. Adalah amat malang jika kita pulaterpedaya dengan daayah Syiah ini dan turut memburuk-burukkansaudara kita dari golongan Salafi/Wahabi ini.

Banyak kebaikan yang ada pada golongan Salafi/Wahabi dan dalambanyak perkara mereka lebih tepat daripada kita. Sebagai contohnya

masyarakat kita masih lagi melakukan amalan membazir dan bid’ahyang ditentang oleh Salafi/Wahabi seperti menabur bunga atas kuburatau mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Contoh lain, raja-raja darinegara yang dikatakan berfahaman Wahabi dimakamkan sepertirakyat biasa menyebabkan ramai orang bukan Islam begitu tertarikdengan Islam dan seterusnya memeluk Islam.

Kita sepatutnya berfikiran terbuka dan menerima apa saja amalanyang menepati syariat yang diamalkan oleh golongan Salafi/Wahabiini. Kita patut mencontohi golongan Salafi/Wahabi dengan keazaman jitu mereka dalam membenteras amalan bid’ah dan syirik.

Perbezaan di antara golongan Salafi/Wahabi dengan golonganAsya’irah adalah di segi furu’ aqidah

Sebenarnya, perbezaan kita dengan golongan Wahabi adalah dari segifuru` aqidah dan bukannya usul aqidah. Perbezaan dengan golonganSalafi/Wahabi tidak sama dengan perbezaan kita dengan golonganSyiah di mana golongan Syiah adalah nyata sesat dan terkeluar dari

Page 2: PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

7/30/2019 PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-salaf-dan-khalaf-salafi-wahabi-dan-asyairah- 2/4

Islam. Golongan Wahabi adalah dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak sesat.

 

Perkara-perkara yang patut diperbetulkan oleh golongan

Salafi/Wahabi

Walau bagaimanapun begitu, tidak dinafikan bahawa ada kelompok –kelompok dalam golongan Salafi/Wahabi yang agak keterlaluandengan menghukum golongan Asya’irah adalah sesat. Kesilapan iniadalah kesilapan sebagai manusia biasa maka hendaklah kita sama-sama betulkan. Kita tidak boleh mengatakan mereka sesat apatah lagimengkafirkan mereka.

Besar implikasinya jika kita mengatakan mereka sesat atau kafir, diantaranya kita tidak boleh berimamkan mereka ketika bersembahyang

di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.Sepatutnya kita tidak membesar-besarkan dan fokuskan perhatian kitakepada kesilapan-kesilapan ini. Kita sepatutnya akur bahawa kitasendiri pun tidak terlepas dari kesilapan-kesilapan seumpama itu.

 

Antara kesilapan golongan Salafi/Wahabi

1) Golongan Salafi/Wahabi umumnya menganggap golongan Asya`irahsesat dan langsung tidak menerima kelompok ‘ahlun nazor’

sedangkan pada hakikatnya ‘ahlun nazor ‘ juga diterima keranamereka juga menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan.

2) Golongan Salafi/Wahabi percaya bahawa Imam Abul Hasan al-`Asy`ari hanya bertaubat dan mempunyai akidah sebagaimana ahlisunnah wal-jamaah di saat akhir hayatnya. Sebenarnya anggapan initidak benar kerana adalah tidak munasabah tidak ada seorangpunanak-anak murid Abul Hasan al-`Ays`ari yang ramai itu yang tahuatau sedar tentang kesalahan aqidahnya dan menurutnya denganmembuta tuli sehinggalah saat-saat akhir hayatnya.

Adakah kita yang hidup seribu tahun kemudian di zaman ini, lebih

tahu daripada anak-anak muridnya sendiri?

3) Golongan Salfi/Wahabi tersilap dalam menghukum sifat 20 itu salahdan bid`ah. Hakikatnya, dalam al-Quran juga ada menyebutkan sifat-sifat yang tersebut. Golongan Wahabi juga mendakwa golongan`Asya`irah menghadkan sifat Allah hanya kepada 20 sifat sahajasedangkan golongan `Asyairah tidak pernah menghadkan sifat Allahsetakat 20 sahaja, sebaliknya golongan `Asya`irah mengatakan selain

Page 3: PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

7/30/2019 PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-salaf-dan-khalaf-salafi-wahabi-dan-asyairah- 3/4

dari 20 sifat tersebut Allah juga bersifat dengan segala sifatkamaalaat.

