perpaduan melalui pendidikan (ppt sesi moral)

26
Melalui Pendidikan -Usaha KPM Terkini- DISEDIAKAN OLEH : RBT 2 (SJKC) & PP (SJKC) AMBILAN JANUARI 2013

Upload: joanne-lian-li-fang

Post on 19-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

TRANSCRIPT

Page 1: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Perpaduan Melalui Pendidikan

-Usaha KPM Terkini-

DISEDIAKAN OLEH :

RBT 2 (SJKC) & PP (SJKC)

AMBILAN JANUARI 2013

Page 2: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

DEFINISI PERPADUAN

Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011)

“Sebagai satu proses yang menyatupadukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap

anggota masyarakat dapat membentuk satu

identiti dan nilai bersama serta perasaan

cinta dan banggakan tanah air”

Page 3: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Sebagai hubungan erat

bersifat toleransi yang

diwujudkan secara sengaja

dalam kalangan kaum dan

etnik yang berbeza untuk

mencapai matlamat bersama

secara jujur dan ikhlas.

Page 4: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA

PUNCA MASALAH PERPADUAN

Pada abad ke-19, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina

dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Page 5: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

SEKOLAH CINA• Guna bahasa Cina sebagai bahasa

pengantar• Buku teks dari negara China• Guru dari negara China

SEKOLAH TAMIL• Guna bahasa Tamil• Sekolah terletak di kawasan

ladang.

MAKA SEKOLAH TAMIL MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG JAUH BERBEZA DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Page 6: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai

sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris

terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris

dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja,

sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi

kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat.

Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan

peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik

dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran

Inggeris dan berpelajaran vernakular – yang tidak mempunyai

pandangan dunia (world – view) yang sama.

Page 7: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif

perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu

dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita

lihat hari ini.

Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran

kepada segolongan rakyat untuk membolehkan

sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan

ekonomi.

Page 8: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan ?

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang

dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat

Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang

mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama

dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan

nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah

negara ialah MENERUSI PENDIDIKAN. Dalam konteks Malaysia, hakikat

bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan

yang tunggal telah lama disedari :

Page 9: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu

usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk

memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah

perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar

dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Page 10: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN PERPADUAN

MELALUI PENDIDIKAN

Page 11: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

WUJUDKAN SISTEM PERSEKOLAHAN

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya

Sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.

CADANGKAN PENUBUHAN SEKOLAH SEKOLAH UMUM

LAPORAN RAZAK

Page 12: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

BAHASA PENGANTAR BERBEZA

SUKATAN PELAJARAN & SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SAMA

SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH MENENGAH BAHASA PENGANTAR SAMA TIDAK KIRA

PELAJAR DARI SJKC/ SJKT/ SEKOLAH INGGERIS

Page 13: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Kurikulum yang seragam

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui

mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua

sekolah.

Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman

kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan

disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan

secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis

aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang

dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah,

untuk semua peringkat persekolahan.

Page 14: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Mendemokrasikan pendidikan

Memastikan mutu pendidikan

dipertingkatkan dan dengan

mengagihkan peruntukan secara adil.

TUJUAN

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan,

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa,

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

CONTOH RANCANGAN:

Page 15: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Bahasa Kebangsaan Sebagai

Bahasa Pengantar Utama Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang

kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa

kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan

dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang

lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah

ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara

kaum di negara ini.

Page 16: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Sukatan Pelajaran Yang Seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang

disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah

satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan

perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah

matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan

dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat

menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang

kaum, agama dan adat resam.

Page 17: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di

sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan

satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya

sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran

para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah

sekolah.

Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar

berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang

sama.

Page 18: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Kokurikulum

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang

berasaskan gerak kerja yang terancang.

Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan  kepentingan

pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga

turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk

menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik

darjah.

Page 19: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)
Page 20: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

SUKAN

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.

Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah.

Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah.

Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk.

Page 21: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Program Anak Angkat

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar

untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar.

Program ini berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak

mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju

perpaduan.

Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke

Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali

ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat.

Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara

pelajar dan penduduk sesuatu tempat.

Page 22: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Perkhemahan Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-

badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah

dan sebagainya.

Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk

memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-

peserta perkhemahan.

Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-

aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala

cabaran semasa aktiviti.

Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta

perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang

yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Page 23: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)
Page 24: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Program ini dilaksanakan sejak tahun 1986.

Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah

rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan

menengah pada tahun 2005. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar,

kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan ,

pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Page 25: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

KESIMPULAN

Perpaduan perlu dijadikan dalam kehidupan manusia. Tanpa

perpaduan, negara mudah dijajah oleh pihak luar. Peminpin dan

masyarakat memegang amanah memelihara kestabilan dan

keharmonian dengan cara menghormati agama dan meraikan

kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Page 26: Perpaduan Melalui Pendidikan (Ppt Sesi Moral)

Sekian Terima Kasih