pernyataan keperluan (need statement) perolehan … sesi saringan 2021.pdf · cenderahati untuk...

11
PERNYATAAN KEPERLUAN (NEED STATEMENT) PEROLEHAN PROGRAM TV TEMPATAN (SWASTA) BAGI TAHUN 2021 UNIT KANDUNGAN KREATIF

Upload: others

Post on 08-Mar-2020

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERNYATAAN KEPERLUAN

(NEED STATEMENT) PEROLEHAN

PROGRAM TV TEMPATAN

(SWASTA) BAGI TAHUN 2021

UNIT KANDUNGAN

KREATIF

1. Pembekal boleh menghantar 4 tajuk kertas cadangan ( proposal)

sahaja.

WAJIB - 1 (Satu) tajuk proposal bagi kategori telemovie umum

atau telemovie khas

PILIHAN - (3) tajuk proposal bagi pelbagai kategori program TV

yang diiklankan bagi need statement 2021 umum dan khas.

2. Cadangan tajuk proposal yang hendak didaftarkan mestilah belum

diterbitkan dengan mana-mana pihak atau stesen TV (termasuk

stesen RTM). RTM tidak bertanggungjawab dan berhak untuk

membatalkan kontrak sekiranya berlaku pertikaian atas proposal yang

telah dipilih kelak.

3. Perolehan melebihi RM500,000.00 dan ke atas, pembekal wajib

mengemukakan dokumen berikut :

i) Salinan penyata bank 3 bulan terkini – minimum 3% daripada nilai

perolehan

ii) Salinan laporan audit tahunan

iii) Credit facilities (jika ada)

iv) Sejarah pembekalan program TV (pengalaman)

4. Pendaftaran proposal untuk sesi pitching akan diadakan secara atas talian

di alamat e-mel [email protected] pada 17 hingga 19

Februari 2020 (Isnin hingga Rabu).

5. Pihak pembekal perlu hadir ke RTM untuk membuat pengesahan proposal

yang telah didaftarkan seperti ketetapan berikut :

i) Tarikh : 26 hingga 27 Februari 2020

ii) Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (sesi pagi) dan

2.30 hingga 4.00 petang (sesi petang).

iii) Tempat : Balai Perdana, Wisma TV, Angkasapuri

6. Taklimat bersama semua pembekal akan diadakan pada 11 Februari

2020 (Selasa) bertempat di Auditorium Perdana, Wisma Radio,

Angkasapuri bermula pukul 9.00 pagi. Kehadiran semua pembekal

DIWAJIBKAN.

UNIT KANDUNGAN

KREATIF

TATACARA

PENDAFTARAN

PROPOSAL SECARA

ATAS TALIAN

1. Pihak pembekal perlu mendaftar maklumat mengikut seperti jadual di bawah

dan e-mel kepada [email protected] dari 17 hingga 19 Februari

2020 sahaja. Sebarang kelewatan tidak akan dipertimbangkan.

2. Pembekal hanya dibenarkan menghadiri pitching mengikut tajuk proposal

yang telah didaftarkan secara atas talian sahaja.

3. Sila lampirkan sijil-sijil yang bertanda bersama-sama dengan borang

Maklumat pembekal.

NO. SIJIL MOF

NO. SIJIL KKMM (TEMPATAN)

SILA LAMPIRKAN PENYATA BANK (3 BULAN TERKINI)LAPORAN

AUDIT TAHUNAN

CREDIT FACILITIES (JIKA ADA)

SEJARAH PEMBEKALAN RANCANGAN TV

MAKLUMAT PEMBEKAL

NAMA PEMBEKAL ABX SDN. BHD.

NAMA PEMILIK SYARIKAT FAUZIAH ALI

AHMAD ISMAIL

STATUS SYARIKAT BUMIPUTERA

ALAMAT TERKINI

NO. TEL PEJABAT

NO. TEL MUDAH ALIH (PEMILIK)

03-XXXXXXXX

01X-XXXXXXX

E-MEL PEMBEKAL

* NO SIJIL MOF 357-XXXXXXXX

TARIKH TAMAT TEMPOH

* NO SIJIL KKMM (TEMPATAN) KKMM/CP/600-1/4/1(TXX/2020)

TARIKH TAMAT TEMPOH 31.12.2020

* Sila lampirkan penyata bank (3 bulan

terkini), laporan audit tahunan, credit

facilities (jika ada) dan sejarah

pembekalan rancangan TV

Untuk perolehan RM500,000.00 ke atas, pembekal mesti

mempunyai tiga (3%) daripada jumlah perolehan bagi 3 bulan

berturut-turut (bulan November 2019 hingga Januari 2020) dan perlu

mendapat pengesahan dari pihak bank.