Antara kesilapan golongan `Asya`irah:

1) Kesilapan golongan Asya`irah pula ialah mereka keterlaluan dalammempertahankan fahaman mereka sehingga tidak mahu langsungmenerima kritikan. Imam al-Ghazali berpendapat tidak salahmengkritik `Asya`irah sekiranya terdapat kesalahan.

2) Begitu juga dalam masalah sifat 20 yang mana sesetengahgolongan `Asya`irah menganggap tidak masuk syurga mereka yangtidak mengetahuinya.

Alangkah baiknya jika kita dapat meneliti suatu hadits di mana Nabis.a.w. bertanya kepada seorang hamba perempuan yang akandibebaskan dengan pertanyaan “di mana Allah?” lalu hamba itumenjawab: “Allah di langit.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:“Siapa aku?” maka jawabnya; “Engkau Rasulullah.” Lalu Rasulullahs.a.w. bersabda: “Dia beriman.”

Pengikut Hanabilah, Wahabi dan Ahlul Hadits menerima haditstersebut tanpa takwilan dan menyerahkan kepada Allah apakahmaksud sebenar ‘Allah di langit’ itu.

 Jelas dari kisah ini bahawa Rasulullah s.a.w. mengi`tiraf iman hambatersebut tanpa bertanya adakah dia tahu sifat 20.

Sebenarnya, sifat 20 itu bukanlah berasal dari Imam Abu HasanAssya’ari kerana beliau hanya memperkenalkan sifat 13 yangkemudian ditambah/digabungkan dengan Maturidiyyah menjadikandua puluh kesemuanya.

 

Umat Islam hendaklah bersifat terbuka.

Kedua-dua golongan `Asya`irah dan juga Salafi/Wahabi sepatutnyabersifat terbuka dan berlapang dada dalam menerima kritikan dan

pandangan pihak lain. Perbahasan ilmiah dalam suasana salingmenghormati adalah sesuatu yang sihat dan digalakkan dalam Islam.

 Janganlah kita sesat menyesatkan antara satu sama lain.

 

Sumbangan besar Salafi/Wahabi dan `Asya irah kepadaummat Islam.

Page 4: PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

7/30/2019 PERPADUAN SALAF DAN KHALAF ( Salafi / Wahabi dan Asya’irah )

http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-salaf-dan-khalaf-salafi-wahabi-dan-asyairah- 4/4

Hakikatnya, kedua-dua golongan Salafi / Wahabi dan Asya’irah ini telahmemberikan sumbangan yang amat besar kepada ummat Islam.

Sekiranya kita menafikan `Asya`irah maka kita menafikan ramai ulamadan tokoh-tokoh dari kelompok ` Asya’irah yang telah berjasa besarkepada Islam seperti Imam an-Nawawi, Hafiz Ibnu Hajar, Badruddin`Aini, Ibnu Battol dan lain-lain lagi. Alangkah sayangnya jika pendapatmereka ini tidak boleh dipakai oleh umat Islam. Walaupun begitu,hakikatnya umat Islam di seluruh dunia menerima dan mendapatmanafaat dari pendapat-pendapat mereka tidak kira dari golonganSalafi/Wahabi atau Asya’irah.

Begitu juga sebaliknya, terdapat ramai tokoh-tokoh dari golonganSalafi/Wahabi yang telah memberi sumbangan yang besar kepadaummat seperti Sheikh Abd Wahhab sendiri. Kita akan kerugian besar

 jika menolak sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.

Panduan ulama’ dalam akidah:

Akhirnya, sebagai panduan, ulama’ telah menetapkan kaedahbahawa : Jika terdapat pendapat yang menyebabkan sejumlah besarummat Islam terutama ulama’-ulama`nya dianggap sesat, makapendapat itu tidak benar.

Berdasarkan kaedah ini, boleh disimpulkan bahawa pendapat

yang mengatakan samada golongan Wahabi/Salafi atau`Asya`irah sesat adalah pendapat yang salah.

 

Sumber: http://www.darulkautsar.net/4330-Perpaduan_Salaf_Dan_Khalaf_ 

%28Salafi_Wahabi_dan_Asya%E2%80%99irah%29_-_Video_&_Sinopsis.html