pernyataan professional

3
PERNYATAAN PROFESSIONAL Praktikum Fasa ketiga ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula dari 2 Januari sehingga 1 Mei 2015. Pada praktikum kali ini, saya bersama dengan tiga orang rakan saya telah ditempatkan di S.K Bagan Ajam, Butterworth. Kami mengambil masa lebih kurang 30 minit dari IPG pergi ke sekolah melalui tiga tol. Walaupun begitu, kami saya tetap bersemangat untuk meneruskan hari-hari saya seterusnya bersama dengan warga sekolah S.K Bagan Ajam. Apa yang saya harapkan pada praktikum kali ini ialah saya mengharapkan agar saya dapat membentuk satu hubungan yang baik dengan pihak pentadbiran dan guru-guru di sekolah ini. Sebelum ini saya menghadapi sedikit masalah bersosial dengan guru-guru di sekolah praktikum sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh Bahasa atau budaya saya yang berasal dari Sabah sukar untuk difahami oleh warga sekolah yang kebanyakkannya orang semenanjung. Faktor masa yang terlalu singkat untuk bersama- sama dengan warga sekolah mungkin juga menjadi salah satu faktor masalah ini. Tapi itu tidak menjadi penghalang kepada saya untuk belajar budaya sekolah di semenanjung ini. Malahan saya bersemangat untuk mempelajari budaya sekolah ini. Saya berharap agar selepas tiga bulan bersama dengan sekolah ini, kami dapat menghasilkan satu hubungan yang erat antara satu sama lain. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, saya berharap untuk memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan saya sewaktu praktikum yang lalu. Contohnya dari segi pedagogi, pengurusan

Upload: felisca-farah-rubert

Post on 09-Nov-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESSIONAL Praktikum Fasa ketiga ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula dari 2 Januari sehingga 1 Mei 2015. Pada praktikum kali ini, saya bersama dengan tiga orang rakan saya telah ditempatkan di S.K Bagan Ajam, Butterworth. Kami mengambil masa lebih kurang 30 minit dari IPG pergi ke sekolah melalui tiga tol. Walaupun begitu, kami saya tetap bersemangat untuk meneruskan hari-hari saya seterusnya bersama dengan warga sekolah S.K Bagan Ajam. Apa yang saya harapkan pada praktikum kali ini ialah saya mengharapkan agar saya dapat membentuk satu hubungan yang baik dengan pihak pentadbiran dan guru-guru di sekolah ini. Sebelum ini saya menghadapi sedikit masalah bersosial dengan guru-guru di sekolah praktikum sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh Bahasa atau budaya saya yang berasal dari Sabah sukar untuk difahami oleh warga sekolah yang kebanyakkannya orang semenanjung. Faktor masa yang terlalu singkat untuk bersama-sama dengan warga sekolah mungkin juga menjadi salah satu faktor masalah ini. Tapi itu tidak menjadi penghalang kepada saya untuk belajar budaya sekolah di semenanjung ini. Malahan saya bersemangat untuk mempelajari budaya sekolah ini. Saya berharap agar selepas tiga bulan bersama dengan sekolah ini, kami dapat menghasilkan satu hubungan yang erat antara satu sama lain. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, saya berharap untuk memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan saya sewaktu praktikum yang lalu. Contohnya dari segi pedagogi, pengurusan serta kawalan kelas dan lain-lain. Saya akan meminta bantuan daripada guru pembimbing dengan lebih kerap dan juga meminta nasihat daripada guru lain. Saya percaya saya akan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru sekolah ini. Saya mengharapkan agar murid-murid yang bakal saya ajar juga memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Saya juga diamanahkan untuk mengajar kelas yang terakhir Tahun 4 Bijak. Walaupun kelas ini merupakan kelas terakhir, saya berharap agar semua murid-murid yang saya ajar akan berasa seronok untuk belajar mata pelajaran Matematik dalam masa yang sama menimba ilmu. Harapan saya yang seterusnya bagi praktikum kali ini ialah saya mengharapkan agar saya dapat menggunakan segala bantuan yang ada bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk mengajar Bahasa Inggeris. Walaupun subjek ini merupakan subjek minor saya, tetapi saya ingin memberikan yang terbaik bukan hanya disebabkan ianya akan mempengaruhi markah praktikum saya tetapi sebagai satu persediaan bagi saya sekiranya saya diminta untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris apabila saya bekerja nanti. Pada praktikum sebelum ini, saya mengajar Pendidikan Jasmani sebagai subjek Minor 1 saya, oleh itu saya belum berpeluang untuk mengajar Bahasa Inggeris di kelas selain daripada tugasan kerja krusus saya yang mana rakan-rakan saya terpaksa berlakon sebagai budak sekolah rendah. Situasi ini sudah semestinya berbeza dengan situasi di kelas sebenar. Saya akan sedaya upaya mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang guru Inggeris yang setanding guru TESL sebenar. Secara kesimpulannya, saya berharap agar praktikum pada kali ini akan berjalan dengan lancar seperi praktikum-praktikum sebelum ini. Saya percaya dengan bantuan daripada pensyarah-pensyarah pembimbing serta guru-guru pembimbing saya akan berjaya melalui praktikum ini dengan jayanya. Sekian.

FELISCA FARAH RUBERT