(program 13 x 60’ / 20 x 60’ / 26 x 30’ dan ke atas)

TAJUK PROPOSAL KOD / KATEGORI DURASI UNTUK KEGUNAAN RTM

1) MAWAR MERAH D360-1 / DRAMA

BERSIRI

20 X 60’ TARIKH:

BILIK :

MASA

2) AKSI GEMPAK M130-1 / MAJALAH 13 X 30’ TARIKH:

BILIK :

MASA

3) ANGKASA LEPAS BW430-1 /

BICARAWARA

13 X 60’ TARIKH:

BILIK :

MASA

4) GURUKU ANNISA TK2120-1 / TELEMOVIE

KHAS HARI GURU

1 X 120’ TARIKH:

BILIK :

MASA

PENGESAHAN

PROPOSAL

UNIT KANDUNGAN

KREATIF

1. Pihak pembekal perlu mencetak dan membawa borang maklumat

pembekal semasa pengesahan proposal.

2. Urus setia akan memaklumkan tarikh, tempat dan masa pitching akan

dijalankan.

3. Pembekal perlu membawa cap syarikat yang beralamat penuh ketika

hadir untuk membuat pengesahan proposal. Pihak RTM tidak akan

bertanggungjawab sekiranya urus setia gagal menghubungi pihak

pembekal.

4. Hanya pembekal yang berdaftar dan memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran

KKMM dan Sijil Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan yang

masih sah tempoh lakunya sahaja dibenarkan mendaftar untuk

menyertai sesi pitching. Sekiranya telah tamat tempoh, sila kemukakan

bukti pembaharuan sijil berkenaan.

5. Pembekal diwajibkan membawa dokumen asal Sijil Perakuan

Pendaftaran KKMM dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

ketika pengesahan proposal.

6. Perolehan melebihi RM500,000.00 dan ke atas, pembekal wajib sertakan

Salinan penyata bank 3 bulan terkini – minimum 3% daripada nilai

perolehan

Salinan laporan audit tahunan

Credit facilities (jika ada)

Sejarah pembekalan program TV (pengalaman)

TATACARA

PENYERTAAN SESI

SARINGAN

(PITCHING) 2021

UNIT KANDUNGAN

KREATIF

1. Pembekal hanya dibenarkan menyertai sesi pitching bagi tajuk kertas

cadangan (proposal) yang telah didaftarkan dan dipilih pada hari pengesahan

proposal.

2. Pembekal perlu mematuhi jadual pitching yang telah diberikan pada hari

pengesahan proposal. Permohonan pertukaran jadual sesi pitching yang telah

didaftarkan tidak akan dilayan.

3. Tempoh masa pitching hanya diberikan selama 10 minit bagi setiap satu tajuk

kertas cadangan (proposal) .

4. Pembekal digalakkan menyediakan audio visual presentation berdurasi tidak

melebihi 5 (lima) minit, sama ada dalam konsep photo story atau movie

maker. Persembahan audio visual mestilah menggunakan format video mp4

(mpeg) dan pembekal perlu membawa komputer riba sendiri bagi tujuan di atas.

5. Pembekal hanya dibenarkan membawa masuk tidak lebih 3 orang ke dalam

bilik pitching semasa proses pitching dijalankan.

6. Pembekal tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk elemen bersifat

cenderahati untuk diberikan kepada urus setia dan panel pitching.

7. Pembekal dilarang memberikan kad nama atau kad perniagaan kepada urus

setia dan panel pitching semasa menghadiri sesi pitching.

8. Pembekal dilarang membawa sebarang surat sokongan daripada mana-

mana pihak untuk diedarkan kepada panel pitching semasa menghadiri sesi

pitching.

9. Pembekal tidak dibenarkan merakamkan sebarang bentuk foto (gambar)

atau video semasa sesi pitching berlangsung.

10. Dokumen wajib dibawa ketika hadir sesi pitching :

i) Sila kemukakan jadual seperti di bawah :

Nama Pembekal

Status Syarikat

No. Pendataran

KKMM

Tempoh Sah Laku No. Pendataran Kewangan

Tempoh Sah Laku Tajuk Kertas

Cadangan

Sinopsis

ABC Sdn. Bhd.

Bumiputera / Bukan Bumiputera

Pastikan sijil pendaftaran KKMM masih sah laku ketika pendaftaran dan

sesi pitching

357-xxxxxxx Pastikan sijil pendaftaran

kewangan masih sah laku ketika pendaftaran dan sesi pitching

Sinopsis tidak melebihi 300 aksara (50 patah perkataan)

Nota : Jadual di atas perlu diserahkan dalam bentuk softcopy (Pen Drive)

dan juga salinan hardcopy. Format perlu dibuat dalam Microsoft Excel dan

diserahkan kepada urus setia pada hari sesi saringan (pitching).

ii) Bawa 4 (Empat) salinan kertas cadangan yang akan dibentangkan.

Pembekal tidak dibenarkan membuat pembentangan pitching sekiranya

gagal mengemukakan dokumen yang dinyatakan.

Proposal yang tidak mendapat sebarang makluman daripada pihak RTM

selepas tempoh 6 (enam) bulan dari tarikh pitching dianggap tidak

berjaya. Surat pemakluman akan dikeluarkan oleh RTM. RTM tidak akan

memberi sebarang keterangan mengenai sebab kegagalan pitching.